Saturday, March 19, 2011

Besutos El Colorado

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum
Alhamdulillah saya sudah sampai di
Besutos El Colorado , espanyoll.
ahaks

bilik perlu dikemas dan disusun rapi
kerana bilik telah digunakan oleh insan insan lain masa cuti aritu
tapi malas lagi
jom buat esaimen! (buat2 rajen kejap)

tadi dalam kereta bersembang dengan akak senior dan madi
tentang eksiden aritu.
tiba-tiba perasaan itu muncul semula
perasaan takut.erk,takut kalau kita jadi macam tu jugak pada masa akan datang
seriezly rasa nak bawa dengan sangat sangat bersopan santun dan berhemah lepasni

sebab teringat masa p SBE kat SKTM2 ritu
keluaq maktab pukul 7.20pagi
memang bawa pecut la kete tu sambil main selit menyelit dgn kereta lain
takmau dah bawa reta macam tu!
takut tanpa disedari kita brek mengejut dan....
pumm!!reta kita akan hilang kawalan sebab ayah kata bila kita tekan brek kuat2
tayar tak bergerak, so kita tekan brek kuat mana pun, kita akan lagi slide.
sebab itu pentingnya ABS (antilock braking system)
boleh jadi mekanik ni .ehe

ape2 pun, bersyukurlah kita setiap hari sebab Allah bagi kita lagi peluang utk hidup ari ni
takut sangat kalau kita mati dalam keadaan yang tak diredhai Allah
mungkin mati masa sedang berada di pawagam bersama teman lelaki
mungkin mati masa sedang bersuka ria shoping di kbmall
mungkin..mungkin...macam2  kemungkinan bakal berlaku
hanya Allah yang tahu.
kita hanya mampu berdoa supaya Allah jauhkan kita dari perkara2 tak elok
dari kejadian tak elok..
tapi kalau kita nak Allah jaga kita, kita kena la jaga Allah dulu,
ambik hati Dia dulu kan? :)

sedih sangat tengok kejadian tsunami kat Jepun
walaupun mereka majoriti non muslim
tapi Islam kan  ajar kita bantu membantu tak kira la agama apa pun diorang
beri perlindungan sewajarnya. mereka still makhluk Allah.
kita tak boleh la nak kata, alaa diorang bkn islam,xpelah.

sian tengok warga2 emas duk atas bumbung.
kemungkinan radiasi dari loji nuklear plak lpasni.
YaAllah,takutnya. sekarang ni dunia makin tua.
kita semakin menghampiri ..kiamat!!

Semoga kita semua istiqomah dalam berusaha beramal keranaNya
giatkan usaha, tak tentu bila usia kita di dunia ni bakal berakhir..
tak dapat bayangkan kalau hari yang dijanjikan itu tak lama lagi...

YaAllah..

semoga kita semua mati dalam keadaan yang diredhai Allah..Amin.

wassalam~


   

No comments: