Saturday, April 16, 2011

Halaman Pengakuan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum
oh ya saya terlupa nak tulis.

HALAMAN PENGAKUAN

"saya akui penulisan saya dalam blog ini adalah hakcipta terpelihara dan semuanya berkaitan dengan diri saya semata-mata, tidak langsung berkaitan dengan insan selain saya. minta maaf jikalau terdapat isi-isi dalam blog ini yang menyakitkan hati, menimbulkan rasa ketidakpuasan, rasa geram, benci, dendam kesumat dusta di hati kalian. 

apetah lagi saya seringkali memberi pendapat saya berkaitan cinta
di mana saya tahu ramai yang bercinta sekarang ni
tapi saya sama sekali tidak bercakap tentang sesiapa
tujukan pada sesiapa
hanya menceritakan pengalaman saya dan saya tujukan pada diri saya yang pernah juga seperti kalian
dan juga peringatan bagi saya supaya saya sentiasa istiqomah dalam menjaga hati

kerana saya tahu hati itu berbolak balik sifatnya
kerana itu saya harus sentiasa mengingatkan hati saya supaya
jauhi cinta manusia yg belum sah, dan carilah cinta Allah

jadi jikalau tidak gemar membaca penulisan santai  saya
atau ada pendapat atau komen membina anda tentang penulisan saya
tinggalkan di ruang komen, insyaAllah saya cuba menjawab sebaik mungkin
tapi kalau tetap tak berpuas hati, terpulang pada kalian :)

dan maafkan saya jika saya balas komen tu nampak macam tak mesra ke.
kalau kaum perempuan saya mesra
tp kalau kaum lelaki saya simple2
sebab .. kalian tahu sebabnya bukan.

.saya takmahu merosakkan hati kaum lelaki
sebab saya tahu kalau saya komen ,nanti saya komen dengan nada agak mesra,dengan mengada ngadanya dan gediknya. 
mungkin dengan komen sebegini
 "awakkk..jewww..iteww..ta baik tawwww...sukew.. tamau tamau ta baik ..eiiii jaat la awak!..
comeyyy...waaaaa...alaaa...(ayat yg manje2 yg femes lo ni)

bukan kah ayat-ayat gedik saya macam ini akan merosakkan hati lelaki? 
kan kan kan?ada yang tak setuju? 
ehehe. oleh itu harap kaum lelaki faham sebab apa sy bgitu
maaflah bukan sombong,bukan bajet cun.bukan bajet bagus.

tapi itulah yang pandangan saya.
saya tahu diri saya macam mana. 
sebab saya perempuan.

sekian..wassalam~



No comments: