Assalamu'alaikum
Selamat pagi warga blog
Dalam beberapa bulan ni aku belajar sesuatu, iaitu
Sabar, Redha, Bersyukur
Ya aku dah tau pun semua perkara ni. tapi biasalah manusia ye dak
kadang terlupa dan alpa dan lalai kerana kehendak nafsu yg cintakan dunia dan tewas bisikan syaitan
Aku bab sabar ni memang boleh bila dengan orang lain
Tapi kalau sabar dengan diri sendiri, suami dan anak-anak, kesabaran ku agak limit haha
Bab Redha pulak aku memang sentiasa redha tak kisah apa orang ada, orang lebih dr aku, aku okay ja
cuma bila untuk diri sendiri, ada waktu yang bertanya pada diri sendiri, kenapa ya aku mcm ni mcm tu?kenapa takdir aku mcm ni mcm tu? (lebih kepada diri sendiri je banyak aku ni kahkah)
Syukur. Aku sentiasa bersyukur dapat kawan yang baik, tempat kerja yang positif, kakak adik yang baik tak berkira, ibu yang tak berkira, rezeki yang cukup
tetapi kadang kala tu ada jugak mende yang aku persoalkan ,lebih kepada berkaitan diri sendiri jugak.
Tapi slowly aku belajar dan ulangkaji balik
Sabar, Redha, Bersyukur.
yang paling utama adalah bersyukur
Fikir balik apa orang lain tak ada, tapi kita ada?
Ada orang takdak reja, susah cr duit, AKU? alhamdulillah ada
Ada orang anak sakit ,kanser, AKU? alhamdulillah sihat
Ada orang suami dia dadah, kaki pukul,mabuk, judi. AKU?alhamdulillah suami baik
Ada orang diuji penyakit kritikal. AKU? alhamdulillah sihat
Ada orang adik beradik bergaduh tak ngam. AKU?alhamdulillah baik semua kamceng
banyak lagi kalau nak senaraikan.
jadi, senaraikan apa nikmat yang kita ada banding orang lain
jangan senaraikan kekurangan yang kita dapat banding orang lain,
aku teringin nak itu ini, itu ini, hm tapi ada tak aku fikir berapa banyak nikmat yang aku perlu syukuri?
begitulah , kita sendiri kadang kena usaha baiki diri, muhasabah diri
orang lain tak boleh bantu tolong kita, kita sendiri sahaja yang boleh ubah diri dan pemikiran kita







No comments:
Post a Comment