Tuesday, February 24, 2026

Revisiting My Old Self

Assalamu’alaikum..

Melawat kembali kisah perjalanan hidup aku
Banyak mende jugak aku cuba ingat balik tentang aku yang lalu
Aku terbaca jurnal kakak atas dari aku
Kami selalu bergaduh . Memang dia rival utama aku masa dulu-dulu.

Dia cakap aku ni depan mama ayah baik, acah sopan, baik, belakang mulut jahat suka komplen, hipokrit, 
Aku tergelak baca. Punya benci dia dekat aku hahaha
Tapi aku cuba fikir balik, rupanya macamtu pandangan dia pada aku. Aku cuba refleksi semula.
Kak aku tu baik cuma dia jenis memberontak sikit

Dia luahkan ketidakpuasan pada ayah mama yang warak dan skema katanya. sampai nak pindahkan dia dr SBP ke sekolah lain. dia pernah lari dari rumah lepas subuh sebab protes hahaha. berani kan dia. kontra sangat dengan aku terlalu penakut dan sememangnya people pleaser

yaa aku fikir balik, aku dah lamaaa sangat jadi people pleaser. dari zaman kecik rupanya. bukan acah baik, tapi tak sedar jadi people pleaser. tak reti nak stand utk diri sendiri. tp people pleaser tu mmg mcm hipokrit la kan mcm apa kak aku cakap tu hahahaha. 

mungkin sebab tu 2-3 tahun ni aku nak cuba hilangkan people pleaser tu, proses nk ubah tu aku jadi aneh aneh pelik ya amat.

healing diri sendiri tu memang messy kawan aku pesan. dan aku mmg sedang mengalaminya 2-3 tahun ni. sedih pulak fikir betapa messynya proses ni yang aku sendiri
 kadang tak faham kenapa ehh aku mcm ni skrg?😭😭😭

aku terbaca “Age Regress” , age regression ni maksudnya kita akan kembali kepada diri kita yg lama yang lebih muda dari umur sekarang. Younger self or childlike state of mind. tanpa disedari atau disedari

‘Age regression is 
a psychological phenomenon where an individual, typically an adult, temporarily reverts to a younger, childlike state of mind and behavior as a coping mechanism for stress, anxiety, or trauma. It involves acting, thinking, and feeling younger than one's actual age—such as using comforting items (stuffed animals), speaking in a simpler manner, or adopting childlike habits—to self-soothe’ -google AI

Banyak betul perkara bermain di fikiran aku semasa mengemas dan sekarang. Aku tertanya tanya jugak aku ni trauma ka, anxıety ka atau stress masa 2008 tu? sampai aku boleh macam regress ke umoq aku masa remaja lepas SPM? 

satu lagi ya aku perasan aku akan jadi mcm perasaan jiwa budak kecik dan auto mengaliaq ayaq mata tanpa disedari kalau sembang2 pasal memori masa kecik yang sedih sedih. tu normal la kot kan sebab mmg konfem sedih pun hahahah

oklah sambung bila free pulak dok cakap sensorang. yalah blog pun my healing journal. memang cakap sorang dekat jurnal hahah




No comments: