Tuesday, September 28, 2010

As busy as a bee

Salam
Maaf la ye tak sempat nak update
Busy betul dengan assignment yang sangatlah banyakssss
Oh ya, selamat Hari Malaysia
Bersamalah kita memahami antara satu sama lain
kita berlainan bangsa dan kaum tapi kita boleh belajar untuk memahami antara satu sama lain bukan?

Selamat Hari Malaysia

Alhamdulillah kerana aku dibesarkan di Kulim dan sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, rakan-rakan sekolah aku terdiri daripada berbilang bangsa dan kaum. Hal ini memberi peluang kepada aku untuk lebih memahami dan mendekati mereka.
Timbul perasaan hormat menghormati antara satu sama lain setelah mengenali budaya dan cara hidup mereka.

Di taman perumahan tempat aku tinggal, rumah aku terletak berhampiran dengan kawasan rumah pakcik2 Cina dan India. Uncle2 cina depan rumah aku suma baik baik. Ayah aku pulak memang rajin bersembang2 dengan mereka. Masa kakak aku nak kawin, uncle ni yang tolong ayah aku cat rumah, tolong wat besi bumbung blakang rumah dan etc. Melayu tolong sewaktu hari kenduri, pasang khemah, jaga makanan dan etc.etc. sebab taman ni ada persatuan penduduk islam yang agak aktif.

Oleh kerana itu, aku tak suka kalau ada orang kata, India ni kotor la, CIna ni kotor, kedekut, etc etc. Macam nilah, untuk pemahaman semua, kita kena ingat , kita ni orang Melayu pun bukannya sempurna. Kita selalu mengagungkan Melayu, tapi bukan ke dalam Islam pun tak benarkan semangat assabiah? semangat perkauman?

Dalam Islam pun ajar utk hormat kaum lain. Dalam Perlembagaan Madinah pun ada termaktub tentang tolak ansur terhadap kaum lain,walaupun mereka bukan Islam.

Islam itu indah, tak pernah ajar kita prasangka terhadap orang lain,kaum lain. Islam ajar kita hormat menghormati antara kaum,bangsa dan agama.

Cina ada yang baik ada yang jahat, India ada yang baik ada yang jahat, Melayu ada yang baik ada yang jahat. Betul tak?

Sekian,wassalam

Monday, September 20, 2010

InsyaAllah (Dengan Izin Allah)

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
saya amat suka nasyid ini. insyaAllah
sangat direct n straight forward
mudah utk difahami

bila dgr lagu ni, bila rasa down ke, btambah smangat sebab teringat ayat
Cause Allah is always by your side

kita sebagai manusia, selalu buat salah, buat dosa,kadangkadang kita terlupa pada Allah, kita sombong, nak berdoa pun tak mboh, tok seh (kecek ganung nge klate meta deh).sombong sungguh!bercinta smpai tak ingat dunia,tak ingat langsung Allah.
Padahal DIa yang cipta kita! perlu bsyukur sebab dia bagi kita mata ,kaki utk jalan, tangan untuk pegang. tapi kaki kita berjalan pergi mana?tempat-tempat tak elok.karaoke, dating,etc etc. mata kita tengok mana?

betapa pemurah nya Dia,walaupun kita sombong dengan Dia, DIa tak tarik pun nikmat yang Dia bagi kat kita. sebab Dia sayang kat kita. tapi kita? Dia bagi peluang sebelum kiamat, peluang utk bertaubat. peluang btaubat tu terbuka luas. tak kena bayaq, free of charge. why we pay for disease when the cure is free?

Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side

InsyaAllah. dengan izin Allah semuga kita semua berada di jalanNya sebelum kita semua meninggalkan dunia yang menipu ni. sama-sama kita berdoa supaya keluarga kita, sanak saudara, sahabat-sahabat, dan semua orang Islam sedar akan hal ini. mungkin bukan sekarang tp INSyaAllah one day maybe. Amin :)

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

INSYAALLAH YOU'LL FIND YOUR WAY
INSYAALLAH WE'LL FIND OUR WAY

wassalam~
_________________________________________________________________

Lyrics: Insha ALLAH

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n' never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3

Insha Allah we’ll find our way

Sunday, September 19, 2010

Cita-citaku

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
hari ini kami nak share satu nasyid Nadamurni
nasyid ni dah lama, sejak kami kecil kecil lagi, umur 4 atau 5 tahun macamtu
nasyid lama-lama ni best, sebab muzik tak moden moden
pakai ketuk2 kompang, bongo apa suma ja.best
nasyid ini bertajuk Cita-citaku. mari sama-sama hayati lirik dia

Cita-Citaku by Nadamurni

cita-citaku islam gemilang
cita-citaku daulahnya berulang
cita-citaku islam cemerlang
cita-citaku islam tinggi menjulang

kawan mari susun barisan
kita mara ke hadapan
mari berjuangkan islam
kita tagih yang dijanjikan

kawan mari kumpulkan tenaga
kita korbankan harta punya
jangan kita buang rasa percuma

kawan mari kumpulkan tenaga
kita korbankan harta punya
berjuangkan hingga berjaya

kawan jangan tunggu² lagi
jangan berangan² yang merugi
dunia menipu kita hindarkan
cita² islam kita tunaikan

ayuh mari mara kehadapan
jangan buang masa lagi
inilah masanya tunjukkan bukti

ayuh mari mara kehadapan
jangan buang masa lagi
kalau benar cintakan islam

Thursday, September 16, 2010

Pulangg sudah!

Salam
Peh penat ! Raya sakan betul tahun ni
Dari Kulim balik kampung, first gi Parit sulong, raya kedua gi Skudai,Gelang Patah,Johor Bahru, raya ketiga gi Mersing, Rompin,Pekan, Gombak, Setiawangsa. Raya keempat pergi Bukit Fraser dan Genting.Raya kelima pagi, main - main kat genting dari pukul 8 pg smpai 1.30ptg. pastu gi setiawangsa smula.pastu balik kedah.

Ni raya ke, atau melancong? eheh

Wednesday, September 8, 2010

Balikss Kampungss!

Salam
lama udah saya tidak memblog kan diri di sini
almaklumlah sangat busy dengan kerja assignment plus bz buat kuih raya
dan esok petang akan bertolak ke destina Baliks Kampungss
iaitu Johor.jauh gilo nak balik kampung.abes kebas kebas kaki duk dalam kereta!

tapi selalunya kalau balik johor,akan memakan dua hari kerana tak direct terus
akan singgah di rmh sedara di Shah Alam atau Setiawangsa
pehtu keesokan harinya baru p parit sulong.peh,letihnya tak terkata! (perasan macam bawa diri sndiri yang drive)

barang-barang tak kemas lagi.malas.lepastu balik raya pn tatau lagi berapa hari
esok pn tatau lagi pkul berapa secara spesifik nak bertolak
semua tatau. tatau tatau
jadik nampaknya kita releks releks dulu.jgn gelabah sgt kemas barang tu
hohohoo

1 mende yg aku ske kalu balik johor ialah
- on daway masa kat highway, banyak kereta dan ayah akan bawa laju racing sesama pengguna jalan raya.kekhekhekehekhee. suasana di R&R sepangjang PLUS sangat meriah!!dan paling best bila jalan jam nak dekat 10 kilometer dekat exit Seremban. pernah kitorang terperangkap dlm kesesakan dekat2 3 jam lebih.best tak ek agak2?entah la.aku rasa best gak.

apa2 pn, pandu cermat jiwa selamat
baca doa sebelum memandu.ingat Allah.jangan ingat nak buka lagu omputih , korea, melayu je dlm kete.jadi pape nati, haa,tak ke naye.hoho.

Minta maaf salah dan silap sepanjaang mengenali diri saya. Selamat Hari Raya Aidilfitri .
wslm :)

Thursday, September 2, 2010

Maher Zain

Salam
Maher Zain dah femes agak lama la jugak
pernah copy dari kawan nasyeed2 dia masa awal tahun dulu, tapi tak minat sebab
entah la awat masa tu rasa lagu dia tak best pongg
tapi baru-baru ni aku betul betul dengar nasyeed beliau
dan betul betul amati liriknya

Masa mula-mula aku dengaq lirik dia, sewaktu kawan ku Aini buka lagu ni kat dewan kuliah
semasa menunggu haji SIn mari. sebijik seketui seketui dengaq lirik nasyeed InsyaAllah
tiba-tiba rasa sebak bila dengaq.entah la awat. tapi lepas tu terus cari nasyeed2 Maher Zain
nak baca lirik dia betoi2.

Tadi terjumpa klip video The Chosen One. drp video ni byk aku belajar banyak benda.
Membantu orang adalah salah satu ibadah yang terpuji. Kalau boleh, kita cuba tolong orang sebanyak yang mungkin. Lepastu, dr video ni kita leh tgk dia amik dari kisah Nabi Muhammad S.A.W. waktu Aishah dengan Nabi bergurau senda berlari-lari, waktu cucu Nabi panjat atas badan nabi sewaktu nabi sujud. tak berdendam, pemaaf. dan banyak lagilah.

Moh kite tengok video ni sama2!dan hayati. :)


alhamdulillah syukur kepada Allah kerana ada kawan aku yang terbuka pintu hati dia selepas melihat satu klip video maher zain. semoga ramai lagi rakan rakan ku bakal mengikut jejak rakan ku sorang ni :) aminnnnn

wslm

Tamatlah Sudah SBE

Salam
Ari ini, berakhirlah sudah SBE ku di
Sk St Anne's Convent, Kulim
Setelah hampir 8 tahun akhirnya aku kembali semula ke sini
ramai guru baru tapi guru lama ada jugak
cikgu-cikgu masih tak berubah seperti dahulu, masih nampak muda (cewahh)

antara cikgu-cikgu yang masih lagi ada di sini:
Cikgu Jann
Cikgu Faridah
Ustaz Norshaidi
Ustazah Sarina
Cikgu Zawiyah
Teacher Thila
Mrs Quek Mee Tiang
Sir Sazali
Cikgu Radzi
Cikgu Hashimah
CIkgu Nazriah

seronok jumpa depa,lama betoi kan dak jmpa.hehe
Terima kasih kepada cikgu-cikgu di atas yang telah mengajar saya
yang tak mengajar pun ada,tapi saya still ingat muka cikgu
gumbira melihat cikgu sekalian.hheeh

selama seminggu mencari bahan untuk membuat laporan SBE di sekolah ini
baru aku perasan yang gambar aku takdak. hal ini adalah disebabkan aku menjalankan
SBE ini sorang sorang. jadik takdak tukang amik gmbar.tapi takpa tak kisah pun
sebab guwer memang tak bapa suka nak tangkap gmba sorang-sorang ni
hehe. oklah, biarlah gambar berbicara

skolah lama ku.(tanda salib atas tu telah guwer edit )





comel kan?


Terima kasih kepada semua guru SK St Anne's Convent yang menolong saya sepanjang saya di sini. terima kasih kepada bahagian pentadbiran, Guru Besar, PK1, PK Hem,PK koko, Staf sokongan, CIkgu-cikgu dan pelajar. semua sangat membantu saya di sini. lain hari kita jumpa lagi ya.

sekian wassalam