Saturday, March 19, 2011

Mountain by Hamza Robertson

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum
Masa cuti haritu saya dengar satu nasyid daripada Hamza Robertson
tajuk dia mountain
(gunung)
cam pelik je ape la nasyid tajuk gini. tak pernah dibuat orang kot.
tapi bila dengar dengar ulang ulang kali

subhanallah rasa nasyid ni sangat memberi kesedaran
betapa indahnya Islam
betapa kita ni perlu menghargai makhluk lain.
makhluk lain yang Allah jadikan.Allah cipta.
gunung pun  makhluk Allah. gunung berzikir kepada Allah. 
dan tak pernah merungut. 
Allah jadikan alam ni untuk kita ambik pengajaran, kita teladani
macam lebah, semut.
betapa rajinnya lebah dan semut. 
betapa cekalnya ikan salmon. 
walau beribu2 batu dia mengembara, akhirnya akan pulang ke sungai tempat lahirnya.
dan banyak lagi. dan gunung ni antara salah satu makhluk Allah yang tak putus2 berzikir padaNya
boleh je rasanya kalau gunung ni nak kasi tanah dia runtuh atas manusia ke.
tiap kali manusia lalu atas dia
ye dok? ehe
oklah, mari kita hayati lirik Hamza Robertson :)
__________________________________________________

The Mountain 
Hamza Robertson

I gave my Salam to the mountain
And I drank from the mountain stream
And I walked upon its surface
And it all felt like a dream
And this mountain it is a Muslim
And I feel like he’s my friend
And as I climbed on to his peak
I wished it would never end

CHORUS:
Allahu Allahu Allahu (throughout)
La Ilaha Ilallah (throughout)
We should be like the mountain
It never complains
We should be like the mountain
It praises God and never complains
We should be like the mountain
Like the mountain

I gave my Salam to the mountain
And I strive through the wind and the snow
And something caught my eye up in the sky
And I wished it would never let go
Cause this mountain it is a Muslim
And I feel like he’s my friend
And as I climbed on to his peak
I wished it would never end

Subhanaka Ya Allah
Glory be to You oh Allah

On this mountain I feel complete
And while I’m here to this mountain I will speak

Subhanaka Ya Allah
Glory be to You oh Allah

And thank God for this wonderful day
And I know the mountain feels the same way

Subhanaka Ya Allah
Glory be to You oh Allah

CHORUS

We should be like the mountain
An awe-inspiring Muslim
As it is
We should be like the mountain
Like the mountain

La Ila hailAllah
There's no God but Allah
Allahu Allah
__________________________________
wassalam

Besutos El Colorado

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum
Alhamdulillah saya sudah sampai di
Besutos El Colorado , espanyoll.
ahaks

bilik perlu dikemas dan disusun rapi
kerana bilik telah digunakan oleh insan insan lain masa cuti aritu
tapi malas lagi
jom buat esaimen! (buat2 rajen kejap)

tadi dalam kereta bersembang dengan akak senior dan madi
tentang eksiden aritu.
tiba-tiba perasaan itu muncul semula
perasaan takut.erk,takut kalau kita jadi macam tu jugak pada masa akan datang
seriezly rasa nak bawa dengan sangat sangat bersopan santun dan berhemah lepasni

sebab teringat masa p SBE kat SKTM2 ritu
keluaq maktab pukul 7.20pagi
memang bawa pecut la kete tu sambil main selit menyelit dgn kereta lain
takmau dah bawa reta macam tu!
takut tanpa disedari kita brek mengejut dan....
pumm!!reta kita akan hilang kawalan sebab ayah kata bila kita tekan brek kuat2
tayar tak bergerak, so kita tekan brek kuat mana pun, kita akan lagi slide.
sebab itu pentingnya ABS (antilock braking system)
boleh jadi mekanik ni .ehe

ape2 pun, bersyukurlah kita setiap hari sebab Allah bagi kita lagi peluang utk hidup ari ni
takut sangat kalau kita mati dalam keadaan yang tak diredhai Allah
mungkin mati masa sedang berada di pawagam bersama teman lelaki
mungkin mati masa sedang bersuka ria shoping di kbmall
mungkin..mungkin...macam2  kemungkinan bakal berlaku
hanya Allah yang tahu.
kita hanya mampu berdoa supaya Allah jauhkan kita dari perkara2 tak elok
dari kejadian tak elok..
tapi kalau kita nak Allah jaga kita, kita kena la jaga Allah dulu,
ambik hati Dia dulu kan? :)

sedih sangat tengok kejadian tsunami kat Jepun
walaupun mereka majoriti non muslim
tapi Islam kan  ajar kita bantu membantu tak kira la agama apa pun diorang
beri perlindungan sewajarnya. mereka still makhluk Allah.
kita tak boleh la nak kata, alaa diorang bkn islam,xpelah.

sian tengok warga2 emas duk atas bumbung.
kemungkinan radiasi dari loji nuklear plak lpasni.
YaAllah,takutnya. sekarang ni dunia makin tua.
kita semakin menghampiri ..kiamat!!

Semoga kita semua istiqomah dalam berusaha beramal keranaNya
giatkan usaha, tak tentu bila usia kita di dunia ni bakal berakhir..
tak dapat bayangkan kalau hari yang dijanjikan itu tak lama lagi...

YaAllah..

semoga kita semua mati dalam keadaan yang diredhai Allah..Amin.

wassalam~

Wednesday, March 16, 2011

Solusi Isu 29

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamu'alaikum kawan2 :)


Solusi isu 29 ada beberapa topik yang menarik. 
ingat nak share kat sini tapi tak sempat sebab assignment banyak.
tapi saya rekemen kat sapa yang tak pernah baca lagi, try beli dan baca.best:)


dulu saya suka galaxie, Remaja.tak pernah miss
tapi sejak baca solusi, saya rasa ini lah makanan terbaik utk diri saya
ya saya tak nafikan saya juga ada keinginan utk berhibur.minat artis2.
mmg zmn sekolah sy sangat sukakan artis lebih2 lagi hollywood.


tapi bila fikir2 semula, kita tak dapat apa-apa faedah dengan meminati artis-artis ni
sebab mereka bukannya bagi kesan baik atau idola kpd kita
contohnya,avril lavigne,lady gaga,beyonce,yellowcard,blink182 etc etc


kalau kita meminati mereka, adakah kita dapat sesuatu yang bermanfaat bagi diri kita?
masih lagi ingat ada ustaz cakap, kita ni manusia semua sama sahaj, orang putih,org cina,org india
kita dihidupkan dari satu tempat yang hina, dan mati nanti akan jadi bangkai yang keji
dan semua orang menanggung najis sepanjang hidupnya (maksudnyastiap manusia buang air besar)
sefemes mana, sepopular mana, kita manusia, kita sama sahaja. 
Allah tak memandang harta, pangkat,rupa.. tapi Allah memandang hati kita.




Kalau ikut nafsu ,memang  beli galaxie. ye la ada artis handsome, cantik2,stylo2.femes tu depa.
dulu masa sekolah siap gunting2 gamba dlm galaxie tampal dekat file yang keras tu
bila bawa file tu, saja nak bagi orang ternampak gambaq2 artis ni
nak menunjuk kat orang la, ni artis pujaan ku. Yellowcard tu, femes beb. Linkin Park.Hoobastank
Siap ada buku lirik2 lagu kulit keras dan tebal bapa mukasurat tatau.haha
fuh!rasa sangat uptodate dan bangga bila tahu artis artis hollywood ni.


artis melayu kurang sikitlah, tapi depa tetap artis kan.tengok la lifestyle mereka
adakah kita nak jadikan mereka sebagai contoh?idola kita?


oh ya,dulu anak pengasuh suka sangat beli mjalah mangga.waktu saya sekola rendah
dan saya tumpang sekaki, memang tak pernah miss la baca.haha
tekun sangat baca, dah la pakai baju mandi.gosip2 panas.hangat.hoottttt.brp hengget tak ingat.
baca remaja masa start sekolah menengah
minat giler dulu, sebab ada topik2 pasal tips cinta setia,10 sebab lelaki minat kamu,cara make up.haha
lepastu suka baca yang luahan hati dan surat pembaca. harga rm5 kot remaja tu.
tersengeh sorang sorang bila ingat balik :)


sekarang ni dah jumpa galaxie yg beli masa skolah dulu, terus buang. mjalah ni yg rosakkan diriku dulu
remaja pn sama. tapi tak igt letak mana ,tak jmpa smpai skrg.


bila kita hanya fikirkan kehidupan kita kat dunia ni, bangun pagi, pi kelas,buat kerja,kawan2,tido,makan.
itulah kita akan rasa, kita rasa kita hidup kat dunia ni macam tak ada tujuan utama.tak ada mtlamat
bila tak tahu tujuan dan matlamat, kita pun akan cari sesuatu untuk memberi kepuasan pada diri dan especially nafsu kita. nafsu tu kan suka kita buat benda tak berfaedah, berhibur, lupa Allah. 


kita akan ikut orang ramai, apa orang ramai buat, kita akan ikut sekali. 
sebab ape?sebab sekarang ni kita umat Islam dah biasa dengan sekularisme
mengasingkan agama Islam dari kehidupan seharian. agama hanyalah personal dan peribadi
rutin harian kita tak perlu masukkan Islam,Islam hanya agama


apabila Islam dianggap sebagai pegangan agama semata-mata, bukan cara hidup.


Bukankah Islam itu sempurna? Meliputi keseluruhan hidup kita?
dari kita bangun tido, baca doa bgn tdo. mandi,niat krn Allah. semua kita buat kerana Allah. 


Sebab apa kita kena buat kerana Allah?sebab apa semua rutin kita setiap hari kena ikut Islam?
Sebab apa tak boleh buat ni?sebab apa tak boleh p konsert?sebab apa kena jaga pergaulan lelaki dgn perempuan?rilek a wei,biasa a laki pmpuan duk dekat2,dua2. sebab apa kena baca doa stiap benda kita buat?sbb apa tak elok minat2 kat artis,puja artis?sebab apa tak boleh tu,sbb apa tak boleh ni? 
Skemaa la hang!
why?why?i dont understand!


Sebab


::: allah menjadikan manusia dan smua makhluk dari tiada kepada ada .. bukan sia-sia .. tetapi ada tujuan yang khusus .. iaitu untuk mengabdikan diri kepada allah sebagai tanda syukur kepada allah .. yang telah memberi kita nikmat kehidupan yang sangat banyak ..

sebagai orang yang membalas budi allah yang terlalu banyak .. maka kita pergunakanlan segala nikmat yang diberikan dengan cara yang dibenarkan oleh syara' .. semua anggota dan nikmat yang allah berikan untuk tujuan agama .. walaupun pada zahirnya perbuatan dunia .. tapi hakikatnya kembali pada agama / akhirat .. :::

http://siputonline.blogspot.com/2008/05/tujuan-allah-mencipta-manusia-kuliyah.html


Buktinya 

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku." (surah adz-Dzaariyat: 56)



kita dijadikan Allah bukan hanya untuk saja -saja, utk suka-suka
untuk penuhkan bumi.untuk hidup di bumi selama lamanya.tapi ada tujuannya
dan di bumi ni lah Allah nak uji kita, macam mana tindakan kita bila dia bagi
Nikmat..Musibah..Dugaan...


Ujian. Ujian Allah adalah untuk tapis/filter hambaNya. 
mana di antara hambaNya yang betul-betul tabah hatinya
yang betul-betul mengabdikan diri kepadaNya


kalau kita kena ujian sedikit dan salahkan takdir, salahkan Tuhan


bila ada perempuan cun cun/lelaki handsome
 kita pun tak dapat tahan nafsu yg sukakan kecantikan
pastu ape lagi, bkawanlah dgn dia, ushar2 dia, bergurau senda,bermanja
maka lalailah kita dengan dengan kecantikan manusia.


bila ada duit elaun beribu ribu ringgit, kita enjoy beli semua yang kita nak
beli hp baru walaupun kita dah ada hp yg masih boleh dgunakan,
beli baju baru walaupun kita dah ada baju yang masih elok.
kita terlupa duit itu rezeki Allah, at least dermakan duit  sikit tu untuk orang susah atau pun 
gunakan duit tu untuk agama Allah, bagi kat surau ke, 


kalau kita macam ni
maka kita tak betul2 kuat. 
kuatkanlah hati kita, lawanlah nafsu kita. jihadlah menentang nafsu kita


berdoalah padaNya, yakin bahawa Allah sentiasa menolong kita
Selagi kita menolong agamaNya :)


Ayuh, Kita lawan nafsu kita. Mujahadah melawan nafsu!
tinggalkan cinta kita pada dunia.pada artis, hiburan yang melalaikan


Perjalanan kita masih tidak berakhir di sini, kita berhenti sekejap di dunia.
macam R&R di Lebuhraya PLUS
kita akan sambung perjalanan kita ke destinasi kita iaitu..Akhirat yang kekal sampai bila2 :)


wassalam

Monday, March 14, 2011

what did I do today?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assamu'alaikum

Arini nak share lirik nasyid dari Dawud Wharnsby Ali
Mari kita renung2kan :)
------------------------------------------

What Did I Do Today

Oh the moon has come
The day is done
The night has covered up the sun.
I have stood so often before you to pray
But I wonder Allah, tell me, what did I do today?
Did I remember the words of Al-Fatiha?
Did I take time to thank you for all that I have?
Did I call on you to guide my way?
Tell me, what did I do today?

I has whispered to you
As I made ruku
Subhana Rabiy'yal adheem.
But was my faith
Bright or grey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I smile at my brother?
Was I kind to my mother?
Did I teach another something that I know
Or did my love of this world lead me astray?
Tell me, what did I do today?

Sami Allah hu liman hamida
Rabanna lakal hamd.
Sami Allah hu liman hamida
Rabanna lakal hamd.
La illaha il Allah.
La illaha il Allah.

Though I've bowed to you
with my face in the dust,
subhana raby'yal a'la
Did I turn to you
And did I obey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I use my mind?
Did I use my time?
If I search my heart what will I find?
The light of your guidance is a glimmering ray,
Tell me, what did I do toady?
Oh Allah, tell me, what did I do today?


Oho Blogku

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum
Tiba-tiba teringat seorang hamba Allah bg cadangan kat guwer
katanya, "Maya buh la link blog maya kat wall facebook maya,baru orang boleh baca"

Tersengeh beberapa saat.

cutestfood.com

Walaupun dah genap 3 tahun lebih blogging (start akhir Dis 2007)
tapi sampai detik ni,follower ada 76 orang je pun
tapi itu bkn perkara besaq,sebab saya harap mereka dpt sesuatu yang beri mereka ilmu dr blog saya
bukan hanya follow saya untuk suka suka.

saya segan malu bila kakak,atau adik sendiri baca blog.
siap lari berapa kilometer dari kakak atau adik yg tengah baca blog ni kat rumah
kat depan mata ku.malu!

lagi segan bila kwn2 kata dah baca blog ku
tiba2 rasa malu sangat, entah nape. pelik kn!

sebab tu lah sampai skarang blog ku tidak berkembang dengan pesatnya
malu, faktor utama. malu tak bertempat!
nak memberi sesuatu pada orang tapi segan nak post link blog ni kat wall
jadi, saya lebih selesa kalau orang baca dan terjumpa blog ni secara tak sengaja
sebab rasa malu yang pelik.ehe. jadi bacalah, dan jangan baca blog ni depan saya .ehe

dan saya kurg sikit nk masuk contest atau follow blog orang lain
melainkan follow blog kawan2 dikenali dan blog yg sy rasa beri saya input dan ilmu
contest pulak kalau ke arah Islam, saya join, tapi kalau macam utk saje2, taklah.
mcm aritu kawan saya mahfuzah bg contest tentang soalan2 tajwid dan hukum2 Islam
first time jmpe contest mcm tu. bagus betul org buat contest tu kan :) hanya Allah dpt mbalasnya.


wassalam

Sunday, March 13, 2011

Unheard Stories of Muslim Convert

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum

Banyak sangat ilmu dan pengajaran yang kita dapat dari video ni

antara yang saya suka , yang tiga dari kiri tu, tak pasti nama apa
dia kata

kita orang Islam sepatutnya bersyukur sebab ada mak ayah yang beragama Islam
macam mana teruk pun mak ayah kita, kita ada kuasa untuk doakan mereka
doa anak yang soleh, kita dapat bantu mak ayah kita insyaAllah

tapi mereka yang convert Islam, walau macam mana sayang dan baik dengan mak ayah mereka
mereka tak dapat nak tolong mak ayah mereka kalau di akhirat nanti
sebab mak ayah mereka bukan Islam. mereka tak dapat nak doakan mak ayah mereka..

Mcam kisah Abu Talib, bapa saudara Rasulullah s.a.w yang sayang sangat kat nabi
Abu Talib sangat baik dan sayangkan nabi, tapi dia meninggal dan bukan Islam
Nabi pun tak dapat tolong bapa saudara yang disayanginya..
Allah kata azab paling ringan kepada Abu Talib ialah terompah panas yang menyebabkan otak menggelegak di akhirat nanti..

oleh itu, bersyukur lah kita.sayangilah mak ayah kita . . .


Memberi Itu Lebih Baik :)

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum

Hari ni saya terbaca satu artikel di majalah solusi tentang memberi
Katanya kita perlu banyak memberi,memberi, memberi dan memberi
tanpa perlu mengharapkan balasan. :)

tapi dalam majalah solusi tu skop dia fokus pada isu rumah tangga
katanya kalau seorang isteri/suami tu mencintai Allah, Allah yang paling utama
dia tidak akan mengharapkan balasan setelah memberi
sebab dia yakin Allah akan membalasnya,walaupun bukan manusia yang membalas


Selepas baca topik ni, terfikir la jugak
Kita ni kadang2 kedekut sangat nak memberi kat orang
atau bahasa mudahnya, kita ni terlalu nak berkira dengan orang.
berkira nak bagi barang2 kita sayang la contohnya, sampai kan bila nak derma baju, kasi baju yang buruk buruk.macam kain buruk pun ada ( masa sem1 dulu kami kena agihkan baju2 utk kaum orang Asli, sebelum packing dan nak bagi kat diorang)
nak buat baik kat orang pun nak berkira, sebab orang tu tak baik dengan kita, jd berkira2 juga nak memberi kebaikan
dan biasanya kita akan mengharap orang balas setelah kita memberi.


tapi kalau kita letak Allah paling utama, kita tak rasa rugi pun kalau memberi kat orang
mungkin kita rasa secara zahirnya harta kita akan berkurang bila kita derma2 kat orang
tapi secara yang kita tak nampak, Allah gandakan lagi keberkatan, mungkin akan dibalas dalam bentuk lain.

Ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram (13:28)


sebab tu lah bila kita selalu ingat Allah dalam setiap  perkara kita buat, kita tak akan rasa tension
hati kita rasa tenang, berlapang dada. tak rasa nak dengki, bersyukur. positive thinking
nak marah orang, fikir dua kali, nak mengata orang, fikir dua kali, nak mengumpat orang fikir dua kali
nak buat maksiat fikir 2 kali, nak buang masa fikir 2 kali. nak g karaoke, fikir 2 kali,nak gi konsert fikir 2 kali.

yang pertama tu fikir nak buat jahat (nafsu)
yang kedua cepat2 fikir balik Allah (terpulang pada diri masing2.ketegasan kita utk mendidik nafsu sndiri)

tapi selalu nya kita biar ja yang pertama tu kan,biar nafsu yang kuasai diri kita. yang kedua tu kita tak buat pun. sebab kita manjakan nafsu kita. tatang bagai minyak penuh, bagi ja apa dia minta.



“We make a living by what we get but we make a life by what we give”
kita membina hidup dengan apa yang kita dapat 
tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan.


Memberilah tanpa mengharap balasan. :)

wassalam

Saturday, March 12, 2011

SBE SKTM2

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah minggu lepas saya dan 5 orang kawan saya
telah menjalan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) atau SBE
di SK Tengku Mahmud 2,Besut

Bagi saya, SBE di sini sangat seronok dan best
sebab cikgu2 dan staff sekolah ni sangat sangat membantu dan beri kerjasama
contohnya, kami kena buat laporan tentang stor sukan, pembelian barang sukan, pengurusan rekod keluar masuk sekolah , kepala sumber kewangan sekolah.
tugasan kami ni melibatkan perkara2 urusan di pejabat pentadbiran dan juga guru sukan/pj
alhamdulillah kerani di pejabat banyak membantu kami untuk membuat tugasan ni
guru PK pun byk bagi maklumat. cikgu2 pun sama
terima kasih :)

hanya masuk kelas utk jaga exam
murid tahun 2. kesian kat diorang,ramai yang still tak reti baca
sedih tengok. masa sebelum keluar, diorang salam tangan..
rasa sayang kat budak budak ni walaupun sejam je masuk kelas.
nakal jugak budak2 ni, tapi takpe nakal comel. hehe

esok tu diorang nampak saya kat depan bilik spbt
"cikguu,cikgu!" diorang panggil sambil lambai2.
sayu je rasa hati ni, terharu sebab masuk klas diorang sejam je,tp mcm dihargai (perasan sikit.hehe)
ni yang menyuntik lagi semangat utk memikirkan cara-cara untuk bagi bdk2 ni pandai membaca
harap2 dapat buat satu inovasi baru..chewah! (angan-angan tinggi melangit)

ini beberapa gamba yang saya tangkap. tapi kat kamera kawan saya lagi banyak







rasa sangat syukur sebab masuk IPG.walaupun IPG ni kurang kemudahan tak macam IPTA
tapi kan, banyak boleh belajar kat sini.  rasa bersyukur sangat sebab Allah takdirkan duduk di ipg,bukan di uia. dah tak menyesal dah mcm dulu.h hhehehe

Siapa-siapa yang suka kutuk dan memperlekehkan IPG ,
mesti jeles sebab tak dapat pengalaman macam budak2 IPG
walaupun kehidupan kami agak berdisiplin disebabkan peraturan macam sekolah
tapi itu lah yang kami perlukan untuk menjadi guru yg berdisiplin untuk didik kanak2
supaya mereka juga berdisiplin. ecewah. tapi kita perlu berdisiplin dan juga penyayang
bukan reja marah2 budak ja. ye dak?

wslm

Kematian

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum
Masa ondaway nak balik rumah, saya singgah kejap rmh kawan di Baling
kawan saya tak ada,tapi mak dia ja ada
tiba2 mak dia kata,"betul ke ada junior ipg meninggal dunia?eksiden kat gerik?"
ha? mende gop. taktau apa2 pun
saya pun telefon kawan saya utk kepastian
hm.mmg betul pn cerita tu.

dari rmh kawan kat Baling, sampai la ke Kulim
Kepala duk tengah memikir tentang accident tu
Walaupun mereka bukan beragama Islam, tapi saya rasa sangat sedih(walaupn tak kenai pn)
entah la,perasaan yang tak dapat digambarkan.
diorang muda lagi,19 tahun. dan bakal guru
junior saya.cam muka tapi tak kenal .
mungkin mereka bakal menjadi guru yang berdedikasi, mendidik anak bangsa
tapi takdir Allah, kita tak dapat nak elak. Allah Maha Kuasa

4 bakal guru maut di Lebuhraya Timur Barat
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=570202




Dari Allah kita datang,Dari Allah kita kembali
Rasa tak salah kan kita cakap camni walaupun yang meninggal tu bukan Islam
tapi mereka tetap makhluk ciptaan Allah, manusia.
Sgt sedih dan pilu hati ni.entah la awat terlebih emo
tapi rasa macam takut sangat kalau berada di tempat mereka
entah apa nak jawab bila disoal kat kubur nanti? amalan pun, rasa macam satu pun tadak yg betul2
akan diterima! . . . . ... . .

MAMP*S?

Saya teringat lagi masa kecik kecik dahulu
Ada nampak van orang Cina meninggal, lepastu tanya la kat makcik pengasuh
"ada orang Cina mati ke?"
"haih. orang Cina kita takleh sebut mati. Cina mampus. " kata makcik pengasuh ku

Taklama lepas tu, saya pun tanya ayah
"Ayah,betul ke kalau org Cina kita takboleh kata mati. kena cakap mampus? (waktu ni innocent, kanak2 kan.semua benda tanya utk pemahaman diri)
Ayah jawab dengan nada yg agak marah "Mana boleh cakap macam tu. diorang tu manusia juga. siapa cakap tak boleh cakap cina mati?" kata ayah.
Alhamdulillah saya dikurniakan ayah yang mengajar saya utk menghormati agama lain.

Sekarang dah besar, saya dah boleh tafsir sendiri
orang Melayu ni mentaliti dia kurang sikit
suka hati nak panggil orang cina atau india macam tu
india panggil keling la, paria lah.
mentaliti Melayu.bukan mentaliti Islam

Islam tak ajar pun kita mencaci agama lain.tak ajar kita label agama lain
Dalam Piagam Madinah, Rasulullah s.a.w pn jaga kebajikan orang bukan Islam
kita perlu hormat mereka, selagi mereka menghormati kita
Islam sendiri tak bagi musnahkan rumah ibadat mana2 agama pun sewaktu perang
betapa toleransinya Islam


tapi kalau mereka hina agama kita,Islam, kita kena bangun menentang mereka
selagi mereka hormati Islam, kita juga hormatilah mereka kan.


KEMATIAN DAN ISLAM


Kematian itu pasti. bagi kita orang Islam, bila dengar kematian tu, kita sepatutnya takut. dan berusaha untuk cari redha Allah. bukannya hanya cakap "takut..takutt" di mulut sahaja, tapi tetap buat perkara perkara Allah tak suka.buang masa dengan hal dunia tak berfaedah, enjoy dengan kehidupan dunia, boros membeli kemewahan dunia, lalai hanyut dgn cinta dunia..itu realiti umat Islam sekarang
hanya cakap di mulut sahaja takutkan kematian, tapi manusia sgt sombong,takabur......

sebab.............

tak takut langsung dengan azab Allah..dan melakukan semua yang Allah larang walaupun tahu termaktub dalam AlQuran perkara itu dilarang.

Misalnya tutup aurat, berhias berlebihan, mendekati zina. etcetc
Sudah termaktub terang terangan dalam AlQuran Allah larang kita buka aurat,Allah larang kita berhias berlebihan utk menarik perhatian lelaki. tapi kenapa kita umat Islam still gatal nak buat jugak?

Jawapan dia... Manusia sekarang sudah tak takut pada azab Allah.
Mereka takabbur, sombong.
Manusia lupa yang dunia ni hanya tempat kita rehat ja,macam R&R
Destinasi utama kita adalah akhirat.
Dunia hanya tempat utk Allah uji dan tapis.sapa hamba dia yang betul2 beriman kpdNya

Syaitan dah ketawa berdekah dekah tengok manusia ikut jejak langkah dia. Lupa kah kita dengan janji syaitan kepada Allah?Syaitan janji nak sesatkan manusia daripada taat pada Allah

"Kahkahkahkahkahkahkahkah.aku dah berjaya pesongkan hang,manusia!hahahahahaha.. jom la kita masuk neraka sama2!!lalailah engkau. dengan cinta manusia,cinta dunia!kemewahan!enjoyy lagik.yeahhh!joget2,nyanyi2,!jom kita berhibur!jangan baca QUran.jangan solat. jom kita shopping suma barang kita nak!pakai seksi,jarang jrang, ketat2,pendek2.bagi lelaki minat kat hang wehs.yang penting,aku tak nak hang ingat Allah!lalailah hang wehh.. enjoy hidup dunia ni!selagi masih hidup!jomm,yihaa.yihaa. ikut aku.meh meh ikut aku masuk neraka. jom naik mercedes masuk neraka!aku drive, hang jadik co pilot pn ok dah.hahahahahhaa" kata syaitan keseronokan.

Takabbur.sombong. perangai syaitan yang manusia dah tiru.

Berlagak pandai depan Allah. Sombong. Hingga sangat sangat berani abaikan perintah Allah

but remember, macam omputeh cakap, What goes around comes around
kalau kita berani nak hadapi azab Allah, teruskan.teruskanlah menyombongkan diri pada pencipta anda
Ingat janji Allah.Allah akan balas setiap amalan kita. Allah akan bagi azab yang sangat pedih dengan dosa dosa kita.

Allah Maha Penyayang, masih lagi membuka pintu taubat buat hambaNya. smpai sekarang
ape lagi ,jangan bertangguh dalam bertaubat! kematian itu pasti :)


wslm
  

Tuesday, March 8, 2011

Permaisuri Hatiku

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah.berkesempatan lagi untuk membiarkan jari-jari berjoget atas papan kekunci laptop ku ni
Hhehee. Fuhh...fuuhhh!bersawang dah aih...labah-labah siap beranak pinak lagi kat blog ni

oklah nak share satu nasyid ni
Permaisuri Hatiku
Ditujukan khas buat diriku sendiri
Ehe.mari kita cari cinta Allah dulu, dan berdoa supaya dikurniakan suami yang cintakan Allah juga.
sekarang ni tak perlu lah sibukkan diri dengan cinta yang masih belum halal lagi.
Cari cinta Allah, insyaAllah kita akan dapat cinta manusia yg cintakan Allah.aminn.


Permaisuri Hatiku 


Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impian mu
Oh sayang ikhlaskanlah hati mu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi

Benarlah! cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku cuba akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari

Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadanya
Di syurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani

Dalam menggapai cintamu