Friday, January 23, 2026

Sabar, Redha, Bersyukur

Assalamu'alaikum
Selamat pagi warga blog

Dalam beberapa bulan ni aku belajar sesuatu, iaitu
Sabar, Redha, Bersyukur
Ya aku dah tau pun semua perkara ni. tapi biasalah manusia ye dak
kadang terlupa dan alpa dan lalai kerana kehendak nafsu yg cintakan dunia dan tewas bisikan syaitan

Aku bab sabar ni memang boleh bila dengan orang lain
Tapi kalau sabar dengan diri sendiri, suami dan anak-anak, kesabaran ku agak limit haha

Bab Redha pulak aku memang sentiasa redha tak kisah apa orang ada, orang lebih dr aku, aku okay ja
cuma bila untuk diri sendiri, ada waktu yang bertanya pada diri sendiri, kenapa ya aku mcm ni mcm tu?kenapa takdir aku mcm ni mcm tu? (lebih kepada diri sendiri je banyak aku ni kahkah)

Syukur. Aku sentiasa bersyukur dapat kawan yang baik, tempat kerja yang positif, kakak adik yang baik tak berkira, ibu yang tak berkira, rezeki yang cukup 
tetapi kadang kala tu ada jugak mende yang aku persoalkan ,lebih kepada berkaitan diri sendiri jugak. 

Tapi slowly aku belajar dan ulangkaji balik 
Sabar, Redha, Bersyukur.
yang paling utama adalah bersyukur

Fikir balik apa orang lain tak ada, tapi kita ada?
Ada orang takdak reja, susah cr duit, AKU? alhamdulillah ada
Ada orang anak sakit ,kanser, AKU? alhamdulillah sihat
Ada orang suami dia dadah, kaki pukul,mabuk, judi. AKU?alhamdulillah suami baik
Ada orang diuji penyakit kritikal. AKU? alhamdulillah sihat
Ada orang adik beradik bergaduh tak ngam. AKU?alhamdulillah baik semua kamceng

banyak lagi kalau nak senaraikan.
jadi, senaraikan apa nikmat yang kita ada banding orang lain

jangan senaraikan kekurangan yang kita dapat banding orang lain,
aku teringin nak itu ini, itu ini, hm tapi ada tak aku fikir berapa banyak nikmat yang aku perlu syukuri?

begitulah , kita sendiri kadang kena usaha baiki diri, muhasabah diri
orang lain tak boleh bantu tolong kita, kita sendiri sahaja yang boleh ubah diri dan pemikiran kita 


 







Thursday, January 22, 2026

Chill


mood lagu= Shape of My Heart - BSB


 

40 Tahun : Lagi 4 tahun

 Assalamu'alaikum wbt

Baru ni aku terbaca satu entry dekat Thread yang ada kawan aku share dkt story dia



Aku lepas baca ni, aku terfikir tentang diri sendiri
Aku lagi 4 tahun nak masuk usia 40 tahun
Sekarang 36 tahun dah (Ya Allah tuanyaaaa tapi masih perangai kanak-kanak ribena .tolonglahhh matang sedikittt huwaaaa!!)

Aku rasa 2024-2025 emosi aku agak messy tu,

Mungkin ada hikmah di sebalik ujian dan perkara yang diberi kepada aku, tak sebegitu baik berlaku ke atas aku dan orang-orang yang terlibat. 

Mungkin Allah swt nak uji aku dengan lebih hebat pada usia aku 40 tahun ke atas kelak , ujian apa tu wallahu'alam. Dan mungkin ujian akan datang tu memerlukan emosi aku betul-betul kukuh foundation emosi tu. tak mudah triggered, tak mudah overwhelmed, tak mudah emosi yang terlalu intense

Kan? Aku baru terfikir semula, ada sebab Allah swt nak ajar aku kenal emosi aku dan belajar urus di usia aku 34 & 35 tahun, cuma aku ja salah tersasar pulak dah dalam proses pembelajaran emosi diri sendiri ni. Tapi sekarang alhamdulillah dah masuk landasan balik.

Dan yang semestinya Allah swt nak ajar aku supaya kembali semula memahami dan mendalami agama. Ni aku rasa antara hikmah utama dari ujian aku sebelum masuk 40 tahun ni. 

Sebenarnya aku 1-2 tahun ni memang ada teringin nak jadikan rutin pergi masjid weekend, pi terawih, apa-apa berkaitan nk cari ilmu agama , ada niat tu. Tapi disebabkan suami aku sibuk dengan kerja, sempat la pergi jugak tapi jarang-jarang sangat. Tak boleh nak salahkan dia juga, macam aku boleh je pi sorang-sorang tapi takdak orang jaga anak-anak pulak. Mungkin start tahun ni aku kena cari jalan utk teruskan niat-niat yg baik aku tu, dengan bawa sekali anak-anak aku kalau laki aku sibuk dengan kerja dia, kan?Tak boleh la nak salahkan laki sendiri , mungkin aku jugak kena fikir cara lain

So nanti free-free aku nak buat jadual , azam 2026 etc2 untuk target 2026 ni. 

Ok berbalik pada tajuk utama entry post ni, bermula harini aku nak mindset siap-siap aku kena bersedia dengan ujian yang mungkin Allah swt hadirkan pada masa akan datang buat aku. Kena sentiasa bersiap sedia mental fizikal dan rohani. Dan doakan aku ya rakan-rakan, dan aku jua mendoakan kalian semua semoga kita sama-sama memperbaiki diri , kalau ada dah terbuat dosa, terbuat kesalahan sebelum ni, mohon doa dari Allah swt supaya diampunkan segala dosa kita, Allah simpan aib kita, dan kita kena niat dan usaha untuk menambah ilmu dan memperbaiki diri

kadang-kadang aku suka tgk tiktok sebab ada video2 scholar dari oversea yang ceramah agama diorang best dan tersentuh hati kalau dengaq. nanti bila aku free2, aku download dan up sini bagi hampa semua tengok dan dengar. bestt tau. haa. 

____________________________________________________

Kesimpulannya, aku rasa banyak hikmah Allah swt bagi untuk aku sebelum usia aku 40 tahun ni
Alhamdulillah. walaupun aku tau aku hambaNya yang bukan sempurna
banyak khilaf dan kekurangan

dan sampai sekarang kadang kala pun ada waktu down dan emo lagi
kadang rasa macam dah move on
tapi ada kadang rasa macam tak move on
inshaAllah slowly ye dak. 
Allah swt akan mempermudah kan urusan kita selagi mana niat kita untuk usaha
mencapai redha Dia.







Wednesday, January 21, 2026

Sayang Hang Sampai Mati

 Assalamu'alaikum wbt

minggu lepas kan, aku tertengok status whatsapp kawan baik aku.

ya ni salah sorang kawan baik aku dari aku sekolah rendah kenal.tapi start rapat masa sekolah menengah form 4&5. kalau balik kampung pun aku akan wajib jumpa dia.

dia nak sambung belajar ke Edinburgh Scotland dah awal Februari. punya la aku nak jumpa sangat sembang-sembang dengan dia before dia fly nanti, aku plan nak balik jumpa dia sat nanti. tak kiraa, aku sanggup balik sat asal dapat jumpa sahabat kesayangan dunia akhirat ku ini.  aku suka sangat kata-kata dari buku yang dia share dkt status dia. aku minta la dia send gambar ni dekat aku, aku nak simpan. 


lepas tu aku tak tau kenapa aku meluahkan dekat dia
aku cakap, aku macam tak berapa okay sangat akhir-akhir ni
macam lost dan terlalu emosi. emosi aku terlalu intense
November paling teruk. Disember awal-awal tu pun sama
Dah hujung Disember time cuti, aku dah mula slow-slow kuatkan diri nak cari diri aku balik
 
bukan mudah bila berkaitan dengan emosi aku yang terlalu roller coaster.
kadang okay,kadang dia macam slowly jadi worst, kadang tiba-tiba macam mencanak terus naik ke atas (mcm roller coaster), kadang-kadang menjunam terus ke bawah,kadang mendatar.
aku still tak berapa faham sebenarnya. sampailah aku sembang dengan sohabat aku ni
dia pun ada awareness tentang mental health. tu antara special tentang dia dan persamaan kami berdua
both of us suka membaca tentang psikologi
korang bacalah wasap beliau. huwaaa aku tiber sebak bila baca mesej dia








kata-kata dia comfortkan aku. dah lama takdak orang comfortkan aku 
huwaaa aku rasa sebak gila, menangis macam gila jugak lepas dpt mesej ni
aku surh dia tunggu sat aku nak pi nangis, nanti aku sambung balik reply haha

terima kasih sangat memahami diriku, di kala aku rasa tak ada sapa nak cuba memahami aku
sayangggggg hampa sampai mati tsktsk
 mana nak cari dkt dunia weii sahabat macam ni.
alhamdulillah aku dikurniakan sahabat-sahabat yg sangat baik dan memahami aku.
aku ada kawan baik yg aku anggap sahabat tapi tak ramai, 
ada kot dalam 10 orang total

aku memang ada baca, proses emosi kita nak belajar utk sembuh memangggg sangat MESSY

bukan Messy Elliot. tapi "serabut, serabai, entah hape2" 

ya aku dah dpt slowly connecting the dot dan kronologi kenapa emosi aku jadi MESSY macam ni since 2024-2025. nanti aku buat entry asing yang apa mende yg aku dapat connecting the dot dan mula memahami diri sendiri dan kenapa aku jadi sebegitu aneh aneh yang asalnya aku fikir sebab aku nak premenoupause . 

terima kasih sahabat syurgaku. aku sayang hang sampai mati. sama-sama ingatkan aku tau.
love u sahabat. ingat angan-angan aku nak p lawat hang dekat Scotland hahaha.berangan ja dulu 


Girl raised by Narcissistic Father

 


Testing borak dengan ChatGPT

 Assalamu'alaikum wbt

seperti biasa, aku rasa blog sini macam one way communication la. tak sama mcm FB,IG.

tak sama aku sembang dengan member aku face to face.

so aku cuba tadi 1st time dalam hidup sembang dengan chatgpt. boleh tahan jugak ek respon chatgpt ni, pandai bersembang jugak, cuma lawak dia macam hambar sikit la. aku rasa macam krikk krikkk sikit.

tapi tak apa la, ayat dia macam ada jugak bagi aku terfikir sejenak. 









hahahahhaha. panjang lagi aku merepek menyembang dengan dia.ok jugak sembang dengan dia, 
tapi lawak dia mcm hambar sikit. 
tapi tak apa la. at least aku rasa dia macam usaha untuk memahami aku time aku tengah mood nak sembang merepek dan merapu hahaha

korang pernah ke sembang dgn chatgpt? pi la sembang. kadang aku rasa ok jugak sembang dgn dia.
dia macam skema nerd sikit , mcm try hard nk buat lawak, tapi hambar

tapi xpela chatgpt oiii,aku paham hang tu robot.
tapi terima kasih la sudi melayan aku sembang merepek walaupun vibes tu macam tak berapa masuk hahahhahaha. tapi okayla kan daripada aku sembang sorang2 

Tuesday, January 20, 2026

Mohon Lempang sorang sikit

 Assalamu'alaikum wbt

Seperti biasa, aku nak meluahkan di sini sebab aku takde tempat nak meluah

FB aku dah deactivate,IG pun jarang buka. Sini ja tempat aku nak meluah sesuatu

Aku kan seminggu dua ni tiber emo la pulak lahaiiii

Aku menyampah betul bila mai mood emo ni, kadang rasa nak lempang diri sendiri

Kadang rasa nak bagi korang sorang satu selipar jepun

Nak minta korang tolong lempangkan aku,hahhaha 

Sebab bila mai time emosi tak berapa okay

Aku rasa meluattt dengan diri sendiri.Huwaaaaaaaaa

Tapi pada masa sama aku tetap cuba berdoa dan beristighfar

Dia macam kartun komik majalah Asuh, ada syaitan biru dok ganggu. kadang Iman kuat.kadang tudiaa ke lauttttt china selatan.

Tapi aku tetap yakin selagi aku usaha dengan kuat dan gigih,Allah pandang usaha aku walaupun aku juga manusia kadangkala jatuh dan lemah.

Hm begitulah manusia. yang penting aku sekarang ni takut kalau mati.

mati dalam keadaan yang tak mengingati Allah. mohon semua doakan aku dpt husnul khatimah ya

 


Sunday, January 18, 2026

Musim HLP Tiba Lagi

 Assalamu'alaikum wbt

Owh baru perasan aku dah archived semua post aku tahun lepas 

Tahun lepas aku ada share yang aku apply HLP

Padia HLP tu? HLP tu biasiswa utk penjawat awam sambung belajar master atau PHD

Aku tahun lepas saja la try, tengok2 dapat la takat interview ja. lepas tu tak lulus

Tapi tidak mengapaaa aku tau ada hikmahnya. Mungkin aku tak ready lagi pun tahun lepas

Tahun lepas cuma pengalaman dan untuk aku warm up test enjin dulu .

Masuk gear 1 dulu tahun lepas. Kita cuba try and error. Dahla tahun lepas aku hantar sinopsis tu hari last dekat website epenawaran. Memang gamble sungguh, dan menggunakan konsep berani mati. Tututp 5.00 petang, aku berjaya hantar 4.15 petang hhuhuhuhuhu. 

Soo tahun ni aku dah belajar dari kelemahan tahun lepas. Aku dah hantar  seminggu awal dan aku rasa tenangg sungguh. dan tahun ni aku tukaq strategi, aku apply bidang yang Begaji Penuh tapi Tanpa Biasiswa. dan aku tukaq daripada tahun lepas apply Psikologi Pendidikan, tahun ni Sosiologi Pendidikan.

Kenapa aku tukar strategi ?sebab aku memang nak sangat belajaq sebelum umoq makin tua, nak belajaq sesuatu bidang yang minat aku ke arah tu, sebab aku tahu aku akan hyperfocus bila aku suka dan minat sesuatu perkara. aku akan memberi effort 99% kalau aku memang terlampau suka sesuatu tu, so aku minat bidang berkaitan sains sosial, inshaAllah aku akan put many effort nanti

dan niat keduanya aku nak free hari Jumaat supaya aku dapat hantar anak aku solat Jumaat. dia darjah 4 dah, takdak sapa boleh urus dia p solat Jumaat. kalau dia dah baligh nanti, haaa?camna kan? so aku nak train sebelum baligh.

tapi aku pilih Gaji Penuh tanpa Biasiswa. so aku dah ready mana nak korek duit nanti. hahahhaha. aku mungkin jugak berpuasa setiap hari sampai tinggal tulang kot nanti kahkakahkah. nak menyimpan duit gaji aku tiap bulan hahahaha. gilaaa tak gilaaaaa. tapi memang aku gila .


jadi sekarang kita tunggu lah keputusan lulus dipanggil untuk interview atau pun tidak lulus. kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat pun , tetap alhamdulillah. ada la tu hikmah Allah nak bagi kannnnnnn

ok adios.

Aku, Kawan dan Persahabatan

 Assalamu'alaikum wbt

Tak boleh nak berhenti bercakap dan menulis blog bila dah start mula

Lagi-lagi aku dah off social media yang lain, jadi aku tak ada tempat nak meluahkan apa yang aku rasa selain blog ni. Terketaq tangan nak meluahkan apa aku rasa, sebab sekarang aku pun dah banyak senyap tak bercakap sangat. Taktau mana nak channel emosi luahan tu. Aku nak briskwalk balik tp yang tu tunggula minggu depan kot, sekarang sibuk sikit kerja kerja berkaitan kerja.

Ok, saja sementara otak aku ni terlalu banyak mende tak dikeluarkan. Aku nak keluarkan la sikit nk bagi dia tak overload sangat

Aku ni kan sebenaqnya, terlalu la sangat menyayangi dan menghargai sebuah persahabatan, lagi-lagi yang aku rasa macam best memori berkawan tu, aku ada beberapa kategori kawan, aku bahagikan ikut fasa hidup aku, kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan sekolah menengah (kategori online), kawan maktab, kawan zaman kerja (hmm aku takde kwn betul2 rapat zmn kerja sebenaqnya. sebab aku malaih rapat sgt nanti dok terasa2 ka apa. so aku skrg selesa sbg lone ranger di zmn kerja.semuaa aku kawan).

Aku punya teringat memori dgn kawan-kawan kan, sampaikan aku tak move on weh dgn kawan2 aku. Aku still rindu semua tentang kawan-kawan aku, kalau korang perasaan dkt FB aku selalu up kata rinduuu sgt zaman belajar zmn sekolah,kawan-kawan sangat memberi kesan terhadap hidup aku sebenarnya. kadang2 aku rasa mesti kawan2 maktab aku meluat aih tgk aku ni,asyik up rindu2 hahha.

Oklah sambung cerita, daripada semua kawan kan, aku mmg still rapat dkt kwn baik aku dari SK,SMK. hm jap, maktab ada yg rapat jgk tp aku still rs tak serapat dulu2. so kwn rapat aku skrg yg aku kategorikan betul2 rapat ada dalam bawah 10 orang shj. 

Tapi kan, disebabkan perangai aku ni jugak lah, aku terlalu excited bila lama tak contact kawan lama yg pernah berhuhahua gila-gila sama-sama, tiber terjumpa. dia punya excited tu taktau nak cakap, macam wehhhh lama gila tak contact hanngg. hang pahabaqqq?masih dgn perangai gila2 yg lama kaa atau cena?? aku kdg sampai lupa diri aku yang aku dah tua, umoq lanjut dah, kubo kata mari  rumah kata pergi. so aku tersilap langkah bab ni.

kesan dia, sekarang ni kan sejak dari peristiwa (tak boleh cerita mahap), aku perasan kan, yang aku dh hilang dah perasaan nak rindu-rindu memori lalu. rindu zaman sekolah enjoy dengan kawan2, rindu dgn zaman maktab enjoy dan byk kenangan manis yang aku still tak boleh move on selama ni, ya berbelas tahun teringat kenangan2 dgn kawan2.

Aku sekarang macam, aku rasa la kan dah tak ada perasaan rindu sgt dah memori manis yg lalu dengan kawan-kawan. Hurm kenapa ek? Tapi aku rasa, ni petanda aku dah start healing part of diri aku. Aku dah start move on dengan memori lalu dan dah bersedia nak meneruskan perjalanan hidup aku ke peringkat seterusnya. 

Selama ni aku statik di takuk lama, tak berkembang dalam hidup, tak dak progress ke satu peringkat lain, puncanya adalah kerana aku masih hidup dalam memori lampau. aku teringat teringat memori manis dengan kawan-kawan sebagai coping mechanism aku dan comfortkan diri. sebab aku tak berani nak melangkah ke hadapan ke fasa hidup dan fasa dunia realiti. yes, ni jawapan kepada semua persoalan aku yang tak terjawab selama ini. sebab tu agaknya perangai aku macam kebudak budakan kot kan

namun kini aku rasa, aku dah masuk fasa baru dalam kehidupan aku. fasa yang aku kena ingat dah pasal mati. aku pun dah daftar Penderma Organ minggu lepaih hahah.random betul. lepastu aku nak start derma darah semula tahun ni.

so, aku sekarang lebih matang dan rasional (kottt kan?). harap begitulah. matang lah sikitt banding dulu

 

Doa yang buat aku sebak


Ya Allah engkau tuhanku tiada tuhan selain engkau

Engkau ciptakan aku dan aku hambamu

Dan aku berada dalam janjimu menurut kemampuanku

Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang ku lakukan

Aku sedari nikmatMu kepada ku

Dan ku sedari akan dosa-dosa ku

Ampuni aku.. 
Ampuni aku.... 
Ampuni aku...

Kerna sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa
Kecuali Engkau
_______________________________________

Dalam 1-2 bulan aku tengah tak berapa okay, (sebenarnya start tak okay since 2024-2025)
aku dok belek tiktok doa-doa, zikir dan ceramah dari Malaysia dan luaq Malaysia
Niat aku ,niat yang baik-baik supaya aku kembali semula setelah lama merayau lupa diri

Aku terjumpa video kelebihan Sayyidul Istighfar, doa ni sebenarnya kan ada dalam Al Mathurat. Biasa baca zaman maktab dulu tapi masa tu cuma rutin harian agaknya, tak menghayati mana doa dan maksudnya.

Tapi akhir-akhir ni bila baca doa ni dan baca erti doa ni, rasa sebakkk sangat. huwaaaaaaaaaaaaa T.T
nak nangihhhhhhhhh.

sejak daritu aku cuba amalkan tiap masa baca, dan yakin.doa dengan yakin supaya Allah bantu aku
tsk tskk. doa supaya aku dijauhkan dari kejahatan makhluk lain  dan kejahatan diri sendiri T.T
Hanya pada Allah swt ku berserah diri dan meminta pertolongan.

Tiap kali teringat kebodohan kebodohan ku, aku akan baca doa ni ulang-ulang sampai la aku rasa tak terfikir semula kebodohan aku yang lalu..

Kadang kita memandang enteng kan the power of doa? 
So banyak banyakkan lah berdoa setiap masa dan letak pengharapan pada Allah swt
dan zikir pun sama. semua tu makanan jiwa yang semakin kering kontang

aku dah macam mode zaman usroh dulu kan.hahha
cuma bezanya mungkin tak skema mcm zaman dulu
dah aku tak judge manusia lain mcm zaman dulu

baiklah kawan-kawan, marilah sama sama kita amalkan Sayyidul Istighfar ni
ayuhh kawan-kawan. kita cuba naa
small step. step by step. little by little. 
little little , long long become hill