Wednesday, December 3, 2025

Mimpi Malam Tadi

  Assalamu'alaikum wbt

Malam tadi aku mimpi sesuatu. Mimpi yang menyedihkan. Aku bangun tidur terus termenung macam orang dalam gambaq bawah ni hahahah. 



Mungkin mimpi tu juga menguatkan apa yang aku terfikir semalam dalam kereta masa balik dari sekolah.

Apa aku terfikir semalam?

Aku terfikirkan, mungkin dah tiba masanya aku betul-betul let go semua memori yang aku masih lagi nak pegang tak mau let go dari dulu. 

Apakah memori yang tak mau lupa dan tak mau move on selama berbelas tahun ni? 

memori kawan-kawan baik zaman sekolah, memori kawan-kawan online zaman Form 3-Form 5 yg selalu menghiburkan aku dengan lawak merepek, memori dengan kawan-kawan dekat IPG dan last sekali blog ni. Ya blog ni aku buat masa lepas SPM 2007. Post zaman awal 2007 aku dah delete (ruginyaaa kannnn.kalau tak boleh tgk balik perangai aku 2007 tu mcm mana hahahhaa) . 

Ok berbalik pada mimpi malam tadi, tak boleh la cerita sini tapi secara kesimpulannya aku memang rasa sedih sebab mimpi tu berkaitan dengan memori lepas yang aku tak pernah let go lagi jugak. So selepas mimpi malam tadi, aku rasa mimpi tu petanda untuk aku  betul-betul let go dan move forward. Aku kena buat sesuatu untuk lepaskan diri dari masih berada dan hidup dalam memori lalu. 

Jadi bila bangun dari tidur dan dari mimpi tu, aku rasa by hook or by crook aku memang kena betul-betul keluarkan diri aku dari memori lalu. aku dah tak mau terlalu teringat ingat perkara lalu walaupun perkara tu seronok, best dan aku rindu sangat. Tapi tanpa aku sedari, perkara ni punca utama memberi kesan negatif kepada aku sendiri. Hati aku pulak rupanya bukannya kuat sangat pun, nampak ja firm kuat tegas tapi rupanya lemah dan lembik jugak. Hahhaa. mula la emo down etc2. padan muka diri sendiri cari pasal lepastu emosi jadi overwhelming macam orang tak betul. rasain lo 😑😑

Mungkin jugak Allah bagi aku rasa ujian ni supaya aku sedar dan mula untuk bergerak ke depan, tidak lagi pandang belakang dok perati satu satu memori lalu. gerak ke depan dan terus ke depan tanpa toleh toleh dah ke belakang. ahh gitchew hiperbola metafora segala bola dan foranya.

Aku rasa dah tiba masanya aku menyepikan diri dari mana-mana media sosial. FB aku nak deactivate, buat baru yang ada family aku ja. Ya inilah masanya. di umur 35 tahun untuk aku bersara dari segala media sosial. dan kalau buat pun, aku tak mau aktif sgt dah. biarlah ada sekadar ada dan tengok info sikit sekali sekala. wow dah tua rupanya aku. matang pulak tiba-tiba hahahhahaha

No comments: