Friday, November 28, 2025

My Life Lately

Assalamu'alaikum wbt
Hi semua. Saja nak update my life lately.
Aku dah delete beberapa post yang aku rasa macam tak best.
Time aku tak berapa okay.

Alhamdulillah 2-3 hari ni aku rasa macam refresh, new mindset, new me, macam dilahirkan semula (err. okeh ni macam over sangat). Aku nak update tentang minggu ini

1. Hujan dan Banjir


Minggu ni hujan ja. Paling dasyat hujan petang Ahad sampai ke hari Isnin. Banjir okeh beberapa kawasan area perumahanku. Rumah aku alhamdulillah atas bukit sikit. So suasana tu a bit gloomylah untuk aku. Macam suram ja. Aku ni suka cerah cerah lighting cahaya matahari. Tapi kadang best jugak pun hujan ni. Dia macam nostalgia. Tak gitchew?

2. Nasi Lemak favourite

Nasi Lemak Sotong Crispy favourite aku. Lama tak makan konon diet.Tapi hari ni makan jugak. Sebab? Teringat kesedapannya. Tu pi jugak makan. Maafkanku diet.

3. Banyak berfikir dan bermuhasabah

Ya aku minggu ni fasa berfikir dengan mendalam, bertanya dengan diri sendiri dan dalam proses settle down emosi aku.  Aku rasaaku dah berjaya settle down 100% apa yang aku rasa tak tenang dan tak puas hati sebelum ni. Kadang aku fikir kan, mungkin jugak ujian untuk aku beberapa bulan ni, untuk aku sedar untuk upgrade diri ke lebih baik,pemikiran lebih matang dan sedikit sebanyak aku belajar untuk urus emosi aku yang aku sendiri tak faham.

Ok itu sahaja coretan untuk kali ini. Adios !

No comments: