Tuesday, December 14, 2010

Salam Maal Hijrah

Salam
Hampir 10 hari sudah 1 Muharram tiba
Tapi baru hari ni berkesempatan nak menulis sini
Saya baru ja balik bercuti dengan family,sampai rumah malam semalam

Awal Muharram . tahun baru dalam kalendar Islam
jadik, termasuklah jugak semangat baru
Semangat baru.Semangat baru. Tapi kadang kadang macam
Hangat hangat tahi ayam, ye dak?

Semangat baru saya bagi tahun Hijrah ni.
ialah
Nak sentiasa bersemangat dan buang perangaii hudus!
buang perangai MALAS dan juga nak jadi rajin.rajin rajin
Rajin membaca
Rajin mengemas
Rajin belajar
Rajin kepada semua perkara perkara hat elokk

Tak mustahil kan? tapi serius susah gila nak tukaq perangai Malas!
Apa pa pun, kita cubaaa!
hakhak.


wslm~

1 comment:

syazwan safwan said...

Kelebihan Puasa Asyura' (10 Muharram)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah (puasa) di bulan Allah (bulan) Muharram, dan shalat yang paling utama setelah shalat wajib (lima waktu) adalah shalat malam.“( HR Muslim ).

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ

“Puasa ini menggugurkan (dosa-dosa) di tahun yang lalu“ ( HR Muslim).

Orang-orang Yahudi juga berpuasa pada hari Asyura' sempena ternggelamnya Firaun dan tenteranya dalam Laut Merah dan terselamatnya nabi Musa dan pengikutnya daripada ancaman untuk membunuh baginda.

Nabi (s.a.w) bersabda:

فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ – إِنْ شَاءَ اللَّهُ – صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ

“Kalau aku masih hidup tahun depan, maka sungguh aku akan berpuasa pada hari Muharram ke-9 (bersama 10 Muharram).”( HR Muslim)

Sabda Nabi (s.a.w)

فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ

“Kita lebih berhak (untuk mengikuti) Nabi Musa ‘alaihis salam daripada mereka“( HR al-Bukhari dan Muslim).

Dengan tujuan untuk menyalahi dengan perbuatan orang-orang Yahudi, maka baginda (s.a.w) menganjurkan supaya berpuasa tanggal 9 dan 10 Muharram.