Wednesday, August 17, 2011

Niat Seorang Guru

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah ,tiba2 teringat untuk berkongsi sikit ceghita semarin(Semalam+kelmarin)
waktu kuliah PJ(Pendidikan Jasmani), lecturer kami iaitu Puan Mazlina menceritakan tentang "NIAT"

Puan Mazlina yang dahulunya saya sangat takut sebab selalu nampak dia jerkah budak2 PJ
rupanya seorang pensyarah yang sangat saya kagumi dan hormati.
dalam setiap pengajaran dia, nampak semangat beliau utk mengajar kami

orang kata, (Saya pun kata)
Bila seseorang cikgu tu mengajar, murid dapat merasakan keikhlasan guru itu mengajar. Mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tapi jiwa murid tu akan terasa keikhlasan guru tersebut. subhanallah kuasa Allah, Dia yang uruskan hati -hati kita. insyaAllah jika guru mengajar dengan niat dgn nama Allah, niat utk mendidik



bukan utk wang, pangkat, utk kerja.atau last option utk kerja. sebab apa guru selalu bosan bila lama2 dah mengajo?malas nak mengajo?sebab niat dah tersasar dari landasan.mengajo sebab utk pekerjaan, rutin harian.etc2. bukan niat kerana Allah.

oh lupa nak cerita apa Puan cakap, duk membebel sorang2 pulak lame.ehe.

Puan kata, setiap kali keluar dari rumah kena niat pergi sekolah tu, niat utk mengajo budak2 ni, niat kerana Allah.bila niat kerana Allah,apa kita lakukan dikira ibadah oleh Allah.
insyaAllah bila niat kita betul, walau teruk macam  mana kelas tu, walau sibuk mana pun ,walau banyak mana kerja seorang guru, kita akan rasa seronok dan tidak tertekan.tidak merungut.tidak malas.etc2.
sebab kita buat semua tu bkn utk gaji,tapi niat kita kerana Allah :)

tersentuh kan dengar kata2 macam ni.puan akan further studies Phd lepas raya
semoga berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. :)


 

Post ke 500

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum
alhamdulillah setelah hampir 3 tahun lebih berblogging
hari ini sudah mencecah post yang ke 500
walaupun post saya tak la berpekdah mana kadang2 tu.



Teringat kembali pertama kali berjinak jinak dalam blogging ni
masa lepas SPM, Disember 2007

insan yang memperkenalkan saya tentang blogging ni
tak lain dan tak bukan adelah
saudari Anis Nadia bt Ismail

junior di Badlishah dulu
sampai sekarang saya ingat lagi dia cadangkan saya try blog utk isi masa lepas SPM
terima kasih pada insan comel tersebut

blog saya macam makin lama makin tak bermaya
hurm,kadang2 macam syok sendiri pun ada.
ahah!

tapi apa2 pun, tujuan saya buat blog ini bukan utk menjaja cerita, menarik perhatian orang atau utk populariti. hanya sebagai tempat utk berkongsi idea , maklumat dan cerita
mcm diari digital.

jadi, jangan rasa sedih jika anda rasa hanya anda sorang yg membaca blog anda setiap hari! :D

rasa lepas ni nak masukkan banyak2 gamba.
sebab saya minat tangkap gamba..
tapi bukan gamba syok sendiri,tapi gambar kehidupan. :)

wslm

 

Sunday, August 14, 2011

BinaInsanGuru(BIG) Perhentian :D

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t
Alhamdulillah dah seminggu rupanya kami semua pi Pulau Perhentian
memang pengalaman yang tak dapat dilupakan
memang seronok sangat! :)

tengok gamba ja lah :D




































 

Saturday, August 13, 2011

Wanita Islam Tiada Hak

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam
Terjumpa satu artikel yang sangat menyentuh hati
hehe.terutama buat wanita cam saya, 
dan kpd wanita2 yg seringkali mperjuangkan hak asasi wanita
wanita islam ditindas.tiada hak.lelaki mempunyai hak lebih dari wanita

sehingga kan dilihat seperti Allah tidak adil pada kaum wanita.
tapi, wanita lebih beremosi daripada mencari jawapan sebenar kpd persoalan2 mereka itu
jom baca apa jawapannya! :D



Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

by Ridhuan As-Siddiq on Thursday, July 21, 2011 at 12:47pm
Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Rujukan :
http://iloveislamsokmo.blogspot.com/2011/06/tujuh-perempuan-bertanya-seorang-lelaki.html
 ·  · Share


 

Friday, August 12, 2011

Thailand7 Part1

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t

Maaf lame beno tak update,agak bz sedikit sekarang.
oklah,diteruskan pada hari seterusnya iaitu 7 Disember 2010
bertolak dari Chiang Mai nak menuju ke Chiang Rai
jauh juga perjalanan, mungkin sampai sana pada keesokan hari nya.


perjalanan yg agak jauh dan kami berhenti di stesen minyak utk makan.
masak pakai dapuq kecik yg kami bawak dari rumah.minum ayaq milo
dan makan roti. hoho.mcm diet plak.


alhamdulillah.setelah konyang, kami meneruskan perjalanan.
dalam perjalanan ni, kami nampak pemandangan yg sangat indah.
bukit bukau, dan sini byk area mcm pertanian.hijau sungguh
dan udaranya nyaman banget. suka sangat tengok suasana aman damai kat sini.
kehijauan dan kebiruan alam ciptaan Ilahi.

mungkin sbb first time tgk pemandangan yang tak prnah tgk kat Malaysia
agak teruja tengok kedamaian di area2 sini.mungkin sbb Thailand ni besaq
so penduduk tak padat.kat sini pn nampak macam takdak manusia ja.ahah






chiang rai 92km lagi, jadi ayah kata kalau lewat, kita singgah di Doi Mae Salong dahulu
tidoq di sana. dalam perjalanan ke sana, kami ternampak ada satu Ladang Buah Limau yang sangat beso. teringin pulak nak pergi,sebab seumur hidup tak pernah p ladang limau.
so kami singgah di Ladang Limau yang bernama Thanathon Orchard



(gaya orang chewi.tak pernah tgk ladang limau)


adik gedik lari lari bila ayaq siram pokok tu nak kena kat kami


(buah mende tah)


(bila ayaq tu p sana,adik kejaq balik .pehtu lari balik.gedik mcm kakaknya)


saya dan adik tak ikut naik kereta api dia ni.mama ayah ja naik p atas sana
so saya dan adik duduk di area2 ladang limau sahaja.

ni gamba2 dr kamera mama. kereta api ni pi kat bahagian atas dari ladang limau ni











(pohon pohon limau dari atas bukit.tersusun  gitu)

saya suka tengok pemandangan hijau mcm ni :)






tada,ayah dan mama baru sampai.




limau dari ladang ni harga dia mahal gila.sekotak tu dalam berapa entah.mahai sunggohs!
tanpa membuang masa,saya amik kesempatan utk try free of charge.nak beli tak mampu
tapi limau kecik dia murah ja.so beli limau kecik ja.hoho

seperti biasa,ayah tak boleh tgk orang jual ayaq kopi
mesti nak beli.hehe

seterusnya,kami meneruskan perjalanan ke mae salong.


to be continued..ehehe