Maaf la ye tak sempat nak update
Busy betul dengan assignment yang sangatlah banyakssss
Oh ya, selamat Hari Malaysia
Bersamalah kita memahami antara satu sama lain
kita berlainan bangsa dan kaum tapi kita boleh belajar untuk memahami antara satu sama lain bukan?
Selamat Hari Malaysia
Alhamdulillah kerana aku dibesarkan di Kulim dan sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, rakan-rakan sekolah aku terdiri daripada berbilang bangsa dan kaum. Hal ini memberi peluang kepada aku untuk lebih memahami dan mendekati mereka.
Timbul perasaan hormat menghormati antara satu sama lain setelah mengenali budaya dan cara hidup mereka.
Di taman perumahan tempat aku tinggal, rumah aku terletak berhampiran dengan kawasan rumah pakcik2 Cina dan India. Uncle2 cina depan rumah aku suma baik baik. Ayah aku pulak memang rajin bersembang2 dengan mereka. Masa kakak aku nak kawin, uncle ni yang tolong ayah aku cat rumah, tolong wat besi bumbung blakang rumah dan etc. Melayu tolong sewaktu hari kenduri, pasang khemah, jaga makanan dan etc.etc. sebab taman ni ada persatuan penduduk islam yang agak aktif.
Oleh kerana itu, aku tak suka kalau ada orang kata, India ni kotor la, CIna ni kotor, kedekut, etc etc. Macam nilah, untuk pemahaman semua, kita kena ingat , kita ni orang Melayu pun bukannya sempurna. Kita selalu mengagungkan Melayu, tapi bukan ke dalam Islam pun tak benarkan semangat assabiah? semangat perkauman?
Dalam Islam pun ajar utk hormat kaum lain. Dalam Perlembagaan Madinah pun ada termaktub tentang tolak ansur terhadap kaum lain,walaupun mereka bukan Islam.
Islam itu indah, tak pernah ajar kita prasangka terhadap orang lain,kaum lain. Islam ajar kita hormat menghormati antara kaum,bangsa dan agama.
Cina ada yang baik ada yang jahat, India ada yang baik ada yang jahat, Melayu ada yang baik ada yang jahat. Betul tak?
Sekian,wassalam
No comments:
Post a Comment