Wednesday, December 3, 2025

Lone Ranger

 Assalamu'alaikum wbt

Beberapa hari ni dalam kereta aku selalu akan berfikir

Aku teringat perangai lone ranger aku

Lone ranger a person who works or acts alone or in an isolated manner, especially one who does not consult with others or seek their approval.



Aku ada satu perangai lone ranger yang selama ni aku pun tak tahu kenapa aku suka pi mana-mana sorang-sorang

Bagi aku, time aku sorang-sorang tu, pi tempat favourite aku, itu adalah satu terapi bagi aku. tanpa suami,tanpa anak-anak. aku memang perlukan waktu sorang-sorang aku boleh fokus apa yang aku suka. waktu tu aku rasa aku dalam dunia aku sendiri,

Kalau time dgn suami dan anak-anak, aku suka spend masa bercuti etc2 yang dpt menggembirakan hati anak-anak. bukannya pi spend masa sorang-sorang sebab aku tak suka family ada, tapi semalam kan bila dok fikir fikir balik, pi sorang-sorang tu adalah waktu aku healing diri aku sendiri. 

mungkin spend masa sorang tu yang bagi aku mengisi rasa puas dalam diri aku, yang aku tak dapat dengan orang lain. so aku buat apa yg aku suka sorang2.  sebab kalau nak jumpa kawan, ada waktu dorang free,ada waktu masing2 bz. so aku nak keluarkan kepuasan aku bercakap huhahuha tu aku tak dapat. bila tersimpan lama, mende tu sangat menganggu diri aku. memang kena keluarkan. benda apa yang aku kena keluarkan? entah aku pun tak reti nak explain, 

tapi aku ni memang kena nyembang dgn orang sekepala supaya aku dpt keluarkan segala emosi dan perasaan aku yg sebenarnya yang aku tak boleh nak express kalau dengan orang yang aku rasa tak sama vibes gila2. faham tak u olls? tak faham pun buat-buat la faham ye dak haahhaha

so dah lama sebenarnya aku tak pi spend masa sorang-sorang ni. contoh aku spend masa sorang-sorang


1. naik MRT  pergi KLCC. pergi kedai buku Kinokuniya, spend situ 1-3 jam belek buku dan baca mana yang mahai-mahai tu.

2. sorang-sorang makan dekat kedai makan. aku paling tak boleh lupa aku pernah makan steamboat dkt KLCC, kebetulan tak lama lps tu waktu rehat pekerja2 petronas, diorang mkn ramai2, aku sorang2. lepastu dorang tgk2 aku sorang2. mesti dorang ingat aku ni putus cinta ke apa ke kan?dok mkn stimbot sorang2.hahah. sebenarnya aku ok ja. hahhaha

3. pi masjid favourite aku mana-mana, solat situ dan lepak situ (iktikaf la kot ek ). Masjid favourite aku setakat ni Masjid Bkt Jelutong. dan ada beberapa lagi masjid. tp Top 1 ialah Masjid Bkt Jelutong

4. nasib baik Selangor takdak pantai lawa, kalau ada, aku rasa tiap hari pagi-pagi aku lepak pantai sorang-sorang sambil mendengar deruan ombak

tu antara contoh la tempat aku suka. ada lagi beberapa tempat tapi maleh nak cerita panjang-panjang

aku dah lama stop keluaq sorang pi tempat jauh-jauh sejak dengaq banyak kes bunuh etc2.

tapi kan, aku semalam la dok terfikir. sejak aku tak jejalan sorang2 tu, yg aku develop satu perangai pelik tu. yang aku tercari-cari rs ada mende tak settle down.  

mungkin selama ni aku pi jejalan sorang2 tu sebenarnya, adalah terapi untuk aku express, healing emosi aku agaknya, kan? aku rasa aku kena mula balik ni, tapi pilih tempat yang ramai orang la kot. jangan pilih tempat sunyi-sunyi. ok cuti hujung Disember kita tryyy mula balik. jelajah lone ranger.

 

No comments: