Monday, October 18, 2010

New Title

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Alhamdulillah setelah beberapa minggu memikirkan tajuk baru
akhirnya telah tercetus idea untuk meletakkan nama baru untuk blog ni.eheh
Tajuk baru ni adalah sempena dengan umur ku yang sudah pun mencapai 20 tahun

20 tahun??? tak remaja dah ni. belia dah kot.eheh.

dah lama dah berblogging ni, sejak akhir Disember 2007.
Kiranya dari umur aku 17 tahun.

Bila baca semula post-post aku yang dulu, kelakar gile rasa. Sebab aku masa muda-muda dulu (muda la sangat.), agak gedik la jugak rasanya.bhahaha. gila-gila tu memang gila gila lah. mengade tu, mengade la jugak. ah . smua lah aku pernah jadi dulu-dulu. bila terfikir semula, nak gelak sorang sorang ja rasa. ",

dari dulu aku terfikir, aku ni akan jadi matang ke ek?akan matured ke ek?adekah?akankah?apakah?? mustahil kot.aku nak jadik kanak-kanak sampai bila-bila!aku nak childish sampai aku tua!

tapi, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. aku yang agak gedik dulu, yang kurang berfikir panjang dulu(akal pendek kot),yang sangat gila-gila dulu, akhirnya ....menjadi seseorang yang agak pendiam dan lebih berfikir panjang. skrg aku lebih suka bercakap dalam hati.

cam sombong eh? tidak tidak. tak berniat utk smbong, cuma makin lama aku hidup, rasa lebih banyak bercakap mende-mende tak elok drp mende elok. makin banyak mengata keburukan orang daripada melihat kebaikan orang. lebih byk dosa aku buat dengan mulut dan lidah aku! .lagipun aku dulu memang agak bermulut capuuii orangnya . (capui: sila buka kamus dewan kedah)

selama aku berblogging dari Dis 2007, macam-macam perkara/peristiwa telah terjadi. semua itu menjadi pengalaman hidup yg byk mengajar aku. aku terlalu cinta pada dunia, cinta kan kehidupan dunia,sehingga aku terlupa untuk cinta pada Pencipta aku. masih banyak kekurangan diri,kelemahan diri.


terima kasih Allah, kerana telah membuka mata ku yang selama ini buta. buta dengan cinta dunia, sehinggakan aku buta dari melihat cintaMu terhadap hamba-hambaMu.walau sehina mana pun hambaMu, Engkau tetap memberi nikmatMu terhadap hambaMu...

oleh itu, aku ingin menukarkan blog ini kepada tajuk baru.iaitu.jengjengjeng

Open My Eyes
Keep us close to You, until the end of time..

How is it ?nice eh? or not?ehe.english apa ni.

terima kasih kepada Maher Zain yang berdakwah melalui nasyidnya. inspirasi tajuk blog ni dari beliau lah kot. setiap lirik nya membuat aku terfikir akan diri aku. rasa macam ada similarities je dengan lirik lirik Maher Zain. terima kasih kerana mbuat aku terfikir tentang Allah, pencipta ku.

dengan rasminya.jeng jeng. Open My Eyes
wslm

2 comments:

pikapongpong said...

I'm happy and always pray for ur best my fren..(ecece ayat)

There's nothning to be regretted about the past. Bersykurlah krn Dia memberi kita masa 'silam' utk kita jadikan pedoman dan pengajaran utk hari ini dan masa2 akan dtg.

Insya Allah, Dia Maha Mengetahui,Maha Pengasih dan Maha Penyanyang pasti Dia akn bukakan jalanNya utk kita.
Moga2 ditetapkan iman di hati kita sampai ke akhirnya.

btw, nice blog title. keep it up yah! even mende kecit tp jika ada kebaikan mcm blog ni why not kan?

hihi..
daaaa..
:)

maya dandelion said...

macih pika cayang :)
betul, masa silam sangat memberi kita kesedaran
rasa macam lebih bertuah daripada org lain yg tidak pernah ada kisah silam. ehe.
sbb ms silam byk mengajo kite, ye dok. :)