Thursday, November 12, 2026

Penanda Aras

Assalamu'alaikum wbt

Kembali lagi ke siaran 

Tapi kali ni sebagai penanda aras, aku nak tengok aku okay tak menulis di sini dan kekal rasional 

Aku nak cabar diri aku sendiri. 

Sebab aku memang nak menulis seperti sebelum ni sebagai medium aku bercerita dan luahan fikiran aku 

Tapi macam biasalah aku jugak manusia yang kadangkala kalah dengan emosi dan perasaan

Bila personaliti dan identiti yang dikuasai emosi perasaan , macam bertukar pulak jadi manusia lain

Adakah aku seperti Mr Jekyll & Mr Hyde?

Tapi bila dijentik teguran dari Maha Pencipta, terus tukar balik personaliti lain.

Pelik aneh tapi benar.

Aku fikir semula, aku pernah mengalami perkara yang sama beberapa kali dalam hidup aku ni.

Ada satu peristiwa yang aku ingat, masa tu 2009/2010 rasanya, lepas aku solat, aku terus capai HP laju-laju nak tgk hp dan reply SMS. lepastu macam ada teguran yang terdetik dalam fikiran aku, kenapa aku lepas solat terus tengok HP? macam kuanghajo dan tak beradab nya aku. aku rasa detik tu aku terus slowly berubah ke arah lebih baik rasanya. 

dari situ sampai lah aku kerja , kahwin aku still personaliti yang baik tu. 

sampailah 2021 rasanya turning point aku rasa aku bertukar jadi personaliti lain tu. 

personaliti yang lama-lama develop ke arah tak berapa baik la kot aku rasa, ikutkan perasaan dan emosi, overthinking, dan tak berapa pandai nak beza baik dan buruk, tak berapa heran asalkan aku dapat puaskan perasaan dan emosi aku, yang maybe selama beberapa tahun sejak 2009 yang aku dah latih dan biasa dengan kebaikan. dia dah letih ke apa entah la.hahaha. 

cuma aku lebih outspoken la semakin lama. tapi ada bagusnya, sebab aku terlalu ikut sahaja apa orang cakap, atau macam takut nak suarakan apa-apa sebelum ni. tapi selepas itu tak dah macam tu.

so macam aku cakap tadi, perasaan bila ditegur tu , contoh nya hang buat sesuatu yang tak baik dari sisi agama, hang tau mende tu salah tapi hang still buat sebab terlalu ikut perasaan dan emosi

tapi one day bila hang sedang buat sesuatu, hang rasa macam hang tersentak, tersedar, terasa berat hati dan emosi, seperti dicucuk cucuk . hang terus macam sedar dari lamunan mimpi yang indah dibuai perasaan. macam ada entiti yang mai tegoq tampaq aku then aku baru sedar . lepastu terus macam jadi rasional dan logik akai sikit

pelik dan aneh kan? adakah aku ni memang ada 2 identiti berbeza?  oklah aku rasa boleh dah buat draft untuk novel setaraf Ramlee Awang Murshid 

so, aku aktif kan blog ini untuk kali terakhir, penanda aras untuk aku decide aku boleh tak teruskan blog ni dengan aku jadi kekal rasional tanpa emosi berlebihan. kalau aku berjaya, aku akan teruskan membebel di sini sampai tua. kalau aku gagal, aku akan delete terus blog ni. tak ada dah nk private ke, nak tukaq blog address ke. kali ni kena walk the talk dah. yes or no je. dah tak ada tapi tapi

sekian. 

Friday, November 6, 2026

Guru dan Tiktok

 Assalamu'alaikum wbt

Aku saja nak share pendapat ku sebagai guru

Ya aku guru jugak walaupun merapu dekat blog ni

Tapi baiklah merapu daripada up video dekat tiktok yang agak kureng

Aku support guru yang up video ada pekdah, share rutin, yang nasihat budak

Tapiii aku cukup tak kenan tengok video yang tayang muka dengan buat muka ketap bibir la, jelir lidah la, huwaaaa korang tak malu ke wahai guru perempuan ituuu?Korang niat nk buat apa?Nak laki terlioq tengok ka apa?Apa motif buat gitu?dengan pakai ketat nampak habis terjojol sana sini. 

Banyak nya masa korang nak bertiktok ek.Aku rasa dekat sekolah tu banyak gila tugas, kelas dan tak dan nak bertiktok bagai. Time free aku kadang lepak surau nak rehatkan diri, dapat energy balik, kadang sembang bersosial dengan kawan kawan di bilik guru. Kadang pi kantin makan, minum dan bersosial jugak dengan kawan-kawan. Takdak masa nak buat benda lain

Tak salah nak tiktok tu, tapi kan, pakaian tu ya Allah aku tengok seksi nya ketat ketat gitu pendek huhuh.Tolong common sense lebih sikit, kita ni murid-murid dok perati tau. depa jadikan kita idola depa

bagi contoh yang baik please. at least dapat la saham pahala tu sikit dekat kita

Niat pi sekolah nak didik anak-anak bangsa. Jangan niat nak dapat view ramai

Please hormati dan martabatkan kerjaya guru ni. Jangan rendahkan

.Sekian bebelan akak guru yang tak berapa cemerlang dan tak pernah langsung dapat APC sepanjang 12 tahun berkhidmat. hahahah

Wednesday, November 4, 2026

Rose Bud Tea #self care


Assalamu'alaikum
haa korang pernah tengok tak dekat tiktok orang dok share teh style cina dok minum
aku dok tengok jugak tapi tak pernah try beli
depa kata kalau rajin minum ni muka berseri dan bau badan takdak sebab bau bunga ros
entah merapu ke apa , tapi setakat minum tak bau ros pun badan aku
maybe info ni kena scam haha
dari segi berseri tu aku pun taktau efek tak,kena tanya orang lain tengok aku berseri ke idok

haritu aku pi Village Grocer dekat area rumah aku
Aku nampak bahagian jual bahan kering masakan
Ada macam-macam bunga kering dan lain-lain yang orang cina suka beli (agaknya la kan)

So aku try beli satu paket, rose bud, kurma cina, longan kering
(jangan boh gula okeh)
rendam dalam ayaq panas
then minum suam suam

sedap wehhhh. 
so sekarang aku dah ada teh kesukaan selain teh hijau jepun, puer tea,oolong tea

depa kata kalau rajin minum ni muka berseri dan bau badan takdak sebab bau bunga ros
entah merapu ke apa , tapi setakat minum tak bau ros pun badan aku
maybe info ni kena scam haha
dari segi berseri tu aku pun taktau efek tak,kena tanya orang lain tengok aku berseri ke idok hahahha

okla u sisturr cepatt cuba jugakkk
rekemen sangat untuk kita dah tua tua ni ha


 

Buy Myself a flower #self love

 "Dear me, these flowers are a reminder that I'm worth blooming for."


____________________________________________________________________

Sekarang ni tak jauh dari rumah aku ada kedai bunga jual bunga borong
tapi dia jual jugak bouquet kecik macam ni
setiap hari gubahan bunga berbeza
murah je uolls, ada RM25, ada RM35.

so sekarang aku punya rutin baru, beli bunga untuk diri aku tiap minggu
lepastu tersengeh la sorang-sorang hhahaha
aku suka bunga rupanya, baru sedar suka bunga bila dah tua tua ni
tapi dari dulu pun memang suka ja tengok pokok bunga cantik cantik

cuma bouquet bunga ni, aku baru sedar aku suka dapat bunga.walaupun last last kena buang kan
tapi perasaan dan excited dapat tengok bunga cantik cantik ni
macam bagi suatu hormon bahagia dan kepuasan
yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata 

antara self love aku untuk diri aku sekarang yang aku baru explore dan discover
ada lagi beberapa self love dan self care yang aku baru explore dan discover jugak. nanti aku cerita dekat sissturrr sekalian. best walaupun duit kena keluarkan la sikit haha

hope para pembaca wanita boleh try jugak selepas ni tau
kita kena sayangi diri kita ok
dan bahagiakan diri kita, tak mau stress stress kirijaaa





Hamka Quote #2

Hati-hati dengan cinta. Karena cinta dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, Raja menjadi budak. Jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.”


— Buya Hamka

Self care & Self Love

Self care

the practice of taking deliberate actions to preserve, restore, and improve your own physical, mental, emotional, and spiritual health


Self love

Accepting yourself unconditionally through mistakes, setting healthy boundaries, and treating yourself with the same kindness you would offer a good friend


Assalamu'alaikum wbt. Harini aku nak sembang pasal self care dan self love. Sebab aku sangatlah terlewat dan terlambat untuk sedar tentang self care dan self love. Aku rasa aku muka ada kesedaran sikit masa umur aku nak masuk 31 tahun. Macam mana aku boleh sedar yang selama ni aku tak ada self love dan self care?

Masa 2018 aku ada join kursus 1 bulan tentang perkembangan kanak-kanak. 2 hari seminggu pi kursus tu. Aku suka kursus tu sebab dia last-last macam berkaitan dengan diri kita sendiri. Since kursus tu aku sedar dan lebih mengenali diri aku. Aku ingat lagi antara paling aku ingat, hari last kursus tu, dia kata dia nampak beberapa perubahan dalam diri setiap peserta. dia kata peserta mostly pakai pakaian lebih cantik, presentable daripada hari pertama.Ya aku pun tak perasan kenapa hari last , 2 hari terakhir aku pakai lebih kemas, cantik, dan sebagainya.

Tapi lepastu bila pi sekolah. hm still macam tu jugak selekehnya hahaha.Ok jap aku flashback balik macam mana aku zaman kanak-kanak, remaja, dan maktab

Kanak-kanak

Yang aku ingat, baju aku semua tshirt dan seluar. aku tak pernah ada baju skirt yang girlll girly. Mak aku memang bagi kitorang semua 5 beradik perempuan pakai baju tshirt dan seluaq ja weh. hahaha. so dari kecik girlu girly tu takdak. aku pun tak ada la lembut sangat, tapi soft spoken  tu terjadi sebab takut dengan ayah aku rasanya. so aku membesar dengan tak berapa gegirl sangatlah, kalau tengok baju aku masa kanak-kanak pun biasa ja takdak wow pun

Remaja

Masuk alam remaja pun, aku tak reti nak dressing . Muka aku time ni jerawat banyak gila jenis bernanah tu, sekor laki pun tak minat aku. kahkah. lega jugak la, nampak la keikhlasan masing masing. Mak aku pun jenis simple, pakai baju kurung kosong dan tudung kosong. plain.so aku pun tak ada contoh untuk bergaya, yang aku ingat aku selalu pakai tshirt tangan panjang, seluar yang loose, jeans pun ada tp loose, seluar slack, then tudung bawal. tak reti nak melilit tudung. so kadang just straight je tudung atau pin tepi. bila tengok balik gambar dulu, nohhh selekeh nok mapuh, tak reti fesyen langsungg okeh.hahah. 

Maktab

Aku masuk maktab, pesyen still sama, cuma tudung dan pandai pakai kemas sikit. tapi aku setia dengan tudung hitam. sampai member semua dah tahu la, aku sangat sinonim dgn tudung hitam. kahkah.masa maktab ni kemas la sikit banding remaja, tp still, not so presentable pun, tak berapa kemas , aku skincare bab ni memang takdak ilmu mana. mekap lagilah aku tak suka sbb pedih kulit.aku cuma cuci muka pakai sabun susu kambing nama dia Bellina. tu la sabun muka aku 5 thn setengah. aku tak igt kulit aku time ni , tapi baru ni member aku ada cakap yg kulit aku helok cantik takdak cela masa dekat maktab. aku pun tak ingat sangat. so maybe la kot kan elokk. cuma time tu just cuci, takdak mosturizer ke,sunscreen ke. zaman ni skincare proper tak femes sangat macam adik Gen Z skrg . ada ja geng-geng tudung labuh lain jugak tapi depa segak weh kemas pakai walaupun tudung depa labuh tau dak. aku tak retii

Dewasa 

Walaupun dah masuk alam kerja, kalau ingat balik kan, aku pakai baju yang warna gelap, tak ceria, corak tak cantik, entah la dulu memang macam tu taste aku. kadang ada orang cakap macam design dulu nenek nenek. tapi aku selesa ja pakai. aku rasa cantik je. mata dan pandangan aku masa tu macam terlalu old school tudung pun aku pakai yg cotton tebal bidang 60. ok je pakai bidang labuh cuma aku pakai tu macam tak reti nak gayakan dengan kemas.lahaii kesiannya fikir balik, dah dewasa pun tak pandai nak dressing,selekeh ya. tudung aku mostly coklat, ungu,hitam, pastu gelap2.

Bila dah kawin, pun sama. Selekeh nya aku tengok gambar gambar lama.ya Allah kenapa aku tak sedar dan tak perasan semua ituuuuu!Aku slowly ada kesedaran lepas pergi kursus tu. then lepastu macam still sama jugak, aku rasa sebab aku tak ada growth, move forward nak memajukan diri kot. aku terlalu rendah diri, rasa macam tak layak itu.tak layak ini. aku tak ada self worth pun rasanya. bila fikir balik hidup aku macam robot pun ada, aku kalau nak cuba ingat balik fasa-fasa tu, macam susahnya nak ingat.taktau kenapa. aku rasa aku tak berapa ada emosi masa tu agaknya. hmm,entah la ek. tapi selekeh nya ya amat tu memang ya.

Dewasa (zaman PKP 2020-2021)

Aku start PKP covid yang aku slowly dapat ilmu tentang penampilan. tentang skincare la mostly. toner mosturizer etc2. thanks to covid jugak la sebab aku start mula rajin jaga kulit muka sejak covid. masa ni korean skincare hype. tapi mmg aku suka korean skincare sbb dia byk option yang tak ada fragrance, ada bahan alami yang banyak dan sesuai dgn kulit aku. so bila aku masuk sekolah lain Okt 2020. aku dah tak pakai bidang 60 okeh.haha. pakai bidang 50 dan buat pertama kalinya aku buat tudung style lilit satu then pin atas pala. baju pun aku dah start beli colourful sikit, warna pastel ke,lembut ke. beza sikit la banding masa aku dewasa dekat sekolah lama selekeh ya amat.

Sekarang

Dalam tempoh 2020-2026 aku slowly belajar cara dressing yang lebih colourful sikit tapi tak terlalu menyerlah. sebab aku tak suka menyerlah sangat bab dressing atau makeup. rasa macam awkward. so sekarang slowly better la kot ekk? (tanya diri sendiri). style aku sekarang pakai blouse warna yang aku suka, pakai jeans baggy ka apa nama dia bdk Gen Z rajin pakai sekarang hahaa, then tudung bawal yang aku selesa, dah siappp settle. 

skincare pulak macam biasa, aku memang gilo skincare, tapi ikut mood time bila aku rajin, aku pakai la macam macam tiap hari, dengan cleansing oil, cleanser,toner, mosturizer, serum, toner pad, sheet mask, ampoule. face mist, sunscreen segala bagai mak nenek aku pakai. tapi nampak la beza kulit muka aku time rajin jaga skincare routine dengan time malasss nak jaga cuci muka. kalau time rajin tu tudia muka chingg chingg berkilat takdak jerawat atau tiny bump, clear ja. 

dari segi make up , dulu aku pernah try macam-macam jugak. aku pernah try beli foundation, bb cream, cc cream, tinted mosturizer untuk nmpk muka mcm mekap light sikit, semua aku tak serasiii. sebab lama-lama bercapukk. ada yang warna aku susah nak jumpa warna yang seakan paling hampir dgn kulit aku. ada bila pakai mak aihh macam opera chinaaa.ada yg pakai lama lama bercapuk, muka jd pelik etc2, naik jerawat , pedih kulit. so lepastu kan aku stopppp terus pakai . aku justt pakai sunscreen utk last step skincare aku dan lipbalm

tapiii aku dah jumpa tinted sunscreen yang best gilaaa weh untuk kulit sensitif mcm aku dan tak bercapuk. try beli saiz kecik dia, then pakai. helokkk sgt dengan kulit aku, dia tak terlalu tebal just nice light light, then berpeluh pun tak bercapuk. nanti free-free aku share dengan korang. korang kena cuba tauu

lipstick pun sama aku jarang nk pakai sebab mostly buatkan bibir aku kering. sebab bibir aku pun sensitif, pakai je lipstick wangi wangi mesti kering berkuping habihhh bibiaq. meluat betul. so aku prefer just pakai lipbalm dan lipbalm tinted mcm hygr sbb dia more natural ingredient. tapii aku baru jumpa jugak semalam lipstick /lipmatte yang sesuai utk kulit sensitif, elokk cantik sangat warna dia, warna natural dan nude cantik ja shade warna warna dia. nanti aku share dgn korang jugak, aku beli time harga promo dkt guardian.

______________________________________________


oklah itulah sedikit sebanyak history yang aku boleh ingat balik pasal self care dan self love

aku ni tak pernah self care dan self love dari zaman kecil lagi, maybe sebab terlalu rasa rendah diri dan tak mampu nak hebat macam orang lain

alhamdulillah self love dan self care aku, makin aku sayang dan jaga diri sendiri sejak akhir 2023 lepas aku dah tak contact bapa aku. ehehehe. time tu aku baru reti nak explore keyakinan, kelebihan diri dan lovee sayang diri aku sendiriikk.

ok nextt nanti aku cerita dan listkan apa aku buat untuk self care dan self love. semua ni kena pakai duittt hahaha. aku memang invest duit dekat part ni, aku tak kisah asalkan aku rasa puas untuk reward diri aku sendirii. nak kekal cantik dan sihat memang kena invest sikit la kan. tengok la retis, depa sebulan maintenance beribu riban. hahahah

ok babai

Tuesday, November 3, 2026

Bye Oktober. Hello November

 Assalamu’alaikum wbt

Telah pun berlalu Oktober, kini tiba November

Oktober hari bahagia aku , tapi November adalah hari tragedi aku hahaha

sebab Oktober tahun lepas aku rasa sangatlah bahagia seperti di awangan, lupa diri jap terlalu bahagia, masuk ja November, nohh tragedi yang paling tak dapat aku lupakan. padan muka jugak la kahkah

tapi Oktober tahun ni, bila aku dah start cuti 5 Oktober. aku dah start jumpa kawan baru, suasana baru, environment baru, aku rasa serba sedikit membantu untuk aku moving forward dan growth aku.

Kawan-kawan baru positif semua, tak toxic, tak sembang mende buruk, semua saling membantu tak kedekut ilmu. agak surprising jugak sebab aku sangatlah rasa rendah diri di kalangan akak-akak hebat, especially yang PhD. tapii kan diorang humble gilaaa. aku rasa selesa kawan dengan depa.

lepastu bila dah start kelas, subjek yang aku belajar semua subjek aku suka dan memang skop kaitan dengan degree aku. so aku agak enjoy belajaq, tak la mudah tapi aku semangat sebabnya aku tau tu memang kecenderungan minat aku. 

tambahan pulak pekan Tanjung Malim tu kecik comel dan vibes dia aku sukaaa. ada warung makan kampung utk sarapan tepi jalan. dia tak la seluas dan best macam Besut/Jerteh tapiii aku suka sebab dia ada nature dia jugak, dekat dengan Banjaran Titiwangsa.

so kesemua ni buatkan aku rasa, yang aku memang slowly dah ready to move forward, let it go slowly but surely, 

for now memang takla 100% aku dah letgo, tapi aku rasa bila idea nak sambung balik menulis membebel sini, aku rasa lega dapat membebel kembali. aku nak membebel tentang apa yg aku suka. dan aku rasa beberapa hari ni memang aku rasa macam tenang lepas dah luahkan bebelan di sini. 

tapi aku rasa, aku nak terus membebel sini sampai satu saat yang aku rasa aku dah boleh untuk tidak peduli, tidak heran dan tidak ambik tahu dah apa-apa tentang tu.

so yeahh, thank you Oktober 2026, i lovee u oktoberr 2026 thanks for giving me such a wonderful hikmah.speaking la pulek

lagi satu aku rasa agak tenang sebab aku dah tak serabut pikiaq hal sekolah. sebab aku dkt sekolah energy drain weh, penat sangat handle murid. sekarang aku dah tidakk lagi drain energy. 

alhamdulillah thanks Allah untuk peluang dan rezeki cuti belajar ni. aku berjanji aku akan gunakan sebaiknya utk muhasabah diri, reset diri, dekatkan diri padaMu, usaha healing diri aku yang sekian lama kesedihan dan peluang aku berbakti pada keluarga tersayang🤲🏼🤲🏼🌹🌹🥰

Hamka Quote #1

“Bentuk cinta paling tulus adalah jatuh cinta karena kasihan. 

Karena disana tidak ada rasa ingin terbalas, 

hanya ada ketulusan, penuh kasih, lembut dan mengalir apa ada nya"

Skincare Lokal

 Assalamu’alaikum wbt

Sejak akhir-akhir ni dekat Thread,

ada satu kempen belilah barangan buatan Malaysia

aku pun apa lagik, menyahut seruan kempen ini

ada slowly beli skincare lokal nak tukar  dari korean skincare. yang aku baru cubaa. The Pastel Shop, Kayman dan Healez. best gilaa produk ni rupanya, nanti aku share review sini setiap produk yang aku dah try. dan dah ada orang tegur nampak muka berserii lepas guna ni.

nanti aku share korang try la beli ekkk

belilah barangan buatan Malaysia!


Monday, November 2, 2026

Grief is like glitter



Grief is like glitter. 

In the beginning, it’s everywhere.. on your hands, in your hair, scattered across every corner of your life.

 You try to clean it up, to restore some sense of order. 

And for a while, it seems like you’ve succeeded. 

But then, one day, you move a sofa or open a forgotten drawer, and there it is again.

A tiny sparkle that catches the light and reminds you of what you lost. It doesn’t go away completely.

It settles, becomes quieter, less overwhelming. 

You learn to live with it, to carry it gently. 

And years later, when you find a bit of that glitter tucked behind a shelf, you might smile. 

Maybe even laugh. 

Because it reminds you of love, of connection, of someone who mattered deeply.

Eventually, something will catch your eye.. a photo, a favorite song, a familiar scent, and instead of pain, you’ll feel warmth. 

That’s the quiet truth about grief. 

It stays with you, but it changes.

It becomes a part of your story, a soft echo of the love that never really left.

Konfiden atau Berani?

 Assalamu'alaikum wbt

Seperti mana yang aku katakan sebelum ini

Sekarang rutin aku dah bertukar, dalam seminggu akan ada 1 hari at least aku travel. Tapi ada kelas online jugek

Sepanjang aku drive dari rumah aku ke IPT aku belajaq, aku akan lalu kawasan yang hijau dan nampak Banjaran Titiwangsa hokeh. Cantikk nyaa ciptaanNya

Aku suka betul Tanjung Malim sebab kawasan pekan kecik dan nampak banjaran ni. sepanjang aku drive, banyak la masa aku berfikir, muhasabah kan, dengaq podcast ka,zikir ka, kadang time rasa nak merapu, dengaq lagu2 dan karaoke. bila mai time insof sikit, berbalik semula kepada intipati keagamaan

Dan aku terfikir dulu zaman anak dara dulu aku boleh noh drive dari rumah aku ke Terengganu lalu jalan Gerik  tu. kalau fikir semula macam mana la aku boleh drive sejauh tu dengan jalan yang agak bahaya especially bila ada lori dan bas. Semua tu aku cuba flashback dan ingat balik. Berani sungguh aku masa dulu. 

Sambil drive dalam perjalanan tu kadang aku cuba ingat balik, sebab akak-akak dekat sekolah kadang pelik dengan aku. diorang macam ' hang sorang ja mai sekolah masuk bilik guru time weekend ? takdak sapa teman ka?hang tak takut ka bilik guru dan pejabat kan kwsn kerassss"

weh hang sorang ja ka drive mai hitea?takdak sapa hantaq ka?weh jauh la hang p sana untuk sambung belajaq?drive sorang ja ka?

bila aku kata alah dekat ja 50 minit sampai la. depa kata dekat hang kata???sorang pulak tu !

aku seperti biasa cuba bertanya pada diri dan berfikir sendiri monolog diri, 

hmmm..aku ni kan, dari dulu memang perangai macam ni kan? aku rasa semua aku boleh buat sendiri. aku onzz ja kalau kena pi mana-mana drive sorang. sebab? sebab hobi aku adalah memandu. dan dengan memandu aku boleh tengok pemandangan, boleh tgk tempat orang, boleh nyanyi karaoke, zikir, doa, boleh berfikir cakap sorang sorang. driving ni macam terapi rupanya bagi aku. sebab tu aku suka memandu rasanya. 

dari segi berani pi sekolah sorang-sorang time weekend takdak orang, utk kemas kelas, buat kerja dekat bilik guru, itupun aku taktau kenapa. rasanya aku rimas kalau ada org teman, nanti kerja aku tergendala lambat siap. baik aku sorang.hahaha. kalau jejalan me time pun aku suka aku sorang-sorang naik MRT pi Pasar Seni ka, KLCC ka belek buku dekat Kinokuniya, tapi part pi KL sorang sorang ni sekarang aku dah kurang sangat dah buat banding tahun sebelum ni. risau sikit kalau pi belah KL sorang-sorang sebab ramai foreigner.

So apa yang buatkan aku terfikir 1-2 bulan ni. aku rasa, aku berani nak buat apa-apa.berani apa-apa yang baik ja la selama aku hidup ni. tapi kenapa ye aku juga berani buat sesuatu perkara bodoh tahun lepas? kenapa keberanian tu dia macam melencong tahun lepas T.T aku taktau saka atau jin mana rasuk yang punya la berani sampai tak fikir dah apa kesan baik buruk selepas tindakan aku buat. kenapa? kenapa? haa tengok, contoh menyalahkan diri sendiri. ni antara jawapan yang aku penat dan malaih dah nak cari jawapan sebab apa. tapi last2 aku rasa,jawapan utk persoalan aku ni adalah, paling tepat, aku rasa mmg ada mende la makhluk halus yg menguasai jiwa aku maybe 50% kot, sebab pemikiran aku totally 180 darjah berbeza dengan apa yang aku adalah aku sebelum ini

Bukan apa, aku ni sebenarnya dalam usaha nak memahami diri, nak cuba push diri untuk hadapi ja semua apa yang aku dah mula, aku tak mau dah dok larik larikkan diri. dok sedih dan dok takut hadapi realiti apa yang aku rasa sekarang ni .menyampah dengan diri sendiri lemah mengade sangat, meluat oiii kadang rasa nak tampaq diri sendiri pun ada sebab jadi macam tu. 

hoi hang lupa ka hang kan wanita darah pahlawan? pantang dicabar, gocoh laluhhh 

so aku di sini ingin menghadapi cabaran dengan kejantanan (takkan nak cakap kebetinaan), aku nak lepaskan ja semua apa aku rasa dekat blog ni, sampai satu hari aku sendiri rasa, yang aku dah tak rasa apa-apa yang aku rasa janggal atau pelik atau tak selesa atau apa-apa perasaan yang melemahkan semangat aku la. tak mau dah sat nyorok sat ada sat nyorok balik dekat perasaan sendiri. 

just let it go, hang nak sembang merapu, nak luah, nak menyanyi, nak karaoke, nak zikir, nak muhasabah, nak me time, nak itu ini, hang luah kan dan cerita ja dekat jurnal ni. 

itu ja aku rasa caranya daripada aku dok pikiaq pikiaq, baik aku tuliskan apa yang aku fikirkan gitu. plan nk buat blog baru tapi sebabkan blog ni dah lama establish dan boleh capai lebih ramai orang, aku rasa better je la stick blog ni, kalau ada manfaat aku kongsi tips ka,skincare ka , motivasi ceramah ka, dapat la jugak serba sedikit saham tu dekat aku ,ye dakk?

oklah itu sahaja buat setakat ini.aku akan meluahkan semua di sini apa aku suka buat dan happy buat, sampai la satu masa aku rasa, aku dah betul-betul okay dah dan settle mengadap segala emosi yang aku hadapi kesan dari apa aku sendiri gatai carik dan korek tahun lepas. 

*aku rasa memang aku dilahirkan untuk berjiwa pahlawan, dah setting siap-siap dah dari kecik macam ni, so aku memang sesuai buat perkara yang menyebabkan aku berdikari tanpa mengharap pada siapa-siapa. dan sesiapa pun jangan la tukar setting software aku ni jadi manja,mengade dan lemah, sebab bila tukar setting tu, rosak habihhh satu CPU processor hard drive apa semua hahaha. jadi macam robot yang rosak dahh susah nak baiki hahahah




Sunday, November 1, 2026

Berfikir+Monolog diri+Driving


 Assalamu’alaikum wbt

Hai pembaca blog ku sekalian alam

Sejak bermulanya pengajian aku awal Oktober, aku kerap drive ulang alik ke kampus 

Aku rasa agak lapang hati sejak cuti dari mengajar, sebab apa?Sebab aku dah tukar rutin baru

Aku jumpa kawan baru, suasana baru, dan tugas baru.

Seronok? Ya seronok sebab kawan-kawan positif, dan aku memang sukakan sesuatu yang baru, cabaran baru

Sepanjang aku drive kan, aku banyak berfikir. Berfikir apa yang aku pernah buat, kesalahan apa, kenapa aku macam tu, kenapa macam ni , ada beberapa perkara yang berlaku yang aku sangatlah pelik kenapa aku boleh lakukan tindakan seperti itu.

Dan pada masa sama aku ada bersembang dengan member baru aku, entah macam mana boleh termasuk topik mistik sikit. Anak dia , boleh nampak, jadi dekat asrama anak dia kata gamelan tu ada penjaga. dan aku baru tahu gamelan ni dia ada ritual dia yg kena perasap dia. aku tahu kalau dekat negara seberang mmg ada ritual, tapi aku tak tahu la pulak dkt negara kita pun ada yg masih buat. 

So aku tetiba bertanya. "akak rasa kan, logik tak kalau kita tertarik dgn gamelan dan disebabkan kita main gamelan tu, ada makhluk lain yang ada dkt kita dan menganggu jiwa kita sebenarnya tanpa kita sedar?" aku pun cerita la aku start pi bengkel dkt satu institusi di KL hujung 2023 .lepas join try main gamelan dkt situ,aku jatuh cinta dgn gamelan. dlm kereta everyday pasang lagu gamelan. sampai lah aku p bengkel gamelan tu hujung 2024. perangai pelik2 aku tu start awal 2025. perangai pelik yang perangai tak semenggah dan terlalu berani tu. 

Akak tu pun jawab ,"Tak mustahil dik kalau disebabkan awak macam minat sgt gamelan tu, ada effect jugak pd diri dan jiwa awak, walaupun sedikit. sebab gamelan ni memang ada unsur mistik kalau nak main dia. ada penjaga"

Fuh..aku bila terdengaq tu, meremang jugak la rasa. Aku percaya perkara ghaib walaupun aku tak suka tengok cerita hantu. Tapi bab ni aku percaya, sebab kalau dkt jawa mmg gamelan tu scary sikit aku dengaq bunyi dia.

So lepas tu kan aku banyaklah terfikir, adakah tindakan dan perangai aku tahun lepas, maybe la kan bukan 100%, tapi maybe ada at least beberapa percent yang effect dkt diri aku disebabkan aku mcm agak obses dgn gamelan? bila bergabung dgn diri aku sendiri yang maybe emosi pun byk dipendam sejak dulu, maka jadilah aku seperti itu?

Perkara ni bermain di fikiran aku. Dan ya, aku rasa tahun ni walaupun taklah 100% aku dah okay, tapi tahun ni aku rajin dah sikit mathurat pagi2, dengar ceramah, podcast ,etc2, aku rasa 'kegilaan' aku tu tak segila tahun lepas. dan aku rasa tenang sikit tahun ni, xde nak marah2 laki aku dah macam tahun lepas.hahahah. 

Selepas berfikir beberapa minggu, aku macam rasa, aku macam agak yakin sedikit sebanyak aku tak dapat control diri aku sebelum ni adalah disebabkan aku dicontrol jugak sedikit sebanyak dgn 'perkara' lain. Sebab aku selama ni terfikir dan tak dapat jawapan kenapa aku macam tu, dan aku keep blaming diri sendiri. Salahkan diri sebab rasa diri bodoh betul kenapa buat itu,kenapa buat ini. ehh memang bodoh nya aku T.T

Dannn..aku baru sedar yang aku macam asyik melarikan diri dari nak face berhadapan realiti, dengan berani. Aku masih takut-takut, sat off sat on blog ni, dah kenapa? Aku nak lari dari apa?Dari realiti?Kenapa aku on dan off?Kenapa aku tak biarkan je wujud blog ni dan kau membebel je la dkt sini cerita apa yang kau suka buat dalam hidup kau?

Hang suka tengok awan kan?suka belek buku?suka skincare, tawaf watson guardian,?suka bawa reta kan?etc2, banyak perkara yang aku suka buat, dan aku suka menulis membebel dkt media sosial

dah kenapa aku stop membebel dekat media sosial?ni blog ni ada, hang teruskan je la membebel untuk kepuasan diri sendiri, bukan utk nak puaskan hati sesiapa selain diri sendiri

Kenapa kau takut takut?fikirkan lagi hal lepas dan takut sangat nak hadap realiti di hadapan?kau tak nak moving forward ke?taknak ada growth dalam hidup?nak selamanya takut dengan perkara lalu dan perkara realiti?eh come on laa. sampai bila nak takut takut ni?

kau kena hadapla semuanya apa yang kau sendiri cari pasal. hadaplah semua kesan emosi, perasaan, sedih, takut, kecewa, rindu, benci, menyampah etc2 kesan dari apa yg kau sendiri cari dan korek korek tahun lepas. nak sangat tahu kan? hahh padan muka. so sekarang kau nak buat apa? nak jadi pengecut ke, nak larikan lagi dari hadap realiti?

fuh macam ada suara-suara yang cakap dekat diri aku dkt otak ni. maybe tu malaikat kot, sebab selama ni macam asyik setan je bisik2. setan yang selalu buat aku jadi lemahh.hahaha. 

oleh itu, aku rasa mulai saat ni, aku dah takmau jadi pengecut, lembik, lemah,aku nak jadi kuat mcm pahlawan untuk aku hadapi semua ni. biar aku hadapi segala bentuk emosi yang aku tak tahu bila dia nak habis keluar, sebab emosi tu terpendam lama sangat tak dikeluarkan berbelas tahun. masih lagi ada sisa lagik ni aku rasa, tak seteruk sebelum ni tapi aku yakin yang hanya dengan keberanian aku hadapi semua emosi tu dan tunggu sampai dia habis dan stop keluar, bila sampai waktu itu, aku rasa aku dah settle part ni dah. 

so cara terbaik aku nak settlekan segala emosi sedih marah gembira rindu meluat etc2 yg aku selalu simpan ms remaja dulu, baiklah aku biarkan dia keluaq perabis betui-betui. sambil sambil dia tgh dalam proses nak keluar perabih, aku nak membebel dalam blog ni tentang apa yang aku suka. 

Aku baru sedar yg aku selama ni kurang utamakan diri sendiri, selalu utamakan org lain. so noww aku nak utamakan diri , sayangi diri, reward diri dan apa-apa yang buat diri aku happy, bukan orang lain happy tapi aku tak happy. walaupun kadang macam perabih duit gaji aku utk mende tah pape, tapi takpela ekk. asalkan aku rasa happy, gumbira dan syiokkk dengan apa aku perabih.

Aku akan mulakan bercerita membebel dalam ni seperti apa yang aku buat since awal blog dulu. Apa aku suka buat, apa aku tengah buat. dan hope aku dapat kongsi apa-apa yg beri manfaat pd orang lain jugak. 

sekian wabillahitaufik wal hidayah

wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

So yeahh, im backkk to love myselffffff. 


Friday, October 30, 2026

Hola

Assalamu'alaikum buat para pembaca blog ku sekalian

Alhamdulillah kembali lagi ke siaran 

Rasa nak menulis di kala rasa kelapangan sedikit minggu ni

Tak ada apa pun nak post sini, saja sekali sekala nak menulis jurnal online

Dah FB pun dah yilek untuk aku membebel.

kalau aku aktifkan Fb sementara time cuti sekolah lepas ni pun

Aku tak rasa aku semangat macam dulu dah dkt FB, 

Mungkin aku just stalk FB kawan2 ipg dulu untuk tahu perkembangan depa

walaupun depa pun sesetengahnya tak heran pun aku ada ka dak ka, haha

tapi takpa,kita ni kadang kala rindu memori dengan member,

tengok FB depa sat sat ja pun jadi la kan.

ok itu saja for now. 

nak post satu lagi bebelan sekian terima kasih daun keladi


Thursday, May 21, 2026

Rahmat Ujian - Mestica

 Dalam derita ada bahgia

Dalam gembira mungkin terselit dukaTak siapa tahuTak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabarTapi hatilah yang remuk menderitaInsan memandangMempunyai berbagai tafsiran
Segala takdirTerimalah dengan hati terbukaWalau tersiksaAda hikmahnya
Harus ada rasa bersyukurDi setiap kali ujian menjelmaItu jelasnya membuktikanAllah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimananSedangkan ramai terbiar dilalaikanHanya yang terpilih sahajaAntara berjuta mendapat rahmat-Nya
Allah rindu mendengarkanRintihanmu berpanjanganBersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Harus ada rasa bersyukurDi setiap kali ujian menjelmaItu jelasnya membuktikanAllah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimananSedangkan ramai terbiar dilalaikanHanya yang terpilih sahajaAntara berjuta mendapat rahmat-Nya
Segala takdirTerimalah dengan hati terbukaWalau tersiksaAda hikmahnya, wuuu
Harus ada rasa bersyukurDi setiap kali ujian menjelma (bersyukur)Itu jelasnya membuktikanAllah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimananSedangkan ramai terbiar dilalaikanHanya yang terpilih sahajaAntara berjuta mendapat rahmat-Nya
Harus ada rasa bersyukurDi setiap kali ujian menjelmaItu jelasnya membuktikanAllah mengasihimu setiap masa (kasih Allah)
Diuji tahap keimananSedangkan ramai terbiar dilalaikan (bersyukurlah)Hanya yang terpilih sahajaAntara berjuta mendapat rahmat-Nya
Allah rindu mendengarkanRintihanmu berpanjanganBersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberiMaka bersyukurlah selalu