Tuesday, May 24, 2011

mengemis kasih

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum...



Tuhan dulu pernah aku menagih simpati,Kepada manusia yang alpa jua buta,Lalu terheretlah aku dilorong gelisah,Luka hati yang berdarah kini jadi parah....

Semalam sudah sampai kepenghujungnya,Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu,Tak ingin lagi kuulangi kembali,Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung,Tapi rahmat-Mu melangit luas,Harga selautan syukurku,Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi.. 




Wednesday, May 18, 2011

ikhtilat

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum
saya terjumpa satu komik ni,
komik ni tentang ikhtilat, batas antara lelaki dan perempuan
ramai antara kita sekarang ni tak ambil kisah tentang ikhtilat
mungkin takut dilabel anti-lelaki,anti-perempuan.

padahal sebenarnya, Islam sudah menggariskan panduan buat kita
hanya bila ada sebab2 tertentu dan keperluan sahaja
bijak sungguh barat, kita sendiri rasa apa kita buat adalah betul
tapi sebenarnya kita sudah terpengaruh dgn acuan barat, bukan? :)

moga kita mendapat manfaat.
",
(klik gambar untuk paparan besar dan jelas)
___________________________________________

wassalam
  

Tuesday, May 17, 2011

Rindu..

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum
alhamdulillah.hari ini nak sembang sikit
sembang2 santai gitu .hehe

sejak sebulan yang lepas, duit dalam akaun bsn memang dah kering.
sebab dah asingkan haritu dalam bank satu lagi,tapi 
bank satu lagi tu under nama mama 
jadik, tak boleh la nak keluarkan duit sendiri

terpaksalah buat muka tak malu minta dengan mama dan ayah duit
tapi bukan minta free, minta hutang dulu.hehe
nanti balik bayaq semula.
pehtu nak dijadikan cerita, mmg start minggu lepas duit tinggal ciput ja
dalam rm50 ja.

start mggu lpas, makan nestum ja.iskisk.
smpai lah dua hari lepas
alhamdulillah ada hamba Allah ni,senior
asyik jemput ja saya makan kat bilik dia
pagi, petang,malam.
sehingga kan saya terlupa yang saya ni tadak duit
sampaikan perut ni kenyanglah sentiasa.

alhamdulillah..terima kasih..

hanya Allah  boleh membalasnya :)

duit sebenarnya boleh ja minta lagi kat mama ayah
nak hutang dulu, tapi rasa malu gila nak minta lagi. sebab dah mnta haritu
sebab tu lah tak bagitau pn kata duit tak cukup.eheh
sehingga pada hari ini, 11.20 pagi yang lalu
mama call. "maya cukup duit tak?"
macam tau2 ja duit kering skrg ni. tinggal rm25 ja dalam bsn.
"erm.tadak.takpa makan nestum ja smpai minggu dpan"
"haih!makan bkhasiat sikit"
tup tup tup, ayah nak masukkan duit.
alhamdulillah,rezeki hari ini.
sarapan pagi tadi pun dijemput lagi makan.dan juga mkn malam .
se eh perut ambe. alhamdulillah
Allah Maha Pemberi. :)

wassalam

Monday, May 16, 2011

Maaf

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum w.b.t

Hari ni, sehari suntuk saya memikirkan sesuatu
saya rasa saya telah melakukan beberapa kesilapan di sini
di mana saya rasa penulisan blog saya tidak berbentuk memberi manfaat kepada orang lain
tetapi hanya berbentuk pendapat saya sendiri dan luahan hati
luahan hati yang sedih melihat insan2 sekeliling yang masih lagi
alpa dan lalai pada Allah.
kekesalan ini saya luahkan dalam blog
kerana saya merupakan insan seperti itu juga sebelum ini..
saya mendoakan supaya insan2 lain juga mpunyai kekuatan utk memilih
pilihan yang betul dalam hidup.
Allah  beri kita dua pilihan.dua jalan.
kita sahaja yang mampu memilihnya
jalan kebaikan atau jalan kejahatan.

____________

jika difikirkan kembali, muhasabah diri
saya tidak memberi apa2 manfaat pada orang lain dengan meluahkan pendapat saya
yang tiap kali pasti sama.
err.betul tak?saya sedar sebenarnya

bukankah kita perlu berusaha utk memberi manfaat kpd orang lain setiap hari?
dari perlakuan kita,percakapan kita atau penulisan kita
 hurm, saya akui saya silap di situ


mohon diberi ilham oleh Allah untuk menulis dengan lebih bermanfaat kepada insan lain.

sekali lagi saya memohon maaf .segala yang baik daripada Allah.segala yang buruk datang dari kesilapan saya sendiri.

~ Selamat Menduduki Peperiksaan! Niat kerana Allah taala. :)

wassalam


Saturday, May 14, 2011

Bosan

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum wbt

aha,maaf deh kalau blog saya bosan
topik tak menarik.
insyaAllah akan diperbaiki
selepas exam.,
sama2 doakan saya ya! :)

Hari Ibu?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t
Alhamdulillah bertemu lagik kita di sini

10mei (kalau tak silap) yang lepas merupakan hari ibu
sebelum2 ni saya akan wish happy mother's day kepada mama saya
tapi tahun ni saya pilih untuk mendiamkan diri
2hari lepas call mama tapi sembang2 tanya khabar tapi tetap tak wish hari Ibu
sebab saya memikirkan sesuatu 

Pertama sekali hari ibu dikaitkan dgn pgasas hari ibu yg bkn org Islam
okayh, yang ini bukan sebab utama.sebab kadang2 orang kata, tak mejadi masalah sbb kita nak
hargai ibu kita. yang ni saya takmau komen, sebab ta pandai nak bagi hujah2 sendiri
nanti ada pulak tak puas hati.so yang terpulanglah pada individu 
tntang pdpt mereka tentang hari ibu

Tapi yang apa merisaukan saya
Kita ni wish ibu kita selamat hari ibu i love u mama...
hanya pada hari ibu sahaja.hari lain status kita di Facebook lebih kepada
i love u sayang. miss u. rindu awak. 
bahagianya hidup ini dgn cinta awak~miss him.hikshiks. etcetc yg sewaktu dgnnya
sayang yang merujuk kepada seorang insan yang bergelar teman lelaki.

drp pemerhatian2 saya lah, saya lihat kita lebih melebihkan orang lain 
daripada ibu bapa kita.
bila hari bapa dan hari ibu, baru nak hargai.tapi hari lain,
hp penuh inbox dgn mesej lelaki, teman yg dikatakan sehidup semati hingga akhirat.
mesej dan call ibu bapa hanya sekadar sampingan.
adakah kita benar2 menghargai ibu bapa kita yang byk berkorban utk kita?
~ ~ ~

disebabkan oleh pemerhatian dan pendapat saya sendiri
biarlah kita tak wish hari ibu pada hari Ibu. wish hari bapa pd hari bapa

cara utk kita betul2 nak hargai dan tunjuk sayang kita pada mak ayah kita

dengan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka lepas solat
sentiasa bertanya khabar tentang mereka
di rumah, peluk dan cium mama ayah
bercakap dgn nada lembut dgn mereka
tidak melakukan maksiat, melupakan Allah kerana asyik bercinta dgn lelaki..
kasihanilah mama ayah kita, tiap kali kita berdating, bersms masyuk dgn lelaki, keluar berdua duaan,tenung mata dgn laki lama2,pegang tangan,etc2.tak tutup aurat, tayang aset2 mahkota kita kepada lelaki.melunakkan suara kat lelaki.gayut ettc..
ingatlah....kesian mama ayah kita.. diorang dapat saham dosa kita. walaupn kita yg buat, dan kita dah baligh, tp saham dpt kat mama ayah kita.sebab mereka tak dapat membentuk kita utk menjadi hamba yg sntiasa ingat dan  cintakan Allah! 
kita tak kasihan ke pada mama ayah kita? kita bagi depa free ja beberapa peratus dosa kita kpd mereka.
 tiap kali nak buat apa2, fikirlah matang matang. apa kesan pada diri kita dan mama ayah

kalau betul kita sayang mama ayah kita, tak perlu pun hari ibu, hari bapa

tapi kita berusaha setiap hari untuk menjadi hamba Allah yang taat perintah Allah
tidak melakukan larangan Allah
 secara tak langsung kita menjadi anak yang soleh dan solehah
hanya doa anak yang soleh dan solehah sahaja yang dpat sampai kepada mama ayah kita
setelah mereka meninggal dunia kelak dan berada di
alam barzakh.

apa gunanya sayang pada ibu bapa tetapi masih melakukan perkara Allah larang.

ingat,Allah tu paling utama.
1.Allah
2. Rasulullah s.a.w
3. mama
4. mama 
5. mama
6. ayah 

kalau dah kawin nanti pun, bukan suami yg utama. tp
1. Allah.

Allah yg paling utama
jangan terlalu sayangkan suami hingga tak ingat Allah.
kalau kita sayang Allah,insyaAllah kita menjadi insan yg baik buat suami.
kerana keberkatan hidup itu hanya dpt ditentukan oleh Allah
ye dak?

sekarang, mari tanya diri kita sendiri

adakah aku betul2 menyayangi dan menghargai ibu ayah aku?atau hanya sekadar bermusim?
____________________________________

wassalam

BBQ


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum.
Apa khabar orang kampung,
sudah lama tak berjumpa,
kirim kirimlah berita,
janganlah senyap sahaja :)

ewah, bersudirman pulak.
oklah, hari ni nak cerita tentang BBQ kami pada minggu lepas

pada hari sabtu, 7 mei 2011,
kelas kami telah mengadakan bbq di pantai air tawar.
best dak?mustilah best :)
dapat merapatkan ukhuwwah antara kami semua

sangat best masa bakaq ayam,disebabkan laki klas kami ada dua orang ja,sorang p jadi pengadil futsal
maka perempuan2 ni pun excited nak bakaq ayam,tulun kipas, alih2kan ayam. sampai terbuka luas liang roma wajah kami

sampaikan tiga dua kali jugak la terbakaq api menjulang tinggi
sebab tak pandai nak ejas api kot
bila api menjulang tinggi, kami hanya menjerit2 tanpa mbuat apa2
setiap orang jerit2 dgn gaya masing2.
yg pertama asraf kipas2 sampai api kecik balik
yg api besaq gila hat kedua, farah mai curah ayaq .terus api kecik balik. :)
kelakar plak pikir semula. :)




 bakaq punya bakaq,
lama jugak la sampaikan cukup sorang makan tiga ketul ayam
alhamdulilllah, mmg sedapppp .
ada bihun,keropok,sosej,ayam bakaq


 lepas bakaq dah selesai
kami pun makan picnic ramai2 atas tikaq
best sangat:)



setelah badai melanda kita especially tahun lepas
alhamdulillah Allah masih menyatukan hati2 kita semua

saya sayang ampa semua sebab ampa smua tak cepat melatah
bukan style jenis serang serang orang
dan ampa suma mudah melupakan ksilapan orang lain
:) 



semoga semua bahagia dunia akhirat..aminnn :)

wassalam

Friday, May 6, 2011

Wonderful World

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum 
ehem,today i want to speak english
because I didnot speak english for a very longg time
and my english also already broken and look ugly
heh~

ok, i want to share this nasyid 
which title wonderful world :)
i love the lyrics and the nasyid :)
hope we can get ibroh / pengajaran from the lyrics
insya Allah :)
-----------------------------------------


Wonderful World

By : Zain Bhikha
(featuring Dawud Wharnsby-Ali)

Chorus:
O what a wonderful world this would be
If we all open our eyes to see
He is all that we need right now
And we can all come together somewhere…somehow

His door is open no matter who you are
Just take the first step, you’ll see it’s not so far
Down this road that holds all the answers
Open you heart to something greater

His Holy Book speaks pure and true
And always tells us what we must do
His last Prophet was sent as a guide
An example by which we abide

There is salvation for those who seek
To find the one and only source of Peace
An understanding of why we are here
Who created us, who we must fear

Chorus

Such different people from different lands
We’re all descendants of the first Man
We can be one nation facing one God
With no hatred, no envy, no war

Created Equal are you and I
Which of His favours can we ever Deny
We may everything or nothing at all
But our purpose lies with this call

To worship him, to praise him all day
Onto the straight path, let’s not go astray
He is the Greatest and most Merciful
And everything acts upon His Will

Chorus

Like every sunrise that brings forth each day
Brings new meaning, New Hope, a new way
Such is the Blessing bestowed upon us
Every hardship and heartache will pass

From the Mountains to the Deep blue sea
Everything in perfect Harmony
And as the stars fill the evening sky
Without us sensing, life is passing by

So if you want a solution, my friend
Seize this Moment, this Day before it ends
Turn to him, Don’t you see it’s so clear
Believe in Allah, He’s always near

Chorus



___________________________________________________

subhanallah,.. :) really love the lyrcis
dont u think it such a wonderful world?
world would be beautiful if we always think Him
and do our routine just only for Allah
and we will be happy . like this >  :D

my speaking also broken2.eheh


wassalam~

Tuesday, May 3, 2011

Cuti 1 MEI

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t
Ahaaaa.bertemu lagi kita di sini 

HAII FARZANAAAA!!!! ( ditujukan buat adik yang tengah baca blog ceq ni.hakhakhak)

oklah, saja nak ceghita kat sini.
cuti 1 mei aritu ramai gile kawan2 balik
tapi saya tak balik pun.

tapi mmg tak lekat pn dalam bilik :D

JUMAAT
Pukul 7.30 pagi bertolak pergi kedai tudung di jalan dato pati
pehtu gi rantau panjang
pehtu balik plak pergi pasar khadijah
pehtu gi kbmall
pehtu gi tesco

tujuan utama: beli tudung mama pesan yang ceq penah beli tahun lpas.tmpatny di pasar khaty
gi RP kawan nak beli barang utk jamuan blok

SABTU
pagi2 keluar ada program smpai 2 petang.
pehtu duk kat maktab ja.tak p mana2. 

AHAD

9.45 pagi bertolak ke Pasiaq Maih. pergi rumah sedara
ziarah sedara di sana kerana lama gila tak contact.
semester ni rasanya tak contact mereka langsung. 
utk menebus kekhilafan diri, maka utk mengeratkan silaturrahim antara saudara
kami pun pergi la rumah mereka. 
dan kami dihidangkan nasi ayam yang sangat umph! 

balik2 sampai rumah kwn di besut, solat maghrib di rmhnya dan makan mlm sekali

kesimpulannya: hari ini mmg langkah kanan.sebab suma makan free tak payah bayaq!
alhamdulillah :)
------------------------------------------

begitulah aktiviti kami di hari minggu yang lalu
sangat seronok. hehe
dan pengalaman yang tak dilupakan
hampir 2 kali accident

pehtu, kereta brek tak brapa nak makan
disc dia dah haus rasanya. tiap kali brek bunyik pelik semacam
pehtu tayar depan botak selicin licinya.tak perasan tapi kat rmh sdara baru prasan.

masa balik tu mmg bawa slow dan berhemah. 50 km sejam

itu sahaja kisah kita utk hari ini.

tata FARZANA! :D

wassalam