Saturday, March 3, 2012

Kahwin

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t

bila umur meningkat kepada 22 tahun ni, saya tengok sahabat2 saya (dan saya juga.hehe)
semua makin matang
dan nampak juga kdg2 waktu kami bersembang, timbul topik berkisar tentang 'Kahwin'.

alhamdulillah,ada dlm 3 orang sahabat saya dlm perancangan nak kahwin dalam tempoh terdekat ni,before habis belajar di IPG. cepat2 kahwin, perkara baik,sunnah Nabi :) tapi dalam proses ke perkahwinan tu, jagalah pergaulan dan adab.jgn jumpa,jgn keluar sama2, etc2.contact just apabila perlu mbincangkn hal pkahwinan saja. sebab tak berkahwin lagi,.kalau kita buat sesuatu yg Allah tak suka before kahwin,takut akan effect pd pkahwinan nanti sbb semua perkara adalah hak Allah.


Allah sahaja yang berhak utk tentukan mcm mana hidup kita lepas bkahwin.jd kita perlulah jg hak Allah,ikut suruhan Allah,apa Allah suruh kita buat kita buat..apa Allah tak bagi kita buat,jgn degil2 jugak nak buat.
bila awal perkahwinan bahagia sokmo,slpas 2 tahun kena tengking,jerkah.tulis kat FB psl msalah rumah tangga..

sy terigt kata2 ustz Pahrol Juoi, Kita perlu check balik apa sebab kita kahwin?adakah sebab kita cintakan sgtt2 dgn lelaki tu?sbb dia baik?sbb dia romantik,caring kat kita?dia berbudi bahasa? atau..berkahwin sbb utk mcari Redha Allah...

kalau kahwin sbb lelaki tu baik dan romantik, jadi lepas kahwin, bila laki buat perangai,panas baran,pemarah ke hape, then cerai. yg perempuan tu frust menonggeng sampai rasa taknak hidup lagi,rasa dunia berakhir,rasa hidup tak adil pada diri dia..start rasa tension,tertekan,lama2 sakit jiwa sakit hati .anak2 terbiar terus.

tapi kalau kahwin kerana mencari Redha Allah, kerana Allah. bila perkara yg kita tak sangka boleh jadi, contohnya b4 kawin baik gile,lpas kawin baru tahu prangai sebenar..pum pam pum pam.dijadikan cerita bcerai lah kate kan, yg perempuan ni tetap redha dgn kputusan tu dan teruskan hidup dengan ceria dan happy.kerana biarlah lelaki tu dah ceraikan dia,tapi Allah kan still ada :) apalah sangat cinta manusia nk dibandingkan dgn cinta Allah yg beri nikmat kpd kita:)

atau kes satu lagi, perempuan ni tetap sabar walaupun  kena herdik,maki,pukul etc2 dgn lelaki dia sbb dia sabar dan teringat pd Allah.Allah kan byk menjanjikan ganjaran bagi org yg sabar.biarlah lelaki dia tu buat jahat kat dia,tp krn Allah,dia tak ksah smua tu.sbb kahwin bkn sbb lelaki tu, tp sbb mcari redha Allah.
______


"perempuan baik utk lelaki yang baik, lelaki yg baik utk prmpuan yg baik"
"lelaki jahat utk pmpuan jht, pmpuan jht utk lelaki jht"

tapi cemana pulak kes perempuan baik sgt, tapi dapat suami jht gile?Tak adil la camtu!

Bersangka baik dgn Allah, kerana Allah mengikut sangkaan hambaNya. :)

Hidup kita tak selalu nya manis.manis selaluu.
bila kahwin bukan semua indah2,manis2.


Kan Allah kata, Dia akan menguji hambaNya utk tau mana satu hambaNya yg betul2 beriman
Allah swt menguji hambaNya dengan macam2 cara.dgn keluarga,harta,pangkat.
mungkin prmpuan yg baaik tu Allah uji dia dengan suami dia yg jahat.
semakin dia sabar,semakin byk ganjaran dia dpt di akhirat kelak.

Allah Maha Penyayang, Dia bagi sesuatu dugaan tu sesuai dgn kemampuan hambaNya.

and the MAIN POINT kat sini saya nak sampaikan actually

- Sebenarnya time kita tak kahwin lagi ni,bujang lagi ni. sepatutnya mempersiapkan diri dengan ilmu agama,hadirkan diri dlm majlis ilmu di surau, dan yg lebih baik lagi, joinlah usrah/bulatan gembira. kerana bila kita dekatkn diri dgn Allah,byk benda yg kita dpt tahu n belajar. ilmu agama bkn hny utk ustazah/ustaz.kita org ISLAM perlu tahu apa sebenarnya tujuan kita hdup di dunia ini. bila kita join benda2 baik gini, kita belajar tntng pngorbanan, tntng penyucian hati, ukhuwwah,berbaik sangka,tidak berkira dgn org lain, pengurusan masa.etc2.ada orang yg sudi tegur n nasihat kita. semua ni sebenarnya sgt penting bg kita utk persediaan kahwin.sebab apa?sebab bila kita tahu semua ni,tahu sebab apa Allah ciptakan kita, jadi secara mentally n physically, kita akan menerima apa sahaja dugaan seadanya.sebab di dunia hny tmpat utk kita beramal dan Allah nk uji mana satu hambaNya yang betul2 beriman.

- yg jadi masalah sekarang bila lepas kahwin, ada je masalah.terus nak cerai lah,ape lah.sebab tak faham maksud sebenar pkahwinan. adakah pkahwinan utk suka2,atau utk mbina keluarga muslim yang sukses dunia akhirat?....sbb tu kita perlu berusaha dari sekarang utk mcari ilmu2 bekalan akhirat. gunakan dunia utk mcapai matlamat akhirat.

- Sebenarnya dalam hidup ini, kita "Sorang2". Ayah Ibu trsyg,Suami tsyg,anak2 tsyg,kakak2 tsyg, mereka hanyalah pinjaman yang sementara kepada kita di dunia ini. kerana akhirnya nanti. masa time kiamat, gunung2 smua bertebangan spt debu,time tu kita dah tak fikir dah nak berlari2 bersama suami tsyg. pegang tgn berlari bersama menempuh onak diri.tak... takk..takda dah smua tu.

-waktu tu, kita hanya akn memikirkan diri kita seorng diri,ke mana kita nak pergi.waktu tu huru-hara. waktu tu kita takut, kita mula dah fikir tntg amalan2 kita di dunia.apa aku buat time kat dunia.ibu yg mengandung pun,anak dlm kandungan terkeluar dr rahim. sbb si ibu takut sgt dgn suasana dunia time kiamat nanti. dan kita akan keseorangan. kalau kita nk bertemu dgn org kita sayang kat syurga,ibubapa,kawan,cikgu,etc, kita kena la sama2 bantu membantu mperbaiki diri sementara still ada kat dunia ni. in shaa Allah kalau sama2 tlg,sama2 kita jumpa di jannah kelak. tp kalau kita sama2 taknak tolong,tanak bantu utk sama2 mcari redha Allah,kita sama2 jauh dr Allah,mcm mana kita nak bersama di akhirat kelak? mmg kita tak konpem masuk syurga atau neraka.apa yg mampu kita lakukan,just berusaha utk menjadi hamba Allah yang baik n taat.

-Allah akan hitung kita berdasarkan amalan kita. dan kita seorang waktu tu.SEORANG.
time perhitungan kelak, hanyalah antara kita dan Allah. Ya.hanya kita seorang diri dan Allah.

sebab itulah kita perlu meletakkan Allah itu yang utama dlm hidup kita.sebab akhirnya kita akan bertemu Allah seorang diri.bukan secara berpasangan berpegangan tgn dgn suami, secara bkumpulan dgn keluarga, dengan kawan2,geng2 kita.takk.takk.bukan..

sbb tu kena meletakkan matlamat hidup kita adalah mencari keredhaan Allah. supaya Allah redha dgn semua kita buat. automatically, we will love Rasulullah s.a.w, we love our parents, siblings, husband, children, friends,neighbour,teachers, and love all of creatures on the Earth.

fuh! panjang sungguh nukilan daripada hanya satu perkataan 'Kahwin'.
kesimpulannya, kahwin itu bukan mcm dlm drama nora elena,adamaya,etc2.sweet sokmo.romantik sokmo.
mungkin akan sweet sokmo kalau kita sendiri sama2 meletakkan Allah dahulu pd hati,before mencintai pasangan kita.

dan utk diri saya, saya tak suka lagi memikirkn tntng pkahwinan pd umur skrg.sy tak suka orang usik2 sy dgn seseorang.sy tak suka fikir tntng ni lg.bukan mlawan fitrah yg Allah bg,bukan.sama sekali bukan.tp bg sy,masanya belum lg utk sy memikirkn semua ini. dan sy tak tahu lg siapa jodoh sy.dan sy tak rs malu sbb tak ada calon.tp rs sgt bsyukur sbb dpt pelihara diri drp maksiat hati sebelum kahwin.walaupn dulu pernah dicemari, tp alhamdulillah Allah beri peluang utk perbaiki diri.sy taknak dah kotori hati sy dgn hubungn yg Allah tak suka...

"weh.kalau tunggu jodoh je,mmg konpem la takmai.mana ada jodoh dtg bergolek dpn mata hg. mcm laci, kalau kita tak buka dia,tak  usaha pakai kunci nak buka dia,mana boleh laci tu buka sendiri! ~i think, u ni kolot la.terlalu taksub dgn agama.heh~"

mmg,kita perlu berusaha utk mencari,bukan tunggu jodoh dtg bergolek.kita smua perlu ada usaha. tapi bagi diri sy,sy akan usaha bila waktu dah sesuai.cuma skrg blum masanya lagi,byk perkara utk sy settlekn, byk tanggungjawab yg org lain tidak mengerti.hny org yg memahami shj mengerti. ape2 pun.saya bahagia sekarang dengan orang2 di sekeliling saya !alhamdulillah :)



 

6 comments:

:) said...

bunga last tu bunga ap eh kak maya? comels :)

maya dandelion said...

bunga ros,warna pink. :) comel kan?:)

Anonymous said...

tp hakikatnya, sy skrg nie sgt2 geli dan hilang respect bila terbaca org yang mendalami ilmu agama melebih2 plak duk berkomen sal rumahtangga kat fb sampai melarat ke isu bilik tidur..ape komen anda?

maya dandelion said...

salam.
itu silap insan tsebut,kefahaman dia tentang Islam masih kurang,mungkin?

sbb tak semua orang yang mendalami ilmu agama ni,betul2 memahami Islam.tak semestinya orang yg tak mendalami ilmu agama ni,tak memahami Islam.
antara nikmat paling priceless adalah kefahaman Islam yg sbenar.maaf sy pn x brapa berilmu,tp sy dgr kata2 ni dari satu kuliah.

masa sy sekolah pun,tak puas hati dekat ustaz2 jemputan yg bg ceramah motivasi/agama kat sekolah sbb diorang ni mesti akan selit unsur2 lucah.seriously tak paham. mmg sangat perlu ke lawak2 lucah tu dlm cramah yg berunsur Islam?sgt sedih. sbb disebabkn ustaz2 camni la,org pandang serong pada org yang berilmu agama,cm ustaz n ustazah.

padahal kahwin tu bkn 100% psl blik tidur,tp tggjawab yg lain byk lagi.mgkin ustaz yg saudara/saudari maksudkan ni, dia mungkin tak fhm tujuan utama dia dihidupkn,mungkin?
"amar ma'ruf,nahi mungkar"
antara tggjwb kita ialah ajak org kpd kebaikan,dan tinggal kemungkaran.bkn hny kahwin shj.

mungkin ramai masih tak faham.
mungkin ustaz tu tak da siapa yang tegur dia scr personal?tak ada siapa nak dakwah pd dia?
mungkin ..mungkin?

apa2 pun, tggjwb kita utk saling nasihat menasihati.
sy juga ada kelemahan.ustaz jg ada kelemahan.saudara/saudari pn ada kelemahan.

respect pd ilmu dia,tapi jangan respect pd perbuatan dia.

sekian sahaja pendpat sy.sekia.wslm

Anonymous said...

yup..
respect pada ilmu dia tp jgn respect pada perbuatan dia..tp situasi yg sy tgk skrg nie bukan pada ustaz tetapi pada ustazah2 kita,tempat sy belajar..mmg terkejut bila baca komen2 mereka dgn rakan2 mereka,mmg dasat ayat2 dan angan2 mereka..sy yg baca pun hanya mengucap panjang,mereka spatutnya jadi contoh kat org laen..thanks a lot for your opinion..sy pun bukannya sempurna sangat cuma inginkan pandangan dari org laen tentang apa yang saya rasakan salah..

maya dandelion said...

yg baik kita jadikan teladan,yg buruk jadikan sempadan,
bytheway, maaf kalau komen sy nmpk cm nada mrah. sebenarnya tak pun,cuma mmg style taip tu kdg2 agak tegas sikit.tp kdg2 santai.jgn terambil hati pulak.

tmpt saudara/saudari belajar tu ipta ka,guano? harap2 ustz n ustzah ni berubah ke arah lebih baik. takut disebabkn mereka,org pdg serong pd Islam