Assalamu'alaikum wbt
Seperti mana post aku sebelum ni, aku dah buat keputusan untuk betul-betul stop menulis di blog ni.
Biarlah blog ni aku tinggal sebagai memori yang aku dah let go dan move on. Lepas ni aku akan datang jugak jenguk,sekali sekala , sapu-sapu sikit kalau tak nanti berhabuk sangat, lama sangat tak ada orang jaga blog ni bahaya jugak. Nanti jin buat sarang.Hahaha ( lawak hambarrr)
InshaAllah aku teruskan membebel dalam blog baru tapi di situ tak ada sapa kenal aku dan aku tak akan kenalkan pada orang blog tu.
Aku memang kena teruskan journalling, menulis, membebel sebab ini salah satu aku meluahkan emosi aku. Sebab aku tak boleh nak bercakap bersembang dgn orang sekepala dan sama vibes, kawan-kawan sekepala aku semua busy, dan ada dok jauh dekat kedah, so aku channel ke arah penulisan membebel dan bercerita buat karangan macam ni ja la, at least aku lega keluarkan semua terbuku dalam hati dan perasaan aku. emosi aku pun ok sikit bila aku meluahkannnnn segalanya.
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mengenali ku secara langsung atau tidak langsung, mewarnai kehidupan aku dengan penuh warna-warni yang aku akan ingat sampai bila-bila. Mohon sejuta keampunan dan kemaafan andai pernah mengguris hati kawan-kawan semua sejak berkawan dengan aku especially, dengan perangai aku sejak kita berkawan dulu sampai sekarang. Aku takkan melupakan semua memori indah kita bersama.
Dulu aku terlalu simpan, tak boleh letgo, tak boleh move on. Tapi harini aku rasa, aku dah ready untuk let go semua nya. Dan tak hidup dalam memori lalu dah. 😊😊 Ya,aku sendiri kadang agak terguris dan berkecil hati bila excited nak jumpa kawan lama, tapi orang tu tak excited pun sebenarnya. Tapi bukan salah korang, sebab kita sekarang dah dewasa. Ada komitmen, dan aku tahu ada yang bila dah kawin, kawan-kawan bukan lagi keutamaan. Ada family untuk diberi perhatian. Kadang aku jugak rasanya, salah dari sisi aku , agak overly attached dengan sesuatu yang aku suka,seronok, dan buatkan aku gembira dan ketawa.
Aku yang kena sedar semua kita dah dewasa ada family masing-masing, dah kawin, memori yang lalu dah lepas dah. Kena hadap realiti sekarang bukan lagi macam dulu. Dulu kawan-kawan la tempat aku bergantung untuk rasa comfort,safety. Sebab dengan diorang je aku boleh jadi diri sendiri.
Tapi semua zaman tu dah berlalu, aku kena berpijak di alam nyata. Aku kena belajar untuk berdikari seperti biasa yang aku lalui, tidak terlalu fikir emosi dan perasaan aku, tidak perlu bergantung pada orang lain, tak perlu mencari orang lain untuk faham emosi aku, sebab kalau aku masih macam ni, aku rasa banyak perkara negatif yang mungkin terkesan pada aku banding positif.
Aku kena kuat , lebihkan masculine energy aku dan tidak terlalu melayan feminine energy aku. sebab feminine energy akan buatkan aku lebih lemah dan beremosi lebih. Dan semua ni merosakkan diri aku bila aku dalam mode feminine energy terlebih lebih.
masculine energy sebenarnya membuatkan aku lebih berani dan buat kerja gila. aku pernah buat keje gila drive sorang dr Kedah-Terengganu ms zaman anak dara,naik flight sorang dr KL-Terengganu time pregnant semata-mata nk pi kenduri member, baiki paip sinki sendiri, baiki itu ini sendiri dkt rmh, pergi KL sorang-sorang masuk kedai buku, kedai makan, etc2. ada banyak lagi perkara gila yang aku buat sorang ja sebab masculine energy aku terlebih2. aku tak boleh buat semua ni bila aku cuma lebihkan feminine energy, aku akan jadi selemah manusia, lembik, terlebih emosi, etc2 yang akan merosakkan diri aku sendiri.
seperti poster di atas, kini tiba masanya aku menjadi " Becoming My Own Safe Place". cari sesuatu yang dapat bantu aku tanpa melibatkan manusia lain. macam pi jejalan sorang-sorang ke tempat aku suka pi, belajar sesuatu yang baru yang aku teringin dari dulu seperti piano,gamelan etc2. briskwalk pun aku rasa membantu jugak. dan journalling menulis dalam blog jugak membantu aku. semua ni tak perlu libatkan mana-mana manusia dekat dunia ni pun. aku boleh buat sendiri dan jadi tempat safe place untuk diri sendiri , inshaAllah. owh ya yang utama, letak Allah yang utama dan selalu ingat Dia yg utama. kadang lalai jugak aku pun, manusia kan. so kena patah balik ke pangkal jalan bila sekali sekala tu macam tersasar agak jauh, terus kembali semula.
baiklah, terima kasih semua yang hadir dalam hidup aku. aku sangat menghargai kehadiran korang semua ya. doakan yang baik-baik ya untuk aku, aku adalah manusia yang rumit yang sedang berjuang dengan diri sendiri untuk memahami emosi sendiri yang masih kucar-kacir dek kerana pengalaman hidup dari zaman kanak-kanak yang kurang best. so korang doakan aku ya supaya baik-baik aja.
Semoga korang semua sentiasa dipermudahkan segala urusan, diberkati dirahmati Allah, bahagia dunia dan akhirat. dan semoga kita sama-sama dapat masuk syurga ya kawan-kawan . Jwannjii? (madnor style) hahahha
Byeeeeeeeeee semuaaaaaaaaa. assalamu'alaikum.
.The End.
4/12/2025 . 1.12 pagi








.jpeg)


