Wednesday, October 30, 2024

28 Oktober : Meet the new me.

 Assalamu'alaikum wbt

Sebenanya masa birthday aku 6 Oktober 2024 haritu

Something happen dan emosi aku bercampoq habihh

Overwhelm. Happy, excited,sedih, menyesal, serba salah,etc2 semua bercampur

Aku taknak cerita lebih sebab aku je yang tahu hahaha

So , yes after almost 1 month, aku dalam process grief, muhasabah, talk to myself

Alhamdulillah 28 Oktober 2024, aku rasa aku dah berjaya melepasi semua unsettle emotion aku yg aku simpan sejak 2013. So Yesss aku rasa sekarang lapang hati, recharged, I feel the new me! (yang asal masih ada jangan risau cuma dia versi improve sikit haha)

Alhamdulillah. lepas dah proses grieving aku, hihi

aku kalau grief suka buka lagu emo2 zaman sekolah dulu mcm Linkin Park, etc2, nyanyi jerit2 bg puas, tu sampingan je ye, yg utama mestilah muhasabah diri Dan banyak dekatkan diri pd Allah. dgr talks atau ceramah tntg Islam, hehe


Sooo, yeah this is me nowwwwwwwwwww

Wednesday, October 23, 2024

Aktiviti Mendelete Post

 Assalamu'alaikum wbt

Mata aku ni sakitt tengok post-post lama aku,

Sampai tangan aku memang gatal nak tekan delete postt.


Arghhhhhh..aku stress tgk blog penuh dengan post-post aku yang dulu

Sebab aku kenal aku yang dulu macam mana, fasa tu aku nak berubah jadi baik, okla kan baguih tang tu, tapi pada masa sama aku ingat lagi diri aku masa tu, macam perasan bagus daripada orang lain pun ada. lepastu macam nak jadi people pleaser pun ada, nak berlakon macam malaikat pun ada.kahhhhh!

Sebenarnya aku sangat benci dengan diri aku masa fasa 2010-2013. entah la kenapa, aku rasa macam fake sangat masa ni. hidup aku tak happy pun fasa ni, lebih kepada macam mengikut je apa orang kata. ikut apa orang kata dan apa orang fikir. sebab takut.hahahhaa. nak kata bo... macam tak proper pulak, tapi memang aku macam otak tak berapa nak matang.

Baiklah,sekarang nak sambung delete mana yang macam meluattttttttttttttttttt sangat bila aku baca balik. 




Currently reading Mendewasa dengan Luka

Assalamu'alaikum wbt

Haa. aku sekarang ni dah nak mula balik hobi aku yang aku suka buat masa dulu-dulu. Dah lama tinggal hobi baca buku ni. Zaman maktab dulu, 1 buku aku boleh habiskan dalam 1 hari kalau time weekend .

So sekarang aku mula baca buku Mendewasa Dengan Luka. lepas habis ni aku nak sambung pulak Tuhan, Akhirnya Aku Menyerah 




buku ni aku beli masa KL Bookfair yang lepas,

kenapa aku tertarik nak beli buku ni?
Sebab ada kaitan dengan diri aku. tengah nak sembuhkan diri dari luka-luka emosi dan mental dari kecik yang tak 100% sembuh 

Dan juga nak usaha memahami diri sendiri
sebab aku pun tak kenal 100% diri aku sendiri.
kadang tak faham kenapa aku bertindak begitu dan begitu
anehh kan. ish ish ishhh

So, you alls doakan aku nohhh dapat baca sampai habis dan semoga bermanfaat buat aku
Nanti dah habis baca aku buat la ulasan. 

K bye
Wassalam



Monday, October 21, 2024

Aku, Friendster, Dan Yahoo Messenger

 Assalamu'alaikum wbt

Hari ni aku nak cerita pasal Friendster (FS), Dan Yahoo Messenger (YM)



Aku ni adik-beradik semua perempuan, sekolah rendah pun semua perempuan. 

So masa aku sekolah menengah, aku kejutan budaya sebab ada lelaki. Aku pemalu ya amat memang kalau lalu depan laki tunduk ja ahaha. lepastu kan, aku memang tak cakap dgn laki, tp lama-lama aku berani cakap dgn bdk laki kls aku yg seramai 6 org tu ja, depa tu ada jgk 2 org pendiam, lps tu ada yg mcm lembut pun ada.

Memang aku takdak kwn laki. Lepastu form3 aku start aktif FS & YM. tp mostly kawan chatting YM aku tu kwn sekolah jgk, kwn baik, lepas tu aku pn start ada kawan laki dr FS. tak semua aku accept friend sbb takut. aku pulak mmg bijak sebab tak letak gambaq besaq2 gedabak, ada satu ja gambaq aku kecilkan jd saiz duit 5 sen bg tujuan keselamatan hahahaha.

tapi dr semua kwn FS, tak semua aku kawan lama sebab aku tak selesa berkawan sbb depa mcm bdk nakal suka fly asrama,  yg mmg aku lama Dan selesa kwn dan anggap mcm abang sendiri, ada dua orang. sorang ni nama dia Abu, sorang nama Atan (dua-dua bukan nama sebenar. hahahha)

hat Abu tu sampai skrg aku kawan dgn dia, friends FB dengan dia, tapi bukan la mesej2 apa semua sebab masing2 dh kawin bukan remaja lagi nak sembang2 melawak, so just silent reader kdg2 ucapkan tahniah etc2 sahaja. aku bangga dgn dia sbb ms SPM dia 4 A ja, tp dia jenis semangat kuat aku tgk, skrg dia dkt Arab Saudi bawa family dia, reja sana, aku tumpang bangga naa dgn hang. 

hat sorang lagi nama dia Atan, yg ni aku lagi rapat dari Abu, sebab Abu tu dia kasaq sikit tegoq aku,lagi2 kalau dia nampak aku macam nak bergosip, terus kena tegoq directt.

 Atan ni lain sikit, dia abang-abang juga tapi dia tegoq Dan nasihat selalu  Dan berfikir dengan setiap kata-kata dia bg nasihat tu. kira dia aku look up mcm abg aku sendiri la Dan figure lelaki yg aku Sgt respect. tp aku dh lost contact sebab hilang no dia dari 2013. so cut short kisahnya, panjang la nak cerita hahah.


Apa-Apa pun thank you andersonian_adi88 sebab pernah menjadi abang aku yg baik. 


begitulah kisah aku ,FS Dan YM. 

sekian, terima kasih sudi baca bebelanku inii. 

Friday, October 18, 2024

Update jawapan tagged 14 thn lepas

Pada 14 Disember 2020 aku ada jawab soalan tagged from my BFF Ayat. hahaha. 

harini selepas 14 tahun meh aku nak jawab, aku dah berubah ke atau aku masih lagi sama macam dulu hahah.

"once you've been tagged you're supposed to write a note with 25 random things, fact or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tag the person who tagged you. If i tagged you, its because I want to know about you."


ni reply tag ditujukan kepada Cikgu Hayat comel! :p
  1. mempunyai sifat pemalas yang teramat sangat dari sekolah rendah hingga sekolah menengah dan merebak sedikit demi sedikit hingga ke peringkat IPG 
           (2024: dah kerja 10 tahun ni alhamdulillah ku bukan guru yg pemalas. tugas yang diberikan aku jalankan dengan amanah. aku jugak rajin melayan anak murid aku hahaha.manjakan depa. saja la syokk bila melayan budak2. kalau time PJ , depa skippping aku pun skipping sama-sama perasan mcm budak kecikk,kahkahkah

2. malas membelek henset menyebabkan lambat membalas msej msej tersebut
( 2024: sekarang lajuu ja sebab cikgu wajib on call tgk WhatsApp setiap masa. kdg parents tny, ada info penting tntg sekolah. aku guru Sgt berdedikasi tauu jgn main mainn. dgn parents pn aku buat kawan je hahah)

3. suka makan cekelat. semua spesies cekelat
( 2024: ya dulu aku mmg gila coklat. sekarang? tidak lagi. aku skrg jaga makan Dan kurangkan manis. mcm skrg ni aku tgh nk buat IFLK semula, dulu buat 2023 tp terbabas. ni buat balik. cut sugar, lebihkan protein, mkn nasi seciputnya. hasilnya makin kurus Dan kulit muka aku mkin haluss muluss.jgn jeles hhahha)

4. suka gelang gelang manik dan apa jenis gelang walaupun hanya bernilai sehinggit
(2024: ahh tak suka dah skrg. gelang ke cincin ke rantai semua aku tak suka. sbb aku careless suka letak brg merata Dan terus dilupakan huhu. so jalan selamat skrg aku dh tak pakai apa2 brg kemas. sbb aku pelupa)

5. suka nombor 6 dan 10
(2024: skrg tak kisah dh pun nombor apa. tak heran dah aihh. bukan nak main tikam no ekoq punn )

6. kuat makang roti
(2024: aku dah kurang makan roti sekarang. lebih suka tambahkan protein, ikan ayam teloqq. sayoqq. berkhasiat bukan?hahahha. dah tua oiii kena jaga makan helok2)

7. perangai agak pelik di mana kadang kadang pendiam kadang2 peramah. split personality mungkin
(2024: laa aku perasan yg aku pelik ke 2010 dulu? sebenanya aku dh dpt jawapan yg aku 'ambivert'. bkn amphibian ye. ambivert mksdnya introvert+extrovert. aku hanya jd extrovert dgn org yg aku betuiii rapat ja. dgn tmpt kerja  aku berkawan smua org, bersembang perkara perlu shj Dan tak byk ckp. dgn ckg laki lagi la aku sembang perkara sekolah &penting ja. tak dak haih hang nk gedik2 melawak apa semua, )

8. suka tido semasa waktu belajar dari skola menengah lagi
(2024: dulu masa baru posting aku biasa tertidur time meeting.skrg alhamdulillah aku dah tak mudah tertido dh. cuma rasa bdn cepat penat lps PJ. penuaan mungkin. )
selalu mengingati kawan kawan yang seringkali bersama sewaktu sekolah dahulu. 

9. tidak mudah dipengaruhi 
(2024: alhamdulillah aku rasa aku membesar menjadi strong woman. sampai skrg MLM pun tak berjaya mempengaruhi aku hahaha. aku jgk tak takut utk berdiri Di atas kaki sendiri. aku rasa aku independent woman tak suka mengharap terlalu tinggi kpd seorang lelaki.

10. suka berfikir sorang sorang
2024: ya perangai ni aku masih ada. hahaha. aku suka bermonolog dgn diri sendiri

OKLAH cukup 10 je dulu soalan tagged 14 thn lepas aku jawab balik, 15 soalan lagi nanti-nanti aku sambung. 

Sekian Adiosss. wslm

Monday, October 14, 2024

Genap 10 tahun bergelar Guru

 Assalamu'alaikum wbt

Tahun 2024 ni sebenanya dah genap 10 tahun aku bergelar guru tau
Sejak posting 2014 aku tak pernah pun update blog aku.

Selepas menjadi guru selama 10 tahun ni

Banyak ups and down semangat aku sebagai guru.

Masa posting 2014 aku kejutan budaya. Nangis tiap kali balik rumah sewa bujang kahkah

Sebab sekolah aku all boys school, dekat bandar pulak tu. Tapi rakan sekerja alhamdulillah semua baik-baikkk. Aku memang sayang giler akak2 ni, aku bdk baru posting dilayan macam adik bongsu hihi. 

Aku hampir 6 tahun dekat sekolah tu, lepas tu aku ambik Cuti Tanpa Gaji Sebab nak fokus anak aku selalu sawan demam . lepastu lapor diri semua dkt JPN, aku dpt la sekolah dkt dgn rmh. sekolah ni majoriti Melayu Dan campoq laki perempuan. So aku lega sikit Sebab all boys school hang rasa nak mengamuk setiap masa Dan rotan selalu wajib libas Sebab depa kan.....nakaiiiiii yang aku rasa boleh jadi hulk la aku setiap masa.hahhahhahahha

Sekolah skrg ni pun aku hampir 4 tahun sini, alhamdulillah Allah bg rezeki lagi kawan2 sekerja semua baik-baik. Aku macam nak stay lama dekat sini.

Tapi lepas birthday aku baru-baru ni, aku tiberrr kan macam rasa nak sambung belajar bidang perkembangan kanak-kanak la. Tak tau pasepa tibaa ja ada keinginan tu. Asalnya dulu macam nak sambung Sejarah jugak, tp aku test dulu join Kursus Asas Sejarah under USM online dgn Dr Azmi Arifin. kelas yang  ketiga aku dah cakap dekat diri sendiri , aku tak boleh nak bawa dah topik2 berat ni. berat gilerrr weh topik dia, Dan aku mcm jadi terlalu Banyak info tentang Sejarah yang sebenar yg tak sama dalam buku sejarah, aku jadi otak dah jam habits nak hadam semua tu hhahhahhaa. patutlah aku tengok geng2 laki ja yg ramai maintain join kelas sampai habis 3 bulan. aku memang give up, white flag aku kasii.

So aku rasa psikologi pendidikan atau perkembangan kanak-kanak yg sesuai dengan aku sebab aku sangat suka bila kena ganti kelas prasekolah. syokk & enjoy ajar bdk kecik, mungkin inner child aku tiber keluaq sekali kot hahaha.


OK tu je nak cerita.wassalam


Perhatian! Perhatian!

 Assalamu'alaikum wbt

Arghh. aku dah stress melihat isi kandungan post-post aku tahun 2013 dan ke bawah yang agak memeluatkan diriku. 

Maluu rasa nak nyorok bawah meja. Nanti bila-bila aku free aku go through semua la post yg dulu, kalau mcm mana yg menyampah sangat bila baca balik, aku delete je terus. Hahaha

Rasa macam acah-acah bagus sangat pulak masa tu. Maaf la semua kawan-kawan yang mungkin ada terkesan dengan perangai aku yang acah-acah bagus haritu. Aku sampai tinggal kawan-kawan baik aku hhhuhuhu.

 Ni antara yg aku menyesal. Tapi alhamdulillah zaman kerja ni aku dah get along balik dgn diorang. Aku rajin wasap Dan ada yang kitorang akan jumpa Dan sembang-sembang hang out sekali. 

Sekali lagi, kalau baca post-post aku sebelum ni korang rasa meluat Dan menyampah macam aku, mohon jasa baik semua untuk cepat-cepat scroll hahhahha

k bye.tu ja nak abaqqq.



Sunday, October 13, 2024

Saturday, October 12, 2024

Selepas 11 tahun, Im Back!

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum. 

Okeh aku sangat teruja. Selepas hampir 11 tahun, aku boleh log in semula emel hotmail aku 
dan boleh masuk balik blog lama aku nii

Rinduuu weyhhhh!
Last post masa umur 23 tahun
Sekarang? Aku dah 34 tahun! wahahahahaha

Sebelum tu, aku nak korang semua tolong ye. Tolong tutup mata buat-buat tak nampak post-post aku tulis yang sebelum ni.masa umur aku 23 tahun dan ke bawah. Ni aku baca balik aku rasa nak tampaq diri sendiri disebabkan terlalu maluuuu😂😂

Maafkan daku semua. Sebenarnya aku waktu tu berada di fasa nak berubah tapi macam terlalu skema pulak jadiknya, fake pulak rasa. kahkah

Tapi di usia tua 34 tahun ni, alhamdulillah aku rasa, I already get my own self back gitew. Just be myself pada masa sama, agama pun jangan lupa noh.Kita santaii tapi bab agama jangan ambik mudah.

Banyakk nak catch up cite kat korang selama 11 tahun aku menghilang, sebenaqnya nak ucap tenkiuu dulu dkt Microsoft sebab aku berjaya dptkan semula emel aku yg dah tak aktif dr 2014. Lepas dapat emel ni balik la aku boleh log in semula blog ni. 

Aku overwhelming sangat ni taktau nak cerita mana satu, otak aku dah keluaq macam2 dah mende nak cerita. Tapi sabaq-sabaq, tak kan lari gunung dikejar. 

Ok secara ringkasnya aku dah 34 tahun pd 6 Oktober lalu, 
dah kawin pada Mac 2015, ada sepasang anak ,
dan aku dah hampir 10 tahun kerja cikguu. 
aku cikgu yang penyayang, sayangkan murid seperti anak sendiri dan sedia meminjamkan telinga, wang dan tenaga untuk murid-murid tercintahhh. walaupun aku dh 34 tahun, tapi murid aku semua ingat aku masih 20 tahun dan tak kawin lagi. yg igt student UITM pn hado.nohh angkat bakul sendiri pulak.😂maaf izinkan aku syok sikit dgn kata-kata innocent anak murid aku.haha


aku decide nak tulis blog semula sebab aku rasa aku dah makin melampau selalu buat esei 100 perkataan dekat status post FB aku. nampak sangat kemaruk nak berblog lagi. so aku decide nak tulis blog semula walaupun aku tak rasa sapa2 baca blog aku ni orang yg aku kenai. 

tapi lantaklah sebab aku nak jadikan blog ni tempat aku bercakap dekat diri sendiri dan utk aku healing healing regulate emosi aku. hihi. so syok sendiri je la hahahah.

Okeh okeh aku ada banyak nak cerita dekat hampa. Tak sabaqqq ni. Walaupun mcm org gila cakap & cerita sorang-sorang hahaha. tapi aku nak jugak ceritaaa. Baiklah nanti kita cerita one by one naaa

Ok itu sajaa. Adioss Amigoss.Assalamu'alaikum