Assalamu'alaikum wbt
Kembali lagi ke siaran
Tapi kali ni sebagai penanda aras, aku nak tengok aku okay tak menulis di sini dan kekal rasional
Aku nak cabar diri aku sendiri.
Sebab aku memang nak menulis seperti sebelum ni sebagai medium aku bercerita dan luahan fikiran aku
Tapi macam biasalah aku jugak manusia yang kadangkala kalah dengan emosi dan perasaan
Bila personaliti dan identiti yang dikuasai emosi perasaan , macam bertukar pulak jadi manusia lain
Adakah aku seperti Mr Jekyll & Mr Hyde?
Tapi bila dijentik teguran dari Maha Pencipta, terus tukar balik personaliti lain.
Pelik aneh tapi benar.
Aku fikir semula, aku pernah mengalami perkara yang sama beberapa kali dalam hidup aku ni.
Ada satu peristiwa yang aku ingat, masa tu 2009/2010 rasanya, lepas aku solat, aku terus capai HP laju-laju nak tgk hp dan reply SMS. lepastu macam ada teguran yang terdetik dalam fikiran aku, kenapa aku lepas solat terus tengok HP? macam kuanghajo dan tak beradab nya aku. aku rasa detik tu aku terus slowly berubah ke arah lebih baik rasanya.
dari situ sampai lah aku kerja , kahwin aku still personaliti yang baik tu.
sampailah 2021 rasanya turning point aku rasa aku bertukar jadi personaliti lain tu.
personaliti yang lama-lama develop ke arah tak berapa baik la kot aku rasa, ikutkan perasaan dan emosi, overthinking, dan tak berapa pandai nak beza baik dan buruk, tak berapa heran asalkan aku dapat puaskan perasaan dan emosi aku, yang maybe selama beberapa tahun sejak 2009 yang aku dah latih dan biasa dengan kebaikan. dia dah letih ke apa entah la.hahaha.
cuma aku lebih outspoken la semakin lama. tapi ada bagusnya, sebab aku terlalu ikut sahaja apa orang cakap, atau macam takut nak suarakan apa-apa sebelum ni. tapi selepas itu tak dah macam tu.
so macam aku cakap tadi, perasaan bila ditegur tu , contoh nya hang buat sesuatu yang tak baik dari sisi agama, hang tau mende tu salah tapi hang still buat sebab terlalu ikut perasaan dan emosi
tapi one day bila hang sedang buat sesuatu, hang rasa macam hang tersentak, tersedar, terasa berat hati dan emosi, seperti dicucuk cucuk . hang terus macam sedar dari lamunan mimpi yang indah dibuai perasaan. macam ada entiti yang mai tegoq tampaq aku then aku baru sedar . lepastu terus macam jadi rasional dan logik akai sikit
pelik dan aneh kan? adakah aku ni memang ada 2 identiti berbeza? oklah aku rasa boleh dah buat draft untuk novel setaraf Ramlee Awang Murshid
so, aku aktif kan blog ini untuk kali terakhir, penanda aras untuk aku decide aku boleh tak teruskan blog ni dengan aku jadi kekal rasional tanpa emosi berlebihan. kalau aku berjaya, aku akan teruskan membebel di sini sampai tua. kalau aku gagal, aku akan delete terus blog ni. tak ada dah nk private ke, nak tukaq blog address ke. kali ni kena walk the talk dah. yes or no je. dah tak ada tapi tapi
sekian.
No comments:
Post a Comment