Assalamu'alaikum wbt
minggu lepas kan, aku tertengok status whatsapp kawan baik aku.
ya ni salah sorang kawan baik aku dari aku sekolah rendah kenal.tapi start rapat masa sekolah menengah form 4&5. kalau balik kampung pun aku akan wajib jumpa dia.
dia nak sambung belajar ke Edinburgh Scotland dah awal Februari. punya la aku nak jumpa sangat sembang-sembang dengan dia before dia fly nanti, aku plan nak balik jumpa dia sat nanti. tak kiraa, aku sanggup balik sat asal dapat jumpa sahabat kesayangan dunia akhirat ku ini. aku suka sangat kata-kata dari buku yang dia share dkt status dia. aku minta la dia send gambar ni dekat aku, aku nak simpan.
lepas tu aku tak tau kenapa aku meluahkan dekat dia
aku cakap, aku macam tak berapa okay sangat akhir-akhir ni
macam lost dan terlalu emosi. emosi aku terlalu intense
November paling teruk. Disember awal-awal tu pun sama
Dah hujung Disember time cuti, aku dah mula slow-slow kuatkan diri nak cari diri aku balik
bukan mudah bila berkaitan dengan emosi aku yang terlalu roller coaster.
kadang okay,kadang dia macam slowly jadi worst, kadang tiba-tiba macam mencanak terus naik ke atas (mcm roller coaster), kadang-kadang menjunam terus ke bawah,kadang mendatar.
aku still tak berapa faham sebenarnya. sampailah aku sembang dengan sohabat aku ni
dia pun ada awareness tentang mental health. tu antara special tentang dia dan persamaan kami berdua
both of us suka membaca tentang psikologi
korang bacalah wasap beliau. huwaaa aku tiber sebak bila baca mesej dia
kata-kata dia comfortkan aku. dah lama takdak orang comfortkan aku
huwaaa aku rasa sebak gila, menangis macam gila jugak lepas dpt mesej ni
aku surh dia tunggu sat aku nak pi nangis, nanti aku sambung balik reply haha
terima kasih sangat memahami diriku, di kala aku rasa tak ada sapa nak cuba memahami aku
sayangggggg hampa sampai mati tsktsk
mana nak cari dkt dunia weii sahabat macam ni.
alhamdulillah aku dikurniakan sahabat-sahabat yg sangat baik dan memahami aku.
aku ada kawan baik yg aku anggap sahabat tapi tak ramai,
ada kot dalam 10 orang total
aku memang ada baca, proses emosi kita nak belajar utk sembuh memangggg sangat MESSY
bukan Messy Elliot. tapi "serabut, serabai, entah hape2"
ya aku dah dpt slowly connecting the dot dan kronologi kenapa emosi aku jadi MESSY macam ni since 2024-2025. nanti aku buat entry asing yang apa mende yg aku dapat connecting the dot dan mula memahami diri sendiri dan kenapa aku jadi sebegitu aneh aneh yang asalnya aku fikir sebab aku nak premenoupause .
terima kasih sahabat syurgaku. aku sayang hang sampai mati. sama-sama ingatkan aku tau.
love u sahabat. ingat angan-angan aku nak p lawat hang dekat Scotland hahaha.berangan ja dulu


.jpeg)

.jpeg)

No comments:
Post a Comment