Wednesday, November 13, 2024

Skincare Rutin Aku

 Assalamu'alaikum wbt

Hari ni aku saja nak share pasal skincare

sebenanya selama 34 tahun hidup, masa umur 30 tahun iaitu 2020, aku baru belajar pakai skincare hahahah. 

So sampai sekarang memang aku at least setiap Hari pakai basic skincare iaitu

cleanser (Axis Y Quinoa cleanser)--> toner (Axis Y daily purifying toner)----->mosturizer(Beauty of Joseon Red Bean Gel Mosturizer) ----> sunscreen (HYGR sunscreen, Skin1004 ss/Azarine SS) .


tu yang basic tiap Hari aku pakai. 
yg secara berkala selalunya aku pakai time before tidoq (lebih kepada treatment kulit)
ni be berapa yg aku guna secara berkala

2 kali seminggu (Dark Spot Serum Axis Y)
2 kali seminggu (Goodal Tangerine Vit C Serum)
1 kali seminggu (lupa brand apa, AHA pore pad toner





3 ni paling basic kalau dah semalas-malasnya. aku tak pakai mahai-mahai pun, aku pakai brand Axis-Y, Beauty of Joseon. from South Korea. kenapa aku prefer Korea? sbb product depa banyak pilihan yang no fragrance& no colouring. which is sesuai dgn kulit aku yang sensitive. oh by the way, kulit aku jenis combination skin, 

ada orang kata rajinnya hang jaga skincare rutin. 

aku pun sengeh ja kata "mestilah kulit kan amanah kita Allah bg, so kena jaga la elok-elokk". ehehehe betui dak kekawan?

lagipun aku suka sebab self care diri sendiri. mungkin jugaklah sebab aku jaga kesihatan kulit muka aku, ramai hat 1st time kenal ku, ramai igt aku ni tak kawin lagi kahkahkah. 
anak murid aku pulak dok pakat teka cikgu ni baru umur 20, lepas habits UITM wakakaka.

okelah depa sebenanya tak tahu aku nak dapatkan kulit helok macam ni bukan senang tau, sebab masa Form1-form4 aku ni muka ya Allah aku rasa semua geli tengok. jerawat bernanah beso beso penuhh Dekat kulit muka. sedihh tauu ramai dok tegoq, cikgu2, mak menakan uwaaa. sebab huduh kann geli pun ya. budak laki pun sapa pun takdak nak mengorat aku masa sekolah menengah dulu wakakakakkakaa. rugi la ampa sekarang kulit aku dah cantik kahkahkahkah (maaf2 lawak ja noh)

oklah, nak habaq mai yg aku dulu kulit muka teruk tau. so bukan Dr azali kulit elok. so skrg Alhamdulillah kulit dh elok aku nak jaga maintain sampai la tua nnti. 

Apa-Apa pun paling penting sebenanya u olls kena jaga makan sama naaa. cut sugarr, inshaAllah lagi senang nak jaga kulit muka korang. badan pun maintain elok kalau cut sugar Dan tak makan nasi. lebih makan lauk protein Dan sayoq. aku ni on off sat jaga makan sat tak jaga makan uwuwuwuuww. so doakanlah aku akan jaga pemakanan aku sentiasa selepas ni untuk sihatt.paling penting utk sihatt naaa bukan sebab nak segak Sgt pun.sihatt pling penting.

OK tu ja nk membebel ke byee

Tempat tinggal aku sekarang

 Assalamu'alaikum 

Haa. saja nak habaq aku sekarang ni tinggal mana

Sekarang aku tinggal Dekat Selangor tapi bukan tengah bandar

aku dok jauh Dr Bandar utama

tentang jugak la kawasan rumah aku ni

hampir 10 tahun dah aku tinggal Di Selangor

tapi...tapi kann

Hati aku tetap tertinggal Di Terengganu huhuhu Dan Kedah.Kelantan jugak

so sampai sekarang aku macam berangan nak balik semua ke Utara atau Pantai Timoq

Selangor ni bg aku mcm kureng sikit vibes dia.taktau pasepa

walaupun kelebihan dia dari segi lain tapi

aku lagi suka dok pekan pekan kecik Dekat Kedah atau Pantai Timoq

mungkin sebab jiwa aku ni suka mende simple . so aku suka vibes simple Dan tenang

gituuu

so......aku kena redha la buat masa ni sebab dok Selangoq

tulaa sapa suruh berjodoh org Selangoq ye dakk

skrg padan mukaaaaaaaaaaaaa ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Topik Kahwin: Gatai Noh

 Assalamu'alaikum wbt




Dikala aku membuang masa lapang ku edit post lama sebab nak buang sign yang terpapar nama aku

Aku baru perasan aku ni kerap jugak post pasal kahwin dulu-dulu

Amboiiih gatai noh! kahkahkah

Kalaulah aku tahu kawin tu kena banyak persediaan mental fizikal emosi

Nescaya aku kutip ilmu-ilmu macam-macam dulu before kahwin

Korang tau tak apa yang bagi pendapat aku, kurang ditekankan masa hangpa pi Kursus Kahwin?

Cuba teka! haa cepat cepat cepat tekaa!

Drum roll......jengjengjengjeng

Pasai Perkembangan Otak Kanak-kanak dan Remaja!atau Parenting

Oklah at least pasal kanak-kanak.

Goshhh aku rasa ruggiii sangat masa muda aku tak betul-betul carik info pasal ni

Seriously bagi aku cabaran paling susah sejak kahwin ialah nak didik dan besarkan anak-anak !

Sebab apa? Bukan senang nak besarkan dan didik anak-anak ni weyhh

Hang kena faham perkembangan otak depa dulu. Aku 2018 baru tahu kepentingan bermain masa umoq bawah 6 tahun untuk otak anak berkembang. utk emosi fizikal dan mental depa berkembang.

Hang kan, sebagai parents memang betul-betul kena jaga anak elok-elok lagi-lagi zaman gajet ni yang semuanyaaa di hujung jari, aku takutt amanah berat utk didik anak ni. Sebab aku dibesarkan dengan environment toxic , harsh etc2. aku takmau la buat benda sama dekat anak-anak. sebab effectnya aku dah nampak dekat diri aku sendiri.

So, part susah nk didik anak ni ialah, hang nak didik depa dgn asas foundation agama, tapi pada masa sama takmau terlalu rigid yg anak rasa terkongkong, aku nak bagi depa berfikir kenapa dan kenapa, bukannya buat sesuatu tu secara paksaan. pada masa sama aku pun nk jaga depa dari mudah terikut perkara negatif, pada masa sama umoq kecik ni kita nk tanam asas tauhid depa. iaitu Allah tu tuhan kita, hidup ni sementara, yg kekal syurga. setiap hari bsyukur dkt nikmat Allah bg.etc2.

Ehh banyak lagilah, tapi point utama nak habaq, hang kena faham macam mana otak budak2 ni berkembang dari baby sampai dewasa. which is ni ada kaitan dgn psikologi manusia. hang tak boleh expect depa punya otak faham macam kita yg dewasa ni faham. So disebabkan aku risau aku tak dpt fokus didik helok2, aku pun decide nak ada dua orang anak ja la. cukup la, takut ramai-ramai kang aku terabaikan depa huhuhu. 


So yeahhhh. Ingattt, kawin tu bukan nak bercinta dengan laki hang ja. yang paling mencabar bagi aku adalah anak-anak. this part, really hard for me. ๐Ÿ˜“ 


sekian.wslm 

Monday, November 11, 2024

Day 1 Yasmin Mogahed 2024 KL : Restored Roots Breaking the Curse of Generational Trauma

copy from website Faithevents


Assalamu'alaikum wbt

Alhamdulillah aku berpeluang menghadiri program / talk by Yasmin Mogahed weekend baru ni. fuhh memang membuka mata, minda Dan hati. Aku jugak rasa nak menangis entah kenapa. 

Tapi aku rasa berbaloi walaupun aku habiskan duit untuk join. OK take lepas ni makan teloq ja hahahhaha. Masa baru sampai tu, ada so rang perempuan mai dok sebelah aku, ingatkan orang Malaysian sebab muka mcm anak mami Penang. Rupanya dia Myanmar tapi study dkt Malaysia dari tn 2012. cakap English pun mcm orang Malaysia sebijik. so aku pun berkawan la dengan dia. aku pun mesti la speaking kahkahkah. terer jugak la aku speaking. hahahha

Oklah back to our topic, Sister Yasmin mukadimah dia lebih kepada habaq betapa pentingnya pengalaman childhood sebab childhood seseorang tu akan menjadi foundation kepada keseluruhan hidup seseorang manusia sampai dia tua. so sebagai parents kita la ada power untuk mencorakkan childhood memories yang baik untuk anak kita membesar men jadi insan yang baik Dan bermanfaat kpd agama Dan bangsa. yang ni sebenanya aku dah dpt input 6 tahun lepas pasal childhood ni sebagai foundation hidup kita daripada Dr Putri, tapi kupasan Sister Yasmin pun best jugak sebab kupasan dia lain. ada banyak yang Di sampaikan, nanti free aku share la nota aku.

Ni be berapa yang aku share Dr organiser punya FB



 

Friday, November 8, 2024

Mende la aku tulis 2010-2013

 Assalamu'alaikum




Aduh ni aku tengah edit balik mana-mana post yang ada nama aku sebab aku takmau ada orang tahu identiti aku

Tengah dok delete post lama yang ada nama aku, sambil tu aku baca la post aku tu


Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aku maluuuuuu apa mende la aku dok membebel dulu-dulu ni

totally different dengan diri aku yang sebenar

entah-entah masuk tu aku ada split identity???kann?

sebab bila baca semula ya Allah rasa nak nyorok bawa meja selamanyaaa


apa yang korang baca tu , aku sekarang dah tak macam tu dak tau. dulu aku macam krisis identiti sikit

wahahahha. nak berubah ke arah kebaikan sampai nak buang diri sendiri yang asalnya. 

tapi sejak kerja aku dah kembali pada diri asal, tapi pada masa sama aku lebih memahami tentang agama dan ada kesedaran banding dulu-dulu. 

yang penting, aku jadi diri sendiri

oklah nak cakap tu ja nak cakap

sebab aku maluuu baca post lamaaaaaa

Thursday, November 7, 2024

My safe space = Corner

 Assalamu'alaikum 

Dekat rumah aku ada Coffee Bean , aku suka sungguh outlet yg ni, dia kecik ja tapi aku suka Sgt suasana natural lighting, lagu soothing dia pasang, Dan aku jumpa satu kawasan corner yang mmg favourite aku kalau aku datang sini.  bagi aku, corner tu safe space aku haha. (memandai je kan macam ni rumah aku) so kalau dtg situ mmg aku akan pi tempat favourite aku ni, kalau ada orang, aku kecewa la sikit .hiuhihi




my safe space for me time haha


Kenapa rumah bukan tempat safe space ke? 

Bukan macam tu,macam ni, safe space ni bg aku tempat yg aku boleh menyendiri sorang-sorang dgn suasana aku suka. rumah aku agak kecik, tak ada ruang untuk nk buat bilik ada privasi. aku berangan nanti kalau pindah, nk cr rumah yg ada ruang utk aku buat small library& reading spot utk aku lepak2 sambil baca buku. 

Aku memang ada Waktu kena menyendiri sebentar, untuk aku regulate emosi aku Dan jugak deep thinking. Alhamdulillah suami aku mmg faham kalau tengok aku mcm memerlukan Waktu menyendiri. 

tu ja nak cerita buat masa ni. k byeee

Kisah Aku & Seni Warisan Budaya

 Assalamu'alaikum wbt

Hari ni aku nak cerita, macam mana start aku mula minat tentang seni, budaya, Warisan Di Malaysia ni.

Kisahnya, masa tingkatan 4 dulu-dulu, aku masuk pertandingan Kuiz Program Pelancongan Pelajar. bagi aku, pemilihan utk masuk kuiz ni memang sangat adil. Arwah cikgu aku tu dia bagitau satu batch form 4 sapa yang berminat, nanti mai Hari sekian-sekian jawab soalan bertulis/objektif dkt kelas. jadi cikgu  kumpulkan satu kelas utk sapa berminat. kalau tak silap aku ada kot dalam 20 org kot. lepastu alhamdulillah aku Dan 3 org lg kawan aku terpilih sebab markah 4 tertinggi.

peringkat daerah, sama juga, kami pi sebuah sekolah ni, jawab ramai-ramai dgn sekolah lain,macam jawab exam jugak. Dan alhamdulillah kami pun terpilih utk ke peringkat negeri. dekat negeri pun menang jgk, lepastu pi kebangsaan .kebangsaan, km dpt saguhati ja. hihi.sebab aku salah jawab soalan.ahahaha.

so nak cerita dekat sini, masa dalam proses 1st time aku join Dr peringkat sekolah lagi, kami semua ni kena study group sama-sama berempat tentang semua info setiap negeri, Apa makanan special depa, tarian tradisional,muzik tradisional, budaya,adat rumah tradisional,tmpt mnarik etc2 semua la kena hafal. kitorang 3 perempuan Dan 1 orang lelaki. jadi bermula sini la aku rasa berminat Dan suka sangat dengan semua Seni Budaya dkt Malaysia ni, sampaiiii la sekarang.

Seni ukiran kayu, batik,tarian tradisional, muzik tradisional, makanan & rumah tradisional, Dan banyakk lagi, semua aku suka sangatt. Masuk maktab pulak pengajian sosial, memang ngam la dengan minat aku tentang sejarah&geografi. 

Dekat maktab pulak aku join human grafik Dekat Dataran Merdeka masa Sambutan Kemerdekaan Kebangsaan. Best gilaaaaa. Start situ la aku berjiwa sangat patriotik sampai sekarang. anak-anak aku pun dari kecik aku tanamkan jiwa patriotik. semangat .hahahhaha


Jadi, itulah sejarah aku , bila aku bermula minat bab Seni Budaya Malaysia. Aku kalau masuk muzium memang lama, berjam-jam weyh, Jangan la ganggu konsentrasi aku dkt muzium. aku sangat menghargai sebenarnya, tu yang rugi rasa tak hayati semua mende dalam muzium tu. Kalau cuti sekolah, aku akan bawa anak Jalan-Jalan negeri lain Dan akan selitkan tempat-tempat yg ada berkaita Seni Budaya kita, aku jarang bawa pi mandi taman tema air ka, Apa ka. sebab aku tak minat, swimming pool Hotel tak pa lagi


Aku berharap semoga segala Warisan Budaya Malaysia dikekalkan sehingga ke anak cucu kita. inshaAllah.


Wednesday, November 6, 2024

HAMKA

Assalamu'alaikum wbt

Aku minat kata-kata dari HAMKA, bila baca mesti buat otak aku berfikir apa maksud tersirat
Contohnya macam bawah ni:


Apa yang anda semua boleh tafsirkan?
Okeh ni apa aku tafsirkan ikut pemahaman aku

Maksudnya kita hidup dan bekerja ni, jangan sekadar jadikan sebagai rutin harian, macam robot.
Hidup ni wajib ada matlamat
Macam kita sebagai Muslim
Matlamat kita mesti lah untuk mendapat keredhaan Allah swt
Biarlah hidup kita ni ada matlamat dan penuh bermakna

Bukannya jadi macam rutin, dan tiada jiwa
Bangun, solat, pi kerja,balik, tido
Bangun solat kerja tidur

nampak tak macam robot?
haa gitulah maksudnya.

k bye. 


 

Monday, November 4, 2024

My Unsettled Emotions

Assalamu'alaikum wbt
Alhamdulillah dah melepasi bulan Oktober, dah 4 November harini

Wake me up when September ends
Tragedi Oktober

sangat kenalah dengan life aku untuk tahun 2024 ni. haha
Oktober, selepas birthday aku haritu aku berada dalam emosi yang aku sendiri tak faham
apa kah emosi yang bercampur tu? dia macam bercampur sedih, gembira, kecewa, menyesal, eh pelikkk

macam tu rupanya bila ada unsettled emotion yang aku pendam dari 2005-2013 -2024.
aku tak pernah terluah atau discuss perkara ni sebab aku simpan jauh dalam diri aku.
rupanya selama ni aku biarkan perkara tu "unsettled dalam diri aku" dan effect diri aku selama ni.
ya aku br sedar rupanya selama ni aku ada attachment dari zaman remaja aku kepada seseorang yang aku kenal dari zaman remaja. someone i look up to as my safe space di kala zaman remaja aku yg aku rasa sangat hopeless, tak ada figure yg aku boleh jadikan contoh atau idola. 

tapi Oktober haritu lah aku dah berjaya settlekan dan jumpa closure with all of this overwhelming emotions yang aku pun tak faham hahahaha. gila la dalam sebulan aku proses grieving untuk accept all of my unsettled emotions dr tahun 2013. process tu sangat sangat, susah ๐Ÿ˜ญ

but now, here I am
alhamdulillah after grieving macam hape2 ntah, 
I am better now, and aku dah slowly rasa boleh letgo all of my unsettled emotions tu. :)

sekarang aku tak sabaq nak tunggu Sabtu ni pi seminar Yasmin Mogahed, 
Nak refresh dan tambah dan isi ilmu.









Alhamdulillah for everything
Sekarang aku nak jadikan blog ni safe space aku
Untuk luah kan secara sihat, dan aku tgh slowly delete post yg aku meluat aku post zaman belajar dulu
dan slowly nk edit dan delete yg berkaitan data-data peribadi atau identiti aku
sebab aku takmau orang dikenali baca blog ni hahhaa. 

Dan satu lagi, takmau dah bebel dkt FB. malu wooiii panjang2 taip oversharing
better aku oversharing dekat blog je lagi puasss. hihi





 

Aku & Minat aku

 Assalamu'alaikum wbt

Minat aku sejak 2013-2024 ni banyak yang bertambah, ada berkurang dan ada bertukar.




Jadi aku rasa macam aku inshaAllah lepas ni rajin menulis blog ni tentang topik-topik yang berkaitan minat-minat aku jugak

Dah tua 34 tahun ni, yang aku perasan minat aku lebih kepada 

  • sejarah, seni dan budaya di Malaysia. aku minat sungguh kalau gi muzium, tengok rumah tradisional lama, tengok ukiran kayu, tengok tarian tradisional, etc2. yang berkaitan. yaa ni sebenaqnya minat dari dulu yang dikekalkan dan dikembangkan sampai saat ini. InshaAllah nanti free-free aku post pasal berkaitan topik ni
  • alam semulajadi, geografi : ni pun sama aku minat dr dulu
  • tentang kerjaya guru : ni pun baru je mula minat haha.dulu tak minat pun. so aku akan cerita laa berkaitan pengalaman, kenangan dan kisah berkaitan guru . murid dan sekolah.
  • perkembangan awal kanak-kanak: ni aku baru ada minat tentang bidang ni sejak ada anak.aku nak faham pasal otak kanak-kanak, so aku p kursus berbayar 8 kali dalam 1 bulan kelas tu. ribu riban weh aku bayaq guna duit kwsp masa tu baru dpt pengesahan taraf berpencen. 2018 aku gi tapi its worth it. investment yg berbaloi sampaikan skrg aku minat bab ni sebab ada kaitan psikologi
  • psikologi:ni minat dari duluu sampai sekarang
  • mental health: ni aku start rajin godek2 info ni sejak hujung 2013 ada member batch aku sakit bipolar disorder huhu. so aku selalu cari ilmu tentang ni utk memahami tentang mental health.
  • diet: bukan diet tak makan langsung.tp aku follow group PMLS IF Lazy Keto dkt FB. senang ja rupanya nak turunkan berat badan. hampa cuma kena cut sugar dalam minuman dan makanan (minum ayaq kosong sahaja), cut nasi (tak perlu mkn nasi ) , makan laukk ja (ratah ikan,ayam, daging,sayoq,teloq apa2 yg protein) . dan green tea suam slps makan. (aku rs ni sgt membantu aku kurangkan craving makan&minum manis) . aku skrg slowly mmg nak jaga pemakanan utk badan lebih sihat, awet muda dan kulit cantik glowing glowing cing cingg supaya aku tak payah spend banyak dkt skincare utk cantikkan kulit hahaha
  • skincare: aku mula faham step by step skincare yg betul masa PKP 2020. so skrg mmg aku jaga skincare yang basic &treatment. semua buat dkt rmh ja, treatment tu mksdnya smggu sekali hang exfoliate kulit ka, sapu vit c dkt muka ka,etc2. renyahh weyh mula2 tu, lama2 aku dah biasa.
macam banyak lagi, nanti aku ingat aku update hehe, ok tu jaa for today. wslm

Sunday, November 3, 2024

Tablet free

 Assalamu'alaikum 

Sekarang aku Laju je bila-bila rasa nak update blog, aku taip terus

Sebenanya kawan baik aku bagi tablet free tau. Mesti hampa tak percaya kan?
Ya, kawan baikk bagi tablet free, tak payah bayaq langsung, walaupun aku kata nak bayaq dia kata tak payahhh. uwaaa terharuuu sgt. mana nak Dapat sohabat yg tak berkira langsung. Alhamdulillah aku dikurniakan sahabat-sahabat yang tak berkira langsung dengan aku, jenis tgk kita happy depa pun happy, part kawan2 baik ni mmg aku boleh nangihh weiii. aku sayang gilaaa kawan-kawan baik aku. kawan baik aku mostly yg Dr zmn sekolah Dan zaman belajaq maktab/IPG. depa mmg aku ngamm ho sampai skrg. 

Kisahnya aku rajin Tanya dia pasal PDP dia pakai teknologi digital macam LCD projector ka Apa ka. masa tu aku baru ja beli LCD projector Samview secara ansuran. gitulaahh cikgu , sanggup guna duit sendiri ribu riban demi anak murid, nak share bilik digital kadang berebut Dan penuhh tempahan. so aku decide nk beli LCD projector sendiri. LCD Samview portable boleh charge. baca review semua helokk

bila time Cuba dekat kelas, nohhh tak nampak langsungg! sebabnya sekolah aku ni direct kena cahaya matahari ,langsir pun tak dpt menutup cahaya direct. so akhirnya aku tak guna pun LCD projector tu, membaziaqq sungguuhh la. tapi kalau kelas prasekolah elok pulak nampak sbb kelas pra tu teduh sikit.

so aku pun pakai sekejap ja then jual, rezeki ada buyer cikgu Dr Putrajaya. aku siap hantaq dkt sekolah Dan try test dalam kelas dia, helokk Sgt clear sbb sekolah dorang layout macam teduh tak kena cahaya matahari sgt, so gelap sikit bilik dia. tapi aku rugi banyak la sebab aku jual balik RM1,500. beli RM2,800. hahaha.nak nangis rasa tapi takpa la, dah ada buyer, kalau tak sampai skrg takdak org beli.huhuhu

so skrg ni tgh fikir nk kmpul duit beli LCD lain pulak, nk pakai dlm kelas, so kawan baik aku ni berhati mulia bg tablet dia free ni ada sekali keyboard, utk aku manfaatkan ke arah kebaikan Dan dia Dapat saham pahala. hhuhuhu. inshaAllah aku akan guna utk kebaikan diri aku Dan anak murid aku. hampa semua doakan tau aku Dapat beli LCD projector yg sesuaii pulak. Dan Dapat duit banyak sikit utk beli projector hehehe.

sekian begitulah kisah aku dpt tablet free Dr kawan baik aku. aku da survey harga ni 2nd hand, dkt 800-1,000 jgk harga kalau 2nd hand. huhuhu.. tenkiu sohabatkuu syg, kami doakan hampa sentiasa sihat Dan dimudahkan segala urusan hampa. sayannnngg ampaaa...

Yasmin Mogahed in Malaysia :Nov 2024

 Assalamu'alaikum wbt

This coming weekend, Yasmin Mogahed akan mai Malaysia dia but seminar.
Aku nak pi tapi cari kawan semua tak free huwaaa
So aku Tanya suami aku takpa ka nk pi sorang?
Suami aku mcm biasa, dia mmg sporting habiss. Dia kata Haa pi la,
Jaga diri sama doa, jangan pi tempat sunyi.

So, yeahhhh inshaAllah aku akan hadirrr weekend ni.
Cuma ketaq sikit sebab tak biasa Jalan kaki Dr KL sentral ke Menara Bank Rakyat
tapi inshaAllah aku kan bijak Geografi, otak aku inshaAllah akan cepat tangkap map location dekat mana masa Jalan kaki Dr KL sentral


pasepa yang aku nak pi sangat tu?sebab tajuk dia kenaa dengan aku.
so aku nak pi dengaq la sambil healing-healing kan diri
dengar sambil berfikir
almaklumlah aku ni masih ada childhood trauma yang sampai sekarang tak betul sembuh lagi.

Okla tu nak cerita, tak boleh taip panjang-panjang sebab nak bersiap pi rumah kakak aku
dia nak celebrate besday anak kedua aku.
haritu aku dah celebrate dkt Melaka dgn mertua

ni kak aku offer nak celebrate dkt rmh dia dkt PJ
baik kan kakak2 aku?tibahhh
alhamdulillah semua sayang anak2 aku mcm anak sendiri
sebijik mcm perangai mak & pak menakan aku yg sayang kami semua masa kecik dlu

OK tu ja nak membebel
doakan aku nohhh sorang ke event Yasmin Mogahed nii


Biodata Orang Tua

 Assalamu'alaikum wbt

Ingat tak zaman sekolah dulu kita biasa tulis biodata dalam buku biodata kawan-kawan? Hehe

Harini aku macam teringin nak tulis biodata, tapi versi orang tua. Sapa tua? Aku la tu hahahah

Biodataku

Nama: _______________ (dirahsiakan)

Umur : 34 tahun

Tarikh Lahir: 6 Oktober 1990

Tempat Lahir : Johor Bahru. 

Asal : Kedah. 

Makanan Kegemaran : Tomyam, Telur rebus, Ayam Ikan. (skrg diet PMLS/IFLK.  nak jaga kesihatan

Minuman kegemaran : Air kosong, green tea (nak kurus dan sihat weiii hahah)

Hobi : Jalan melihat alam, pantai, membaca buku, mendengar majlis ilmu, menyanyi sorang2 dlm kereta, 

Minat : aku minat tentang sejarah, tentang budaya & kesenian Malaysia, aku jugak obses dgn Terengganu haha, isu Palestin, geografi,pokok, apa lagi ekk nanti aku ingat aku update tambah

Kawan baik : Ramai kawan baik ku, mostly kawan baik ni dr zmn sekolah dan maktab

K tu je. nanti aku fikir lagi

Wednesday, October 30, 2024

28 Oktober : Meet the new me.

 Assalamu'alaikum wbt

Sebenanya masa birthday aku 6 Oktober 2024 haritu

Something happen dan emosi aku bercampoq habihh

Overwhelm. Happy, excited,sedih, menyesal, serba salah,etc2 semua bercampur

Aku taknak cerita lebih sebab aku je yang tahu hahaha

So , yes after almost 1 month, aku dalam process grief, muhasabah, talk to myself

Alhamdulillah 28 Oktober 2024, aku rasa aku dah berjaya melepasi semua unsettle emotion aku yg aku simpan sejak 2013. So Yesss aku rasa sekarang lapang hati, recharged, I feel the new me! (yang asal masih ada jangan risau cuma dia versi improve sikit haha)

Alhamdulillah. lepas dah proses grieving aku, hihi

aku kalau grief suka buka lagu emo2 zaman sekolah dulu mcm Linkin Park, etc2, nyanyi jerit2 bg puas, tu sampingan je ye, yg utama mestilah muhasabah diri Dan banyak dekatkan diri pd Allah. dgr talks atau ceramah tntg Islam, hehe


Sooo, yeah this is me nowwwwwwwwwww

Wednesday, October 23, 2024

Aktiviti Mendelete Post

 Assalamu'alaikum wbt

Mata aku ni sakitt tengok post-post lama aku,

Sampai tangan aku memang gatal nak tekan delete postt.


Arghhhhhh..aku stress tgk blog penuh dengan post-post aku yang dulu

Sebab aku kenal aku yang dulu macam mana, fasa tu aku nak berubah jadi baik, okla kan baguih tang tu, tapi pada masa sama aku ingat lagi diri aku masa tu, macam perasan bagus daripada orang lain pun ada. lepastu macam nak jadi people pleaser pun ada, nak berlakon macam malaikat pun ada.kahhhhh!

Sebenarnya aku sangat benci dengan diri aku masa fasa 2010-2013. entah la kenapa, aku rasa macam fake sangat masa ni. hidup aku tak happy pun fasa ni, lebih kepada macam mengikut je apa orang kata. ikut apa orang kata dan apa orang fikir. sebab takut.hahahhaa. nak kata bo... macam tak proper pulak, tapi memang aku macam otak tak berapa nak matang.

Baiklah,sekarang nak sambung delete mana yang macam meluattttttttttttttttttt sangat bila aku baca balik. 




Currently reading Mendewasa dengan Luka

Assalamu'alaikum wbt

Haa. aku sekarang ni dah nak mula balik hobi aku yang aku suka buat masa dulu-dulu. Dah lama tinggal hobi baca buku ni. Zaman maktab dulu, 1 buku aku boleh habiskan dalam 1 hari kalau time weekend .

So sekarang aku mula baca buku Mendewasa Dengan Luka. lepas habis ni aku nak sambung pulak Tuhan, Akhirnya Aku Menyerah 




buku ni aku beli masa KL Bookfair yang lepas,

kenapa aku tertarik nak beli buku ni?
Sebab ada kaitan dengan diri aku. tengah nak sembuhkan diri dari luka-luka emosi dan mental dari kecik yang tak 100% sembuh 

Dan juga nak usaha memahami diri sendiri
sebab aku pun tak kenal 100% diri aku sendiri.
kadang tak faham kenapa aku bertindak begitu dan begitu
anehh kan. ish ish ishhh

So, you alls doakan aku nohhh dapat baca sampai habis dan semoga bermanfaat buat aku
Nanti dah habis baca aku buat la ulasan. 

K bye
Wassalam



Monday, October 21, 2024

Aku, Friendster, Dan Yahoo Messenger

 Assalamu'alaikum wbt

Hari ni aku nak cerita pasal Friendster (FS), Dan Yahoo Messenger (YM)



Aku ni adik-beradik semua perempuan, sekolah rendah pun semua perempuan. 

So masa aku sekolah menengah, aku kejutan budaya sebab ada lelaki. Aku pemalu ya amat memang kalau lalu depan laki tunduk ja ahaha. lepastu kan, aku memang tak cakap dgn laki, tp lama-lama aku berani cakap dgn bdk laki kls aku yg seramai 6 org tu ja, depa tu ada jgk 2 org pendiam, lps tu ada yg mcm lembut pun ada.

Memang aku takdak kwn laki. Lepastu form3 aku start aktif FS & YM. tp mostly kawan chatting YM aku tu kwn sekolah jgk, kwn baik, lepas tu aku pn start ada kawan laki dr FS. tak semua aku accept friend sbb takut. aku pulak mmg bijak sebab tak letak gambaq besaq2 gedabak, ada satu ja gambaq aku kecilkan jd saiz duit 5 sen bg tujuan keselamatan hahahaha.

tapi dr semua kwn FS, tak semua aku kawan lama sebab aku tak selesa berkawan sbb depa mcm bdk nakal suka fly asrama,  yg mmg aku lama Dan selesa kwn dan anggap mcm abang sendiri, ada dua orang. sorang ni nama dia Abu, sorang nama Atan (dua-dua bukan nama sebenar. hahahha)

hat Abu tu sampai skrg aku kawan dgn dia, friends FB dengan dia, tapi bukan la mesej2 apa semua sebab masing2 dh kawin bukan remaja lagi nak sembang2 melawak, so just silent reader kdg2 ucapkan tahniah etc2 sahaja. aku bangga dgn dia sbb ms SPM dia 4 A ja, tp dia jenis semangat kuat aku tgk, skrg dia dkt Arab Saudi bawa family dia, reja sana, aku tumpang bangga naa dgn hang. 

hat sorang lagi nama dia Atan, yg ni aku lagi rapat dari Abu, sebab Abu tu dia kasaq sikit tegoq aku,lagi2 kalau dia nampak aku macam nak bergosip, terus kena tegoq directt.

 Atan ni lain sikit, dia abang-abang juga tapi dia tegoq Dan nasihat selalu  Dan berfikir dengan setiap kata-kata dia bg nasihat tu. kira dia aku look up mcm abg aku sendiri la Dan figure lelaki yg aku Sgt respect. tp aku dh lost contact sebab hilang no dia dari 2013. so cut short kisahnya, panjang la nak cerita hahah.


Apa-Apa pun thank you andersonian_adi88 sebab pernah menjadi abang aku yg baik. 


begitulah kisah aku ,FS Dan YM. 

sekian, terima kasih sudi baca bebelanku inii. 

Friday, October 18, 2024

Update jawapan tagged 14 thn lepas

Pada 14 Disember 2020 aku ada jawab soalan tagged from my BFF Ayat. hahaha. 

harini selepas 14 tahun meh aku nak jawab, aku dah berubah ke atau aku masih lagi sama macam dulu hahah.

"once you've been tagged you're supposed to write a note with 25 random things, fact or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tag the person who tagged you. If i tagged you, its because I want to know about you."


ni reply tag ditujukan kepada Cikgu Hayat comel! :p
  1. mempunyai sifat pemalas yang teramat sangat dari sekolah rendah hingga sekolah menengah dan merebak sedikit demi sedikit hingga ke peringkat IPG 
           (2024: dah kerja 10 tahun ni alhamdulillah ku bukan guru yg pemalas. tugas yang diberikan aku jalankan dengan amanah. aku jugak rajin melayan anak murid aku hahaha.manjakan depa. saja la syokk bila melayan budak2. kalau time PJ , depa skippping aku pun skipping sama-sama perasan mcm budak kecikk,kahkahkah

2. malas membelek henset menyebabkan lambat membalas msej msej tersebut
( 2024: sekarang lajuu ja sebab cikgu wajib on call tgk WhatsApp setiap masa. kdg parents tny, ada info penting tntg sekolah. aku guru Sgt berdedikasi tauu jgn main mainn. dgn parents pn aku buat kawan je hahah)

3. suka makan cekelat. semua spesies cekelat
( 2024: ya dulu aku mmg gila coklat. sekarang? tidak lagi. aku skrg jaga makan Dan kurangkan manis. mcm skrg ni aku tgh nk buat IFLK semula, dulu buat 2023 tp terbabas. ni buat balik. cut sugar, lebihkan protein, mkn nasi seciputnya. hasilnya makin kurus Dan kulit muka aku mkin haluss muluss.jgn jeles hhahha)

4. suka gelang gelang manik dan apa jenis gelang walaupun hanya bernilai sehinggit
(2024: ahh tak suka dah skrg. gelang ke cincin ke rantai semua aku tak suka. sbb aku careless suka letak brg merata Dan terus dilupakan huhu. so jalan selamat skrg aku dh tak pakai apa2 brg kemas. sbb aku pelupa)

5. suka nombor 6 dan 10
(2024: skrg tak kisah dh pun nombor apa. tak heran dah aihh. bukan nak main tikam no ekoq punn )

6. kuat makang roti
(2024: aku dah kurang makan roti sekarang. lebih suka tambahkan protein, ikan ayam teloqq. sayoqq. berkhasiat bukan?hahahha. dah tua oiii kena jaga makan helok2)

7. perangai agak pelik di mana kadang kadang pendiam kadang2 peramah. split personality mungkin
(2024: laa aku perasan yg aku pelik ke 2010 dulu? sebenanya aku dh dpt jawapan yg aku 'ambivert'. bkn amphibian ye. ambivert mksdnya introvert+extrovert. aku hanya jd extrovert dgn org yg aku betuiii rapat ja. dgn tmpt kerja  aku berkawan smua org, bersembang perkara perlu shj Dan tak byk ckp. dgn ckg laki lagi la aku sembang perkara sekolah &penting ja. tak dak haih hang nk gedik2 melawak apa semua, )

8. suka tido semasa waktu belajar dari skola menengah lagi
(2024: dulu masa baru posting aku biasa tertidur time meeting.skrg alhamdulillah aku dah tak mudah tertido dh. cuma rasa bdn cepat penat lps PJ. penuaan mungkin. )
selalu mengingati kawan kawan yang seringkali bersama sewaktu sekolah dahulu. 

9. tidak mudah dipengaruhi 
(2024: alhamdulillah aku rasa aku membesar menjadi strong woman. sampai skrg MLM pun tak berjaya mempengaruhi aku hahaha. aku jgk tak takut utk berdiri Di atas kaki sendiri. aku rasa aku independent woman tak suka mengharap terlalu tinggi kpd seorang lelaki.

10. suka berfikir sorang sorang
2024: ya perangai ni aku masih ada. hahaha. aku suka bermonolog dgn diri sendiri

OKLAH cukup 10 je dulu soalan tagged 14 thn lepas aku jawab balik, 15 soalan lagi nanti-nanti aku sambung. 

Sekian Adiosss. wslm

Monday, October 14, 2024

Genap 10 tahun bergelar Guru

 Assalamu'alaikum wbt

Tahun 2024 ni sebenanya dah genap 10 tahun aku bergelar guru tau
Sejak posting 2014 aku tak pernah pun update blog aku.

Selepas menjadi guru selama 10 tahun ni

Banyak ups and down semangat aku sebagai guru.

Masa posting 2014 aku kejutan budaya. Nangis tiap kali balik rumah sewa bujang kahkah

Sebab sekolah aku all boys school, dekat bandar pulak tu. Tapi rakan sekerja alhamdulillah semua baik-baikkk. Aku memang sayang giler akak2 ni, aku bdk baru posting dilayan macam adik bongsu hihi. 

Aku hampir 6 tahun dekat sekolah tu, lepas tu aku ambik Cuti Tanpa Gaji Sebab nak fokus anak aku selalu sawan demam . lepastu lapor diri semua dkt JPN, aku dpt la sekolah dkt dgn rmh. sekolah ni majoriti Melayu Dan campoq laki perempuan. So aku lega sikit Sebab all boys school hang rasa nak mengamuk setiap masa Dan rotan selalu wajib libas Sebab depa kan.....nakaiiiiii yang aku rasa boleh jadi hulk la aku setiap masa.hahhahhahahha

Sekolah skrg ni pun aku hampir 4 tahun sini, alhamdulillah Allah bg rezeki lagi kawan2 sekerja semua baik-baik. Aku macam nak stay lama dekat sini.

Tapi lepas birthday aku baru-baru ni, aku tiberrr kan macam rasa nak sambung belajar bidang perkembangan kanak-kanak la. Tak tau pasepa tibaa ja ada keinginan tu. Asalnya dulu macam nak sambung Sejarah jugak, tp aku test dulu join Kursus Asas Sejarah under USM online dgn Dr Azmi Arifin. kelas yang  ketiga aku dah cakap dekat diri sendiri , aku tak boleh nak bawa dah topik2 berat ni. berat gilerrr weh topik dia, Dan aku mcm jadi terlalu Banyak info tentang Sejarah yang sebenar yg tak sama dalam buku sejarah, aku jadi otak dah jam habits nak hadam semua tu hhahhahhaa. patutlah aku tengok geng2 laki ja yg ramai maintain join kelas sampai habis 3 bulan. aku memang give up, white flag aku kasii.

So aku rasa psikologi pendidikan atau perkembangan kanak-kanak yg sesuai dengan aku sebab aku sangat suka bila kena ganti kelas prasekolah. syokk & enjoy ajar bdk kecik, mungkin inner child aku tiber keluaq sekali kot hahaha.


OK tu je nak cerita.wassalam


Perhatian! Perhatian!

 Assalamu'alaikum wbt

Arghh. aku dah stress melihat isi kandungan post-post aku tahun 2013 dan ke bawah yang agak memeluatkan diriku. 

Maluu rasa nak nyorok bawah meja. Nanti bila-bila aku free aku go through semua la post yg dulu, kalau mcm mana yg menyampah sangat bila baca balik, aku delete je terus. Hahaha

Rasa macam acah-acah bagus sangat pulak masa tu. Maaf la semua kawan-kawan yang mungkin ada terkesan dengan perangai aku yang acah-acah bagus haritu. Aku sampai tinggal kawan-kawan baik aku hhhuhuhu.

 Ni antara yg aku menyesal. Tapi alhamdulillah zaman kerja ni aku dah get along balik dgn diorang. Aku rajin wasap Dan ada yang kitorang akan jumpa Dan sembang-sembang hang out sekali. 

Sekali lagi, kalau baca post-post aku sebelum ni korang rasa meluat Dan menyampah macam aku, mohon jasa baik semua untuk cepat-cepat scroll hahhahha

k bye.tu ja nak abaqqq.



Sunday, October 13, 2024

Saturday, October 12, 2024

Selepas 11 tahun, Im Back!

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… 

Assalamu'alaikum. 

Okeh aku sangat teruja. Selepas hampir 11 tahun, aku boleh log in semula emel hotmail aku 
dan boleh masuk balik blog lama aku nii

Rinduuu weyhhhh!
Last post masa umur 23 tahun
Sekarang? Aku dah 34 tahun! wahahahahaha

Sebelum tu, aku nak korang semua tolong ye. Tolong tutup mata buat-buat tak nampak post-post aku tulis yang sebelum ni.masa umur aku 23 tahun dan ke bawah. Ni aku baca balik aku rasa nak tampaq diri sendiri disebabkan terlalu maluuuu๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Maafkan daku semua. Sebenarnya aku waktu tu berada di fasa nak berubah tapi macam terlalu skema pulak jadiknya, fake pulak rasa. kahkah

Tapi di usia tua 34 tahun ni, alhamdulillah aku rasa, I already get my own self back gitew. Just be myself pada masa sama, agama pun jangan lupa noh.Kita santaii tapi bab agama jangan ambik mudah.

Banyakk nak catch up cite kat korang selama 11 tahun aku menghilang, sebenaqnya nak ucap tenkiuu dulu dkt Microsoft sebab aku berjaya dptkan semula emel aku yg dah tak aktif dr 2014. Lepas dapat emel ni balik la aku boleh log in semula blog ni. 

Aku overwhelming sangat ni taktau nak cerita mana satu, otak aku dah keluaq macam2 dah mende nak cerita. Tapi sabaq-sabaq, tak kan lari gunung dikejar. 

Ok secara ringkasnya aku dah 34 tahun pd 6 Oktober lalu, 
dah kawin pada Mac 2015, ada sepasang anak ,
dan aku dah hampir 10 tahun kerja cikguu. 
aku cikgu yang penyayang, sayangkan murid seperti anak sendiri dan sedia meminjamkan telinga, wang dan tenaga untuk murid-murid tercintahhh. walaupun aku dh 34 tahun, tapi murid aku semua ingat aku masih 20 tahun dan tak kawin lagi. yg igt student UITM pn hado.nohh angkat bakul sendiri pulak.๐Ÿ˜‚maaf izinkan aku syok sikit dgn kata-kata innocent anak murid aku.haha


aku decide nak tulis blog semula sebab aku rasa aku dah makin melampau selalu buat esei 100 perkataan dekat status post FB aku. nampak sangat kemaruk nak berblog lagi. so aku decide nak tulis blog semula walaupun aku tak rasa sapa2 baca blog aku ni orang yg aku kenai. 

tapi lantaklah sebab aku nak jadikan blog ni tempat aku bercakap dekat diri sendiri dan utk aku healing healing regulate emosi aku. hihi. so syok sendiri je la hahahah.

Okeh okeh aku ada banyak nak cerita dekat hampa. Tak sabaqqq ni. Walaupun mcm org gila cakap & cerita sorang-sorang hahaha. tapi aku nak jugak ceritaaa. Baiklah nanti kita cerita one by one naaa

Ok itu sajaa. Adioss Amigoss.Assalamu'alaikum