Wednesday, December 28, 2011

Bgaul dgn kanak2 cara Rasulullah s.a.w

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamu'alaikum w.b.t

kalian semua pernah tengok video2 Fattabiouni?
belum??

jum tengok!! ^_^

ada byk subtopik,antaranya "Bergaul dgn kanak2 cara Rasulullah s.a.w"

first time saya tengok,saya nangis.....
Indahnya budi pekerti Rasulullah s.a.w thadap kanak-kanak.
tak pernah lagi saya jumpa lelaki yg mcm ni terhadap anak-anaknya atau kanak2.
tp orang putih,sy pernah nmpk diorang melayan anak diorang dgn baik,mcm ikut Rasulullah s.a.w



dr sekolah sy mnat psychology.berangan nk amik psychology di UIA.
tp tak ksampaian dan sy pilih maktab.
tp ada hikmahnya,di mana di sekolah, kita akn berdepan dgn psikologi kanak2.
alhamdulillah!jadi ckg bermakna,anda perlu memahami psikologi kanak2 jugak ^.^

klu tgk video atas ni,
Rasulullah s.a.w sangat berhikmah dalam menegur kanak2, tidak menengking,jauh sekali memukul!
Islam is the way of life. Islam ajar kita mendidik,bukan menghukum :)

 i wish i could be a good parents one day.just like Rasulullah s.a.w!aminn..

mujahid

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamu'alaikum w.b.t

mujahid.nama ni mungkin akan saya igt smpai sy meninggal agaknye.ahah!

start jun 2011,sy duk dgn rumet baru. kak ida namanye
kak ida dah kawin masa dia umur 22tahun, iaitu bln5 2010.
suami dia smbung blajar di Jepun. dia dan suaminya tak kenal pn b4 kawin.
diorg bcinta selepas kahwin. kdg2 dia crita,dh stahun lbih kawin tp mcm br smlm kawin.
tulah berkat org bcinta lpas kawin kot kan ^.^

diizinkn oleh Allah,kak ida pregnant dan sy sbg rumet memainkan peranan jgk.
tp kdg2 sy rs dia yg byk tlg sy,berbanding sy yg tlg dia.
sy tlg angkat brg berat2, erm,kalau nmpk dia mcm xlarat sy tny kalau ape2 nk tlg,lepastu, sy tlg ape2 yg diperlukan.tp bila kak ida dh sarat, mmg dia p tandas pn sy xbrani bg dia p sorg2.dia jln dah la smangat dan laju!risau sungguh kalau jatuh. so kdg2 sy pimpin dia, walaupn dia kata xpayah.eii.degil betul :D

tp dia tlg sy lebih dari tu,
sy ni jenis mls nk beli mknan,lpastu mkn roti je.kak ida selalu gk tegur,mkn la maya
kalau nk jimat pn,jgn la xmkn nasi langsung sehari. smpaikn kdg2 dia yg beli nasi bg kat sy. mungkin geram sgt tgk sy xmkn nasi.  lepastu slalu dia kluaq mana2, dia yg drive, sy tak drive pn. kdg2 dia msk utk sy, byk jgk dia buat utk sy.

yg speselnya kak ida ni, walaupn mengandung,tp sgtt kental jiwanya.superwoman betul!hahaa.
tak prnah nmpk dia mengeluh tak larat la apa la, bersemangat sentiasa.
muntah pun pnah skali je kot sy nmpk.time makan bukan main semangat!

cuba bayangkan seorang isteri mengandung anak first, tanpa kehadiran suami di sisi,beribu ribu jauhnya dan tinggal di hostel . bilik pun kecik tak la besar kan. tp tetap biasa2 tak sedih2 nangis2.lemah2 pun tak. serius sy kagum betul dgn kak ida! tak mengade2 pun.nak jadi mcm kak ida jugak la!bjiwa besaq!

byk kenangan dgn kak ida dan baby mujahid yg still dlm perut.tgk pkmbangan dia tiap bulan, tgk buku rekod dia. tgk org mengidam mkn buah sukun,chezy wedges.jgn sbut mknan ape2,nanti trus mengidam.haha.tgk mujahid tendang2, tgk muka mujahid dlm perut!

Mujahid sgt comelll!auntie maya teringin nk jmpe Mujahid face to face. (auntie konon.hehe)

bila dah nak habis2 sem, ramai jgk tny, bila rumet kak ida plak nak kawin? =.= sy still muda remaja,nk jaga anak sdara pun terkial2.apekn daya anak sndiri?

kalau ada jodoh satu hari nanti dgn siapa2,insyaAllah sy kawin la. tp nak ikut kak ida,bcinta lepas kawin. kak ida mesti tharu ada org nk ikut kisah dia kan.ahah! :D

sy tanak laki sweet yg main gitar,kata2 manis,bg teddy bear,bunga ros.bg cokelat,handsome,kaya,macho.tgk prmpuan bdasarkan rupa sahaja, etc2

tp sy harap dpt dijodohkn dgn  laki sweet yg berusaha bsungguh2 utk cintakan Allah lebih dr mencintai org lain dlm hidup dia even isteri dia snirik. bila letak Allah pling utama, so yg lain2 otomatik sweet jgk.haa.betoi dak (tiba2 tdengaq suma cakap pasai sweet2 lpas fenomena video proposal,nak jgk bg pdpat.ahaha)
____________________________
Kak Ida n Mujahid, see you soon!
moga ikatan ukhuwwah kita kekal selamanyaa
InsyaAllah ^.^

 

antara semalam dan hari ini

بسم الله الرحمن الرحيم


assalamu'alaikum wbt..
td tjmpa 1 video di youtube..tjuk 'antara smalam dan hari ini'

teringt tntng diri ku.
dibandingkan smlm dan
hari ini.
dahulu dan sekarang

dan tfikir  jgk.
adakah kita akan terus istiqomah
atau berhenti di tgh jln?
krn x mmpu ?

tp trigt kata2 beberapa org Insan

"jagalah Allah,nescaya Dia akan menjagamu.."

Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu**. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering***.

bgaimana cara kita menjaga Allah?




Tuesday, December 27, 2011

Bes Besut Loni..Noooh.

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t

seingat saya, first jejak kaki di besut pada 14 Julai 2008, tarikh takkan dilupakan. 
saya yg mrupakan seorg yg agk suka pd kesenangan, suka kebandaran(walaupun tak sedar diri hny duduk di pekan kulim.hehe)suka kebendaan,suka mende2 hok grand2,suka shopping2 complex,suka mkm mahai2,suka suma yg dunialah.haha..akhirnya agak tercabar jugak keegoan apabila ditempatkan di Kuala Besut. sebuah kwsn yg didiami penduduk persisiran pantai,majoriti nelayan. mula je masuk mula nak banding2kan dgn UIA PJ, padahal baru duk 3mgu ja kat UIA tu.

tp jauh di sudut hati saya,saya sedar bahawa di bumi Besut ni lah byk perkara yg saya belajar.dan sy rs sangattt bersyukur ditempatkan di Besut!seriously,i love Besut! (pasti org2 Besut turut tharu....)

1. Saya belajar tentang Islam
- Alhamdulillah sejak masuk IPG sini, saya lebih byk mpelajari Islam.yg before ini sy rs mcm saya Islam tp sy sendiri tak memahami apa itu Islam. seriously, most of us beragama Islam tp kita tak sedar sebenarnya kita sendiri tak mengamalkan Islam kan?Al-Quran malaih bc,solat tah hape2.kuat ngumpat benci org(i was b4.hehe) bila tgk org amalkn Islam yg sbenar,kita cop alim.padahai, yg sebenar tu la kita semua patut lakukan. insyaAllah,moga sahabat2 ku smua di IPG pn sama. kutiplah ilmu di sini selagi kita msh bgelar pelajar
.rugii tak guna ms bljr ni utk cari ilmu2 Islam ni.at least gi surau kuliah ustaz.
cthnya. dah kawin nanti jgn menyesal tak kutip ilmu2 Islam ms masih blajar.
sebab dgn pengetahuan Islam lah kita nk bina kluarga yg dirahmati dan diberkati Allah
mengikut teladan Rasulullah s.a.w. ye dok? ^.^ 

2. Saya belajar persahabatan

alhamdulillah.sy blajar nilai2 psahabatan kat sini. dengan sahabat2 sekelas, sahabat 1 batch,senior2,junior2.dan kucing2. syukur takat ni,rs mcm semua sahabat kat IPG ni baik2 blake pd pandangan saya. sahabat sekelas, mereka mrupakn org tpenting krn km brsama 5tahun 1/2.senior n junior,most of them yg bantu sy utk mpbaiki diri ini.sahabat2 sebatch,dan sumelah yg sy knal, syg ampa smua! sy br sdar yg ukhuwwah bkn dgn org2 trtrntu je,tp ukhuwwah krn Allah adalah dgn smua org kwn2 kita!timekasih pd coretan ukhuwwah  dlm buku Hilal Asyraf yg telah tkena batang idung snirik.

3. Saya belajar bahawa bsyukur dgn apa kita ada.ada yg takda mcm kita ada..

hobi saya mengusha ragam org.suka perhati sosiologi masyarakat.ahah!
kalau jln2 di Pasar Besut, anda akan tgk orang2 yg kurg bnasib baik, jual2 sayur,makcik jual telur penyu, jual paku pakis. pasar sini tak mcm Kulim. pasar sini nmpk sgt tradisional. sy selalu mdgr kwn2 cerita, 

ada sorg ni cerita, 
"Ada sorg makcik ni dia jln dgn anak dia sorg,smbil bwk ikan2 dlm bekas,nmpk mcm ikan yg dtgkap sendiri. dia tny aku,dik nak beli ikan tak?.tp ye lah,takkan nk bli ikan,duk hostel kan. tp aku perasan anak dia tgh perati kek kat grai dekat2 situ. ksian aku tgk,aku nak beli bg tp poket aku kosong masa tu.(waktu ni krisis elaun khabisan sbb nk hbis sem dh.)

kisah rumet plak
"td akak tgk, ada seorg ayah ni kat gerai jual brg2 bundle beg terpakai. si ayah mbeli sbuah beg bundle kpd anak kecilnya. tersnyum lebar keriangan si anak tu,krn ayahnya telah mbelikan beg utknya.

byk lagi kisah.tp yg kat atas ni.memang mnitis air mata kalau tgk dgn mata sendiri. 
  • makcik dan anaknya tak ada tmpat mjual di pasar,cuma jual dgn brjalan dgn si anaknya.si anak pula teringin mkanan sdap2 yg mungkin mereka tidak mampu membelinya..
  • tak kisah la branded ke tak,baru atau trpakai, tp si anak tu sgt mhargai beg yg dibeli ayah dia.
betapa kita blagak nak itu.nak ini,nk brg2 branded, nk mkn restoran mahal2,nak smua hat grandd, pboross,suka membeli brg comel2 tp tak guna pon!
(err..i was.ahah!)
sedarlah harta dunia sebentar sahaja, ms nak guna duit tu, fikir yg kurg bernasib baik
nak membeli tu,tak payah la sgt,yg perlu shj,dan tak mahal.
dan belilah brangan buatan malaysia. brand 1malaysia maybe...*krik..krikk..




4. Saya belajar utk bawa reta
Sejak dpt lesen pd tanggal April 2008.mmg takpernah bawa reta kat rumah!sbb mama ayah kata buleh kalu nk bw reta,tp ayahatau mama kena duk sebelah @_@.uihh.takot2. so tak bawa la reta lgsung.ahah!
tp start pd thn 2009, sy memberanikan diri utk bw keta di area2 kmpung Besut, dah pro sikit, gi Pekan Jerteh pulak. pro pulak sikit,up lagi, pi Kuala Terengganu.pastu up lagi, p Kota Bharu,Pasir Mas,Rantau Pjg. alhamdulillah,bila selalu bawa,lama2 dah boleh biasakan diri. patut omputih kata,praktis makes perfect noh! sjak itu,mama ayah pun bagi chance bawa reta kat rumah,dan paling jauh bg lepas p kilang lama n butterworth  ja:D

5. Saya belajar bahasa Klate n Ganu

kwn n lecturer mostly oe klate/besuut

bulih dok kawe kecek2 sket.
hungga. ..bo bo la. guano mu?
pahhtu gak.. weh sepsep mu.

kwn dgn org Ganu pulok:
holoh kakah ni.(kakah=perkakas)
ye dok mung?
aku dok wat nape2
ye lah hokk?
dor rok cettongg

dan sbagainya.haha.dan yg selalu terikut sampailah balik ke rumah sikit2 'ye laa hok?'. pkataan fav

6. Saya belajar tentang menghormati budaya lain(Pantai Timur)

Ada beberapa perbezaan yg sy kenal pasti di negeri2 Pantai Timur. ari Jumaat suma kdai tutup,termasuklah cafe dlm mktab.maka kami pn perlu bdikari cari makanan pd waktu weekend sbb cafe tutup. dan transport dr maktab ke jln besar pun,susah sikit sebab bas tak masuk dpn maktab. 

yg saya paling ingat skali, ms first time tgk bubur asyura versi Pantai Timur.sy pelik sbb ms gotong royong potong2 bahan bubur ni,siap ada bwg daging sume.terpinga pinga duk pikiaq,ni bubuq apa ni?
rupanya bubur asyura sini sgt berbeza dgn tmpt sy.sini mcm byk rempah dan lebih kurang rasa mcm sjenis lauk. bubur lambuk di sini pun brbeza dgn tmpt sy. tapi,kita sbg org baru kat sini, perlu mghormati pbezaan ni, jgn la kutuk2 x sdap la,xmanis la. apa hangpa rasa kalu oghang kata kuih karas Aloq Staq tak sdap lgsung!tawaqq ngat eh!haa.trasa tak?so same la di sini. kalau kita tak suka pn,jgn kutuk plak.

haa. BUDU..org sini kata,kalau mai sini,kna blajar mkn budu. tmsuklah sy.haha.org tkejut tgk mkn petai cicah budu. smua ni kwn2 Pntai Timoq yg ajaq.sodap banget!
start duk sini jugak sy suka mkn msakan kmpung yg dibawa oleh rakan2 dr Kuale Berang,Kuale Terengganu,Ketereh,Batu Rakit. byk sgt sy blajar drp kwn2 kat sini. diorang cerita psl zmn kecik2 kat kmpung diorg, diorg slalu main ape,etc2. sgt menarik khidupan kwn2 yg asal dr kg! kalu sy lah kan, ms kecik2 dulu naik gerek ja kot,keliling taman.pastu gi tmn permainan.haha.tak adventure kan.
_______________________________

byk lg sebenarnya sy blaja sejak duduk di Besut ni. 
kehidupan di Besut membuatkan sy lebih mghargai kehidupan ini. 
buatkan sy lebih rs utk tidak mboroskan diri,tidak mbanggakan diri.etc2.
sy rs tak perlu nak habiskan duit gi bli mahal2,branded. shopping2 ape sume tu.tak perlu habiskan duit utk smua tu.takdpt apa pun.just kpuasan diri yg dpt. 
tgk org sini,nmpak biasa tp sebenarnya diorg byk tanah oo.cuma taknaj tunjuk je. baguskan ? ^.^

dan khidupan di sini mbuatkan sy lbih matang dr dulu

dan sy rasa setiap org sepatutnya mgunakan pluang blajar yg ada ini utk cari ilmu yg ada
tak kira la ilmu apa,especially ilmu agama

cthnya kalau belajar di luar ngara, kita boleh pilih nak pergi tak Talks tentang Islam, nk join aktiviti2 tntang Islam, pergi Usrah,ajar budak2 ngaji.
atau
kita boleh pilih utk bergewe(berbf) dgn mat saleh  yg hensem,sosial dgn pgaulan agk bebas, tak solat,gi club.etc.

err.betul kan? semuanya di tgn kita. dan semuanya kita akan dipertanggunjawabkan di akhirat kelak.

jadi, lakukan perubahan!semuanya bmula di hati anda :)


Monday, December 26, 2011

Moga..InsyaAllah ^.^

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum..w.b.t

alhamdulillah,sy dpt lihat smakin lama,smakin masyarakat ingin kpd Islam.
tak kisah la sahabat2 saya ka,jiran ka,family ka,anak murid ka,ckg ka,menteri ka,artis ka,
kiranya semuaalah.masyarakat.

kpd pihak2 yg menyumbang kpd masyarakat utk memahami Islam yg sebenar dan tujuan hidup kita
..NGO2 Islam, Ikram,haluan,perkim,isma,abim, muslim revert malaysia.
..pndakwah2,Suhaib Webb,dr maza,hamza yusuf,azhar idrus,smuaaalah pdakwah/pceramah
..rncgn tvalhijrah
..nasyid2.etc

insyaAllah,moga Allah mpermudahkan smua urusan kalian ^.^


Friday, December 23, 2011

pertemuan itu. .

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t
nasyid ni saya tujukan buat insan  yg sy simpan dlm hati sy.
antara tmpt yg special
insyaAllah hingga akhir hayat ku.
hari ini hari lahir insan tsebut...
26 Dis 1989
prmpuan ye,bkn laki!:D

bila dgr lagu, first mesti igt insan ini.
the whole lyrics mmg sgt2 sinonim dgn prasaan sy pd insan ini
dan seterusnya barulah diikuti sahabat2 lain di sekeliling saye.hehe.maap jgn kcik ati ye :D

pliss smua,dengar dan hayati hayatii betul2 lirik ni.

tntang seorang sahabat yg mbantu sahabatnya dlm memahami cinta yg sebenar.
seorg sahabat yg dahulunya ego,materialistik, keras kepala.etc2 yg ngatif
dlm usaha menasihati,mengingatkan,menegur,menyayangi sahabatnya
demi kebaikan sahabatnya
mbantu dlm pencarian sahabatnya utk mencintai Allah sebelum mcintai insan lain dlm hidup
_________________________________

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan



Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan




Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
__________________________________________


nak tegur boleh,nk nasihat boleh,ada cara yg lembut,yg org senang,mudah terima


so kenapa kita tak nak gunakan cara lembut utk membantu org lain yg lalai dgn dunia? ^.^


Rasulullah s.a.w pun ada adab nak ajak org ke arah kebaikan kan
bkn tengking2,dan hukum org.apetah lg rasa kita sangat bagus n perfect dr manusia lain ^.^
wslm

Wednesday, December 21, 2011

tudung /hijab

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum w.b.t
hari ini saya nak sembang tentang tudung,hijab.

apa pendapat anda tentang jenis2 tudung sekarang?
yg saya nmpak skrg ni kbyakan tudung adalah spt berikut:

1. tudung bwl
2. shawl 
3. tudung instant(indon)
4. tudung bidang 50(akel)
5. tudung bidang 60(byk jenih)
6. tudung labuh.
_______________________

1. TUDUNG BAWAL 
mostly jarang kainnya.kalau org pakai,nampak habih tengkuk2. saya dulu pkai tdung bwl jugak.zmn2 skolah dulu. tdung bwl masa zman saya fom1-5, tudung bwl hitam yg mak beli tak jarang.namun apabila umur meningkat, tudung2 bwl yg djual di kedai,pasaq besut dan sgala pasaq, makin lama makin jrg.smpailah jd sejarang-jarangnya.dan masa foundation dan dgree sem1 saya pakai juga walaupn sedaq jarang,sbb rasa mcm, erm,takpe kot jarang sikit je.hihi.tp makin besaq,makin sedar sendiri,rasa mcm tak pakai tudung sbb laki boleh nmpk leher kita.hish!takotnya!so tdung bwl out of list.KECUALI, kalau pakai tudung bawal dgn ada inner yang tutup dr kepala smpai leher.ada jual kat pasaq,rm7 je. haa,kalau gitu ,okla pkai tudung bwl dgn inner

2. SHAWL
spnjang hidup sy,xpernah lg pkai shawl. tapii~pd pdpat saya lah kan, shawl kalau nak pakai boleh. pakai yg labuh cm pashmina tu,dan pastikan warna dia bkn warna warni yg boleh mnarik perhatian.mcm hitam,klabu,krim,koko,koko muda.dan semestinya,labuh menutup dada .blakang pn kalau boleh bwh paras bahu ka. shawl jnis pashmina tak jarang .jd slamat la leher kalian,takla laki free je boleh tengok leher dan tengkuk2 kita.kakak saya 2 org pakai shawl, dan saya rasa pkai shawl tak ada masalah kalau bertepatan dgn ciri2 spt di atas.ada org kata shawl tu tabarruj, tp saya tetap tak berpendapat begitu.bkn sy stuju sbb kakak sy pakai,tp sbb sy nmpk okayh je,tutup dada ape sume.dan tak ikut bentuk.dan ramai je org Arab pakai shawl kan,diorg pn pakai warna hitam and warna2 yg spt dinyatakan di atas.

TAPI,shawl ada yg pendek, jarang, warna warni pelangi, warna yg sgt striking yg buat smua org nk tgk kita.dan pakai pulak tak tutup dada.haa,yang ini sy tak stuju.shawl mcm ni tak mnutup .

3. TUDUNG INSTANT(INDON)
ahaaa.saya pernah pakai tudung ni,kalau time nak sidai baju kat bawah hostel dgn nak gi basuh baju kat mesin basuh tgkat bwh.nk gi bilik kwn2 blok lain pn pakai tdung ni ja.sonang,nama pn instant.hehe.
TAPI
pada pndpat saya la (korang jgn mrh2 plak,ni pdpt saya sndiri.kita kan ngara demokrasi.ehe)
tudung instant ni tak sesuai dipakai di public.sbb kainnya lembut dan seriously saya pn rs tdung ni slalu melekat kat badan. rs nya kain dia mcm ada electrostatic ion sbb asyik melekat2 kat badan. walaupun labuh,tp still melekat. tp tak tahu la kalau ada  yg jnis kain yg tak melekat.kalau tak melekat, rasanya ok utk dipakai sbb x nampak bentuk kita. takkan kita nak bg lelaki free tgk bentuk2 kat badan kita,kan :)

4.TUDUNG BIDANG 50 dan 60
tudung ni mrupakan pilihan insan2 yang tak ada kekuatan utk pakai tudung labuh. bg sy,bila pakai tudung ni,rs slamat brbanding tdg bwl yg sy slalu pakai. Tak jarang, lebih labuh drp tdg bwl (mostly tdung bwl bidang 45) TAPI kena tengok jugak kain/material dia.sebab ada jugak kain yg agak jrg.ada yg x jarang. dan tudung jnis Akel,dan yg lain2 tu,kbanyakannya susah nak bentuk.
jadi apa solusinya,??gunakan Starch Spray ke atas tudung anda! :D 
bagi saya,yg best sekali ialah kain jnis cotton.selesa dipakai,mudah digosok.(iklan promosi plak)

5. TUDUNG LABUH
tudung labuh, seriously saya respect pd insan2 pakai tdung labuh. sbb brani utk pakai.bg sy,org tdung labuh ni byk dpt pahala free.sbb org selalu kutuk2 diorg.pernah kwn sy sorang ni, org slalu mcm bila mlawak, msti guna nama dia.tak ada nama lain.sy plik jgk,adakah sbb dia pakai tdg labuh?dipersendakan sbb tdg lbuh?ada plak insan yg pggl tudung dia,mcm astro.org tdung labuh ni,buat salah sikit,terus dikecam.woho.dasat.
lepastu, bila org tdung labuh sdang bgelak ketawa  bergurau senda dgn sahabat2 Perempuannya, ada plak mengata."tudung labuh tp galak jugak ek".
ayoyoyo.suma depa buat,suma tak puas hati.tudung labuh tu manusia jugak,bukan robot diam 24jam, ada perasaan, sebenarnya diorang mcm kita la.dan bkn malaikat. apa salahnya bgurau snda dgn sahabat2,kan sunnah nabi jugak. mereka pun kelakar dan gila2 jugak mcm kita.
bg sy,mereka brusaha utk mjaga akhlak mereka,mjaga pgaulan dgn lelaki,jaga tgkahlaku.dan berusaha utk mpbaiki diri mereka.krn diorang ni dperhatikan oleh smua orang. buat salah sikit, org trus salahkan Islam.apalah ustzah,tp ..dot dot dot.

sy ucapkan tahniah kpd mereka yg brani btudung labuh.Yaa,saya tau ada yg bkn baik mana tp tdung labuh. Its depend,kalau org tudung labuh sbb krn Allah,insyaAllah dia tak buat prangai pelik2.tp kalau pakai sbb diwajibkan pakai,hurm,mungkin ada slack sikit.
____________________________________________________

konklusinya, ada pilihan utk anda memakai tudung, asalkan menutup aurat,yg penting, tak jarang, labuh tutup dada,tidak ikut bentuk ,warna bukan striking dan menarik orang,dan blakang tidak singkat.

stiap org latar belakang berbeza,semua org tak sama
Islam dah tetapkan syarat,jadi kita ikut yg Islam tetapkan
tak semestinya kita semua wajib pakai tdung labuh,
tapi kita wajib pakai tudung yang menutup aurat kita sebaiknya
dan pastikan tudung kita tidak menarik org utk tengok tiga,empat,5,6,10,11 kali (yang warna warni striking,pelangi dan paddle pop)

Islam tu tak susah, Islam kan syumul :)




Tuesday, December 20, 2011

Mary Maryam

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.
alhamdulillah dpt lg bertemu pd hari ini :)
hari ini,saya nak share tntang kisah seorang saudara kita yg tlah kmbali kpd fitrahnya.

_________________

http://saifulislam.com/?p=334

Bintang Ramadan di Tanah Kepulangan

On 31/08/2010, in Diari Kembara - Eropah, by Abu Saif | 27,063 views | Print Print | Email Email |
“Mr. Imam, bolehkah awak bacakan saya mana-mana kenyataan al-Quran yang bercakap tentang Mary?” Anthony bertanya kepada saya.
“Boleh. Sebentar ya. Saya ambilkan terjemahan al-Quran di situ” saya menyambut permintaannya.
Pagi itu saya menerima kunjungan Anthony, seorang pemuda Katholik.
Beliau menyatakan minatnya untuk mendalami Islam. Saya berbesar hati menerimanya, apatah lagi Anthony bermazhab Katholik. Amat sukar untuk bertemu dengan seorang Katholik yang memeluk Islam di Belfast.
Pagi itu, Anthony muncul buat kali pertama. Beliau memperkenalkan diri kepada saya dan memberitahu bahawa beliau bekerja sebagai seorang kaki tangan kerajaan yang bertugas di Stormont, iaitu parlimen Ireland Utara. Seperti Westminster di England.
“Baiklah Anthony, saya bacakan awak beberapa petikan dari surah Maryam ya” saya memberitahu beliau.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Peduli Lagi Maha Mengasihi Hamba-Nya
“… Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur (16)
Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: roh dari Kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.(17)
Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.(18)
Ia berkata: “Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci”. (19).
Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?” (20)
Ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya. (21)
Maka Maryam hamillah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.(22)
(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata: Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! (23)
Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:” janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.(24)
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. (25)
“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”.(26)
Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya. Mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya! (27)
“Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!” (28)
Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. mereka berkata (dengan hairannya): “Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?” (29)
Ia menjawab:” Sesungguhnya aku ini hamba Allah; ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi. (30)
Dan ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.(31)
“Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan ia tidak menjadikan daku seorang Yang sombong takbur atau derhaka. (32)
Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula”. (33)
Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya (34)
KASIH MARYAM
Habis ayat-ayat itu saya bacakan, Anthony menangis. Matanya merenung saya dan berkata, “Imam, kalaulah yang bercakap tentang Mary ini seorang manusia, nescaya saya akan sembah manusia itu. Inilah ungkapan paling indah tentang Mary yang pernah saya dengar.”
Saya sendiri jadi hiba dengan kenyataan Anthony. Saya tahu, Maryam merupakan seorang insan yang amat istimewa di hati orang Kristian. Dalam masyarakat yang mengalami keretakan institusi keluarga, ramai yang berdamping dengan kisah-kisah Maryam, demi mencari kasih sayang dan sumber kekuatan diri. Tetapi keindahan sebutan tentang Maryam, lebih terserlah di dalam al-Quran buat Anthony, berbanding Bible yang sudah dibacanya semenjak kecil.
Pertemuan saya dengan Anthony tidak berakhir di situ. Beliau sering datang melawat masjid dan masa pilihannya ialah sebelum Zohor. Waktu itu saya agak lapang dan Anthony mempunyai banyak ruang untuk berbual dengan saya.
CUBA SOLAT
Zohor itu, Anthony duduk bersandar di dinding belakang dewan Solat.
Dia seperti tenggelam mendengar keasyikan Mohd Nor melaungkan azan. Mohd Nor adalah sahabat saya, seorang akauntan dari Malaysia yang datang menemani isterinya menyiapkan PhD di Belfast. Suara merdu Mohd Nor, atau lebih mesra dengan panggilan Abu Muaz, memukau Anthony sehingga matanya seperti tidak berkelip menghayati bait-bait azan yang membesarkan Allah di masjid kami.
“Imam, saya ada satu permintaan. Bolehkah kalau saya sertai sembahyang kamu semua? Saya berdiri di belakang pun tak apa” Anthony nampak bersungguh-sungguh dengan permintaannya.
“Boleh. Malah kamu bukan orang pertama berbuat begitu. Kamu masih ingat dengan Jonathan yang saya ceritakan tempoh hari? Sebelum dia memeluk Islam pun, dia pernah meminta perkara yang sama.” saya memberitahu.
“Oh, Jonathan tu. Dia di Coleraine, kan?” Anthony bertanya.
“Ya. Sesekali dia datang ke Belfast bertanyakan hal-hal agama dengan saya. Apa-apa pun, kamu berdirilah di saf belakang ya. Dan pastikan pakaian kamu bersih” saya menepuk bahu Anthony sambil melangkah ke mihrab untuk mengimamkan Solat Zohor tengah hari itu.
“Allahu Akbar!” saya mengangkat takbir dan segala puji buat-Mu ya Allah.
Selepas Zohor, saya masuk semula ke bilik pejabat. Anthony mengekori saya dan menyambung perbualan.
“Saya nak tahu, Imam. Di tempat kerja saya tiada tempat Solat. Bagaimanakah saya hendak bersolat? Saya tidak mahu selepas memeluk Islam, saya ada meninggalkan Solat.” beliau bertanya.
“Oh, begitu. Allah menjadikan semua tempat yang bersih, boleh digunakan untuk kita berSolat. Kamu ada bilik sendiri?” saya cuba mendapatkan kepastian.
“Tak ada. Saya hanya mempunyai cubicle sendiri.” jawabnya.
“Kalau begitu, kamu bentangkan sahaja sehelai kain untuk kebersihan. Kalau mahu, saya boleh berikan sejadah ini. Saya pinjamkan kompas untuk kamu cari arah kiblat di pejabat kamu, ya.” ujar saya.

MENABUR BERKAT ?
“Oh, semudah itukah? Apakah tidak perlu kepada kamu datang ke tempat saya untuk menabur berkat?” Anthony bertanya.
Galak matanya mencari penjelasan.
“Hah hah, kamu biar betul Anthony. Di dalam Islam tiada istilah menabur berkat seperti itu. Imam hanya bertugas memimpin dan menyelaraskan Solat. Sebab Solat bukan hanya ibadah, ia juga latihan dari Allah agar umat Islam tersusun dalam kehidupannya.” saya ketawa mendengar soalan Anthony.
“Jadi maknanya dalam Solat tadi, kamu berdiri di hadapan bukan sebagai perantara kami dengan Tuhan?” beliau menyoal.
“Tidak. Semua orang bercakap secara langsung dengan Allah, berhubung secara direct dengan-Nya. Islam tidak memerlukan priest untuk menghubungkan manusia dengan Penciptanya.” saya cuba menghilangkan kekeliruan Anthony.
“Maknanya, Imam adalah Muslim Protestant lah ya?” Anthony bertanya lagi.
“Hahaha…”, saya ketawa dan saya tahu Anthony juga bergurau sebenarnya.
Sudah beberapa kali saya digelar Muslim Protestant oleh tetamu yang datang ke Masjid.
“Ya, Islam lebih dekat di hati saya. Saya dan Imam, kita sama-sama makhluk ciptaan-Nya. Kita sama-sama diuji oleh Tuhan. Siapa yang patuh akan selamat. Siapa yang engkar akan dihukum.” Anthony seperti berbicara kepada dirinya sendiri.
Dia merenung lantai dan sepi seketika.
“Anthony, apakah kamu sudah bersedia untuk kembali kepada fitrah?” saya bertanya perlahan-lahan.
Anthony mengangkat kepalanya dan tersenyum kepada saya, “Ramadhan ini saya akan lafazkan Syahadah. Saya mahu memulakan Islam saya pada bulan Islam bermula.”
“Insya Allah. Cuma kamu tahu yang kamu boleh melafazkan Syahadah pada bila-bila masa sahaja, kan?” saya mahu mendapatkan kepastian.
“Ya, saya faham Imam. Doalah kepada Allah untuk saya. Saya sedang mengumpul kekuatan diri” Anthony bersalam dengan saya di pintu masjid.
Kami sedang sibuk mengecat masjid dan membersihkan halaman kerana Ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Jika Anthony memeluk Islam, beliau adalah saudara baru ke-18 yang berSyahadah di hadapan saya. Namun tidak ramai Irish yang bermazhab Katholik memeluk Islam. Setakat ini hanya dua dan mungkin Anthony menjadi yang ketiga. Selebihnya adalah Protestant. Tetapi setiap seorang Katholik yang memeluk Islam, ternyata mereka menjadi sangat dinamik. Seorang yang terbaik di masa jahiliah akan juga menjadi yang terbaik semasa Islam, jika sikap positif dan “kuat mengaji” itu dikekalkan.
RAMADHAN ITU
Ramadhan 1424 menjelma.
Masjid kembali meriah.
Setiap malam, iftar disediakan dan anak-anak muda semakin gemar berkumpul malah tidur di masjid sahaja. Saya membiarkan sahaja, asalkan mereka menjaga kebersihan dan mengemas masjid sebelum jemaah subuh tiba.
Jumaat pertama Ramadhan itu, Anthony datang ke masjid selepas Asar.
Salam to you Imam. May Allah bless you. How is everybody in the mosque?” Anthony menghulurkan tangan bersalaman dengan saya.
Salam to all those who seek His guidance“ saya menjawab sambil tersenyum.
“Imam, hari ini saya berpuasa. Pastikan makanan berbuka puasa nanti cukup. Saya kelaparan yang amat sangat” Anthony ketawa kecil.
“Rumah dibina di atas tapak yang telah dipasak. Puasa kamu adalah sebahagian dari rumah itu. Bagaimana dengan tapaknya?” saya cuba beranalogi.
“Malam ini Insya Allah. Harap Imam dapat membantu”, Anthony merenung tepat ke mata saya. Padanya ada keyakinan yang tinggi dan saya tahu ini adalah hari yang dinantikan.
“Pastinya Anthony. Jika tengah malam sekali pun kamu gerakkan saya untuk ini, saya akan bangun dan membantu” saya menjawab.
Selepas solat Maghrib, jemaah sibuk mengambil tempat masing-masing sebelum nasi minyak dan ayam tandoori diedarkan. Ketika semua orang sibuk makan, saya bangun dan membuat pengumuman.
“Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh. Brothers and sisters, malam ini kita berasa sangat bertuah kerana kita akan menerima seorang lagi saudara baru. Brother Anthony mahu melafazkan syahadahnya sebentar lagi. Kepada sesiapa yang berkelapangan, anda dijemput untuk bersama”
Jemaah di masjid bertakbir. Ramai yang terpinga-pinga bangun mencari siapakah Brother Anthony yang saya maksudkan. Makanan segera diselesaikan.
“Brother Anthony, malam ini kamu telah membuat kesaksian dengan penuh kerelaan hati kami bahawa Islam adalah agama Allah yang benar. Tiada sesiapa yang memaksa kamu?” saya bertanya.
Anthony mengeleng-ngelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“Kamu juga telah memahami asas-asas Islam dan tahu di mana titik perbezaan antara Islam denganCatholicism yang kamu anuti?” saya menyoal lagi.
“Terima kasih kepada Imam kerana telah membantu saya memahami Islam. Islamlah agama yang benar dan saya mahu hidup serta mati bersama Islam” Anthony menjawab dengan penuh yakin.
“Baiklah, ada sebarang persoalan terakhir sebelum kamu melafazkan Syahadah?” saya memberikan ruang kepada Anthony untuk menyelesaikan sebarang hal yang masih belum jelas baginya.
“Ya, selepas saya memeluk Islam, saya harap sekalian yang hadir dapat membantu dan membimbing saya mengenal Islam” Anthony mengangkat kepalanya kepada hadirin yang mengelilingi kami.
Seluruh jemaah tersenyum dan menganggukkan kepala. Saya menggenggam tangan Anthony sebagai tanda ‘bersama’nya saya di dalam permintaan itu.
“Awak ikut sebutan Syahadah saya satu persatu. Kita akan lafazkan ia di dalam Bahasa Arab dan kemudiannya Bahasa Inggeris.” saya memberitahu.
Anthony mengangguk.
LAHIRNYA SEMULA SEORANG HAMBA
Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlah … Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah
I bear witness that there is no God but Allah … And I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah
“Alhamdulillah. Segala puji buat-Mu ya Allah. Oh Tuhan, kau bimbinglah Anthony ke jalan keredhaan-Mu, kau lapangkan jiwanya dengan Islam. Kau kuatkan keazaman dan semangatnya. Kau hidupkanlah dan matikanlah kami semua di dalam Islam” saya berdoa.
Anthony bangun dengan air mata bercucuran membasahi pipinya. Malam itu dia lahir semula. Tangisannya seperti anak kecil yang mencari pelukan kasih.
Kami berpelukan. Ahli jemaah masjid berjabat tangan dan mengucapkan tahniah kepada Anthony.
“Selamat kembali ke fitrah asalmu Anthony. Kami adalah saudaramu, sehidup semati” As’ad, iaitu salah seorang jemaah di masjid kami memeluk Anthony dan bersalaman dengannya.
Saya membawa Anthony ke bilik dan memberikan sedikit taklimat berkenaan beberapa perkara yang perlu Anthony lakukan. Dia yang sudah sedia datang ke masjid dengan persalinan, menuju ke bilik air untuk mandi, seumpama membasuh jahiliah yang telah ditinggalkan buat selamanya dan datang kepada Allah sebagai hamba yang suci dan bersih.
Malam itu Anthony berbaris bersama jemaah yang lain untuk solat Isyak dan Tarawih. Kali ini bukan hanya untuk merasa pengalaman, tetapi sebagai sujud pertama seorang insan yang pulang ke pangkuan Tuhan, diiringi keindahan bintang dan bulan kecil hiasan malam Ramadhan, di celah awan yang menurunkan gerimis iman, buat seorang teman bernama Anthony.
Kini, Anthony sudah berhijrah ke London. Beliau mendaftarkan diri membuat Diploma Pengajian Islam di sebuah kolej di London dan sms terakhirnya kepada saya, Muhammad Amin sudah beristerikan seorang Muslimah dari Tunisia.
Salam rindu saya buat Muhammad Amin Mooney, semoga engkau terus beristiqamah dengan Islam, yang telah mempersaudarakan kita.
_____________________________________________
subhanallah, menitis air mata baca kisah ni.
smoga kita yg smemangnya Islam ni, contohilah keazaman saudara Islam kita yg baru
bsemangat mcari keredhaan Allah