Friday, May 25, 2012

Find Solution!

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamu'alaikum w.b.t

alhamdulillah i found some solution to overcome my problems(ok abaikan grammar)

jeng jeng.
inspired by my sister, sepeah(bukan nama sebenar), she introduce some internationl imam/sheikh to me. and her fav are hamza yusuf,yahya abdel ibrahim,suhaib webb and...etc etc.hm.

And I think, reading and listening to their article and video, can help me improve my english.. in shaa Allah

well guys, please make du'a for me!


 

Wednesday, May 23, 2012

Kito Nok Speaking

بسم الله الرحمن الرحيم 

assalamu'alaikum w.b.t

kito nok speaking jugop.nengok sepsep ni speaking,jeles sero.
hoho.

when i was in secondary school. my English was very..good.i used to get A1 in SPM.
but my English become so..soo..extremely bad .err.like this. i dont know how to talk.very gagap gagap. hoho.maybe my parents should send me to UK for 2month during Nov-Dec school holiday. and I live with foster family,must be english native speaker...muahaha.pe-RAH-san.but seriously, i keep wondering how i can start the first step, to improve my english. hmm.. so tunggan terbalik already my English. .




  

Perkongsian:)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t
Hari ini ada periksa.
In shaa Allah di kesempatan pagi ini, saya nak berkongsi sedikit beberapa ilmu dan pesanan yg diperoleh.
__________________________________
Dalam suatu majlis ilmu, ada sesi soal jawab. Soalannya, apa pendapat ustaz tentang bercinta sebelum kahwin?
 Ustaz ni senyum. lepas tu dia cerita,


" Pada suatu hari, ada seorang pemuda bertanyakan soalan sebegini pada Hassan AL-Banna. dan jawapan Hassan Al-Banna pendek,ringkas tapi bermakna.

Cinta yang Haram, Haram. 
Cinta yang Halal, Halal. 

_______________________________


tapi macam mana orang bercinta bagai nak rak,pegang2 tangan,dating2
akhirnya kahwin juga?bahagia je nampak?

*wallahu'alam.dalam hati dan kehidupan mereka,hanya Allah yang mengetahui.
saya bukan manusia untuk hukum, tapi just nk bg sbg peringatan utk orang lain
nak ikut,ikut.taknak ikut,silakan.:) saya bukan ada power utk nak judge
saya juga manusia hina penuh dosa.

siapa pun tidak sempurna,bukan? :) tapi at least kita cuba utk buat apa yg Allah suruh,tinggalkan apa yg Allah larang. tapi bila kita betul2 nak ikut apa Allah suruh,tinggal Allah larang, ada pula kata
"ekstrimist. Islam yg ekstrim" . =.= erk 
okay..kalau macam tu, korang kena buat mende Allah larang, dan buat juga mende Allah suruh?
supaya seimbang dan tak Ekstrim??

Sama-sama berdoa supaya Allah buka hati kita untuk menerima Islam secara syumullll.
keseluruhan hidup kita.bukan kita pilih pilih.mana yang ringan,kita ambik.mana yg rasa berat nak buat.tinggal. islam tu syumul.bukan islam yg 'patchy2'.

oh,musuh Islam seronok tengok kita berjaya dalam Perang Pemikiran yg mereka lancarkan.

mereka berjaya pisahkan kita dari Al-Quran dan Sunnah..
dan lagi mereka ketawa tengok orang Islam sendiri mengatakan 'Islam Ekstrim' kepada orang Islam yg cuba nak amalkan Islam yg syumul..

jadi apa peranan ampa sekarang? back to BASIC!


  

Sunday, May 20, 2012

Selamat Hari Guru :')

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum wbt
Alhamdulillah sempat lagi menulis di Ilham Dandelion. *dandelion?ok.sangat lucuu di situ
*maaf.sedang membiasakan diri dengan nama dandelion.walaupun rs mcm nak tergelak.*bhahahh!*
k,stop it.-.-

16 Mei 2012.
Hari Guru yang bermakna pada saya sebab first time anak murid wish Selamat Hari Guru cikgu!
5.50 pagi dah ada sorang mesej.slmt hari guru.
7.00 pagi ada yg call pakai public phone sekolah pulak.selamat hari guru cikgu.

:) alhamdulillah, mereka adalah antara sebab-sebab kenapa saya selalu tersenyum sendirian.hehe.
____________

pada 14mei2012, alhamdulillah saya sempat menjenguk mereka di sekolah. terhibur hati melihat mereka.kadang-kadang fikir gak, adakah aku sorang beria-ia syok sendiri seronok jumpa murid-murid, dan mereka tak rasa apa-apa pun bila jumpa aku?..terfikir sejenak 2 ,3 saat.
tapi selepas tu,ahh,mainan syaitan sahaja ni!benda baik takkan la salah. kita perlu banyak memberi ,memberi ,memberi memberi!tanpa mharapkan balasan diterima. jadi jangan malu untuk memberi dan teruss memberii! (perkataan memberi ni saya igt smpai skrg selepas baca penulisan ustz pahrol juoi.dia kata teruskan memberi walaupun tidak dibalas.yakinlah Allah sahaja yg bls.)

jadi saya nak jadi orang tak malu,gila meroyan,syok sendiri utk memberi kasih sayang pada anak murid2. biarlah orang kata saya meroyan ke,kemaruk ke,duk rajin melayan budak-budak ke.biar bdk pijak kepala ke.well guys, sorry to say,your words didnt make me weak.but make me more semangatness!hehe

:')
_________________



slmt hari guru buat semua pendidik!dan paling agung sekali,Rasulullah s.a.w yang mendidik manusia melalui tingkahlaku,perbuatan ,percakapan baginda. 


dulu rs menyesal keluar uia msuk mktab. tp skrg,rasa bersyukurrr banget!Allah..^.^ terima kasih sbb bg saya peluang utk mjadi guru,dan bkn psychologist. I love to be with kiddies! Seronot nyembang dan mdengar diorang bercerita.bila diorang dah selesa dgn kita,mudah la kita nak tegur n bg nasihat. Sbb kanak2 ni masih lembut hatinya.naik remaja nanti dah payah sikit :D




Rasulullah s.a.w adalah role model pendidik yang terbaik! Saya akan jadikan baginda role model utama saya apabila menjadi guru kelak.in shaa Allah :)

Saturday, May 12, 2012

Niqab, Arab and French woman

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t
Ehem.today i want to share with you guys
 I just read story someone just put up on twitter.someone:Usamah Khan.i dont know who is he, i just follow him.


 let me share with you, yo sisters and brothers! :D


__________________________________________________________________________


In France after picking groceries in the supermarket, a Niqabi sister stood in the line to pay.



After a few minutes, her turn came up at the checkout counter.
The checkout girl was a non-Hijaabi Arab Muslim girl. 
She began to scan the items of the Niqabi sister.
After a while she looked at her with arrogance & said: "We have many problems in this country & your Niqab is one of them!"
"We, immigrants, are here for trade and not to show our Deen or history!"
"If you want to practice your Deen and wear Niqaab then go back to your Arab country and do whatever you want!" . . . .






The Niqaabi sister stopped putting her grocery in the bag and lifted up her Niqaab. 
The checkout Arab girl was in total shock.
The Niqaabi girl who was blonde with blue eyes told her:

          "I am a French girl, not an Arab immigrant. This is my country & THIS IS MY ISLAM"

"You born Muslims sold your Deen and we bought it from you!" 

Allah Hu Akbar!

And Allah says: 
"If you turn away, Allah will replace you by another people, and they will not be like you." (47:38)

Subhannallah I just thought this little story was so moving. 

Allah SWT does not need us, we NEED Allah SWT. 

May Allah SWT give us the true understanding of deen & imaan, 
& may He keep us away from the ways of shaitaan.
 Aameen.
____________________________________________________

thank you brother Usamah Khan for sharing this story with us!

;') 

assalamu'alaikum..
  

Tegas

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t

Maaf kepada semua kalau saya menyakiti hati anda dan perlakuan saya yg agak tegas berbanding dahulu.
Sombong?bukan sombong. tapi saya berusaha utk menjaga. saya berusaha untuk cuba bercakap
dengan kaum adam apabila perlu sahaja dan ingin berusaha nak kurangkan melawak dgn kaum adam

waktu dulu-dulu saya ni jenis peramah dengan semua orang
semua orang saya bantai je ramah,chatting,sembang,melawak
lelaki yg dah ada gewe pn saya rapat. smpai gaduh la dgn gewe dia.
kaum adam,kaum hawa.semua sama ja bagi saya :D


tetapi itu dulu .sekarang...


mari kita jadi perempuan yang tegas dengan pendiriannya!


wahai perempuan yg bermaruah,mari kita jadi wanita bermaruah.



Friday, May 11, 2012

cerita murid.

بسم الله الرحمن الرحيم
assalamu'alaikum w.b.t

seperti biasa,saya teringat pada anak-anak murid yg disayangi T.T

selama sebulan praktikum , dan sebanyak 4 kelas yang saya ngajo
ada dua orang murid yang ejek waktu saya tengah cakap n ngajo.
dua orang murid ni nama Taufik dgn Hafizzan. beritahu nama ni bkn nk burukkan ya, ala biasalah budak budak opp. depa tak matang lagi, nakal nakal tu biasalah.

situasi 1: 5M

Saya: ok ,selepastu ..bla.bla.(Tak ingat cakap apa waktu tu)
Taufik : ok selepastu .bla.bla.bla. (suara perlahan tapi kantoi ckg dengar sbb taufik ni duk depan sekali.)
Saya: (Diam.pandang semua orang. pi dkat taufik). Ye taufik. awak ejek saya ke tadi? kenapa taufik ejek cikgu?taufik jeles dengan cikgu eh?nak jadi macam cikgu?ok esok cikgu bawa tudung besar cikgu camni, cikgu bagi taufik pakai ye. boleh jadi mcm ckg!(senyum )
Taufik: eh eh,dop cikgu.tokse!

(sekelas gelak kat dia. hehe.)

situasi 2:4J

Saya: kita perluuulaah bla bla bla.
Hafizzan: kita perluulaah bla bla bla ( buat suara sengau)
Saya:Siapa yang ejek cikgu cakap tadi?siapa ye? (Sambil mencari-cari.tapi sebenarnya tau dah siapa)
Hafizzan:tersengeh-sengeh.
Saya:Hafizzan, kenapa awak ejek cikgu, siap buat sengau lagi?cikgu ada buat apa-apa salah kat hafizzan ko?
Hafizzan:sengeh sengeh
Saya: oo.hafizzan ejek cikgu sbb teringin nak jadik macam cikgu eh?nak pakai tudung macam cikgu? (sengeh jugak)
hafizzah:sengeh sengeh
saya: (pandang sekelas). OKAY, sekelas!minggu depan ingatkan cikgu, bawa tudung cikgu, bagi hafizzan pakai sebab dia teringinnnn nak jadik macam cikgu. nanti cikgu bagi dia pakai sampai tak nampak tangan dia.kawan-kawan hafizzan tolong ingatkan cikgu deh,takut cikgu lupa nk bawa tudung minggu depan.haa ingat  semua!

(Semua gelak kat dia.)

sebenarnya sama ja style dan ayat yang digunakan.cuma pada 2 orang pelajar berbeza.eheh!

___________________________

bila ingat balik nak tergelak pun ada. budak0budak ni kalau buat nakai pun, atau kalau dia kutuk n mengata kita pun, tak rasa sakit hati pun sbb diorg bdk2 lagi. lain la orang besaq. jadi toksah la marah budak-budak kalau depa kuang hajo.sebenarnya depa tak tahu dan perlukan bimbingan. contohnya kalau depa kuang hajo, ckp elok2 kat depa,personal ka.bagi spiritual talk skit. atau pn, makanan rohani.maybe depa kurang makanan rohani.

seriously saya tak setuju yang cikgu perlu marah-marah budak.boleh tapi tak la keterlaluan smpai keluaq bhs kasaq, tampo,pukui ka. dan apa yg sy lihat,ms smbang dgn bdk lelaki drjh 6 kelas akhir yg normally dicop nakal n agk kurg ajar dgn ckg, tgk diorang ada perangai positif depa. kita hormat depa,depa hormat kita.cuma jgn la tengking2 depa kanak-kanak kelas akhir ni, sian depa. entah la awat, tapi saya suka bdk2 nakai drp bdk pandai.sbb depa lebih mghargai kita. kita dpt lihat sendiri cara depa cakap dgn kita. apa2 pun, jgnlah berat sebelah. sayangi mereka yg nakai-nakai.depa masih bwh 12tahun, mungkin kita boleh mengubah depa skrg sebelum terlmbat kelak?

Ya Allah,rindu betui kat depa :(



 

Foto?

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum .w.b.t
sebenarnya saya merupakan insan yg suka banget pada fotografi
dan fotografi yg paling saya suka ialah gambar-gambar ciptaan Allah/nature yang
mengingatkan kita pada Allah.subhanallah.

tak ramai orang yg ceburi bidang fotografi ni yang minat dia more to nature.pemandangan.ciptaan Allah
normally photographer ni suka ambik tempahan orang kahwin, gambar kahwin la mostly kan.
dan sebenarnya saya sndiri rasa malu bila tgk gambar2 orang kahwin yang peluk2, berlakon2 ala2 nak cium
dan aksi-aksi yang kurang manis dilihat di depan kamera.ya mmg hampa dah kawin,tapi opp(gaya ore ganu)
toksah la posing over depan tgkp gmbaq tu. biasa biasa ja dah la.kalu nak sangat ampa pakai kamera ampa sendiri dan jgn publish kat internet. haa,nak sgt.boleh ja cuma tak pyh la tempah photographer.haih -.-

apa2 pun, sy respect pd org yg sanggup menggunakan kamera DSLR untuk merakam 
keindahan ciptaan Allah.


ok,jgn gelak,bawah ni gambaq saya tangkap sendiri.dan edit sikit2. tak berapa cantik, tapi 1st try.

maaf ayat bawah tu nampak tak teratur dan cam kasaq,patutnya gini opp:
"Ya Allah, janganlah ENGKAU membolak balikkan hati kami ...."
lupa buh ENngkau.ehe

*no copyright . tp jgn plak copy pahtu edit2 dgn ayat cintan cintun.okeh.

sebenarnya saya suka tengok satu blog ni.gambaq dia tgkp subhanallah cantik sangat!
mostly Nature atau pun pemandangan.tadak gambaq syok sendiri apa. dan satu gambaq saya buat wallpaper laptop :D


ni link blog beliau.tak kenal pn siapa tp suka gmbaq2 dia amik .

in shaa Allah nanti dah keje sbg cikgu, saya nak beli DSLR sebuah. berangan sat.

sekian sahaja,wallahu'alam


 

Thursday, May 10, 2012

Jom Mumtaz utk Ummah:D

بسم الله الرحمن الرحيم


assalamu'alaikum wbt
ok ni saya copy dari facebook.rasanya berguna utk semua orang ,lebih2 lagi time exam week ni.hehe.



ok jom try!! :D

 

Monday, May 7, 2012

Syg Ampa Krn Allah..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum..
today i want to introduce my cutie students:)
5m, 4j,4m,4u.
tak dilupa 6U,cikgu tak ajaq ampa tp ampa still antara yg utama ckg igt sbb ada memori dgn ampa.
byk lagi gambaq depa tapi ni adalah antaranya 

cikgu rindu bangeett sama kamu semua.
nasib baik ada gambaq,time rindu2 boleh tengok gambo korang sorang2.:)
ckg doakan spy ampa smua sntiasa berada dlm redha Allah. 
risau tengok dunia zmn sekarang, pikiaq camna ampa suma akan survive dgn dunia yg semakin mencabar
macam-macam dunia sekarang ni.

ampa smua kena kuat hadapi dunia penuh tipu daya ni.
sebab matlamat hidup kita adalah di akhirat kelak. 

sian kat ampa smua,cikgu nak cerita dlm kelas pn ampa tak berapa paham nanti.
maklumlah,ampa kanak-kanak lagi.ckg ceritakan perkara2 asas ja kat ampa dlm kls,yg sesuai dgn tahap ampa yang kognitif tak berkembang penuh lagi. abstrak tak nmpak betui2 lagik.harap-harap apa yg cikgu pesan dalam kelas,ampa smua igt smpai ampa besaq

cikgu doakan ampa smua bila dh capai umoq remaja atau belia,
ampa smua akan mengerti apakah tujuan ampa semua dihidupkan
cikgu doakan supaya ampa dpt cahaya tarbiyah dari insan-insan di sekeliling ampa kelak

ckg tak kisah ampa keja apa pun,petani ka,pemandu lori ka,pesawah ka,
asalkan hampa berakhlak baik ,akhlak Mukmin sebenar. 

cikgu syg ampa smua,ckg lihat ampa ni bkn hanya murid shj
tapi cikgu tgk dlm diri ampa smua, 
ampa smua ni lah yg bakal menggantikan tmpat2 orang yg umoq cam cikgu ni
ampa lah pemimpin,ampalah bakal-bakal insan yg mcorak masa dpn ngara.
ckg harap ampa tak terpdaya dgn cinta dunia,fitnah dunia..wuwuuw.risau kat ampa.

toksah la bergewe2, rosak kan hati dan jiwa sahaja.buang masa buang duit.keberkatan Allah pun tak dapat.tahanlah skit nafsu tu,nak bercinta ja,tp faham Islam takmau. nak sgt cinta,tunggu ampa dah kawin nanti. ni muda muda lagi ampa isi la masa dgn kwn2,family.apala buang masa dgn bergewe2.
ampa perlu semangat utk memberi manfaat kepada org lain, tlg org lain.nasihat org lain.tegur org lain
sama-sama perbaiki diri dan sama2 memahami apakah islam itu sebenarnya.
. . . . . .
ok banyak pulak ckg membebel.cam mak pulak.tp membebel ni sbb risau kat ampa. hahaha.
ok,sayang semua krn Allah! :)





















 

Sunday, May 6, 2012

Cinta dan Berkat

بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamu'alaikum wbt

lama tak cakap pasal cinta kan.ahah! hari ni saya terbaca satu artikel Ustaz Hasrizal. tapi sebenarnya tak berapa faham apa yg cuba utk disampaikan. maksud saya,point utama. tapi point2 sampingan tu saya faham. ada beberapa saya nak kongsi di sini. yang pertama ialah seorang insan pada zaman Rasulullah s.a.w yang selepas kahwin, dia terlalu mencintai isterinya terlebih DOS. kisah ni penah kak Fatimah Syarha cerita masa dia mai maktab dulu,
"__________
http://saifulislam.com/?p=11224#.T6XGqElqrU0.facebook

KISAH ABDULLAH BIN ABU BAKAR
Teringat saya kepada ujian yang menimpa Abdullah, anak kepada Abu Bakr al-Siddiq radhiyallahu ‘anhu. Abdullah mengahwini seorang gadis perawan yang serba lengkap kelebihan dirinya iaitu Atiqah binti Zaid. Namun perkahwinan mereka berdua teruji apabila Abdullah yang terlalu mencintai Atiqah tercuai daripada pelbagai tanggungjawab hingga mengabaikan solat dan kesemuanya ini mengecewakan Abu Bakar. Sebagai bapa, beliau bertegas memberikan nasihat yang telah menyebabkan Abdullah ‘terpaksa’ menceraikan Atiqah kerana cinta mereka sudah menjadi FITNAH.
Demikianlah ujian cinta seorang pejuang yang membantu proses Hijrah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bernama Abdullah, anak kepada seorang tokoh terhebat bernama Abu Bakr.
Perceraian yang berlaku kerana cinta yang terlebih dos.
Cinta yang membingungkan.
Cinta Abdullah dan Atiqah hanya terjalin semula dalam sebuah perkahwinan selepas diislahkan oleh Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, namun harganya adalah sebuah PENCERAIAN.
Kes ini amat terpencil.
Namun dengan perceraian yang berlaku setiap 15 minit di dalam masyarakat kita, saya kira ‘belajar makna perkahwinan melalui perceraian’ mesti ditangani dengan serius.

________________________________________
- Apa yang sahabat sahabat sekalian faham dengan kisah di atas? apa yg saya faham ialah
  : Kalau kita dah kahwin kelak sekalipun, jangan terlalu sayang sangat pada isteri/suami sampai tak ingat dunia .hingga lupa pd Allah. Allah itu yg utama sebenarnya. bukanlah nak kata kita perlu taksub sgt smpai tak kawin pa suma,maksudnya, Allah sbg matlamat hidup dalam setiap perkara. ok ni kata-kata terakhir Ustaz Hasrizal
_________________________________

PERKAHWINAN DAN MINDA SEDAR
Perkahwinan dan rumahtangga perlu didatangi dengan minda sedar. Minda yang jelas tentang erti sebuah perkahwinan yang lebih daripada sekadar rasa cinta, kemahuan seorang lelaki kepada seorang perempuan, atau perempuan kepada lelaki. Nikah datang dengan tuntutan upaya mengendalikan output perkahwinan, bermula daripada persefahaman dan kerjasama, pengurusan hubungan dua keluarga dalam dimensi mertua dan ipar, anak yang bayi kemudian kanak-kanak, remaja dan seterusnya dewasa, pengurusan kewangan, kesihatan, tekanan kerjaya dan keluarga, yang semua itu perlu didatangi dengan minda sedar, bukan gedik.
Saya bekerja keras untuk menimbulkan minda sedar itu.
Justeru saya perlu menyatakan bahawa, ilustrasi-ilustrasi cinta Islamik ini membinasakannya.
______________________________________________________ 
okay saya ulang ayat-ayat yang tersengeh saya sorang-sorang baca.haha
_______________________________
Minda yang jelas tentang erti sebuah perkahwinan yang lebih daripada sekadar rasa cinta, kemahuan seorang lelaki kepada seorang perempuan, atau perempuan kepada lelaki.
Nikah datang dengan tuntutan upaya mengendalikan output perkahwinan, bermula daripada persefahaman dan kerjasama, pengurusan hubungan dua keluarga dalam dimensi mertua dan ipar, anak yang bayi kemudian kanak-kanak, remaja dan seterusnya dewasa, pengurusan kewangan, kesihatan, tekanan kerjaya dan keluarga, yang semua itu perlu didatangi dengan minda sedar, bukan GEDIK
_________________________________________
alhamdulillah,terima kasih ustaz atas perkongsian di atas
menyedarkan saya tentang perjalanan sebenar seorang hamba Allah atas mukabumi ini
ye betul bila kahwin aja, mesti org kaitkan dengan cinta suami isteri,romantik,penyayang,caring .etc etc
tapi orang tak kaitkan pun kahwin ni dgn tanggungjawab mendididk anak, hubungan dgn mertua ipar, masyarakat,jiran, pengurusan kewangan, kesihatan,kerjaya,nak tangani tekanan hidup, etc2.
dan bila terfikir semula, betapa penting KEBERKATAN ALLAH dalam hidup ini.
antara contoh keberkatan tu, bila dua org pasangan sedang bercinta/berkasih sblm kahwin. diorang dua ni mmg sgt mjaga hati dan jarang la bergaduh atau terasa hati. dalam usaha sama-sama saling memahami dan bertolak ansur, namun akan timbul perkara-perkara kecil yg mnyebabkan bergaduh.dengki,cmburu, dan sedih sokmo hati seorg gadis ni padahal laki tu baik bkn laki bermasalah. hati rasa gembira melihat lelaki itu tapi timbul juga secebis perasaan tidak senang hidup. 
sedih sokmo gini la.haha

berdasarkan kisah di atas, apa yg ampa rasa?
JENG JENG. itulah terjadi bila Allah tidak memberkati sesebuah hubungan itu. kerana tidak halal dan melupakan ALLAH. tengok, depa cuba baik camna pun antara satu sama lain,ada juga sikit-sikit perkara yg rasa tak senang antara satu sama lain.gembira hanya sementara. tapi tidak puas pun perasaan gembira tu sbb bkn didasari ALlah,tp hanya nafsu keinginan semata-mata. secebis perasaan tidak senang itu merupakan kurniaan Allah supaya si gadis tahu bahawa apa yg dilakukannya bukannya baik, tapi DOSA.
DOSA membuatkan seseorang itu rasa serba tidak kena dalam hidup .
rasa resah gelisah. 
(kisah di atas adalah KIsah Benar yg diceritakan kepada penulis.hehe)



alhamdulillah terima kasih Allah kerana mengurniakan cinta dan berkat hubungan kami ini ^.^
perasaan cinta dan sayang kepada family,sahabat2, murid2,jiran2,cikgu2,haiwan2,pokok2,etc etc. cinta yang memberi kebahagiaan hidup,,kerana Allah lah sumber kebahagiaan hidup :)


 

Friday, May 4, 2012

rindu

بسم الله الرحمن الرحيم 
assalamu'alaikum w.b.t
minggu lepas jumpa anak murid kat jerteh
semalam anto kwn kat stesen bas.jumpa sorg lagi budak 6U hat nakai nama hakim
nakai budak2 biasa la, tapi sebenarnya bagus bdk ni.

waaaa.semakin rindu pd murid2!bila la boleh pi jumpa ampa??