Saturday, May 23, 2026

Peluklah Apa Yang Sudah Kita Miliki

 Kadang hati terlalu sibuk menghitung bintang yang belum tergapai, sampai lupa bahwa di tangannya sudah ada cahaya kecil yang menemani setiap langkah. 


        Kita mengejar banyak hal yang belum tentu datang, lalu diam-diam mengabaikan nikmat yang setiap hari hadir tanpa suara.


        Padahal hidup tidak selalu tentang memiliki lebih banyak. Terkadang, kebahagiaan tumbuh saat kita belajar memeluk apa yang sudah ada. 


        Rumah yang sederhana namun penuh doa, keluarga yang masih bisa dipandang wajahnya, tubuh yang masih kuat berjalan, dan hati yang masih mampu berharap, semuanya adalah hadiah yang sering luput disyukuri.


        Berhentilah sejenak dari lelah membandingkan. Sebab keinginan tidak akan pernah habis, seperti laut yang tak pernah kenyang menelan ombak. Namun rasa syukur, sekecil apa pun, mampu menenangkan jiwa yang paling gaduh.


          Peluklah hidupmu hari ini. Peluk orang-orang yang masih tinggal. Peluk dirimu yang sudah bertahan sejauh ini. Karena sering kali, yang kita cari ke mana-mana ternyata sudah Allah titipkan dekat di dada kita sendiri…

f’dhiya

Friday, May 22, 2026


 

Nasihat akhir zaman

 BAGAIMANA NAK HIDUP SUAMI ISTERI DI AKHIR ZAMAN

1. Belajar agama.

Maksudnya belajar agama itu.,

belajar mengenal, cinta dan takutkan Tuhan.

Mulakan dengan belajar kembali

dan betulkan sembahyang kita.


2. Bertaubat atas dosa-dosa lalu.

Yang menjarakkan hubungan kita sebagai suami isteri

itu,

bukan sebab tak faham pasangan kita.

Tapi semuanya kerana dosa.

Lebih banyak dosa, lebih dan lebih teruk hubungan suami isteri itu sebenarnya.


3. Banyakkan buat baik.


Tak perlu tunggu pasangan buat baik.

Tak perlu tanya pasangan saya dah beri, apa awak bagi?

Tugas kita sebagai hamba yang memberi.

Bukan asyik meminta.

Semoga Tuhan menjaga kita dari segala keburukkan akhir zaman


~ copy from tiktok

Thursday, May 21, 2026

Maaf Dipinta daripada semua

 Assalamuálaikum wbt

Haih dok maaf maaf tak habis habis ni 

Tengah dalam proses memaafkan diri sendiri dan memohon maaf dari orang sekeliling

Yang mungkin terkesan dengan perangai aku semasa aku di fasa midlife crisis

Emosi dan perasaan berkecamuk. Jiwa macam memberontak tak puas hati macam-macam.

Kalau aku tengok balik post aku since hujung 2024-2025 memang penuh dengan emosi dan ketidakpuasan hati .Aku tak puas hati kenapa itu ini , lebih kepada pada masa lalu. Aku pikir kenapa ek aku tak spend enjoy masa zaman belajar?Kenapa aku sibukkan diri dgn usrah sampai tak ada masa dengan kawan lain eh?Macam macam tak puas hati.

Aku tak puas hati jugak ada beberapa perkara yang lalu, mungkin terlalu lama aku menyimpan dan tak react pada emosi tu, jadi bila emosi tu wujud balik, dia macam baru slowly belajar nak figure out satu persatu apakah dia , sampai aku rasa macam pemberontakan jiwa berlaku. Ni kesannya bila dulu apa-apa suka letak emosi tu ke tepi sebab malas nak layan emosi tu haha.

Tapi sekarang slowly sejak hobi aku especially dalam kereta adalah berfikir, aku suka deep thinking. Proses ni sapa pun tak boleh kacau, aku suka dok diam takmau sapa kacau. Sebab aku sedang berfikir. -

Fikir setiap kesilapan dan kesalahan aku. Dan jugak aku dapat kaitkan dengan keunikan otak aku berfungsi berbanding manusia lain. Sebab aku dari dulu suspek aku ada ADHD jenis inattentive. dan sampai sekarang aku baca list ciri ADHD tu memang sebijik sangat dengan aku. so aku macam dh boleh connecting the dot kenapa 2-3 tahun ni emosi aku sangat pelik berkecamuk dan aku tak boleh kawal kadang tu macam ada autopilot. 

Semua tu berkaitan dengan ADHD: executive dysfunction . kekurang dopamine , overwhelmed, shutdown. etc2.

oleh itu aku dalam perancangan nak tukaq matlamat blog ni dah bukan healing proses, sebab aku rasa aku dah healing beberapa perkara dah , dah letgo semua perkara aku simpan dulu,nostalgia nostalgia, zaman remaja ka zaman maktab ka, aku dah macam rasa sekarang ni dah boleh move forward dan focus perkara lain. 

fokus aku sekarang nak jadi wanita yang berusaha memperbaiki diri dalam hidup dan mencari redha Allah tapi pada masa sama nak enjoy hidup di dunia ini jugak. hahaha. aku nak jadi isteri solehah, ibu mithali dan anak yang baik, kawan yang setia . so nanti free aku nak tukaq gambaq tajuk blog ataih tu dan aku akan post apa yang aku rasa nak post, kalau menyampah atau meluat hampa tak payah la baca tau haha. 


so aku nak minta maaf kepada semua manusia yang terkesan dgn sikapku selama ini especially suami ku dan anak-anakku, dan buat kawan-kawan juga yang ada juga terkesan. aku sekarang nak usaha baiki diri, turunkan ego, dan nak kenali diri dan cara mcm mana nak handle diri sendiri

oklah itu saja adiosssss 


Nasihat dari tiktok

Assalamuálaikum . Semalam aku dengar Papa Meng membebel dekat tiktoklive .

Rasa macam ada ayah online. sebab aku hubungan tak baik dengan bapak sendiri

Jadinya aku andaikan papameng ni bapak aku la .hahahha. syok dengaq dia nasihat dan share pengalaman hidup. Aku nak share yang aku rasa muhasabah diri jugak.

_________________________________________________________

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan

Kadang-kadang kita rasa kita dah susun cantik, dah elok dah,

Tiba-tiba Allah kata kun fayakun

Tiba-tiba Allah tak izin

Selagi kita adalah manusia, kita mesti ada kekurangan

Kalau kita bongkar bongkar bongkar

Orang yang berilmu dan bijak pandai pun boleh naik mahkamah

Kalau kita nak bongkar pasal aib dan kelemahan orang, mestiii adaa

Selagi dia bernama manusia, mesti ada kelemahan,

Tetapi boleh jadi lebih sempurna, macam mana cara dia?

Bila orang tu ada kelemahan, kita bantu, bukan kita kondem dia atau kecam

Ingat manusia mesti ada lemahnya, mana ada sempurna

___________

Gitulah sedikit sebanyak. terima kasih papa meng , bapak online ku hahaha. syok sendiri 

Rahmat Ujian - Mestica

 Dalam derita ada bahgia

Dalam gembira mungkin terselit dukaTak siapa tahuTak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabarTapi hatilah yang remuk menderitaInsan memandangMempunyai berbagai tafsiran
Segala takdirTerimalah dengan hati terbukaWalau tersiksaAda hikmahnya
Harus ada rasa bersyukurDi setiap kali ujian menjelmaItu jelasnya membuktikanAllah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimananSedangkan ramai terbiar dilalaikanHanya yang terpilih sahajaAntara berjuta mendapat rahmat-Nya
Allah rindu mendengarkanRintihanmu berpanjanganBersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Harus ada rasa bersyukurDi setiap kali ujian menjelmaItu jelasnya membuktikanAllah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimananSedangkan ramai terbiar dilalaikanHanya yang terpilih sahajaAntara berjuta mendapat rahmat-Nya
Segala takdirTerimalah dengan hati terbukaWalau tersiksaAda hikmahnya, wuuu
Harus ada rasa bersyukurDi setiap kali ujian menjelma (bersyukur)Itu jelasnya membuktikanAllah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimananSedangkan ramai terbiar dilalaikanHanya yang terpilih sahajaAntara berjuta mendapat rahmat-Nya
Harus ada rasa bersyukurDi setiap kali ujian menjelmaItu jelasnya membuktikanAllah mengasihimu setiap masa (kasih Allah)
Diuji tahap keimananSedangkan ramai terbiar dilalaikan (bersyukurlah)Hanya yang terpilih sahajaAntara berjuta mendapat rahmat-Nya
Allah rindu mendengarkanRintihanmu berpanjanganBersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberiMaka bersyukurlah selalu

Wednesday, May 20, 2026

Pemburu Awan









aku suka tengok awan area tempat tinggal ni
time matahari baru nak naik, time tengah hari, petang dan waktu senja.

nampak simple tapi bila tengok awan, aku rasa tenang dan lapang fikiran
dan rasa betapa kerdil nya kita dibandingkan dgn kuasa Allah
so jangan la sombonngggggggg yaaaaaaaaaa
 

Monday, May 18, 2026

Self Care : Pedicure Manicure

 Assalamu’alaikum

Haa haritu aku ada habaq nak cakap pasal embrace yourself. Ustazah Nazirah kata wanita kena 3C = Cantik, Cerdik, Cekal.Sayangi diri sendiri, hargai diri kita. ya itulah aku buat sekarang. nak fokus jaga amanah tubuh badan yang Allah bagi dekat kita. 

aku sebelum ni memang since 2020 baru jaga skincare, urut badan start konsisten tahun lepas, jaga pemakanan on off tapı lepas kena influenza haritu aku nak start jaga balik pemakanan cut sugar. aku rasa kena gandakan dan tambah self care supaya aku sibuk dan tak ada masa nak pikiaq mende lain dalam hidup ku. hahaha. 

dr dulu aku paling teringin nak try pedicure & manicure tapi tak jumpa hat melayu. aku nak melayu takmau hat lain sbb nk terjaga aurat, sebab hat lain kadang depa buat open, nampak dr luaq kedai. so minggu lepas dapatlah 1st time dalam hidup pedicure manicure. keputusan yg tak paling aku tak menyesal. kenapa la aku tak mula dari dulu hahah.

aku ambik pedicure+foot massage+manicure. dari 2.30 ptg dkt pkl 5.00 ptg br habis. best gila sebab kuku kaki dan tangan cantik depa bagi nampak bersih dan berkilat. kalau dak kan mcm ada keladak2/daki dkt kuku kaki tu geram haku. tumit keraih kematu pun dah lembut, semua hat keraih dan lembut helok.

balik rumah dok sengeh sorang tengok kaki sendiri sebab happy nampak helok dah kahkahkah. mcm org gila senyum sorang😂

tapi lepas ni aku nak cuba buat sendiri sebab aku dah perati haritu yg pedicure dkt kaki tu depa buat mcm mana step by step. nk jimat duit, bulih buat sendiri lepas niii.nak tunjuk gambaq selepas pedicure manicure tak boleh la pulak sebab aurat. tapi wahai wanita wanita sekalian, pi la memanjakan diri anda di spa dan try kalau ada servis pedicure. syiokkkkkkk


Friday, May 15, 2026

Zamilooni

 Assalamuálaikum wbt

Nak share info aku dapat dari join Konvensyen Siti Khadijah last week

dia nk kata macam usrah jgk la, usrah tapi ada 2.6k manusia dalam dewan ahhaha

mana tah catatan nota haritu, nanti aku cari. tapi ni aku nak share apa aku ingat dalam otak aku. oh dan aku ada snap gambo dari screen. sat aku taip sini

Ustazah Isfadiah kupas 

"Menjadi Wanita yang disanjung seperti Saidatina Khadijah""

Teladan Wanita Seperti Khadijah

Kesetiaan tinggi

-Setia mendukung Rasulullah saw saat semua orang menolak baginda


Rendah Hati

- Kaya namun tak pernah merendahkan suami


Menguatkan Suami

- Menjadi penenang dan tempat rehat suami


Bukan Tukang Komen

-Emosi dan Bijaksana

- Penyokong Suami

- Penjaga Maruah Keluarga

_______________________________________________________

panel jemputan pada haritu semua best best dan lawak

aku suka sebab santai dan boleh ketawa tak la serius je kan

tapi aku rasa baguih satu lagi sebab bukan merendahkan wanita atau meninggikan lelaki

tapi setiap point tu ada sandaran yang dikupas dengan baik dan buatkan aku terfikir dan rasanya dapat menerima apa yang disampaikan.

point yang mungkin aku pun terlepas pandang, sebagai seorang isteri kita adalah penguat suami, suami balik kerja penat-penat janganlah membebel bising itu ini. kadang aku buat jugak ni sebab penat urus bdk2 , suami balik tgh mlm. sbb aku pun penat jugak balik sekolah tenaga banyak guna handle murid.

so jangan selfish fikir diri sendiri, fikir jugak laki hang penat kerja siang sampai malam utk mencari rezeki. (kata dekat diri sendiri sebagai peringatan.sobss) kadang outstation nk usaha dapatkan projek utk syarikat. balik lewat malam settlekan kerja before meeting mana-mana. dua dua sama penat. aku penat dia pun penat

so aku kena listkan dan fikir apa aku perlu buat untuk kurangkan rasa penat aku. thats all i can do for now utk kebaikan dua pihak. 

sekarang aku fokus lebih kepada self care untuk bagi aku gumbira dan puas hati dengan diri sendiri. sebagai wanita banyak ja cara untuk cari gembirakan diri sendiri. ustazah nazirah ada sebut wanita kena embrace yourself. love yourself sayangi diri sendiri dulu. jangan abaikan diri kita. hat topik ni nanti aku kupas dekat post lain

so para wanita, isteri sekalian. jangan terlalu merendahkan diri sendiri

sayangilah diri anda, embrace yourself, lovee yourself, 

kerana dirimu begitu berharga. . .. .

Mengusung Rindu - Spin

 Dalam hati ini ada namamu

Nama seorang insan yang aku rindu
Dalam diri ini ada sayangmu
Sayangnya, dirimu tidak mengerti

Dalam senyum ini ada tangisan (ada tangisan)
Tangisan seorang insan terluka (insan terluka)
Dalam jiwa ini ada pilunya (ada pilunya)
Pilu yang membuat aku menangis
Oh, hibanya (oh, hibanya)

Sayu hati, sayu sekali
Melihat engkau berpimpin tangan dengan si dia
Sakit hati, sakit sekali
Pabila cinta yang aku beri tak dihargai

Sungguh terhina
Letih tidak bermaya
Rasa terkilan
Bunga yang kupuja kini mekar harum di jambangan orang

Kau yang kusayang
Aku yang kecundang

Kalau tahu sakit begini
Tidak ku bermain cinta
Kalau tahu siksa begini
Tidak aku menyayangimu

Pilu resah di hati ini
Mengusung rindu
Ku tak berdaya, oh

Sayu hati, sayu sekali
Melihat engkau berpimpin tangan dengan si dia
Sakit hati, sakit sekali
Pabila cinta yang aku beri tak dihargai

Sungguh terhina
Letih tidak bermaya
Rasa terkilan
Bunga yang kupuja kini mekar harum di jambangan orang

Kau yang kusayang
Aku yang kecundang

Kalau tahu sakit begini
Tidak ku bermain cinta
Kalau tahu siksa begini
Tidak aku menyayangimu

Pilu resah di hati ini
Mengusung rindu
Ku tak berdaya

Dalam senyum ini ada tangisan (ada tangisan)
Tangisan seorang insan terluka (insan terluka)
Dalam jiwa ini ada pilunya (ada pilunya)
Pilu yang membuat aku menangis
Oh, hibanya, oh-oh-oh (oh-oh-oh)

_________________________________________________

*lagu ni sesuai dinyanyikan bila nak hilangkan stress mengajo di sekolah hahaha. sebab dia banyak tone tinggi, high pitching, so mcm menjerit tapi bukan menjerit. aku suka lagu ni melodi dia unik bagi aku. mcm2 melodi setiap rangkap dia berbeza. 

Sejiwa -Spring

Sejiwa-Spring
Pada irama kuberpesanLagu ini ditujukanPadanya yang tersayang
Kasihku kau pernah dipersiaLalu kubawa cintakuSebagai penawarnyaBiar lukamu masih terasa
Sesaat engkau tidak kutemuBulan seakan piluTiada dapat beradu
Begitu jika engkau membisuBadai jauh dilautanTiada ketepianSebegitu cintaku padamu
Usahlah cinta dibawa bersamaDitenggelami mentari di timurGelap gelita tiada bercahayaKu tiada berdaya
Usahlah cinta dibawa bersamaDitenggelami mentari di timurGelap gelita tiada bercahayaKu tiada berdaya
Ku ingin selalu di sampingmuTiap waktu siang melambai malamBagaikan senja denyutan cinta kitaPenyambung hadirnya
Akan kubina istana bahgiaMenjadi lambang kasih berpanjanganHentikan airmata pedih kenanganYang mencakar perasaan
Akan kubina istana bahgiaMenjadi lambang kasih berpanjanganHentikan airmata pedih kenanganYang mencakar perasaan
Akan kubina istana bahgiaMenjadi lambang kasih berpanjanganHentikan air mata pedih kenanganYang mencakar perasaan
_________________________________________________________________________

Assalamuálaikum. Seperti biasalah, sejak dok follow Papa Meng, sedap pula dengaq lagu dia yang lain selain Sampai Hati fav aku. sedih pulak dengaq anak dia kata lagu ni dekat dengan jiwa family diorang. sebab ada kaitan jgk mengisahkan tentang perjalanan hidup mereka 1 family. Yala, Ameng kan msk penjara, kesian anak-anak semua hadap pandangan negatif masyarakat, wife dia penyabar sangat aku kagum sangat. so lagu ni sesuai la papa meng tujukan buat wife dia kan. dan utk ex wife dan anak2 dia sama. so bila aku dengar lagu ni mesti teringat kisah depa. sedih kan. tp alhamdulillah dah berubah dh Papa Meng.

HLP 2026 IV - Part 2

Part 2 sambungan

keesokannya hari temuduga tu, aku bangun 4 pagi sebab nak check proposal utk last time, then aku print. aku bawa printer ke hotel ok hahaha. sambung study sampai la tak tdoq dah lepas jaga 4 pagi tu .seperti biasa aku kelam kabut. untuk IV kali ni aku plan takmau pakai blaziaqq (blazer) sebab aku rasa bila aku pakai blazer, aku tak selesa dan rasa macam terkurung di dalam blazer. dan aku tengok cermin nampak mcm aku nampak kurang keyakinan bila pakai blazer dan nampak kecik (sebab tenggelam dgn blazer). dan satu lagi aku pakai make up light sikit nak bagi fresh berseri sikit, nampak la keyakinannya takla plain sangat ye dak.tahun lepas tengok balik gambaq aku, nampak macam tak berapa meyakinkan ja hahaha. muka pun macam suram sikit sbb aku mmg xcukup tdoq thn lps pun, so tahun ni, aku just calit sikit CC cream, boh blusher sikit, boh lipstick light2 , pakai baju kebarung then siappp! kelam kabut macam ribut pun alhamdulillah aku checkout hotel 7.30 pg, 7.50 pg dah sampai tempat IV.

Sampai ja tempat pendaftaran aku tengok lengang ja. pasepa tak ramai orang?tahun lepas ramai penuh orang. Urusetia cakap tahun ni memang tak ramai sangat orang banding tahun lepas. Hm aku pun taktau pasepa mungkin tahun ni depa tapis siap2 masa 1st hantar sinopsis proposal online tu agaknya. so jimat masa depa nak interview orang sebab tak ramai kan. ni teori aku ja lahahha. 

Aku dapat bilik 2, nama sebelum  aku semua geng geng PHD, depa akan masuk sorang sebab PHD mmg sorang ja ditemuduga nanti, kami ja satu group 3 orang yg Master. masa dok menunggu turn dipanggil, kami dok dekat bilik mesyuarat/ ruang menunggu. sembang-sembang la dengan calon yg lain, aku terjumpa sorang calon yg akan sebilik dgn aku nanti. dia pensyarah matriks tangkak. baik gile sempoi ja . aku suka berkawan dan bersembang dgn dia sebab aku rasa vibes tu masukkk sgt. haha. walaupun baru kenai tapi aku selesa berkawan,dia pun simple je orangnya tudung hitam baju hitam. 

dia cerita dekat aku, best mengajar Pengajian Am dekat Matriks. mcam2 dia cerita mengajo situ. dia kata gi la apply nanti kalau berjaya sambung master. aku kata menarik jugak tu kak, tapi tunggu la anak2 dah besar masuk IPTA boleh la fikirkan semula lepas tu. 

ok nak cerita masa dalam bilik temuduga. kami bertiga, sorang akak yg pensyarah matriks tu, sorang lagi akak guru yg dh 49 thn akak2 jgk dan berpengalaman luas. untuk temuduga kali ni aku rasa lebih tenang dan selesa nak bercakap. tapi introduction dalam English aku still tergagap hahaha.sebenaqnya aku tak praktis introduction ,sama mcm thn lps.aku lebih kpd study perkara lain

3 orang panel temuduga baikk sangatt. sorang lelaki Melayu, sorang lelaki India dan sorang perempuan Melayu. syukur alhamdulillah lega sangat dan happpyyy dapat panel yang tak bashing atau downkan calon. diorang bagi soalan dan bagi idea cadangan penambahbaikan. sorang panel tegur tajuk proposal aku, tapi pada masa sama dia puji, dan dia kata kena ubah tajuk yang lebih fokus kesejahteraan. Dia puji dia kata proposal awak agak bagus dah. aku masa dia sebut tu aku dah berbunga bunga dh hati.dalam hati tersenyum 

Aku rasa kalau aku tak dapat pun kali ni, aku tetap gembira dan happy sebab panel tu dah puji proposal aku hahaha. dia taktau yang aku buat semua tu last minit hahaha.  dan aku berterima kasih sangat pada kawan sekelas aku zaman belajo dulu yg kitorang anggap Abang Long kelas, dia banyak komen dan bg cadangan penambah baikan utk aku susun proposal tu elok2 semua ikut bab. beliau skrg dah mengajar dekat IPG dan bahagian penyelidikan dan inovasi aku rasa. dari segi penulisan pulak, aku ada ja guna chatgpt tapi bukan 100%, aku ada refer jugak jurnal dan bahan yang aku jumpa dalam internet.maksudnya dr segi penulisan aku buat sendiri sebab nak kembangkan idea dan nampak penulisan tu manusia tulih, chatgpt xboleh buat.

Disebabkan aku rasa selesa masa dalam bilik temuduga tu, aku agak berani nak jawab soalan dari hati aku sendiri. seronok bila panel penemuduga nampak santai dan tenang, kita pun nak jawab soalan rasa lebih tenang dan rileks gitu. nanti aku buat post lain pulak apa soalan dia tanya, rezeki aku soalan dia tanya sangatlah santai dan tak menekan nekan. 

so aku pulang dengan happy, tak mengharap apa, asalkan aku tahu kali ni aku seronok menjawab soalan penemuduga dan habih awal 10.45 pagi. kitorang masuk 10.00 pg kalau taksilap, atau 10.15 pagi mcm tu. happy jugak dapat kenal kawan baru akak sempoi. dia macam aku la aku rasa, jenis main redah ja dan bukan jenis cemerlang pun dkt tempat kerja, biasa2 ja hahahah. 

odw balik tu kebetulan suami aku ada meeting dekat KL odw balik opis dia, aku ajak lunch sama-sama dah alang-alang dua-dua free. aku tny cadangan tempat lunch,  nohh dkt bukit tunku, KL dia bagi cadangan, memang aku kena melencong jauh la. aku mcm nk ckp ja pasepa jauh sgt takdak ka dekat2 sg buloh opis dia,dan odw aku balik rumah,

tapi sebab aku kan sekarang ni nk berubah jd isteri solehah menurut kata, tanpa soal aku pun kata "baik bang" dan terus drive menuju KL dr cyberjaya. hahhaaaku ngantok wey sepanjang drive sbb tak cukup tdoq dan nak tengah hari, nasib baik ada peneman lagu-lagu utk karaoke .hilang sikit ngantok sis. pumpampum pam, aku pun balik rumah, odw balik rmh pun ngntok gagah la buka mata, sampai rumah terus aku fengsaaaannnnnn. 

sekian sahaja kisah IV HLP ku. kita tengok result macam mana awal Jun nanti. dapat ke tak belakang kira yang penting IV tahun ni aku suka sangat dan gumbira. satu sebab dok hotel spend sorang best gilak, walaupun tidoq tak berapa lena sebab tak siap proposal, tapi puas hati bila dok sorang ada privacy, tak perlu nak risau dok rumah orang serba salah ye dak. nak tdoq ka, nk jaga ka, nk buka lagu kuat ka, nak mandi ka, takmau mandi ka, nak lari ka,apa2 pun la, bebas buat apa dan ada privacy. yang kedua sebab suasana temuduga dan rakan sama-sama temuduga best best. hihi. sekian wslm




HLP 2026 IV - Part 1

 Assalamuálaikum wbt

Rabu, 29 April yang lepas aku pi interview HLP
Aku dah pi tahun lepas tapi kecundang takat interview ja.

Tahun lepas pengalaman berbeza, tahun ni juga berbeza.

Yang sama adalah nervous aku tetap sama. Gagap sikit ketika menjawab soalan yang pertama.

Tahun lepas, aku tumpang tidur rumah kawan aku, kurang privacy sebab dia ajak aku tidoq bilik master bedroom dia sebab suami dan anak2 dia takdak dekat kampung, dia MC jadi dia dan mak dia ja ada dkt rumah singgah depa tu. So bab ni aku kurang sikit la sebab tak syok moood2 before tdo dan lepas bangun tdo tu. aku perlukan moment berseorangan untuk bersedia ambik mood nk IV huhu. aku gerak lepas solat Subuh sebab risau jem. Lokasi rumah kawan aku ni jauh sikit dari tempat IV. dalam 30 minit jgk la.

Tahun lepas jugak disebabkan 1st time aku pi IV, nervous aku tu lagi dasyat. IV berkumpulan 3 orang, panel dah letih masa turn kitorang masuk bilik IV, total hanya 15 minit ja masuk bilik IV. kitorang group last before waktu rehat 1 petang. kuciwa jugak masa tu sebab soalan pun tak banyak, kami tak dapat nk menjawab soalan dan menonjolkan diri kami.

____________________

Tahun ni 2026, alhamdulillah aku rasa lebih seronok nak hadapi IV. aku book hotel,8 minit dari tempat IV. sampai awal, 2 petang ngam2 aku terus check in. best gila hotel ni sebab dia ada meja dan kerusi opis buat reja. nama hotel aku dok tu Hotel Primera Cyberjaya. memang aku takmau cari hotel yg dkt kedai2, sebab aku nk cr yang ada security sebab utk keselamatan sebab aku sorang sorang. alhamdulillah Hotel Primera ni bukan hotel hebat dan bangunan beso, tapi mmg selesa sangat dengan ada parking dan guard. aku dapat RM176 ja, maybe sebab weekdays . bilik besaq gilo








Lepas check in hotel, rehat jap then pukul 3 ptg aku keluaq cari siap-siap makanan untuk dinner sebab aku takmau keluaq malam2 dr bilik nak order grab ka makan dkt luaq ka. bahaya sorang2 kluar bilik mlm2. aku keluaq target balik before orang opis balik reja. dh settle tu dalam 4 -5 ptg aku dah sampai hotel then dok hotel tak kluaq2 sampailah keesokannya. macam biasalah, aku sebenaqnya tak siap lagi proposal, nak edit sikit lagi. so dok habis masa la dok settle proposal dan praktis soalan yang mungkin ditanya. 




keserabutan meja masa buat kerja , time ni la nak edit proposal lagik, pada masa sama ni la nak dengaq youtube tips tips temuduga. 


waktu nak masuk senja dari tingkap bilik ku


Dengan keserabutan aku tersebut, aku mula tersengguk ngantok pada pukul 11.30 malam. Maka aku pun tidoq dan kunci jam pukul 4 pg. 

bersambung



Rock Kapak/Jiwang Kapak 90 an

 Assalamuálaikum wbt

Papa Meng dah dapat hp baru gais. Makin clear la bila live nanti hahaha

Sejak aku rajin scroll tengok live/video dekat TT pasal Ameng ni, rajin pulak keluar lagu-lagu rock jiwang/rock kapak 90an dkt TT aku. lagu-lagu ni sebenarnya mengimbau zaman aku dekat rumah pengasuh. Sebab pengasuh suka buka radio around pkl 10pg- tgh hari sebab beliau masak makan tengah hari utk anak dia dan kitorang, selalu lagu-lagu macam ni bermain di radio. anak-anak pengasuh aku pulak jenis suka hiburan , kaset-kaset depa semua lagu ada. dangdut ada, siti, ziana zain, liza hanim, spin, new boyz, etc2, lepastu suka beli majalah hiburan mcm URTV, Mangga etc2.

so dari kecik sebenarnya dah terdedah kepada lagu-lagu dan hiburan jugak sebenarnya walaupun family aku sangat strict bab hiburan ni dan tak dedahkan sangat. sebab family aku biasa kaset penuh dgn nasyid ja dalam kereta. sebab tu aku hafal nasyid-nasyid zaman arqam pun aku hafai. dah dewasa ni aku universal music, nasyid, rock kapak, jiwang leleh, english oldies 80an,lagu english punk rock rNb slow rock, balada, etc2 semua la aku layan . jadilah aku sekarang orang minat muzik dan suka karaoke dalam kereta masa pergi dan balik sekolah. laki aku tegur dah haritu kuatnya lagu pasang dalam kereta sampai luar dengar hahah. mahaplah bang, kereta ni memang tempat aku healing sorang2, tempat karaoke bergerak.

berbalik pada mengimbau zaman kecik di rumah pengasuh, lagu-lagu jiwang leleh dan rock kapak keluaq dekat tiktok mostly familiar dekat telinga aku sebab biasa dengar ms dulu ,boleh cam muzik tapi tak tau lagu apa. tapi aku dari dulu ada jugak lagu faveret , paling minat lagu Spoon Rindu serindunya, stings-dalam diam mencintaimu, spring pesanan buat kekasih, sampai hati, dan sebagainya

dekat tiktok asyik keluaq lagu Spin-Mengusung Rindu. ya ni lagu aku familiar dengar juga ms kecik dulu. sedap suara arwah Achik Spin ni sebenaqnya, high pitch, dan aku suka pulak rentak dan melodi lagu ni. maka bermulalah aku try buka lagu-lagu gini dalam kereta utk karaoke, semuanya berpunca dari rajin tgk video Papa Meng, tiktok aku penuh keluar lagu genre gini.

Apa aku dapat simpulkan, lagu gini sesuai jugak untuk dikaraokekan dalam kereta sebab tak perlu effort yang tinggi, lagu-lagu ni jenis meleret leret melodinya, tempo slow, mudah nak curi nafas kalau nyanyi, so mudah nak nyanyi tambah sikit sengau dan lenggok dia meleret leret tu. sesuai untuk buat stok nyanyi lepas stress balik sekolah. jikalau anda nak nyanyi santai santai lagu yang tak menekan nekan sangat suara, pilihlah genre rock kapak, jiwang kapak ni. best ooo.



Monday, May 11, 2026

Media Sosial

 Assalamuálaikum

As usual aku tiber nak taip sebab secara random  terfikir

Seperti biasa, otak aku ni dia sentiasa mcm website yang ada 100 tab sekaligus buka.

Otak aku sentiasa bising dengan monolog dalam diri sendiri . Non stop

Media sosial. aku dari zaman remaja aktif media sosial.

Dan dewasa ini, media sosial jugaklah penyebab aku buat satu kesilapan dalam hidup aku.

Tapi dari kesilapan tu sebenarnya membawa aku ke satu jalan yang aku rasa lebih baik untuk diri aku

Aku rasa lebih tenang sikit pemikiran, emosi pun ada improvement. 

Aku dah mula tak aktif FB, satu permulaan yang baik bagi aku

Sebab aku niat slowly nak menyepi dari semua media sosial yang ada selepas ni

Bila aku betul totally menyepi tu aku tak tahu, buat masa ni aku suka sembang dengan blog

Mungkin satu waktu nanti aku dah rasa bosan dengan membebel dalam blog

Time tu mungkin aku akan stop terus blogging. Mungkin tulis jurnal dalam buku ja macam diari tu.

Tapikan tulisan aku tak cantik mana. Tak syok la pulak kan.


Dah 36 tahun dah usia ni pun, kubur kata mari, rumah kata pigiii dah. hahahahhaha

Bercakap dengan diri sendiri

 Assalamuálaikum wbt

Semalam aku baru pi Konvensyen Seindah Khadijah dekat Bangi

asalnya pi sebab member ajak . aku tak rajin sgt dengar ceramah ustazah asma harun, ustazah nazirah, ustaz elyas, ustazah isfadiah, ustaz 3 beradik pun aku br tahu semalam. aku takdak expectation apa-apa pi sana semalam, tapi lepas pergi dan dengar pengisian , aku sangat sangatlah terasa. dan aku dapat rumuskan apa yang aku terfikir semalam tentang diri aku:

1. aku memang seorang kawan sahabat yang sangat caring dan baik.

2. aku anak yang baik

3. aku kakak dan adik perempuan yang baik

tapi

4. aku bukan seorang isteri yang baik, dan bukan seorang ibu yang baik. 

hm sedih kan.bila kita refleksi diri dan muhasabah diri balik 

aku fikirfikir balik kan. '

aku sebenarnya SELFISH dan agak KEAKUAN.

Selfish sebab aku fikir apa yang aku teringin, apa yang aku impikan, apa yang aku nak sangat dari dulu, apa yang memang dari hati aku sendiri nak, aku nak dapatkan apa aku nak dan suka. 

Keakuan tu lebih kepada ,rasa aku yang punya atau aku punya usaha. (ye dak ek ke salah ). 

Sedih pulak fikir balik. Hope aku berpeluang baiki kekurangan aku. 

Kena banyak bersabar dan banyak minta maaf. 

Sunday, May 10, 2026

Quote about life



 When pain is released, we humans are able to emotionally move on..

We have no reason to keep our roots stuck in the past..

Wednesday, May 6, 2026

Sebab Allah jauhkan manusia dari hidup anda

 Assalamuálaikum wbt. Hai blogku my safe space. Sihat dak? Nanti aku decorate la hang bagi cantik sikit, macam zaman decorate Friendster dan Myspace. bagi lip lap lip lap meriah sikit.

Aku baru ni kan terfikir beberapa peristiwa dan perkara yang berlaku dalam hidup aku ni

Kadang buatkan aku muhasabah diri, refleksi diri semula. 

Ada sebab awalnya kenapa Allah memisahkan aku daripada certain manusia yang aku sendiri rasa sayang dan rindu. Aku memang rasa sayang dan rindu tapi bila Allah jauhkan dari kita, adalah tu sebabnya yang kita tak tahu. Kita pulak dok mencari-cari seusaha mungkin disebabkan perasaan kita rindu dan sayang kepada manusia manusia yang ada memori memori indah dengan kita sebelum ni...

Aku ada kawan baik masa Form 5, tapi nak kata BFF sangat melekat ke sana sini tu idokle

Tapi aku takde la baik sentiasa dengan dia, pernah bergaduh tak bercakap berminggu-minggu, tapi berkawan balik. tp aku still rasa ada memori2 baik dengan dia dan aku rindu sangat nak jumpa dan contact dia balik. Aku lost contact since 2014 rasanya. then 2019 aku usaha dapatkan no dia dari makcik dia iaitu cikgu sekolah aku dulu. then makcik dia bg no maknya.maknya bg no dia. aku happy gila dpt contact dia balik. tapi masa tu aku agak terkilan sebab respons dia mcm tak berapa mau takmau ja mesej aku. then lepas tu dia menyepi. aku pun mcm mls nk contact dia balik.

Then tahun lepas bulan 9 rasanya dia komen dkt status wasap aku. Aku pun apa lagik, aku pun cakap la rindduuuuuuu dan nak jumpa. ya aku ni memang sayang sunggguh nostalgia dan sayang kawan-kawan aku. kami pun bermesej la, tp dr cara mesej dia, aku dpt simpulkan dia ni mcm fikir org pandang rendah dkt dia kot,dia ni mcm negative thinking sikit la bg aku, dia ada sebut  gaji sy 8k, apa sangatlah RM20 tu. '''. entah apa niat dia nk habaq gaji berapa, tp aku pun sambung ja la mesej biasa. then kami berjumpaa, masa berjumpa dia ada cakap nnti 2026 dia nk p Korea lg. dia dh p Korea before ni, dan pi negara mana lagi entahla lupa dah aku dia cerita haritu. aku dengar ja la dalam hati woww besnya jejalan obersea.

Dipendekkan cerita , masa bulan puasa haritu dia call aku. panjang gila sembang dekat 30 minit. dia kata, dia ada masalah kewangan. nak pinjam duit untuk bayar rumah sewa, rmh sewa dia dh tertunggak 2 bln tak bayar. credit card dh 12k limit dh. dia nk overlap loan. lepastu dia kata dia  dah jumpa financial consultant yang boleh bantu bayarkan hutang dia dekat bank, tapi diorang charge 2 kali ganda. dan dia akan dapat cashback beberapa ribu selepas tu. 

tang ni aku dah mcm saspen dah, aku tanya, hang ada try contact AKPK tak untuk bantu selesaikan masalah kewangan ?AKPK byk boleh guide dan bantu kita sampai la kita dah selesa dan tak berhutang banyak. aku saja bg cadangan tu sebab aku cakap, mcm beban jugak tu kalau dia charge 2 kali ganda, lagi banyak bertambah hutang hang nnti. tapi kawan aku jawab "kalau p AKPK, aku dah tak boleh buat apa2 loan, aku terpaksa terdesak sgt ni sebab tu aku terpaksa guna financial consultant tu"

lepas aku dengaq jawapan dia mcm tu, aku pun rs hm dia ni memang dalam fikiran dia fikir nak buat loan baru utk kambus loan lama, lepastu bersambung la sampai bila-bila mcm tu. dan bila aku bg cadangan mcm tu, dia macam tak boleh terima dan tak berminat dgn AKPK.

aku tanya hang perlukan berapa RM? dia kata buat masa ni 1500 utk settle sewa 1 bulan. dapat gaji hjg bulan nanti dia bayar dekat aku balik. hm aku ni jenis tak sampai hati, kesian tgk member sebab dulu memang kawan baik, dan bayang kang dia kena halau dr rmh sewa, aku pun cakap boleh la pinjam, tapi sekali ni je tau aku bg pinjam sejumlah banyak tu. selepas ni kalau nak pinjam minta maaf, aku boleh tlg bg max RM300 ja. memang dalam hidup aku, aku tak pernah bg orang pinjam duit 300 dan ke atas. sebab aku malas nak minta-minta dan jadi sakit hati kalau orang tak bayaq. so biaq la 300 ke bawah ja, kalau tak bayaq pun aku boleh halalkan. 

baru ni dia mesej lagi cakap sorry tak dapat bayar lagi sebab dia dahulukan bayar perkara lain sebab orang tu siap cari dia dkt HR Opis dia kerja. aku pun takpala, nanti2 dah sesuai, bayar pun takpa. aku sebenarnya ok ja kalau orang nk pinjam kalau dia mmg terdesak kesusahan dan ada kesedaran (contoh aku cakap psk AKPK), tapi tengok gaya dia mcm takdak kesedaran ja walaupun aku dah sebut. bukan apa, nak habaq la jangan buat loan loan tu nanti lagi berganda hutang. tapi entohle dia kata terdesak kan, so aku maleh nak cakap panjang. pandai2 la dia, hidup dia . cuma aku pelik mcm mana dia boleh p obersea korea apa semua kalau duit tak berapa ckup? gaji dia pun bukan sikit, aku tgk tinggi jugak lebih dari aku. 

so kesimpulan di sini, aku terfikir, mungkin sebab tu Allah jauhkan dia dari aku selama ni agaknya. Tapi itulah aku, dok gatai jugakkk laa nak mencarikkk sebab rindduuu dan sayang melebihi mende lain. Kalau boleh selagi tak jumpa, nak cari sampai ke lubang cacing sebab rindu sangat hahahah. satu lagi mcm nak tahu dia tengah buat apa skrg,ok ke idok, sihat ke. aku akan rs gelisah tak dapat dok diam selagi aku tak dapat tahu khabar mereka mereka yang aku teringin nak tahu kabo, perangai aku ni mmg mcm ni dari dulu, dan aku rs mgkin kawan maktab aku ada jgk yg rimas sbb ada beberapa yg aku selalu tanya free dak cuti sekolah?jom jumpaa.hahah. gigih bebeno lahai

tapi perangai gigih rindu sayang kawan kawan ni dah slowly pudar dah aku rasa . aku dah kurang teringat kenangan itu ini.buka FB pun aku dah tak teringin, nak tanya kabo kawan-kawan yang aku rajin tny kabo pun aku dah rasa malas. entahlah, aku rasa macam dah kurang perasaan rindu nostalgia dah sekarang. aku tak tau perasaan apa aku tengah alami sekarang, aku rasa macam aku dah tak ada perasaan kot. dengaq lagu lagu pun dah tak ada rasa apa, rasa plain ja. plain, numb and entoh aku pun tak reti nak describe. 

so, pengajaran lepas ni, tak payah dah la dok korek korek balik masa lalu teringat itu ini dan gigih jugak la nak cari jawapan la, nk kepastian la, nak tahu kabo kawan la. dah dia hilang dari hidup hang , dia sendiri yang nak hilangkan diri dulu-dulu, dan Allah pun dah elok jauhkan dari diri kita. kita jugak cari pasal sendiri mencari cari sampai ke lubang cacing, bila dah jumpa contact balik, nohhhh padan muka aku . tanggunglah sendiri akibatnya.hahahhaa

oklah itu sahaja apa yang aku monolog dalaman sendiri dan fikir sorang sorang beberapa minggu ni.



Raya Keempat dan Petronas

 Assalamuálaikum

Raya keempat haritu masa odw p Sg Dua, aku singgah sat ATM Petronas selepas BKE. sebab lupa bawa dompet, kami pinjam sat kad bank suami nk keluarkan cash. masa dekat mesin ATM, lepas tekan RM200, tiber kad kena tendang, keluaq balik kad tu. owh lupa,aku pi letak password kad atm sendiri, sepatutnya suami punya password. lepas tu aku pun call suami tanya password.


Bila giliran kami dkt ATM, tiba2 laki dlm umoq 50an depan kami huloq RM150 dkt kami dan ckp
,” nah dik, duit raya. ambiklah guna utk keperluan”.
kami mcm blur jap dan agak terkejut, terus cakap “eh ehh takpe encik. terima kasih, banyak sgt ni duit raya nk bg . takpa encik.takpa takpa”. dekat 2 kali tolak duit raya elok2, terus dia sebut “tadi dalam akaun dik ada RM200 ja kan? dik ambik ja la duit ni, tak pa sedekah”.
time ni rasa nak tergelak dah, rupanya dia perati tadi masa kad kena tendang dan mungkin dia nampak kami tekan cash out RM200, mungkin dia fikir duit tak cukup nak keluaqkan RM200 sebab tu kad kena tendang
😭lepastu dok call pulak suami lpstu kan, mesti dia dr jauh dia tgk kami dan fikir “kesiannya dik ni, call2 sapa agaknya tak cukup duit, terpaksa kena pinjam duit sapa2 agaknya”.
kami tolak baik-baik sebut takpa encik,cukup ja ni inshaAllah encik jangan risau. terima kasih encik. byk kali ulang terima kasih. dalam hati sebenaqnya aku terfikir, nampak menyedihkan sangat ka aku masa tadi dkt ATM , sampai orang nak sedekah duit dekat aku. aku pakai baju raya helokk kot, bukan baju buruk atau lusuh. lepas ni mungkin kena pakai macam ala gaya mak datin

Tuesday, May 5, 2026

Papa Meng

 Assalamuálaikum wbt

Aku sekarang suka jugak dengaq Ameng Spring bercerita

Leka dengaq. baru ni aku tertengok video yang dia cerita kawan sebilik dia di penjara.

Ada ustaz, ada budak gen Z, ada gangster. yang gen z bunuh gf sebab cemburu, ustaz tu rogol bdk ngaji dia,. 

lepastu dia cerita yang dia niat nak belajar agama, tak lama lepastu ada banduan baru masuk, imam time solat dan bacaannya merdu sangat. rupanya dia memang imam masjid, masuk penjara sebab kes pecah amanah wang zakat. dia pinjam sekejap untuk baiki kereta rosak dengan niat nak ganti balik bila gaji dah masuk dah dapat, tapi tak sempat dapat gaji dah ada orang report.

Tapi daripada Papa Meng bercerita pengalaman dia di penjara, buatkan aku terfikir sejahat mana orang tu kalau Allah nak bg dia hidayah untuk bertaubat dan berubah ke arah kebaikan, siapa-siapa pun boleh dapat hidayah tu, tapi kena dari keinginan seseorang tu jugak, bukan hanya harap hidayah tapi tiada usaha dari diri sendiri ye dak? 

Dan orang beragama pun kadang diuji dengan dosa. dosa berat, dosa ringan. Jadi status seseorang tu tak melambangkan dia baik. Baik ke tak tu individu walau macam mana latar belakangnya, macam mana dia nak tahan diri dia dari nafsu jahat, nak kekalkan tahan dari buat tak baik dan ingat Allah, semua tu atas diri kita sendiri, jangan salahkan takdir. semua adalah salah kita sendiri 

Sekarang aku dah jadi peminat Papa Meng. orang Besut pulak tu, orang besut ni dia cakap slang lain sikit. dia lebih kepada Klatey tapi lain sikit slang dia banding klate . Macam ada campur ganung sikit. trademark dia "Laahhhhh"hahahahhahaha


Start Balik dari bawah

 Assalamuálaikum

Aku rasa aku memang kena mula semula menulis sini lah

Ni ja cara aku nak meluahkan, ekspresi diri untuk kebaikan diri aku. Sebab aku tak boleh simpan, nak luah dekat orang pun tak boleh sebab aku tak tau luah pada siapa yang betul aku selesa. So blog ni la member luahan aku sekarang, dan niat aku bukan nak orang tahu itu ini tentang aku, tapi lebih kepada terapi nak regulate emotion aku. Sebab tu aku dah delete mana info2 berkaitan ada nama aku ke, tempat aku belajar ke dekat post lama-lama dengan niat takmau sapa tau identiti aku.

Lagipun aku suspek aku ada ADHD, orang ADHD memang kena rajin buat jurnal menulis untuk otak dia, sebab otak orang ADHD berbeza dari manusia normal. 

So, yeah diri aku yang baru akan tulis jurnal sini untuk kebaikan diri sendiri sebab aku pun dah tak aktif FB mcm dulu, IG pun tak aktif. 

Nanti 10-15 tahun aku boleh baca balik apa yang aku pernah lalui dan hadap pada hari ni. Aku nak start balik bina diri aku dari bawah setelah aku agak hancur sehancurnya menghancurkan diri sebelum ni .

Ok adioss assalamuálaikum semua

Monday, May 4, 2026

Memahami Diri Sendiri

 Assalamuálaikum wbt.

Setelah beberapa bulan aku dalam tempoh percubaan bertenang

Alhamdulillah aku rasa semakin bertenang aku berbanding beberapa bulan lepas 

Sekarang aku rasa lebih banyak berdiam, berfikir dan memerhati. 

Dari segi emosi, aku rasa dah hilang beberapa emosi dan fikiran aku yang sebelum ni terlalu banyak rindukan nostalgia-nostalgia lama. Group kelas zaman belajar aku dah banyak silent reader ja, FB pun dah deactivate kecuali masa cuti sekolah aku aktifkan balik. Sangatlah opposite dengan apa aku biasa buat sebelum ni. aku antara paling aktif dalam group kelas zaman belajar, aku aktif di FB post membebel macam-macam, post rindu kenangan macam-macam especially dengan kawan-kawan.

Slowly berubah ke arah lebih mindful (agaknya). Dan aku banyak berfikir dan diam sekarang. Mungkin mula rasa sedar sedikit demi sedikit dengan diri sendiri. Apa kesalahan dan kesilapan aku dah buat tahun lepas. Dan masih memikirkan kenapa dan kenapa, Kenapa ye aku boleh buat kesalahan tersebut?Dan aku macam hilang ingatan beberapa perkara sedikit kejadian kejadian tahun lepas, ada ingat ada yang aku cuba recall balik, macam samar-samar nak ingat balik.

Since November 2025-Mac  2026 , aku tersangatlah emosi yang aku tak tau nak explain. Bila fikir balik 5 bulan rupanya aku ambik masa untuk move on . Emosi yang hancur berderai berkecai yang berkaitan dengan unsettled emosi aku zaman dulu. Kadang aku sendiri tak faham diri aku kenapa aku jadi macam tu. Aneh aneh betul.

Tapi since April, slowly aku rasa emosi tu jadi kebas dah. Numb bak kata Linkin Park. Aku slowly dah hilang dah perangai gila-gila aku yang aku pernah ada. Mungkin slowly aku dah ready masuk fasa peringkat umur seterusnya? Umur yang lebih banyak cabaran hidup dan anak meningkat remaja kelak?

 Sometimes aku rindu dengan diri lama yang penuh kegilaan dan fun, tapi sekarang slowly aku dah makin lupa macam mana nak jadi macam tu balik.

Aku kadang google jugak la sebab nak memahami apa yang terjadi pada diri sendiri selama beberapa tahun ni, aku terjumpa beberapa info yang kena dengan diri aku

"When a mature, responsible adult—someone with "excellent communication skills" listed proudly in their resume and a mortgage to manage—suddenly slams doors, sulks, or erupts in raw emotion like they're right back in high school, it is not a glitch in who they are. It is their inner teenager acting out. "

"Your inner teenager isn't the enemy. He or she carries passion, creativity, the drive to question, and the raw energy of becoming. When met with understanding rather than judgment, that part can finally settle—and let the calm, capable adult take the lead
https://mentalzon.com/en/post/8549/why-adults-act-like-teenagers-understanding-your-inner-teenager

____________________________________________________

Feeling like a child as an adult is often linked to emotional trauma, attachment wounds, or unmet needs from early life. It can also come from growing up too fast—becoming a “parentified child” who looked after others but never learned how to look after themselves.

________________________________

It’s a time to allow all of your emotions. That holy anger that holds together your values and boundaries. Those fears that show you where you must look. The grief of loves lost and roads not traveled. And to dive into the joy of being alive.

It’s a time to step into letting old things die, no matter how much resistance you experience, no matter how afraid you are of not knowing what comes next or who you will be when you’re free of your old rut.  

https://medium.com/@lori_86546/this-midlife-shift-is-kind-of-like-being-a-teenager-a5903b6d6c6f

____________________________________

Aku sampai sekarang fikir perlu ke aku biar blog ni atau aku delete?Atau biar?atau delete?Biar ke delete?

Selalu bermain dalam fikiran aku, tapi bila dah hampir delete, rasa sedih pulak sebab ada nilai sentimental since 2008 aku buat blog ni. Dan aku perlukan tempat untuk menulis melepaskan apa dalam fikiran aku ke dalam kata-kata. since aku pun dah kurang bercakap, jadi ni la tempat aku nk ekpress kan percakapn ke dalam kata-kata. 

begitulah kehidupan kita, we are not perfect. ada waktu kita buat kesalahan, ada waktu kita buat benda baik, 

paling utama kita berazam untuk tidak lagi melakukan kesalahan yang sama setelah kita menyedarinya

well that's all my reflection for today. wslm

My Mistakes


 


I wish I could press the restart button and erase all the stupid mistakes i've ever made

but..

Without mistakes, we wouldnt be learning anything,

Accept the mistakes and..

Be better you. 


_________________________

monologdalaman