Thursday, October 28, 2010

YaAllah..

بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah..
Kurniakanlah aku sahabat.
Yang sentiasa mengajak aku ke jalanMu
Yang sentiasa mengingatkan aku pada Mu
Yang sentiasa merasakan kebersamaan Mu kepada kami semua
Yang sentiasa meletakkan kebergantungan hidup kepadaMu
Yang menjauhkan kami dari maksiat
menjauhkan kami dari godaan syaitan
Menjauhkan kami dari jalan-jalan zina

Ya Allah, aku masih lagi lemah.
Lemah dalam menghadapi dugaan hidup ini
Aku tidak sekuat Sumaiyah Khayyat
Yang mati syahid demi mempertahankan agama Islam

Aku hanya diuji dengan perangai manusia
Tidak lagi diuji dengan keimanan kepadaMu
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap kelemahan ku
Manusia yang seringkali menipu dan tidak pernah serik
Kadangkala aku percaya bahawa dia tidak menipu
Tapi..tapi??alangkah kecewanya apabila kepercayaan dikhianati
YaAllah,kuatkanlah hatiku. berikan ku kesabaran.

Sabar. KESABARAN .Ya Allah kuatkanlah hatiku
aku sangat lemah dalam mengawal kesabaran diri ini
terlalu byk perkara telah ku cuba utk mbantunya,namun......
semoga Allah memberi pengajaran kepada hamba Allah tersebut

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang lebih baik buat aku.
Aku pasti apa yg terjadi ini pasti ada hikmahnya.

wslm..

Monday, October 25, 2010

cinta hakiki

Salam
Cinta. kalau sebut pasal cinta, mesti kita ingatkan seorang perempuan,seorang lelaki sedang bercinta kan kan? kalau cintakan Allah, pasti orang tak faham. orang pelik. "Ada ke orang cintakan Allah, tak cintakan manusia?peliknya. ada ke orang yang tak rasa langsung cinta pada manusia?tak rasa nak bercinta dengan laki? eleh. betul ke tak tu.mustahil lah. semua manusia mesti cintakan lelaki or perempuan"

Yup. I was one of them. "Them" yang berkata seperti di atas tu. I never understand the real "cinta". the real love that everyone should know. I was a jahiliyah before.

I never thought about this. but one day a "hamba Allah" said to me,

Kita selalunya meletakkan mak ayah yang paling atas. yang paling kita sayang. lepastu laki laki yang kononnya mahu hidup semati dengan kita.yang Sangat mencintai kita. yang tiap hari cakap love u love u. tapi kita tak pernah meletakkan, Allah S.W.T di tangga teratas kita. kenapa?kenapa kita tak letakkan Allah yang paling atas?

Kenapa kita perlu letakkan Allah yang paling utama?cinta paling utama?
Sebab Allah s.w.t yang menciptakan kita.He's the Creator. mata kita, tangan kita.tubuh bdan kita. udara kita bernafas.setiap benda di dunia ni, Allah Cipta. so , kenapa kita tak berterima kasih dengan Dia?tak sayang Dia?walaupun kita jahat mana pun, kalau bertaubat, Dia akan ampunkan kita. ni bukti betapa Penyayangnya DIa terhadap kita. kita hambaNya. kita perlu cintakan Allah dahulu sebelum nak cintakan yang lain-lain.

terima kasih hamba Allah.

Cinta Hakiki
Raihan


Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Cintakan Allah tiada kecewaEngkaukan tenang di waktu susah
Kembalilah kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti

Kehadiran hambaNya
Yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangNya tidak bertepi

Saturday, October 23, 2010

bermanfaat


Salam
erk,maaflah sebab kadang kadang post ku tidak memberi manfaat kepada orang lain
hanya seperti diary hidup.

insyaAllah aku akan cuba untuk memanfaatkan orang lain
hidup dengan memberi manfaat pada orang.

wslm

Friday, October 22, 2010

Cuti!

Salam
Alhamdulillah hari aku cuti!!
cuti weekend je.ehe.
minggu baru ni adalah minggu yang paling memenatkan bagi aku
sebab jadual penuh dengan aktivitii!

Ahad dan Isnin petang - 3.30-6.30 petang (Perlawanan Bola Tampar-menjadi pihak penganjur)
Selasa - ceramah dari pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang)
Rabu Khamis (pagi ada pameran literasi bahasa dari 8.00 pagi - 1.15 petang)
( Petang ada olahraga maktab dari 4.30 petang hingga 6.30 petang)

penat sunggohs!! tapi apa apa pun best jugak, dapat pengalaman
masa olahraga aku bertugas sebagai hakim balapan. best gak. first time merasa.eheh

hari ini weekend so settlekan kerja kerja cepat!! rajinlah.rajinlah!!

wslm

Monday, October 18, 2010

mane maya yg dulu?

Salam
Aku masih lagi tercari cari maya yang dulu.eh silap
Sumaiya yang dulu.
mana?mana Sumaiya yang dulu?

aku masih lagi seperti dulu.
masih lagi peramah spt dahulu (eceh,perasan kejap ek)
masih lagi gila gila spt dahulu (cuma bezanya kurang gila kot)
masih lagi sayangkan kawan-kawan spt dahulu
masih lagi yang suka tidur dlm klas spt dahulu
masih lg yang suka sengeh sorang-sorang spt dahulu

namun,aku akui terdapat beberapa tentang diriku yang tidak seperti dahulu..

minta maaf kpd sahabat sahabat yang rapat denganku, dan tidak suka dengan Sumaiya sekarang.sukakan Sumaiya dahulu..ku bharap supaya kalian dpt menerima Sumaiya baru. insyaAllah Sumaiya baru akan menjadi sahabat yang baik buat kalian. mungkin tidak seringkali bersama kalian, tapi hati ku tetap menyayangi kalian, walaupun mungkin kita tidak serapat dahulu. I love all of you :)

wslm

New Title

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Alhamdulillah setelah beberapa minggu memikirkan tajuk baru
akhirnya telah tercetus idea untuk meletakkan nama baru untuk blog ni.eheh
Tajuk baru ni adalah sempena dengan umur ku yang sudah pun mencapai 20 tahun

20 tahun??? tak remaja dah ni. belia dah kot.eheh.

dah lama dah berblogging ni, sejak akhir Disember 2007.
Kiranya dari umur aku 17 tahun.

Bila baca semula post-post aku yang dulu, kelakar gile rasa. Sebab aku masa muda-muda dulu (muda la sangat.), agak gedik la jugak rasanya.bhahaha. gila-gila tu memang gila gila lah. mengade tu, mengade la jugak. ah . smua lah aku pernah jadi dulu-dulu. bila terfikir semula, nak gelak sorang sorang ja rasa. ",

dari dulu aku terfikir, aku ni akan jadi matang ke ek?akan matured ke ek?adekah?akankah?apakah?? mustahil kot.aku nak jadik kanak-kanak sampai bila-bila!aku nak childish sampai aku tua!

tapi, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. aku yang agak gedik dulu, yang kurang berfikir panjang dulu(akal pendek kot),yang sangat gila-gila dulu, akhirnya ....menjadi seseorang yang agak pendiam dan lebih berfikir panjang. skrg aku lebih suka bercakap dalam hati.

cam sombong eh? tidak tidak. tak berniat utk smbong, cuma makin lama aku hidup, rasa lebih banyak bercakap mende-mende tak elok drp mende elok. makin banyak mengata keburukan orang daripada melihat kebaikan orang. lebih byk dosa aku buat dengan mulut dan lidah aku! .lagipun aku dulu memang agak bermulut capuuii orangnya . (capui: sila buka kamus dewan kedah)

selama aku berblogging dari Dis 2007, macam-macam perkara/peristiwa telah terjadi. semua itu menjadi pengalaman hidup yg byk mengajar aku. aku terlalu cinta pada dunia, cinta kan kehidupan dunia,sehingga aku terlupa untuk cinta pada Pencipta aku. masih banyak kekurangan diri,kelemahan diri.


terima kasih Allah, kerana telah membuka mata ku yang selama ini buta. buta dengan cinta dunia, sehinggakan aku buta dari melihat cintaMu terhadap hamba-hambaMu.walau sehina mana pun hambaMu, Engkau tetap memberi nikmatMu terhadap hambaMu...

oleh itu, aku ingin menukarkan blog ini kepada tajuk baru.iaitu.jengjengjeng

Open My Eyes
Keep us close to You, until the end of time..

How is it ?nice eh? or not?ehe.english apa ni.

terima kasih kepada Maher Zain yang berdakwah melalui nasyidnya. inspirasi tajuk blog ni dari beliau lah kot. setiap lirik nya membuat aku terfikir akan diri aku. rasa macam ada similarities je dengan lirik lirik Maher Zain. terima kasih kerana mbuat aku terfikir tentang Allah, pencipta ku.

dengan rasminya.jeng jeng. Open My Eyes
wslm

Sunday, October 17, 2010

Cantik Di Mata Manusia?

Salam
Baru terjumpa satu picture dakwah yang sangat comel dan bermakna

  • perempuan di kiri sebelum keluar rumah, dia berhias cantik2 depan cermin utk kelihatan cantik di mata lelaki / manusia

  • perempuan belah kanan pulak tengok cermin untuk memastikan dia mnutup aurat sebelum kelua rumah supaya Allah mredhai dia.

which one do u prefer to be?
(entah betul ke tidak grammar.ehe)


kepada kaum hawa, ingatlah sebelum keluaq dari bilik, tengok dulu cermin.
adakah pakaian anda menutup aurat?tudung menutup dada?pakaian tidak ketat?
tidak jarang? ingat, mungkin di pandangan lelaki melihat anda cantik, tapi bagaimana dengan Allah?

wslm

Wednesday, October 13, 2010

19 going 20

Salam
Alhamdulillah pada 6 Oktober yang lalu
genap la sudah umur ku menjadi 20
Dah seminggu dah kot,tp disebabkan busy dengan reja2,maka hari ini free sedikit
Alhamdulillah syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup
dah 20 tahun hidup ni.

alhamdulillah ,terima kasih ya Allah kerana masih lagi memberi aku peluang untuk aku memperbaiki diri ku ini. aku tau betapa banyaknya dosa aku, betapa alpa dan sombongnya aku dahulu.aku tidak pernah mengingatiMu dan mensyukuri nikmatMu.
aku tak pernah ingat yang hidup aku ni sekejap di dunia ni.aku hanya ingat untuk enjoy dan berseronok dengan dunia ni.

Mainan dunia, cukup melekakan aku. TV, dengan program-program yang sangat melekakan, membuat kita ketagih untuk tengok drama-drama. One Tree Hill, etc,etc. Drama Korea. Lagu-lagu orang putih yang aku dulu minat giler giler. SUM41, Yellowcard,Beyonce. Cakap je ape,sume aku tau artis2. Lagu dia memang melekat dalam otak.

Dulu mama pesan, jangan selalu dengar lagu, nati hati keras. aku ingat mama merepek aje. macam mane leh keras hati kalau selalu dgr lagu omputih.pelik kot cmne lagu boleh effect diri. tapi sekarang aku sendiri perasan semua tu. memang, lagu2 english dan melayu yang berkaitan cinta ,etc etc mberi effect pd diri. Ya,memang akan mbuat hati kita keras.
sebab apa aku cakap camtu?sebab aku sendiri pernah mengalami
nya.sejak aku tak dgr lagu2 mlayu n omputih, aku rasa lain. dulu aku benci nasyid,tp skrg aku minat nasyid. time kasih, krn memberi aku peluang untuk mmperbaiki diri ini.

6 Oktober 2010, aku dah berumur 20 tahun.. ya.20 tahun!tua dah tu. ahah. dalam jangka masa 20 tahun macam-macam berlaku kat diri aku. yang paling aku tak boleh lupa,masa zmn sekolah dulu.aku rs zmn skolah menengah ialah zmn aku palingg degil kot. lepastu dengan perangai yg kureng, dulu suka dendam kat orang,tak puas hati,etc etc alahh.biasalah,panas baran kan. Aku tak pernah terfikir yang apa aku buat tu akan menyakitkan hati orang. fikir nak puas hati ja.

aku tak akan lupa peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun ini. tahun genapnya umur aku 20 tahun. insyaAllah, semoga umur ku yang ke 20 ini, merupakan benchmark untuk aku terus mencari dan mencari erti kehidupan yang sebenar.

takkan ku lupa pada pesan seorang hamba Allah, tak semestinya hari ini kita dah berubah menjadi lebih baik, kita akn menjadi baik pada masa masa akan datang. oleh itu, kita perlu sentiasa berdoa dan meluruskan niat kita. kita buat semua ini kerana Allah taala, bukan orang lain. peringatan untuk diri sendiri yang kadang-kadang terjatuh juga. sama-sama kita berdoa kpd Dia.

namun dalam usaha kita mencari erti kehidupan, kita perlu usaha dan perlukan banyak pengorbanan. pengorbanan masa, wang dan kadang kala kita terpaksa mengorbankan persahabatan kita untuk mengubah diri kita. kalau kita tiada usaha tapi mahukan perubahan, kita tak akan pergi jauh. usaha doa tawakal= pasti berjaya. Apa yang kita inginkan tidak akan datang bergolek depan kita

Redha Perlu Dicari, Bukan Dinanti.

akhir sekali, terima kasih tak terhingga kepada Pencipta ku, kepada mama ayah, kepada adik beradik tersayang, kepada sahabat-sahabat, kepada akak dan adik2 di mktb ni yg membantu ku mcari erti kehidupan ini, kepada semua makhluk di bumi ini yang banyak memberi aku sumber untuk terus hidup, pokok-pokok,haiwan. terima kasih kepada smua. doakan supaya kita sama-sama mendapat pengakhiran yang baik di hari akhirat kelak.aminnn :)
wslm
terima kasih kepada sahabat2 /classmate KS2. tenkiu sangat2! love u!

Sunday, October 3, 2010

esemen

Salam
maafla kurang aktif dgn blog ni.almaklumlah busy pulak sekarang ni
alhamdulillah,stakat ini masih lagi sihat tiada masalah.semoga Allah sentiasa melindungi diriku dan keluargaku
assignment masih lagi beratur untuk disiapkan tuannya
jadi masa agak suntuk untuk berblog.ya saya rindu untuk berblog
walaupun tak ada orang pun yang baca blog ku ini,namun saya berasa puas dan syok sendiri.
sekurang kurangnya hilang tekanan sedikit. oklah, nanti saya akan kongsikan beberapa perkara yang saya baru dapat . till then. take care my friends :)

wslm