Wednesday, November 24, 2010

Alhamdulillah - Dawud Wharnsby Ali n Yusuf Islam

ALHAMDULILLAH
Dawud Wharnsby Ali n Yusuf Islam

I'm just a rock, and every day I sit and watch the sky

I sleep here in the sun and rain, and do not question why

I don't want to be a bird, 'cause as rocks we're never meant to fly

But you can sit and rest on me when you pass by



Alhamdulillah (Praise be to Allah) - Alhamdulillah I'm a rock

And that is all Allah asks of me

Alhamdulillah - Alhamdulillah I'm a Muslim

And there's nothing else I'd rather be



I'm just a tree and this is the only life I'll ever know

I'll bow my bows and worship whenever I feel the wind blow

And my purpose in life is to grow and Allah says grow

And be a home for the birds and shade for folks below



Alhamdulillah - Alhamdulillah I'm a tree

And that is all Allah asks of me

Alhamdulillah - Alhamdulillah I'm a Muslim

And there's nothing else I'd rather be



I'm just a person and my life is full of opportunity

I can travel through the world, over land and over sea

But will I choose the path of Truth, or a path to misguide me?

Sometimes I wish I had a simple life, just like a rock or a tree

But Alhamdulillah - Alhamdulillah I'm a person

And Allah has given me a choice that's free

So, Alhamdulillah - I choose to be a Muslim

And there's nothing else I'd rather be



Alhamdulillah - Alhamdulillah I'm a person

And Allah has given me a choice that's free

So, Alhamdulillah - I choose to be a Muslim

And there's nothing else I'd rather be

No, there's nothing else I'd rather be

Mereka


Salam

Berdasarkan gambar di atas, apa dapat anda lihat? Buat rumusan tidak lebih daripada 100 perkataan.

~
Bila duduk saja saja
Mesti teringat dekat depa ni
Yang kiri sekali mesti la selalu ingat
Keluarga saya.
Ayah Mama
Kakak,Nana,Sofia,Adik
Ayah walau segarang mana pn ayah, se'bekeng' mana pun ayah, setegas mana pun ayah
Saya masih sayangkan ayah
Mama, walau pun kadangkala teguran mama buat saya kecik hati, tapi sekarang saya sedar semua itu untuk kebaikan saya. Saya sayangkan mama. Syurga kan bawah tapak kaki mama (Walaupun tak nampak pun setelah lama membelek belek kaki mama)
Adik beradik kesayangan saya.Saya sangat sayangkan kalian.
Kalian tempat saya bersuka ria, bergurau senda, bercerita, bermain ,berjalan2 , semua bersama sama
saya sayang kalian semua!

Yang tengah tu!
Chad,TikahPadel,Aiman,Ayat,TikahPadel.
Sedih bila tengok gambaq ni.huhuhu.sekarang ni masing masing dah busy
cuti tak sama dah..
Depa ni walopun jarang saya contact, tapi diorang antara the first person dalam fikiran
Bila balik rumah....sebab mereka ni telah mengajar saya erti persahabatan..
ketika waktu saya masih lagi mencari erti persahabatan yang sebenar. ..
Love U All!!

Kanan sekali tu gambaq rakan sekelas , satu kos
PISMP Pengajian Sosial 2 Ambilan Jan 2010
Sayang mereka juga.sebab mereka ni yang banyak bagi kerjasama tolong menolong bila ada masalah
especially masa saya jadi ketua unit semester lepas
korang adalah kawan yang sangat baik! :)

Yang takda gamba kat atas tu, yang selalu dalam ingatan saya adalah insan insan seperti berikut
Syaffiqa - kawan dari darjah 1 selalu gaduh2.hakhak
Zafira - baru rapat masa form4 tapi kamceng dgn saya
Efi - kwn baru masa form5 skolah di aloq staq. selalu mhabiskan masa bsama beliau ! :D
Intan - kwn baru juga masa form5 tapi entah kenapa,selalu hati ni teringatkan intan


saya sangat merindui kalian.....bagi saya, persahabatan itu sangat penting.
Penting daripada bercinta! 

Tuesday, November 23, 2010

Kenangan Lama


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Tengah holiday cuti cuti ni,
Kadang-kadang akan teringatkan kenangan lama. (bukannya kisah cinta ya)
Teringat kisah masa saya di sekolah menengah.SMKSB

Ingat lagi masa tu saya ni jerawat sangatt banyak
Masa tu kawan-kawan saya baru berjinak jinak dengan bercinta dengan lelaki
Lelaki dari kelas lain, dengan senior pun ada
Abang angkat, boyfriend, adik angkat.
Ramai kawan saya yang saya ingat lagi,
Ada secret admirer, ada orang kirim salam, ada bagi surat nak ambil adik angkat.
Ada minta no hp, ado hok nok bergewe (bercinta dalam bahase klatee.ehe)


Kiranya kat sekolah ni lah zaman permulaan orang nak bercinta kan
Geng geng saya lah ramai jugak yang pakat ada orang minat,nak amik adik angkat
Zaman remaja ni lah jiwa berbunga bunga nak bercinta, betul tak?

Tapi saya sedih sebab tak ada pun nak ambil saya jadik adik angkat, nak mengorat saya,minta no hp
Bagi surat. secret admirer. Kawan-kawan ramai yang ada.yang duduk luar, duduk hostel.
Dalam kelas mesti diorang sembang pasal laki.
Laki kelas tu hensem la, kelas ni hensem la.Abg senior hensem la.

Saya ada minat beberapa orang lelaki. Its normal kan minat lelaki pada usia remaja macam ni.
Minat budak kelas tu.Minat budak kelas ni. Tapi semuanya saya syok sendiri
Sebenarnya mungkin terpengaruh dengan kawan-kawan yang semuanya cakap pasal lelaki kan
Lagipun saya tak biasa rapat dengan lelaki sebab adik beradik semuaa perempuan
Sampai lah saya form5, tak pernah ada orang nak ambil jadik adik angkat atau nak mengorat saya
Sedih sangat....(Masa tu muka penuh dengan jerawat.)
____________________________________________________________

Tapi sekarang setelah hampir 3 tahun saya meninggalkan alam persekolahan
Saya sedar tentang apa yang saya tak dapat dahulu
Saya tak dapat macam kawan saya.Kawan banyak peminat.Secret Admirer
Saya baru tahu sekarang kenapa Allah halang semua perkara macam tu terjadi pada saya
kenapa Allah tak bagi saya bahagia dengan cinta cinta manusia sejak dari zaman sekolah
saya ambil masa yang sangat lama untuk faham kenapa,kenapa dan kenapa

saya sedar Allah sayangkan saya dan tak mahu saya terus lalai dengan cinta lelaki
saya tengok rakan rakan sekolah saya dahulu, sekarang ni
ramai yang terlalu asyik dengan bercinta dengan lelaki
sehingga berpeluk peluk, bersentuhan 
bagi mereka bersentuhan itu perkara biasa.pegang tangan perkara biasa.
terlalu asyik bercinta i luv u sayang .luv u soo much.syang sayang
sampai tak takutkan Allah. perintah Allah dipandang sebelah mata sahaja.

Kini saya sedar kenapa Allah buat macam tu kat saya
Allah nak sedarkan saya bahawa ada perkara lebih penting daripada Cinta Manusia
iaitu. Cinta Allah. 

Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepadaku. (51:56)

Alhamdulillah terima kasih ya Allah.
terima kasih kerana telah menjauhkan saya daripada terjebak dengan semua ini
kalau tidak, mungkin sekarang saya merupakan salah satu dari mereka
mungkin sekarang saya berpeluk peluk, pegang tangan, sentuh sentuh, tayang rambut
demi lelaki tercinta
astaghfirullah hal azim

Alhamdulillah. Allah menyedarkan saya tentang betapa pentingnya saya sebagai wanita
Menjaga maruah saya,kehormatan saya.
Dan paling penting menyedarkan tentang peranan saya sebagai wanita beragama Islam
Saya ada maruah. Saya tak akan membiarkan maruah saya
Tercalar dan tergadai hanya kerana mengikut nafsu saya

Saya ada maruah!!!
Maruah saya dan maruah Islam
Agama saya


semoga Allah memberikan kesedaran kepada rakan rakan dan sahabat yang telah lalai dengan cinta manusia. Aminnnn


terima kasih yang tak  terhingga Allah...
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah...

wslm
Sumaiya
Blik Peah

Monday, November 22, 2010

Baby Muadz :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Alhamdulillah akhirnya seorang lagi khalifah muka bumi ini dilahirkan pada
21 November 2010
Diberi nama Muhammad Muadz Ikhwan
Panjang benooo nama 
Cukup-cukup penuhkan ruang kat IC nanti yek :D
Lahir di Hospital Besar Kulim. 

Baby Muadz ni ialah anak saudara saya. comel kan?
Beratnya 3.8 kg dan sangat chubby
Comel. Sekali tengok macam orang Cina.
Mata sepet (Baby baru lahir memang mata sepet kan)
Ni haoo ma.

 ALhamdulillah ibu dan anak dua dua dilahirkan sihat wal'afiat
Selamat datang ke Keluarga kami
Muhammad Muadz Ikhwan bin Irzan Fadhli :)

 Kecikkan gamba ibu bapa Muadz. Sebab tak minta keizinan mereka lagi untuk letak gamba ni.hehe

Mak Teh dan juga Mak Tok Muadz. 
(Gambo mereka juga perlu dikaburkan sebab tak dapat keizinan untuk letak lagi. ehe)

Aha begitu lah alkisahnya.
Terasa agak excited sebab anak saudara first kan
Kesianlah dekat bakal anak saya nanti sebab tak ramai yang excited macam ni bila dia lahir
Mak saudara-mak saudara dia pun buat cam biasa biasa ja
Sebab semua nanti dah pakat ada anak kan. ehe
Kepada bakal anak saudara-anak saudara ku lepas ini
Terimalah kenyataan seadanya ye :D ehe

Kepada Muhammad Muadz Ikhwan (kena sebut dua dua nama ni sebab ibu ayah dia bagi.)

MakTeh harap Muadz membesar menjadi anak yang soleh kpd ibu ayah Muadz
Dan paling penting taat pada Allah. 
Jadi seorang lelaki yang tabah dan tegar memperjuangkan Islam
Jangan jadi seperti kebanyakan lelaki sekarang yang mencari cinta perempuan bukan main lagi
Tapi cinta ALLAH tidak diutamakan.
MakTeh harap Muadz nanti jadikan Allah sebagai cinta utama Muadz ye!

Semangatnya makteh ni nohhh.

wassalam
Sumaiya
(9.05 pagi, bilik Peah)

Sunday, November 21, 2010

Full of Humility


بسم الله الرحمن الرحيم

Full of Humility 

Put all our pride away,
always find a gentle word to say
you know we shouldn't fool ourselves,
Allah has given so much to you and me.

Put all our pride away,
Always thank Allah when we pray,
You know we shouldn't be full of ourselves
when we, should be full of humility. 

We're all livin' here together on this planet floatin' round the sun
We're all equal to one another, no one's better than anyone
The only thing we have to weigh us all apart
is the faith only Allah can see, deep inside our hearts. 

Put all our pride away,
always find a gentle word to say
you know we shouldn't fool ourselves,
Allah has given so much to you and me.

Put all our pride away,
Always thank Allah when we pray,
You know we shouldn't be full of ourselves
when we, should be full of humility. 

Trying hard to simply be humble and never act too proud
It's easy to trip and stumble with your nose up above the clouds
Its always best to be modest and keep our feet on the ground
Cause pride will eat us up inside if we're arrogant and loud. 

Put all our pride away,
always find a gentle word to say
you know we shouldn't fool ourselves,
Allah has given so much to you and me.

Put all our pride away,
Always thank Allah when we pray,
You know we shouldn't be full of ourselves
when we, should be full of humility. 

Nasyid Dawud

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Sejak balik rumah hari tu duk mencari nasyid nasyid dendangan Dawud Wharnsby Ali
Dan sampai hari ini tak jemu me’repeat’ nasyid nasyid beliau.

Saya suka Maher Zain.Sami Yusuf.etc. Tapi Dawud Wharsnby Ali ni ada kelainan sedikit kat nasyid dia
Dia tidak gunakan muzik yang banyak, hanya beberapa muzik yang tak berapa kedengaran
Oleh kerana muzik dia tak banyak, so apa yang dia sebut tu memang jelas
Dan nasyid dia sangat mudah saya faham sebab dia macam menceritakan di samping menyanyikan

Alhamdulillah terima kasih kepada Mahfuzah Husna sekali lagi sebab perkenalkan Dawud ni pada saya
Sebenarnya memang baru baru ni plan nak search nasyid berbahasa Inggeris. Kebetulan pulak terbaca kat blog Mahfuzah pasal Dawud ni. Mekasih nooohhhhh merah90 :)
Beberapa nasyid yang saya agakk minat ialah

- Full of HumilityKisah tentang betapa malunya kita sebagai hamba Allah sebab Allah beri kita                           banyak sangat nikmat dan jangan bangga dan riya’.

-AlhamdulillahTentang betapa bersyukurnya setiap makhluk di bumi ini tentang kejadian mereka. Setiap makhluk ada manfaatnya kepada satu sama lain.
bersyukurnya batu sebab dijadikan batu.Bersyukurnya pokok sebab dijadikan Allah sbg pokok. Syukurnya kita sbb dijadikan sbg manusia dan Islam. :)

-Colours of IslamIslam itu universal. Seluruh dunia tanpa mengira warna kulit atau kaum. Setiap                        orang Islam ialah saudara kita.

Dan lain lain lagi.
Saya rekemen kepada anda untuk mendengar nya . di bawah ni link untuk 4shared

Full of Humility

enjoy it! hayati liriknya :D

wslm
Sumaiya

Saturday, November 20, 2010

No Idea

Salam

Duk menengok sekarang ni kalu menulis di blog ni macam takda idea mana
Pakai duk tulis saja.
Maaf deh.
Tapi jangan risau jangan sedih, insyaAllah rajin nanti akan dipostkan sesuatu yang ilmiah
insyaAllah.amin.

Hari tu saya ada beritahu nak cerita pasal kisah ‘insyaAllah’ tapi tak cerita cerita pun lagi

Tentang anak saudara saya yang haritu saya cerita bakal dilahirkan Ahad lepas pun tak cerita pun lagi
Sebenarnya yang anak sedara tu, tak dilahirkan lagi.
Patutnya due 13 hb hari tu tapi nampaknya
Dia mahu menunggu kepulangan makteh kesayangannya dari Besut
Terima kasih Muadz sebab sayang makteh . Makteh pun sayang Muadz
Semoga Muadz jadi anak yang soleh
Aminnnn.


_wslm_________________________________________________

*seronok la pulak bila taip ayat penuh ni. boleh memperbaiki ejaan dalam bahasa Melayu.

Thursday, November 18, 2010

Saya Guru

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Pejam Celik Pejam Celik
Dah 2 tahun setengah saya belajar di IPG Kampus Sultan Mizan
Tujuan utama saya di sini ialah untuk belajar menjadi bakal guru pada masa akan datang kelak

Kalau teringat semula, mesti saya rasa sangat tak sangka boleh pilih bidang ni
Padahal dulu memang tak mahu pun cikgu ni sebab..
(rasa macam tak famous sebab tak duduk kat U. Mind set dulu-dulu)
Ingat lagi masa baru tahu dapat IPG Kampus Sultan Mizan,
Masa tu ada perjumpaan ape tah kat bangunan Annex.
Masa tu still belajar di CFS UIA.
Masa tahu tu memang tak rasa langsung nak pergi maktab
Tapi entah la pada suatu pagi yang indah,
Masa baru bangun tidur, rasa macam hati ni nak ke maktab
Padahal hati ni memang dari dulu nak sangat kat UIA ni!

 ===============================================================

Itu kisah dulu. Masa dulu rasa sedih sangat sebab pilih nak masuk maktab
Rasa macam, apesal la tak stay dekat UIA dulu dulu.

Tapi sekarang baru dapat rasa sendiri hikmah yang dapat
Sekarang ni memang hati ni rasa nak sangat jadi cikgu
Sebab nak bimbing kanak kanak ni jadi orang yang berguna
Sahsiah , berbudi , beragama. Bukan bijak saja.
Seronok nya kalau kita berjaya bimbing mereka ni kan

Tapi sebelum tu kita kena dulu check diri kita sendiri
Adakah sahsiah saya ni sesuai dicontohi oleh murid murid nanti?
Macam mana cara saya bergaul?macam mana cara saya berpakaian? bercakap ?
Adakah saya menepati ciri ciri Islam? 
Ciri ciri seorang guru yang dapat membimbing murid nanti?
Nanti kalau anak murid kita buat perangai, kita kena fikir semula, ada tak kita buat perangai macam tu dulu dulu?
Kita belajar untuk mengendalikan manusia, bukan mengendalikan mesin.
bukan mudah untuk menjadi guru.  :)

Saya gembira kerana bakal menjadi guru ^_^

oklah kepada semua kawan kawan bakal guru, dan kepada guru guru saya,terimalah video khas buat guru ini. seronoknya kalau anak murid saya yang nyanyi kat saya macam ni. mesti nangis nangis terharu.



sekian wassalam
sumaiya
_________________________________


* lupa nak habaq, dah tukar kata nama 'aku' kepada 'saya'
rasa lebih sesuai sebut saya. sebab nanti kalau anak murid tengok ke, kata cikgu ni kaso ngat eh!
(padahal tak mengajar pun lagi ni.praktikum pn belum.perasan je lebey.eceh!)

Dawud Wharnsby Ali

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam
Hari ini saya nak share tentang beberapa nasyid daripada seorang insan bernama

Dawud Wharnsby Ali

Pernah tak dengar nama dia?

Terima kasih pada saudari Merah90(http://merah90.blogspot.com) atau nama sebenarnya Mahfuzah Husna (Sedap kan nama dia)
Yang memperkenalkan nasyid nasyid Dawud ni pada saya

Dawud ni orang Canada
Saya tertarik dengan nasyid nasyid dia yang kurang muzik dan mudah difahami
Tapi kawan saya sorang ni nama dia Farah,
DIa habaq, Dawud ni bukan bernasyid, tapi dia ala-ala menceritakan kisah
Tapi ala-ala nasyid sedikit. Unik kan?
Kalau sastera Melayu, mungkin kategori dia macam
Gurindam..Atau Seloka,,Atau..Gurindam?


Saya merupakan peminat tegar lagu lagu english . Hollywood secara umumnya.
Saya suka tengok drama bersiri, movie, lagu lagu. Semuanya orang putih.
Sebab dulu rasa macam up to date gitu, Bila minat English English ni (Terserlah kejahilan lama)
Lepastu mesti la hafal lagu omputis ni, sampai sekarang ingat jugak sikit sikit
Bagi saya English songs help me improving my English. (tapi sekarang tengok tak improve2 pun ?)

Alhamdulillah terima kasih kepada kawan-kawan yang memperkenalkan nasyid nasyid dari native speaker English.
Sekarang dah jumpa alternatif lain daripada dengar lagu Orang Putihs atau hollywood yang banyak unsur unsur lucah. cinta, etc etc yang negatif. Mungkin lagu lagu ni yang effect kat hatiku dahulu. Sampai jadi keras kematu, susah nak dengar nasihat orang .

"Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah,
Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah " :)

Takpa kita nak berhibur, tapi biarlah ada cara nya. Cara hokk molepp
Cara yang betul dan selaras dengan agama kita, Islam :)
Sekarang rasa teruja dengar nasyid Wharnsby Ali ni. Try cari kat 4shared.
Ni antara video saya jumpa. Best nasyid ni, hayatilah liriknya ya :)




wslm~
Sumaiya
depan tv, ditemani nyamuk

Salam AidilAdha

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam

Selamat Hari Raya Aidiladha

Brotherhood arts 

Hayatilah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s
Betapa besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim a.s
Betapa taatnya Nabi Ibrahim a.s pada perintah ALLAH
Bukan daging qurban itu dinilai, tetapi ketaqwaan Nabi Ibrahim a.s pada perintah Allah


 Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketaqwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkanya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira terhadap orang yang berbuat baik”.
( Surah Al-Hajj: 37).


Pengorbanan Kita ?


Bagaimana pula dengan kita? 
Sanggup tak kita nak korbankan masa kita, harta kita, jiwa kita, kesayangan kita
Demi Allah?
Kita sanggup tak korbankan beberapa minit untuk


Menghadiri majlis ilmu. tazkirah ustaz ustaz di Surau Al Firdaus,IPG Sultan Mizan
atau
Baca Al-Quran
atau
Berzikir
atau
Solat-solat Sunat
atau
Tahajjud


daripada 24 jam sehari, berapa jam kita korbankan masa kita untuk Allah?
daripada 24 jam sehari, berapa jam kita gunakan masa untuk kawan-kawan, utk berseronok?


cuba kita tanya diri kita sendiri. 


ayuh kita lakukan pengorbanan untuk Allah
at least 1/2 jam sehari pun sudah ok
biar sedikit sedikit , tapi berhasil


peringatan untuk diri juga yang sering lupa
sama - sama kita lakukan pengorbanan 
Untuk Allah, Pencipta kita




wassalam

Sunday, November 14, 2010

Kerana Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Alangkah indahnya hidup kita kalau semua kita buat kerana Allah kan?

Bangun tidur kerana Allah
Mandi kerana Allah
Gosok gigi kerana Allah
Pakai pakaian kerana Allah
Pergi Kuliah kerana Allah
Belajar kerana Allah
Jawab exam kerana Allah
Mengajar murid kerana Allah
Makan kerana Allah
Minum kerana Allah


Sayang mama ayah kerana Allah
Sayang kakak kakak dan adik kerana Allah
Sayang kawan-kawan kerana Allah

Kalau semua kita buat kerana Allah, ia adalah ibadah kpd Allah
Kalau kita buat kerana Allah, kita akan sedar betapa banyak nikmat yang Dia telah kurniakan
Kepada kita semua

Subhanallah.. Sayangnya Allah pada kita kan :)

Pasti kita akan berasa lebih tenteram
Pasti kita tidak akan berani untuk buat apa yang Allah larang
Dan buat apa yang diperintahkanNya.
Pasti kita akan cuba untuk menjadi hamba Allah yang taat perintahNya

Jom!jom kita niat kerana Allah.
Setiap perkara kita buat kerana Allah. 

Semua
Kerana Allah :)

wassalam~
-Sumaiya


Semester 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Esok saya ada exam PJ tapi masih lagi tak ada mood nak study
Tekad nak study selepas ni.
Apalah kan. nak result bagus. A tapi tak ada usaha.
Macam mana nak berjaya.
"Pemalas"
Entah bila nak ubah perangai pemalas,
Perangai orang Melayu .Genetik Melayu yang mengalir dalam tubuh ni
Tengok, nak salahkan genetik pulak. Salahkan diri sendiri. Pemalas.Pemalas.
Semoga menjadi lebih rajin.rajin.rajin.rajin.dan rajin!Rajin 45 kali

Ah haa.di sini saya nak cerita  sikit apa yang terjadi sepanjang Semester 2 Ijazah Perguruan kat sini
Semester 2 , antara semester yang sangat menguji diri ini. sangat sangat sangat menguji .
Setiap ujian ada hikmah di sebalik nya.
Alhamdulillah terima kasih Ya Allah, banyak sangat pengajaran yang saya dapat daripada ujian ujian ini

Amanah

Semester ini saya memegang jawatan sebagai Ketua Unit (KU). Lebih kurang macam ketua kelas la gitu
Dalam sekelas ada 20 orang. Lelaki 3 orang. Saya merupakan perempuan ketiga dalam kelas menjadi KU
KU akan bertukar ganti setiap semester, untuk orang lain jugak merasa untuk memegang amanah ini.

Waktu mula jadi KU, rasa malu sangat nak cakap depan kawan-kawan.Nak beritahu apa apa ke
Tapi lama-lama dah biasa.
KU. tugas yang agak berat bagi saya.sebab kena jadi ketua untuk kelas, kelas kelas lain ketua semua lelaki. kelas saya sorang aje perempuan. Nak kena cari lecturer, isi borang itu,ini, perjumpaan, hantar buku rekod etc etc. nampak macam mudah tapi tak la semudah yang disangka.

Yang paling susah tu bila nak kena cakap kat depan tentang sesuatu
Tapi yang agak terasa hati bila cakap kat depan, kawan kawan ada yang tak dengar langsung
buat kerja sendiri,sembang sembang. sangat tak ada rasa tanggungjawab dan kesedaran
Nak tegur, tapi memikir juga. Kawan-kawan terasa pula nanti.ah terpulanglah. Kadang-kadang tertinggi jugak suara waktu kat depan kelas tu.

Hikmah
sekarang saya sedar, nak pegang jawatan bukan mudah. Kawan -kawan lain yang di JPP, Rakinah,Asraf. Mesti lagi berat dari saya. Amanah yang dipikul ini juga beri kesedaran kepada saya. Membuatkan saya berfikiran lebih matang. Alhamdulillah bersyukur sebab ada juga manfaat dapat dari jadi KU ni.

Saya juga mula untuk belajar berdikari sendiri, tak bergantung pada orang lain.
Sebelum ni saya sendiri akui, diri ni agak "manja". Bergantung pada kawan-kawan. Dan penah juga dalam family, orang cakap anak manja dalam family. Eheeh.

Buat keputusan sendiri. Saya sangat lemah dalam membuat keputusan sendiri. selalu akan tanya orang
"Em ok tak camni ek?", "Eh macam mana nak buat kalau macam ni?" "Hang rasa aku patut tak ek buat macam ni?ke tak patut."
Semua lah nak tanya orang.Tanya pendapat orang. Takut sungguh nak buat keputusan sendiri.
Sekarang still lagi macam tu, tapi dah berkurang lah. tak teruk sangat mcam dulu. Macam budak budak.

Alhamdulillah. sekarang saya belajar untuk menjadi lebih matang daripada sebelum ini.

Masalah


Masalah.Masalah. perkara biasa bagi setiap kelas. Masalah yang dihadapi kelas agak besar bagi saya.
Tertekan, tak tahu nak buat apa. Menangis. Itu ja yang boleh buat. Menangis!!?
Lemah sungguh diri ini. Menangis dan hanya berkata-kata mulut ni tapi tak ada tindakan pun.

Saya sendiri tak boleh nak selesaikan masalah ini. Tak tahu macam mana nak selesai. Masa yang diambil agak lama.Masa untuk selesaikan dan sembuh dari terluka hati.


Alhamdulillah, makin lama makin banyak aku belajar.
Belajar untuk tegur orang dengan cara berhikmah.Belajar macam mana nak berhadapan orang yang telah membuat salah yang sukar untuk kita terima. Adakah memaafkan dia,dan terima dia?atau adakah sebaliknya?ataupun adakah berdoa kepada Allah supaya Allah berikan dia kekuatan untuk istiqomah?

Hikmah
Semua ni dalam proses pembelajaran. Saya pun buat salah sebab terlalu suka menghukum .Lebih suka menghukum daripada mengubati. Diri ni pun tak bijak untuk membantu orang. Banyak sangat kelemahan dari segi nak membantu orang untuk ubah diri.

Tapi alhamdulillah timbul kesedaran tentang betapa pentingnya kita sebagai sahabat sebagai hamba Allah sebagai khalifah Allah, perlunya kita melayani orang sebaik mungkin walau sejahat mana pun orang itu. walaupun dia pernah membunuh, pernah mencuri,menipu . etc etc. jangan membenci dia, sebab selagi dia tak meninggal dunia, tak mustahil Allah akan berikan dia hidayah.

Selain itu, kalau nak menegur seseorang, tegur  yang kita nampak secara zahir. Yang kita nampak sahaja. Jangan sampai nak selidik dalam dalam, belek hp,diari, etc etc

Learn from our Mistakes

Kita belajar dari kesilapan kita yang lalu. Kesilapan kesalahan kita terhadap orang lain.
Untuk menjadi lebih baik dari diri sendiri. Walau sebaik mana pun kita dari orang lain, jangan sampai tak bergaul dengan orang lain.Nak bergaul dengan orang baik baik sahaja. Tak tegur dah orang lain.
Menegur ada caranya, tegur secara berhikmah

Dan saya sangat tak setuju bila orang kata kita tidak boleh menegur orang lain. Kita tak ada hak untuk tegur orang lain. Selagi kita hidup, kita ada hak ke atas orang lain, hak sebagai saudara seIslam untuk saling ingat mengingati supaya saudara kita tidak hanyut dalam mainan dunia.
Salah ke kalau nak tegur, salah ke ?tak salah,cuma berhikmahlah.

Dan orang yang tidak boleh menerima teguran tu, sepatutnya berlapang dadalah.terimalah sebagai satu medium untuk kita berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri.
Bukan rasa teguran tu untuk berasa orang yang menegur tu perasan baik sangat.perasan bagus sgt. .tidak. bukan. orang yang menegur tu sebenarnya sayang kat kita. itu sebab kita ditegur.

Terima kasih Ya Allah. Jauhkan kami dari kejahatan hawa nafsu kami sendiri.Jauhkan kami dari sifat sifat mazmumah, dengki dendam, riya',ujub, mengumpat, mengata, marah, .Jauhkanlah kami dari godaan Syaitan.Amin Amin..
________________________________________________________________________

Makin lama makin skema ayat dekat blog ni . Mungkin dipengaruhi suasana exam
 Mood exam.Ayat pun dalam buku.


oklah,nak sambung study! ganbatte nehh!


wassalam

Sumaiya

Friday, November 12, 2010

Construction

Salam

Sejak Blogger ni bagi kita upload gamba kita sendiri jadi kan background
Rasa macam nak tukar setiap hari aje gamba belakang ni.ehe

Maaflah kalau ada yang pening tengok blog ni.
Sekejap warna tu
Sekejap warna ni

Masih dalam proses nak edit sikit blog ni bagi kemas dan simple. 
Dan paling penting,nak bagi blog ni sentuhan lain sikit
Sentuhan baru untuk umur 20 tahun.
Masih dalam planning. 

Semangat sungguh rasa nak berblogging
Best lagi blogging dari Facebooking
Walaupun rasanya tak ramai yang baca pun 
Tak apa asalkan kita berasa puas :)

Okayh, selamat bercuti kawan-kawan :)

\wassalam

Sumaiya

Wednesday, November 10, 2010

Jom!

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam
Tengah bosan-bosan ni, terus buka blog.
memang hobi aku suka membaca blog orang.
Tiba-tiba mata aku tertumpu pada post member yang latest,

"Apabila Meniru DIjadikan Gaya Hidup"

Err.tak sangka beliau juga sedang memikirkan perkara yang sama
Aku pun memang duk fikir perkara ni masa tengah jawab exam tadi
sebab tu mata aku duk perati orang sekeliling aku
Kanan,kiri,depan. belakang tak lah (nanti nampak macam aku pulak meniru kan)

Aku nampak sendiri dengan mata aku.tapi pelik juga kenapa lecturer tak tegur ye.
rasa lecturer nampak tapi dia malas kot nak tegur.
Bertanya soalan antara rakan, macam tak ada rasa bersalah langsung
mungkin bagi mereka, aku tak tiru.aku tanya aje.

Tapi aku rasa sedih dan kasihan apabila beberapa insan
Yang membawa imej Islam lebih baik . pendapat aku,lebih baik dari aku dan orang lain,
Tanpa rasa bersalah memberi rakan tiru dan juga meniru.dengan bertanya soalan.
Sedih..hal ini akan beri persepsi buruk terhadap insan2 tersebut dan sekaligus kepada orang lain juga, mungkin.
"Ala,nmpak je baik tapi meniru juga". maaf ayat mungkin kasar.tapi itulah realitinya.

Mungkin kita akan rasa, "Ala rileks ar. kau pun macam la jujur sangat.meniru je pun. orang lain pun meniru"
Ya, orang lain pun meniru. Tapi kita? mahu juga jadi peniru?penipu?

Kalau kita jadi peniru kepada peribadi Rasulullah s.a.w. Tak salah kann. sangat digalakkan
Tirulah Rasululllah. bukan meniru dengan cara menipu dalam exam.

Tipu diri sendiri, tipu mak ayah, tipu lecturer. Ya kita boleh menipu mereka mereka ini,
tapi kita tak boleh menipu Allah s.w.t. Dia Maha Melihat.
Kita rasa benda ni kecik ,tapi sebenarnya tidak.

Masih,tak percaya?Masih rasa perkara ini perkara remeh dan kecil?

Aku cuma risau kalau kalian terus meniru sampai ke sem 8,sampai dah jadik cikgu nanti.
Waktu exam masih meniru. Anak murid kesayangan kita pula macam mana ye?
Jangan nanti anak murid pelbagai ragam, salahkan mereka 100%. Mungkin jugak effect dari kegiatan dan hobi kita yang suka meniru semasa exam.
What goes around, comes around.Sepatutnya kita bakal guru, tunjukkan contoh baik.
Tetapkan disiplin dalam diri. Mana yang salah,mana yang betul.

Kita beragama Islam, tunjukkan contoh yang baik. Jangan pula sampai non muslim rasa kita ni serupa ja dengan mereka. tak ada beza pun. Kan kan?

Meniru itu sama dengan menipu. Masih tak percaya?
Ada fikiran,ada akal. berfikirlah secara waras dan pilih mana hak,mana yang batil.
wallahu'alam.

Sabtu 13 hb

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam
Sabtu 13 hb November 2010 dijangka seorang bayi lelaki akan dilahirkan di bumi Allah ini
InsyaAllah .dengan izin Allah.

Agak excited lebih sebab first anak saudara.
Lelaki pulak tu. Bestnya, sebab tak ada adik lelaki!
Mesti disayangi oleh mak sdare mak sdare nye ini.

Saya berdoa agak kakak dipermudahkan Allah ketika berjuang melahirkan seorang khalifah
di bumi ini. doa banyak2 neh. Nanti cuti kita jumpaa noooohhh.

Nanti balik cuti guwer ceritakan lagi tentang anak saudara first ni.semangat2!!ahah~

Ahaa. kenapa kita perlu menyebut InsyaAllah ? kenapa ? ahaa.nanti akan ku ceritakan di dalam post yang seterusnya. Selamat menjawab exam semua!! :D

wassalam

2 lagi

Salam
Alhamdulillah dah selesai 2 paper
ada dua lagi paper.
dah lama tak post , posst yang santai santai
oklah hari ni nak post macam diari pulak

Pagi tadi ada exam Perkembangan Sejarah Negara
alhamdulillah sudah ku lalui soalan soalan tadi
alhamdulillah syukur sebab baru ja baca pagi tadi tengok tengok naik kat soalan esei

Tahun ni first time aku malaih nak tengok soalan spot.
Selama ni hanya bergantung pada spot, sekarang malaih dah nak bergantung sangat
sebab pernah sekali tu bergantung sepenuhnya kat spot tengok2 tak masuk
padan muka.sapa suruh takmau baca satu buku.

Mulai sem depan, nak jadi Rajin!rajin.rajin.rajin.rajinlah.rajinlah.
rajin lah rajin. sekian.wslm

Sunday, November 7, 2010

Renungan bersama

بسم الله الرحمن الرحيم



"Kehendak nafsu walaupun sgt mrosakkan tetapi sgt kita sukai.Apabila sesuatu itu sangat kita cintai,kita akan menjadi buta lalu kejahatan dilihat baik. malah, kita akan menjadi hamba kpd apa yg kita cintai"

Saturday, November 6, 2010

a song i dedicated to myself

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
I dedicated this song to myself
This song is really made my heart feel ........
I cannot find suitable word to suit my feeling after I listen n understand this lyrics

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Yes. I was too proud to see the truth..
I was very proud of this world.my family.my friends.everything
For me, they are my life. I have no other except them
My Friends, my priority. They are my life.
I only have them. I tried my best to make them happy.

but I never thinking about you before, Allah.
I was too 'jahil' to see the truth. proud of being myself.
when I was down, you still give me hope
even I never appreciate you.
Your love to your servant.your creations.I never thought about this before.
Your love to your servant..subhanallah.

"Dan sungguh kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan kami angkut mereka di darat dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna "(17:70)

"Allahlah yang menundukkan laut untukmu agar kapal-kapal dapat berlayar di atasnya dengan perintahNya dan agar kamu dapat mencari sebahagian kurniaNya, dan agar kamu bersyukur "(45:12)

You create us, animals, plants.

"Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.."

Subhanallah. You made animals and plants. but you give us more than you give to them (animals and plants). you give us 'aqlu' (akal). to think,to make wise decision .this make us intelligent
But why we still not appreciate your ni'mat to us?why?because we are too proud.

Yes,Allah loves us more than the mother cares about her children. The proof?

He still give us ni'mat; health, eyes to see, ears to hear, nose to smell, foot to walk, hand to touch. he still give us this ni'mat even we never think about him.

He did not make us handicapped even we did not pray 5 times a day. He did not make us deaf, blind, because we did maksiat. He give us food, water, but we loves our boyfriend more than we love Him. He still give us all of those ni'mat eventhough we did not obey to Him. He still borrowed His belonging to us eventhough we did not appreciate all of His ni'mat. everything in this world are belong to him.

No,dont trust Taylor Swift 'You Belong To Me'. You not belong to me. every single thing in this world, is belong to Allah. He create everything. Did you remember?

"Dan Allah menurunkan air (hujan) dari langit dan dengan air itu dihidupkanNya bumi yang tadinya sudah mati. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran) . (16:65)

"Dan sungguh, pada haiwan ternak itu benar-benar terdapat terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari apa yang ada dalam perutnya (berupa) susu murni antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang yang mengerti." (16:66)

"Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap,dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Dia hasilkan dengan (hujan) itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Kerana itu janganlah kamu mengadakan tandingan-tandingan bagi Allah, padahal kamu mengetahui" (2:22)

"Pernahkah kamu perhatikan benih yang ditanam?
Kamukah yang menumbuhkannya ataukah Kami yang menumbuhkan?"
(56:63-64)

"Pernahkah kamu memerhatikan air yang kamu minum?
Kamukah yang menurunkannya dari awan, ataukah Kami yang menurunkannya? "
(56:68:69)

etc etc. there are too many ni'mat to written here. Everything that we see, we touch. Your ni'mat to us are uncountable. too many to count!

Subhanallah .Alhamdulillah.Thank You Allah for loving us. We will try our best to love You too. I am sorry for all my wrongdoing. I am too blind before..I really hope that You will give us chances to be a better servant.

I love my family and my friends too
oh, not forgotten my lecturers, my cousins,my neighbour, my pets etc etc .
I hope You will lead them to Your Guidance, before the time has come.
aminn

* I am sorry for my grammar mistakes. ehe
________________________________________________________________


Thank You Allah Lyrics

By: Maher Zain
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
_________________________________________
wassalam