Friday, January 18, 2013

Memori murid2

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum wbt


Minggu depan saya start praktikum , tiba-tiba teringat kisah-kisah di praktikum sebelumnya. Praktikum Fasa1 dan Fasa 2. Namun begitu, masa Fasa 2 (2 bulan), banyak sungguh memori2 yang terpalit dalam jiwa. 
Saya ditempatkan di sekolah yang majoriti muridnya berasal dari kampung sekitar sekolah jugak. kampung ni black area,byk dadah, jenayah dan sbgnya.sebut je nama kampung ni,mmg femes la kat Jerteh ni, sbg kwsn black area.

Memori di sekolah ni sangat special.sebab kat sekolah ni lah saya belajar,mcm mana la nak handle murid-murid kelas last yg ..ya Allah hanya Allah tahu sahaja cemano perasaan.sgt menguji kesabaran... tapi saya terharu dengan murid-murid ni, sebab walaupun nakal tapi diorang sebenarnya bukanlah jahat. beberapa kisah nak kongsi bersama...

Haiqal. 
DI sekolah ni,Haiqal ni FEMES teramatlah di kalangan cikgu2.sebab nakal, taknak buat keje cikgu bagi,buat masalah, gocoh dgn kwn dan sbgnya.ramai cikgu tak suka dia. 1st day mai sekolah pn, guru besar pesan dah, kelas Haiqal tu,saya kena hati2.ramai cikgu tak suka kelas tu. 

1st time masuk kelas ni, mcm biasalah, Haiqal ni buat perangai. kawan2 dia pun mostly dlm kelas tu, adalah bdk2 aktif dan nakal jugak. disebabkan saya ni mmg jenis tak suka marah-marah sangat budak budak ni, jadi bila Haiqal buat nakal,tak marah pun cuma tegur dia baik baik ja. sebab bdk nakal ni kalau kita marah la kan,mcm tu jgk,lagi dia buat perangai. seorang akak ni ada pesan, Haiqal ni susah sgt nk buat keje dlm kelas.kalau kita suruh salin, dia akan buat taktau, tak keluarkan buku. cikgu2 kata,kalau dia bw keluar buku tu,kira beruntunglah cikgu tu. disebabkan byk komen2 negatif thadap Haiqal ni, saya rasa Haiqal ni mesti ada something di sebalik prangai entah hape2 dia. selama 2 bulan kat sana,mmg Haiqal ni nakal tp makin lama makin ok sikit. kadang2 tersenyum sorang sorang pun ada teringat ke budak ni.

Kereta Kenari ku
Haiqal ni tiap kali sy nak balik,dia akan datang kat kereta. masa pertama kali dia datang tu, sy dah dalam kereta dah.buka la tingkap tny, "ye Haiqal,ada ape2 nak ckp dgn cikgu ke?". lepastu dengan muka nakal sengeh2 tu dia huluq tangan masuk kereta,dan tekan hon. "ponn ponnn". lepastu mmg kalau nak masuk dalam kereta time nak balik, mesti usha dari jauh, Haiqal ada tak kat kawasan parking. pernah sekali tu saya dan ina dah masuk kereta tapi tak tutup pintu lagi. bila nmpak je Haiqal dari jauh, dengan muka sengeh2 dia tu.terus cepat-cepat masuk kereta dan kunci. pastu mula la menepek kat tepi tingkap ,"cikgu,cikgu".  =.=

Haiqal ni pakai jacket Pengawas Pustaka. ada besi sikit kat pinggang jaket tu. satu hari kereta saya calar yang panjang. terfikir juga bila lah kena haritu takda.rupanya baru teringat, Haiqal suka menempek kat tingkap dan otomatiknya besi tu terkena kat kereta. T.T terima kasih Haiqal. 

Buat kerja
masa 1st day masuk kelas, mmg Haiqal taknak buat keje. Adoi mlas nak marah. so sy pun pergi kat meja Haiqal,"Haiqal,haiqal baik kan. haiqal tak bawa buku ke?kalau tak bawa, tulis atas kertas dulu balik nanti lekat." . " Kito bawok buku cikgu.tp kito malah cikgu.puahh.kito puahh". adoi la, lepastu sy pn ckp "oooo.malah.takpo takpo mari cikgu ambik kertas,ambik pensel.cikgu tolong haiqal tulih" .pahtu letak pensel kat tangan dia, letak atas kertas,pegang tgn dia suruh tulih."haaa.ok skrg pensel dah ada kat tgn.skrg cikgu tunggu haiqal tulih". kikiki.lepastu tulis la jugak. 

minggu lepas tu mcm tu jugak, tp cuma g kat Haiqal dgn muka kesian. "Haiqall..oo Haiqal.Haiqal tak kesian ke  kat cikgu. cikgu dtg jauh ni nak ajar Haiqal.kesian cikgu. *berlakon buat muka kesian*lepastu dia kesian kot.dia pun tulis la. tp lepas lepas tu alhamdulillah Haiqal dah rajin sikit. boleh la diharap banding dgn 1st day msuk kelas.

Bahagi kmpulan
Haiqal ni dalam kelas dia duduk area budak2 pasif yg pndiam dan kurang pandai. pernah sekali tu saya bahagi kumpulan,dia duk area budak2 yg pasif. dia pun muka masam taknak bg kerjasama. "Cikgu!!bakpo kito duk dale kmpulan bodo bodo.kito tokse kmpulan nge sek yo!!!" ."Hish Haiqalll.tak baik cakap macam tu. macam mana Haiqal tau hazim,syazwan dgn kamarul ni bodo?mungkin sekarang diorang ni kurang pandai dari Haiqal,tapi tengok la nanti dah besarr diorang lagi hebat dari orang lain dalam kelas ni. Dulu cikgu ada kawan,cikgu lagi pandaiii dari dia masa sekolah. tapiii kann,sekarang dia laggiii hebat dari cikgu.dia belajar kat Amerikaa.."  lepastu ternganga jap Haiqal,then terus diam. 

Asyik Haiqal.Asyik Asyik haiqal
Cikgu, bakpo cikgu cikgu  praktikum suko ko Haiqal sokmo?dulu cikgu praktikum wi hadiah kasut ko Haiqal. sep kito dop dapat pun.
kanak-kanak.mesti diorang tak puas hati kan bila budak nakal, orang bagi plak hadiah kat dia. nanti semua jadi nakal. " Alaaa.tu cikgu dulu.cikgu lain.cikgu tak mboh wi hadiah ko Haiqal. kalau nok wi,cikgu wi semua.". lain terus muka Haiqal.haha

sekali tu Haiqal nak kertas warna lebih sekeping, tp bila sy kira kira semula,kertas warna tak cukup untuk bagi semua orang dapat dua. so tak bg la kertas tu kat Haiqal. dia pun mulalah buat perangai memberontak dia. pastu sy pun habaq, "Mana boleh cikgu bagi kat Haiqal.nanti orang lain tak dapat"
"Ala cikgu bagi la snyap2 bukan diorang tahu pun"
"Cikgu tak boleh buat gitu.cikgu kena adil dengan semuaaa anak murid cikgu. sorang x dpt,semua xdpt. mana boleh lebihkan org lain"
lepastu dia senyap, mai pulak sorg ni nak jugak kertas warna satu lagi. lepastu Haiqal cakap kat dia, "Cikgu dokleh wi ke mu!!cikgu keno adil" .kikiki.

Kunci Pintu
Kalau masuk kelas Haiqal, bila nak keluar ja, Haiqal x bg. "cikgu dokleh keluar,cikgu kena duduk sini gok!" bila pi pintu belakang dia lari2 tutup pintu.gi pntu depan plak lari2 tutup pntu. lepastu saja usik Haiqal, "Haiqal ,nanti cikgu dah takdop mesti Haiqal rindu cikgu kan.kan.kan??" "Ho lohs!!. kito lagi wehi kalu cikgu takdop!!"  .."Elehhhh Haiqal.malu lettew.rindu lettew kat cikgu dgn cikgu ina nanti. nangis2 dalam kelas rindu kat cikgu." ."lalalalala" sambil tutup tangan kat telinga. Haiqal ni ada perangai yg kurang beradab di mana masa awal2 dulu,kalau kita marah dia,dia akan tutup telinga.

Berebut nak angkat barang
Haiqal ni masa mula2 tak heran langsung.tp lama2,dia jeles orang lain angkat barang kita.so dia akan berebut dgn kawan2. kdg2 tu taknak kasi bergaduh, "haa,nah sorang satu amik pen cikgu,gi letak atas meja cikgu" .sonang cite.haha.

Tunggu masa hari last
Masa hari last saya di sekolah, saya dan kawan balik agak lewat, nak dekat pukul 2ptg rasanya sebab nak settle byk benda. masa nak keluar dari bilik guru, ada 4 orang murid tunggu. sorang Haiqal,sorg Ashraf,sorg Zulaika,sorg lg Amir. jadi disebab Zulaika tu dtg skolah jln kaki, sy pn tawar la utk hantar dia balik rumah. Haiqal ni selalu nya naik basikal. jadi bila sy nak gi hantar Zulaika, Haiqal pun cepat cepat masuk dalam kereta jugak. "Cikgu,hanto kito balik rumah.kito dop bawa basikal". "Aik,apesal Haiqal tak naik basikal?"
"Basikal kito relai cikgu. nok bekki,cikgu hanto kito balik rumah deh". *krikk kriikk*



 

Tuesday, January 15, 2013

Cherry Story XD wakaka

بسم الله الرحمن الرحيم 



assalamu'alaikum wbt :D
tadaaa! you guys are welcome to visit my new blog :D
this is my 2nd blog, the main purpose of this newly made blog: 
to improve my English .(because currently, my English getting worst. and looks so ugly..to me.haha)
okay, I know im not good in English, but with some perasanness feeling of having good English,
it will help you to improve your English. just follow my steps, make a new blog and type anything in English 
Imagine that you are alone in mat saleh country, and you push yourself to talk to mat saleh.
and start to write.anything.

Cherry Story?kikiki.this weird name just pop out in my mind out of nowhere.

and this is my cherry story.hope u will enjoy reading my not-perfect-grammar writing.

MAAF, SANGAT MEREPEK DAN TAH PAPE.

*kadang kadang perlu tak malu utk perbaiki diri 


 

Friday, January 4, 2013

FB sudah boring

بسم الله الرحمن الرحيم


assalamu'alaikum

adakah anda semua rasa, facebook semakin memboringkan?

dulu saya kemain lagi aktif facebook.sikalang?

rasa bosan ja tengok facebook.

kadang-kadang on sebab nak tengok ada msg kat inbox tak,sbb kadang2 budak2 ni selalu bagi msg,tak balas nanti merajuk.kadang2 kawan sekolah kasi msg. kadang2 ada perkara penting kat group kelas

untuk stalk ke ape, tu zaman dulu-dulu. skrg semua itu membosankan.
alhamdulillah,terima kasih.kerana skrg dah ada mende lagi berfaedah boleh buat.boleh search web2 yang bermanfaat dan ilmiah untuk dibaca, drp buka fesbuk ntah hape2. hohoho

dan kadang2 takut jugak time kita post status, akan menimbulkan riak ke hape. saya tak sedar mende ni dulu, tp skrg bila tengok balik status2 lama, rasa mcm, "ish kalau aku tak post pun takpe.entah2 aku nak orang ramai like je kan". seriously kita tak tahu apa dalam hati kita,kdg2 niat nak ingatkan orang,nak tunjukkan ukhuwwah kita dgn orang lain, tp hati ni mmg susah nak jaga.sometimes takut tertimbul perasaan nak org tengok, or ape2 yg sewaktu dgnnya.nak org like ke ape. so better saya stop aktif di facebook. nak aktif di blog semula. at least kat sini kita tak tahu sapa like post kita, berapa jumlah like kita post.

so dengan bismillah, saya ingin mengaktifkan diri dalam dunia blog semula :)

IPG open market

Assalamu'alaikum

(gambar hiasan. saja nak cantikkan post ni .ni masa gi zoo negara baru-baru ni. zoo negara tak best,zoo taiping lagi best)


awal tahun ini, kami student IPG dikejutkan dengan berita terkini lagi sensasi
Lepasan IPG lepasni tak confirm akan dapat posting,
semuanya bergantung camna kita survive time interview SPP.
dia akan tengok kita dari banyak segi, content knowledge,penglibatan kita aktif ka dak, kita boleh speaking lancar ke idok, dan macam macam lagi. cam biasa orang duk interview utk minta reja la kan. pengarah habaq, jumlah cikgu sekarang dah cukup,so nak ambik sikit je pasni
hurm, agak pelik,kenapa kalau dah tahu jumlah cikgu dah cukup pd tahun 2014, awat ambik pengambilan pelajar di IPG dgn jumlah yang banyoks?contohnya masa tahun 2008, hadkan ambik dlm jumlah sikit ja,kalau dah bajet 2014 cikgu dah cukup..hurm,takpola, tu reja pihak atasan, masing-masing punya reja,taknak komen.tu hal depa dgn Pencipta.

"Nevaaahh judge people".antara prinsip2 baru guwerr.

So disebabkan Praktikum fasa 1 dan fasa 2 I dapat markah "B", maka kadang-kadang pikiaq jugak, aku ni tak pandai ka mengajaq?takkan lecturer yang salah kan.mesti la diri sendiri yang salah. ye saya akui, time mengajaq mmg tak pandai sgt pn. tp suka time sembang dengan murid,dengaq masalah dan luahan depa. seronok ,rasa cam adik-adik sendiri.hurm,maybe saya perlu menjadi psikologi kanak-kanak, bukan cikgu.hahahaha. sebab saya mmg tak suka marah murid-murid,nakal macam mana pun,lebih suka slow talk.so mmg budak2 ni anggap kita cam kawan la kan. so, maybe bidang psikologi sesuai dgn saya.

bukan la tak nak usaha, tapi inshaAllah saya akan usaha sehabis baik tahun ni, utk dapatkan tempat posting nanti. tapi jikalau takdir Allah,setelah usaha doa tawakal, tapi still jugak tak dapat, I dah plan ,plan B untuk apa-apa kemungkinan. amboihh kemain semangat.haha :D

Jika 'cikgu' bukan rezeki saya, inshaAllah saya akan try alternatif lain 

1. Mula-mula kerja sambilan dulu, cashier kat jusco ke,basuh pinggan ke,haha.
2. Bila duit dah cukup dan stabil, nak cuba berniaga : 
- Buka kedai Bakery,start dari rumah dulu. tapi 1st sekali mesti la kena belajaq buat kek dulu kan.
- belajaq menjahit. kalau dah hebat nanti,boleh jahit macam-macam jenis baju,then jual kat tenet.ala cam sekarang ni kan style macam2. haha.nak buat branded sendiri.ceeceeh
- Belajaq cara make up natural dan simple. sebab ramai gak pengantin sekarang nak make up yang simple ja. so kalau ada ilmu ni,boleh la tolong sapa2 nak make up natural time kawin.ahakss:D
- buka butik pengantin, baju-baju pengantin yang longgar dan simple tapi cantik :D.dan semestinya harga berpatutan.
- nak jual sabun Belina. sabun Belina ni saya pakai dan mmg ok.so nak jadi pengedar jugak la.haha.

memang nak berniaga takda duit, tapi try la usha2 MARA ka,apa ka.pinjaman utk buka perniagaan. 

OK.terlalu melampau cita-cita.haha.

apa-apa pun, sekarang ni perlu IMPROVE my English. speaking dengan lancar.waaah.susah banget.tapi apa-apa pun, i'll try. dan Kajian Tindakan.perlu buat sehabis baik.dan juga praktikum

akceli, saya seorang yang kurang konpiden diri.seriously kalau cakap kat depan tu,cepat gelabah.especially kalau orang start tanya macam-macam. so itu adalah kekurangan guwer. im lack of confident and im not good at it. sooooooooo, harap boleh la baiki kelemahan ni. 


Sekian, dari bakal guru yang entah konfem jadi guru atau tidak,