Wednesday, August 17, 2011

Niat Seorang Guru

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah ,tiba2 teringat untuk berkongsi sikit ceghita semarin(Semalam+kelmarin)
waktu kuliah PJ(Pendidikan Jasmani), lecturer kami iaitu Puan Mazlina menceritakan tentang "NIAT"

Puan Mazlina yang dahulunya saya sangat takut sebab selalu nampak dia jerkah budak2 PJ
rupanya seorang pensyarah yang sangat saya kagumi dan hormati.
dalam setiap pengajaran dia, nampak semangat beliau utk mengajar kami

orang kata, (Saya pun kata)
Bila seseorang cikgu tu mengajar, murid dapat merasakan keikhlasan guru itu mengajar. Mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tapi jiwa murid tu akan terasa keikhlasan guru tersebut. subhanallah kuasa Allah, Dia yang uruskan hati -hati kita. insyaAllah jika guru mengajar dengan niat dgn nama Allah, niat utk mendidik



bukan utk wang, pangkat, utk kerja.atau last option utk kerja. sebab apa guru selalu bosan bila lama2 dah mengajo?malas nak mengajo?sebab niat dah tersasar dari landasan.mengajo sebab utk pekerjaan, rutin harian.etc2. bukan niat kerana Allah.

oh lupa nak cerita apa Puan cakap, duk membebel sorang2 pulak lame.ehe.

Puan kata, setiap kali keluar dari rumah kena niat pergi sekolah tu, niat utk mengajo budak2 ni, niat kerana Allah.bila niat kerana Allah,apa kita lakukan dikira ibadah oleh Allah.
insyaAllah bila niat kita betul, walau teruk macam  mana kelas tu, walau sibuk mana pun ,walau banyak mana kerja seorang guru, kita akan rasa seronok dan tidak tertekan.tidak merungut.tidak malas.etc2.
sebab kita buat semua tu bkn utk gaji,tapi niat kita kerana Allah :)

tersentuh kan dengar kata2 macam ni.puan akan further studies Phd lepas raya
semoga berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. :)


 

Post ke 500

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum
alhamdulillah setelah hampir 3 tahun lebih berblogging
hari ini sudah mencecah post yang ke 500
walaupun post saya tak la berpekdah mana kadang2 tu.


Teringat kembali pertama kali berjinak jinak dalam blogging ni
masa lepas SPM, Disember 2007

insan yang memperkenalkan saya tentang blogging ni
tak lain dan tak bukan adelah
saudari Anis Nadia bt Ismail

junior di Badlishah dulu
sampai sekarang saya ingat lagi dia cadangkan saya try blog utk isi masa lepas SPM
terima kasih pada insan comel tersebut

blog saya macam makin lama makin tak bermaya
hurm,kadang2 macam syok sendiri pun ada.
ahah!

tapi apa2 pun, tujuan saya buat blog ini bukan utk menjaja cerita, menarik perhatian orang atau utk populariti. hanya sebagai tempat utk berkongsi idea , maklumat dan cerita
mcm diari digital.

jadi, jangan rasa sedih jika anda rasa hanya anda sorang yg membaca blog anda setiap hari! :D

rasa lepas ni nak masukkan banyak2 gamba.
sebab saya minat tangkap gamba..
tapi bukan gamba syok sendiri,tapi gambar kehidupan. :)

wslm 

Sunday, August 14, 2011

BinaInsanGuru(BIG) Perhentian :D

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t
Alhamdulillah dah seminggu rupanya kami semua pi Pulau Perhentian
memang pengalaman yang tak dapat dilupakan
memang seronok sangat! :)

tengok gamba ja lah :D



































Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Menyapa Kita

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum
Alhamdulillah syukur ya Allah kerana diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan untuk tahun ini
insyaAllah saya akan menggunakan peluang ini sebaiknya..
_____

Sbelum tibanya bulan Ramadhan, seorang sahabat saya mencadangkan saya membaca sebuah buku
berkaitan dengan bulan Ramadhan ,supaya kita lebih memahami dan bersedia utk bertemu Ramadhan
saya tak pandai sangat nak pilih buku, pastu pakat hantam ja amik buku ni masa ada
seminar penyelidikan PJ kebangsaan di IPG KSM baru-baru ini

tajuk buku ni, 
"Nasihat Ramadhan Daripada Orang-orang Soleh"
oleh Sulthan Hadi,pandang sisi :Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat


seriusly dari start beli haritu, tak baca baca langsung.sebab tangan ni gatal
suka nak buka buku Fanzuru oleh Hilal Asyraf
sebab buku Hilal Asyraf ayatnya agak santai dan mudah dihadam
buku ni ayatnya agak serius sedikit
akhirnya setelah sekian lama dibiarkan begitu sahaja

tanggal 1 ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan
waktu Encik Man tak masuk kelas,
saya pun start baca buku ni.
ternyata buku ni sangat menarik dan memberi input.
tak rugi membelinya. 

Antara nya, buku ni cerita tentang betapa Allah s.w.t. mengurniakan Ramadhan ni kpd kita
sbg pghargaan dan tanda kasih sygnNya pada kita.
sedih kan bila fikir balik, bila time puasa, orang akan bagi alasan letih.letih
bila buka puasa, makan macam2 dgn alasan seperti mahu'mbalas dendam' sebab x mkn pagi td
bila malam, tengok tv,rancangan hiburan,dan melalaikan sebab nk 'bls dndam' pagi tadi tak larat nak buat apa......orang seperti ini tidak memahami erti Ramadhan yang sebenar. 
apa hikmah di sebalik Ramadhan itu...

saya nak rekemen sahabat2 semua beli buku ini
insyaAllah hampa boleh memahami dgn lebih details tentang Ramadhan.
________________

saya mengharapkan Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan lebih baik drp tahun sebelumnya
selama ini, saya hanya berpuasa,berbuka, tarawih,tdo,sahur
hanya rutin,tapi tak faham sebenarnya bulan Ramadhan itu sendiri

"tak kenal maka tak cinta"
kalau kita tak kenal Ramadhan tu, macam mana kita nak cintakan Ramadhan?
sebab itu kita lebih mcintai Syawal daripada mencintai Ramadhan kan.

:) jum2 kita mdidik diri di bulan Ramadhan ni!
sebagai benchmark kita utk hari hari akan datang! :D

Welcome Ramadhan! :)
wslm