بسم الله الرحمن الرحيم
assalamu'alaikum wbt
saya terjumpa artikel ini di FB
dari Dr Zainur Rasyid
dan rasa mcm nak sharing dgn kwn2 yang lain.
jum sibukkan diri dgn perkara faedah. :)
buat masa ni, gantikan lelaki yg bukan bergelar suami yg bertakhta dlm hati anda itu,
dengan yang tidak mati (pkataan inspired dr video kopiah n rokok)
siapa yang tak mati tu?
Allah ^.^
ingatlah Allah,hatikan tenteram..
camane nk mula2 cuba cintakan Allah?
-tengok alam semulajadi,sekeliling kita, bunga,gunung,haiwan.fikirkan bagaimana hebatnya Allah ciptakan pelbagai makhluk yg berbeza
-baca al-Quran dan fahami betul2 maknanya dan kisah dlmnya.bc berulang2.
- didik diri utk cuba perlahan2 meninggalkan apa yg Allah tak suka, dan berusaha melakukan apa yg Allah suruh
-jgn benci orang lain.Allah suruh kita bkasih syg sesama Islam
_________________________________
by Dr Zainur Rasyid
Isu cinta mungkin menjadi topik pilihan remaja dan anak muda di mana jua. Apa tidaknya, hanya dengan mengingatkan si dia yang dicintai menyebabkan tidur tidak lena, mandi tidak basah, makan tanpa selera, studi tidak masuk dan pelbagai cerita yang berkaitan dengannya.
Memang hampir semua orang ingin bercinta. Apatah lagi ketika usia sudah meningkat ke alam remaja, perasaan cinta di hati mula membuak-buak. Bahkan istilah yang popular yang mengatakan cinta ketika di alam persekolahan merupakan cinta monyet. Saya pun tak pasti apa hubungan cinta di zaman persekolahan dipanggil cinta monyet kerana monyet tidak ke sekolah. Namun cinta monyet ini adalah cinta yang hanya berdasarkan suka yang dituruti dan bukannya disebabkan kasih sayang dan perasaan cinta yang mendalam yang bertujuan untuk membina rumah tangga contoh.
Cinta bukan perkara mainan. Ia merupakan suatu perkara yang unik dan teramat rapuh serta mudah pecah. Cinta memerlukan pengorbanan dan tanggungjawab yang berat. Ya....sangat berat !
Apakah kesan dari bebanan cinta?
1-Pelajaran dan pengajian terganggu
2-Hilangnya hala tuju kehidupan
3-Ibadah menjadi tidak khusyuk
4-Masa terbuang dengan fB, emel, sms & mengelamun yang tak berfaedah
5-Cemburu tanpa sebab yang sepatutnya
6-Hilangnya keikhlasan dalam beramal
7-Beralihnya kasih sayang daripada keluarga sendiri
Sabar dulu....buat bertenang dan tingkatkan munajat, sehingga 'sampai panggilan'nya untuk membina rumah tangga bahagia apatah lagi rumah tangga qudwah dan rumah tangga risalah.
____________________________
wslm
No comments:
Post a Comment