Tuesday, November 23, 2010

Kenangan Lama


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Tengah holiday cuti cuti ni,
Kadang-kadang akan teringatkan kenangan lama. (bukannya kisah cinta ya)
Teringat kisah masa saya di sekolah menengah.SMKSB

Ingat lagi masa tu saya ni jerawat sangatt banyak
Masa tu kawan-kawan saya baru berjinak jinak dengan bercinta dengan lelaki
Lelaki dari kelas lain, dengan senior pun ada
Abang angkat, boyfriend, adik angkat.
Ramai kawan saya yang saya ingat lagi,
Ada secret admirer, ada orang kirim salam, ada bagi surat nak ambil adik angkat.
Ada minta no hp, ado hok nok bergewe (bercinta dalam bahase klatee.ehe)


Kiranya kat sekolah ni lah zaman permulaan orang nak bercinta kan
Geng geng saya lah ramai jugak yang pakat ada orang minat,nak amik adik angkat
Zaman remaja ni lah jiwa berbunga bunga nak bercinta, betul tak?

Tapi saya sedih sebab tak ada pun nak ambil saya jadik adik angkat, nak mengorat saya,minta no hp
Bagi surat. secret admirer. Kawan-kawan ramai yang ada.yang duduk luar, duduk hostel.
Dalam kelas mesti diorang sembang pasal laki.
Laki kelas tu hensem la, kelas ni hensem la.Abg senior hensem la.

Saya ada minat beberapa orang lelaki. Its normal kan minat lelaki pada usia remaja macam ni.
Minat budak kelas tu.Minat budak kelas ni. Tapi semuanya saya syok sendiri
Sebenarnya mungkin terpengaruh dengan kawan-kawan yang semuanya cakap pasal lelaki kan
Lagipun saya tak biasa rapat dengan lelaki sebab adik beradik semuaa perempuan
Sampai lah saya form5, tak pernah ada orang nak ambil jadik adik angkat atau nak mengorat saya
Sedih sangat....(Masa tu muka penuh dengan jerawat.)
____________________________________________________________

Tapi sekarang setelah hampir 3 tahun saya meninggalkan alam persekolahan
Saya sedar tentang apa yang saya tak dapat dahulu
Saya tak dapat macam kawan saya.Kawan banyak peminat.Secret Admirer
Saya baru tahu sekarang kenapa Allah halang semua perkara macam tu terjadi pada saya
kenapa Allah tak bagi saya bahagia dengan cinta cinta manusia sejak dari zaman sekolah
saya ambil masa yang sangat lama untuk faham kenapa,kenapa dan kenapa

saya sedar Allah sayangkan saya dan tak mahu saya terus lalai dengan cinta lelaki
saya tengok rakan rakan sekolah saya dahulu, sekarang ni
ramai yang terlalu asyik dengan bercinta dengan lelaki
sehingga berpeluk peluk, bersentuhan 
bagi mereka bersentuhan itu perkara biasa.pegang tangan perkara biasa.
terlalu asyik bercinta i luv u sayang .luv u soo much.syang sayang
sampai tak takutkan Allah. perintah Allah dipandang sebelah mata sahaja.

Kini saya sedar kenapa Allah buat macam tu kat saya
Allah nak sedarkan saya bahawa ada perkara lebih penting daripada Cinta Manusia
iaitu. Cinta Allah. 

Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepadaku. (51:56)

Alhamdulillah terima kasih ya Allah.
terima kasih kerana telah menjauhkan saya daripada terjebak dengan semua ini
kalau tidak, mungkin sekarang saya merupakan salah satu dari mereka
mungkin sekarang saya berpeluk peluk, pegang tangan, sentuh sentuh, tayang rambut
demi lelaki tercinta
astaghfirullah hal azim

Alhamdulillah. Allah menyedarkan saya tentang betapa pentingnya saya sebagai wanita
Menjaga maruah saya,kehormatan saya.
Dan paling penting menyedarkan tentang peranan saya sebagai wanita beragama Islam
Saya ada maruah. Saya tak akan membiarkan maruah saya
Tercalar dan tergadai hanya kerana mengikut nafsu saya

Saya ada maruah!!!
Maruah saya dan maruah Islam
Agama saya


semoga Allah memberikan kesedaran kepada rakan rakan dan sahabat yang telah lalai dengan cinta manusia. Aminnnn


terima kasih yang tak  terhingga Allah...
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah...

wslm
Sumaiya
Blik Peah

No comments: