بسم الله الرحمن الرحيم
Daripada Nu'man bin Basyir r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Perumpamaan orang Mukmin dalam kasih sayang, rahmat-merahmati dan kemesraannya adalah seperti sekujur tubuh. Apabila satu daripada anggotanya merintih kesakitan, maka segala anggota lain akan turut sama berjaga malam dan demam (Dalam menanggung kesakitan)."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Kamu tidak akan dapat masuk syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu tidak dianggap beriman selagi tidak menjalinkan kasih sayang sesama kamu. Mahukah kamu aku ajarkan satu perkara yang sekiranya kamu lakukan, akan dapat menjalinkan kasih sayang sesama kamu? Sebarkanlah ucapan salam antara kamu." (Riwayat Abu Daud dan Al-Tarmizi)
"Sesiapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya." (Riwayat Al-Tarmizi)
"Allah menolong hambaNya, selama hamba itu menolong saudaranya." (Riwayat Muslim)
- - @- -> - - -
Berdasarkan hadis di atas, betapa pentingnya persaudaraan dalam Islam. bukan di kalangan sanak saudara kita dan keluarga sahaja, tapi antara seluruh umat Islam. Kita ada saudara!
Dalam kehidupan ku seharian, sometimes kita akan terasa dengan orang sekeliling kita kan. Lebih lebih lagi kalau persahabatan kita tidak dihargai. atau
Bila kita tengok orang lain yang agak 'kureng' tingkah lakunya, pakaiannya, cara pergaulannya
mulalah hati ni jahat nak mengata.
"eii,teruknya orang ni. " astaghfirullah hal'azim.
saya juga termasuk orang-orang yg sebegini. kita manusia, tak lari dari kejahatan hawa nafsu sendiri
dan kejahatan syaitan yang sering goda kita.
inilah hidup kita, berjuang untuk berlawan dgn kejahatan hawa nafsu kita..syaitan..
setiap hari kita selalu buat silap, dan kita nak berubah ke arah kebaikan
but sometimes kita terlalu ingin berubah kee arah kebaikan sehingga kita rasa macam kita seorang sahaja yang berubah baik ,orang lain tak. betul tak? ya,saya merupakan salah seorang seperti di atas. perasan nak berubah baik sorang sorang
sampailah satu hari tu, saya mengalami satu pengalaman yang sangat mengajar saya di mana, dalam perubahan kita ke arah kebaikan, kita perlu juga mengajak kawan kawan kita, saudara seIslam kita untuk berubah. sedih hati ni hanya Allah yang tahu.. walau sekeras mana pun hati insan tersebut, kalau kita tidak mampu untuk mengubah dia, berdoalah utk insan-insan ini. kritikan,cacian, hinaan, pulauan, etc etc. itu semua tak diajar dalam Islam.
antara yang paling mengajar diriku yang perasan bagus,
jangan sekali kali membenci orang yang telah melakukan kesilapan. walau sebesar mana pun kesilapannya. sebab kita tak tahu, selagi orang tu tak meninggal dunia lagi, tak mustahil Allah akan buka pintu hatinya untuk bertaubat. . . kita hanya mmpu berdoa supaya Allah mberinya hidayah di samping mberi nasihat sekadar mampu..
jangan sekali kali membenci orang yang telah melakukan kesilapan. walau sebesar mana pun kesilapannya. sebab kita tak tahu, selagi orang tu tak meninggal dunia lagi, tak mustahil Allah akan buka pintu hatinya untuk bertaubat. . . kita hanya mmpu berdoa supaya Allah mberinya hidayah di samping mberi nasihat sekadar mampu..
Allah..terasa hina sungguh diri ini, terlalu ingin berubah sehingga rasa diri lebih baik dari yang lain. sehingga abaikan saudara seIslam yang lain!
"penyakit ahli ibadah ialah riya' "
bermula saat dan detik peristiwa itulah.. diri saya terkesan daripada peristiwa tersebut. hingga detik ini,
Seburuk mana pun orang, kita tak boleh menghina dia macam kita ni konpem ahli syurga, dia konpem ahli neraka. sama-sama kita doakan insan yang masih lagi tidak terbuka hatinya untuk mendekati Allah.
dan kalau mampu, sama-sama kita nasihat dan ubah mereka dengan cara.. berhikmah.
Islam tu Indah. subhanallah :)
wslm
Seburuk mana pun orang, kita tak boleh menghina dia macam kita ni konpem ahli syurga, dia konpem ahli neraka. sama-sama kita doakan insan yang masih lagi tidak terbuka hatinya untuk mendekati Allah.
dan kalau mampu, sama-sama kita nasihat dan ubah mereka dengan cara.. berhikmah.
Islam tu Indah. subhanallah :)
wslm