Sunday, January 30, 2011

Cuti

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam
Maaf la tak smpat nak hapdate
Sebab maktab line tenet bermasalah
Jadi memang tak leh nak hapdate

Baru smpai rumah pg Sabtu aritu
Alhamdulillah


Saturday, January 22, 2011

Tagged Ety

 Salam
Aha,lama tak update blog ni ye dopss
Aritu dapat tag dr hayat, hari ni dari etykus pula
Atau nama sebenonye ialah Ezzaty
Classmate masa sekolah badlishah dulu.

tima kasih etychan! :)


 25 Random Things About Me.


1. nama ******
2. anak 4 dari 5
3. bakal cikgu sekolah rendah
4. berat 47 kg ,susah nk tambah berat ni.
5. suka jalan-jalan tengok tempat orang, budaya lain.
6. suka tengok pemandangan indah2, pokok, laut, pantai, langit,
7. faveret kaler putih, pink, hijau lembut, biru lembut,  koko lembut, (ksimpulannya, pastel colour)
8. suka roti
9. suka cokelat
10. suka cheese
11. mempunyai Naluri yang sangat kuat. macam sixth sense pn ada
12. suka berjalan cepat
13. tak tahan cuaca sejuk (nasib baik tak bijak sangat,kot la sambung oversea,taktahan salji.)
14. suka membaca buku
15. suka geografi dan sejarah
16. tak suka masakan yang berlauk-lauk banyak minyak. suka masakan mcm cina, yang simple,ikan kukus, sup sayur, etc etc. simple tapi berkhasiat dan sedap. sape jd suami n anak-anak saya nanti, sianlah korang,kena terima masakan berkhasiat macam ni tiap hari.tadak pajeri,lemak,etcetc
17. minat masak kek,biskut, mashed potato, etc etc yg kita boleh buat sendiri tanpa susah2 beli kat kedai.
18. suka berfikir dan berfikir dengan kritis dan kreatif (ceh prasan)
19. kakak saya kata, pemikiran dan diri saya dah matang sekarang ni. berbeza dengan dahulu.hnss hnss
20. sayang pada kawan-kawan,sahabat-sahabat. walaupun mungkin saya tak berapa rapat dengan korang, tapi percayalah, hati ini sentiasa teringatkan kalian. semoga Allah memberkati anda semua.
21. suka cakap sorang sorang
22. sometimes peramah, sometimes pendiam
23. sayang pada family.ofkoss!
24. saya tak percaya pada cinta sebelum kahwin. 
25. orang Kedah tapi diberi gelaran Kedah celup sejak zmn sekolah lagi. 

____

itu sahaje.penat memerah otak .takpa2,exercise minda.ehe

sekian,terima kasih :)

wassalam

Wednesday, January 19, 2011

Saya Blog

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Kenapa saya berblogging?Kenapa saya menulis di blog ini
Adakah kita ada tujuan dan matlamat kita masing-masing?

Saya mula blogging sejak habis SPM
masa tu akhir tahun 2007.
Lama dah.
tapi tujuan blogging sebab nak tulis kisah diri saya.
tentang aktiviti saya, tentang masalah,jalan p mna.etc etc
Blog ni hanya seperti Diari Elektronik
Ayat pun agak gedikk pada zaman tersebut.

Lama-kelamaan blog ni merupakan medium untuk bercerita kisah diri 
dan ketidakpuasan terhadap orang lain
Ehe~
Kira macam tempat nak lepas ketidakpuasan hati la
Sungguh kanak-kanak .perangai childish
- - - - - - - - - - - - - - - - -

Harap selepas ni dapat menulis sesuatu yang berfaedah
Mungkin dapat bagi input yang berfaedah kepada orang lain
Bukan syok sendiri mcam sebelum sebelum ni.

Apa-apa pun, yg palingg penting sekali 
tiap kali nak post blog tu, niat kerana Allah :)


*ada terbaca, betul ke ek, blog ni melambangkan peribadi tuan blog tu?
wassalam~

Tuesday, January 18, 2011

Simple tapi Bermakna

بسم الله الرحمن الرحيم 

Salam

Saya terjumpa satu ayat yang memberi kesan kepada diri saya
Ayat simple tapi membuatkan saya banyak terfikir
Dan berfikir  ..dan berfikir

Terima kasih kepada Kak Ijj'lal kerana memberi keizinan untuk saya copy ayat ini
Saya nampak ni kat status kak ijj'lal

letih dengan ada bos yang cerewet? parents yang angin tak tentu hala? kawan yang kerenah entah apa-apa?

"pray for him. because its hard to hate people that 

you pray for :) "


macam satu peringatan buat saya sebab biasalah manusia, kita kadang2 ada juga perasaan tak suka kat orang kan. tengok perangai gatal ke ape, terus tak suka.

tp, why not kita berdoa untuk orang itu, daripada membenci dan mengutuk,mengumpat.etc .
Betul tak? kan kan?

InsyaAllah, mari kawan-kawan, kita sama-sama berusaha untuk memperbaiki diri
dan berdoa supaya orang-orang yang kita tak berapa suka tu, akan diberi hidayah oleh Allah s.w.t. aminn. 

- - - - - - - - - - - - -






Sunday, January 16, 2011

Dipertanggungjawabkan

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Tiba-tiba saya teringat akan kata-kata Ustaz Abdullah yang mengatakan

"Nanti kita akan dipertanggungjawabkan dengan setiap apa yang kita dapat, dan bagaimana kita menggunakannya. Adakah kita gunakan rezeki itu ke jalan baik, atau jalan buruk"

Rezeki.Bagi saya semua kita ada ni rezeki dari Allah
anggota badan: Mata,hidung,kaki,telinga,
harta : laptop, handphone, kereta, duit, etc etc

Contoh, laptop ni kita gunakan untuk apa? Untuk tengok cerita korea, hollywood? untuk chatting?
Handphone: Kita mesej dan call siapa? Gewe,boypren? atau mak ayah kita?
Kereta: Kita gune kereta kita untuk pergi ke mana?dating?surau?mejid?
Mata: mata kita tengok apa?ushar2 laki?perempuan? 
Kaki: kaki kita melangkah ke mana?untuk berdating?maksiat?hiburan?konsert?atau surau?
tangan: tangan kita ada tak pegang2 tangan lelaki bkn muhrim?atau pegang alQuran?
Mulut: mulut kita suka mengumpat pasal orang ka?Atau bercakap manja dengan lelaki?
Telinga: telinga ni ada dak dengar lagu2 yg mlalaikan?lagu omputih berunsur lucah?

dan macam-macam lagi.setiap perkara kita buat,akan ditanya Allah


- - - - - - - - - - - 

Perasan tak sekarang ni banyak mende pelik yang berlaku?bencana di mana2
ribut salji teruk di US, banjir besar di Queensland, dan mcm mcm lg
yang pelik tu Queensland tu, Australia jarang kena banjir2 ni
mungkin ni petanda dunia dah tua, nak sampai ajal dunia dah ni
mungkin kiamat pun tak lama dah

Tapi kenapa kita ni manusia, still lagi rasa tak takut?
Masih lagi leka dengan hiburan, asyik bercinta, enjoy?
Sanggup habiskan 3 jam untuk tengok AJL,
 tapi pergi surau solat tak sampai 3 jam taknak pulak pergi

Manusia terlalu sombong, bongkak. Allah bagi kita nikmat dan rezeki macam-macam
Tapi tak pernah bersyukur.Terima kasih pada Dia.
Still lagi tak takut pada Dia walaupun tahu kiamat tu tak lama dah.. .

Ayuh, kita sama-sama berusaha untuk mendekatiNya
mencari hidup dalam keredhaanNya
sebab kita tak tahu adakah kita ni termasuk dalam golongan mana masa akhirat nanti
kita bukan confirm kita masuk syurga ,neraka.

Usaha.Usaha untuk memperbaiki diri sendiri dan usaha mendekatiNya
Usaha untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini
Usaha walaupun sekecil zarah, tetap dipandangNya
Sayangnya Dia pada kita kan :)

"Apa yang ada disisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal. . . . ."(An-Nahl:96)

wassalam





Saturday, January 15, 2011

Pagi Sabtu

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Pagi jumaat dan sabtu diisi dengan aktiviti yang menyeronokkan
Pagi Jumaat, pukul 7.00 pagi saya dan Rakinah berjoging bersama.
Seronok. Sebab sejuk, udara nyaman dan tak ada orang langsung
Alhamdulillah dapat hirup udara lagi pagi tu

Lepastu, pagi hari ni, Sabtu, saya dan Rakinah pergi berjoging lagi
Tapi lambat sikit, 7.30 baru keluar.
Seronok betul jalan-jalan keluar dari bilik. Lepas satu pusingan, kami pergi pulak kat padang
depan astaka. jogging pulak situ satu round. Semangatness sungguh ! :D
Ye la jarang boleh joging dengan enjoynye. Kalau petang ramai sangat orang,takbest.

Lepas joging bergayut gayut monyet di tepi court bola tampaq.
Tiba-tiba rasa macam nak tengok laut.Lepastu, terus ke cafe utk tanya ada kereta ke tak
Malas betul nak jalan kaki gi pantai. Plus, bahaya pergi pmpuan 2 orang

Pukul 9.30pagi macam tu kami pun pergi la ke Bukit Kluang dengan Farah jugak.
Beli kat gerai tepi tu pastu makan smbil menghadap laut
Perasaan yang tenang tak dapat digambarkan.
Best kan kalau dari bilik kita terus nampak pantai
Sambil berjalan-jalan di gigi air.

Lepastu nampak dari jauh ada pakcik pakcik macam tengah menangkap ape tah kat tepi pantai
Kami bertiga pun pergi la tengok. Rupanya pakcik ni tengah tangkap anak-anak ikan kerapu
Di persisiran pantai Bkt Kluang ni.Banyak pulak tu yang dapat.

                                  pakcik ni buat ape ye kat situ?                              
                                                                                                                                 mcm mjlah tiga temuramah 
                              

                     baby ikan yg ditangkap letak dalam ni                                                 ikan kerapu. bukan baby dah




Menurut pakcik ni, ikan kerapu yang baby ni sekor jual 25 sen (kalau tak silap la)
Sekali tangkap ada kot dalam berapa ribu ekor entah. Pakcik ni kata dia jual baby ikan kerapu ni kat sesape yang menternak ikan kerapu ni sampai besaq.kadang2 kat tokey Cina,kdang2 orang Melayu

Lama jugak kami bertenggek tengok apa yang pakcik ni tangkap.Dekat jaring tu ada anak ketam,anak udang pun ada. Kami yang agak 'chewy'(excited terlebih) pun pegang sekoq2 anak udang tu
Dah puas menemu ramah dengan 2 org pakcik tersebut, kami pun pulang lah dengan hati yang gembira
Sebab dapat tengok pakcik ni tangkap ikan.
Tak pernah tengok kot,sebab alat yang digunakan pun macam pelik sikit.
Ingatkan sarang burung ke ape la depa buh.
Rupanya macam sarang burung tu depa letak kat persisiran pantai utk perangkap anak ikan kerapu ni.Waktu air pasang selalunya banyak ikan ni
-
-
Hari ini saya dapat sesuatu :)

   1. Hati tenang bila kita melihat alam ciptaan Allah
         (Rasa sangat tenang dan dekat dengan alam bila kita tengok laut ke,gunung ganang ke,pulau  
           etc etc. Jangan kita lupa, mereka juga merupakan makhluk Allah, :)

    2. Ombak. Deruannya membuatkan hati yang berkecamuk, rasa bebas. 


    3. Carilah rezeki yang halal walau susah mana pun kita. Macam pakcik tu, walaupun hanya 25sen    
           sekor, tapi tak mengenal erti penat lelah utk menangkap ikan di waktu tengah hari


     4. Saya sangat suka pantai! Nak tidoq tepi pantai ja ghasa! mungkin mula nk cipta angan angan,   
        buat rumah tepi pantai.tapi kalau takut dilambung ombak,buat rumah bgerak, boleh pergi ke 
        mana2 

Kami pun pulang dengan hati riang gumbira ^.^ . Alhamdulillah terima kasih Allah beri kami peluang untuk hirup udara lagi hari ini. esok 6 pagi, tak tahu lagi boleh hirup ke tidak, ye dok ?

Wassalam


Thursday, January 13, 2011

Anatomi

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Semester ni batch kami belajaq subjek Anatomi dan Fisiologi
Kadang-kadang rasa macam budak Medic pun ada.  *hnss.hnsss* (kembang hidung + syoksendiri)
Bila belajar pasal tubuh badan kita,sistem dalam badan kita, rupanya banyak sangat yang kita tak tahu
Dan yang paling menarik sekali, betapa uniknya ciptaan Allah, setiap manusia dicipta dengan sistem yang kompleks, dan sangat sangat mengagumkan.
Manusia nak cuba tiru pun tak sesempurna ciptaan Allah.

Robot?Klon? Banyak sangat kelemahan
Manusia rasa begitu hebat ciptaan mereka, bangunan tinggi, kereta, dan kemajuan lain lain lagi.
Tapi mereka tak dapat mencipta sesempurna seperti ciptaan Allah.

Struktur Tulang

A cross sectional view through the knee joint   
anterior view of the knee joint

Human Perspectives 3A/3B Book 2 Fifth Edition, TJ Newton & AP Joyce
McGraw Hill Australia Pty Ltd, 2009, pg 200. Reproduced with permission. 

(this blog owner 100% copy from website http://tle.westone.wa.gov.au/content/items/969144ed-0d3b-fa04-2e88-8b23de2a630c/1/human_bio_science_3b.zip/content/003_musculo_skeletal_support/page_09.htm)


Ni antara yang saya belajar. Seriously walaupun lemah dalam Biologi masa sekolah dulu-dulu,
Tapi kalau part hafal-hafal bahagian tulang ke ape ke, saya minat.
Sebab suka tengok gambar-gambar anatomi ni.Menarikk
Bila dah tahu fungsi setiap organ,sel , etc etc, rasa macam nak tahu lagi dan lagi
Rasa teruja pun ada.sebab banyak benda yang kita tak tahu

Pensyarah kami Encik Che Ishak dari jabatan PJ memang sangat best.
Tak pernah ngantok pun dalam kelas dia, memang pelik ah kan sebab saya ni konpem tido dalam kelas
At least sekali dalam sehari.
 Tahniah kepada Encik kerana berjaya menarik perhatian saya supaya menumpukan perhatian dalam kuliah.ehe.kena belajo tips2 cara mengajo dari encik ni.
Dan encik juga menyelitkan juga unsur unsur agama dalam pembelajaran dia. Semoga dibalas oleh Allah atas usahanya utk memahamkan kami semua .

Tak sabar nak tunggu kelas anatomi seterusnya. Setiap Isnin dan Rabu
Curiosity! :)

Tuesday, January 11, 2011

Rindu

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Baru aje beberapa minggu start kuliah
Terasa rindu pulak pada keluarga dan kampung halaman ku
Kulim . city that never sleep (bak kata seorang rakan ku yang poyo)
Tapi kulim bukanlah bando mane pun, sajalah saya perasan kulim tu bando .

Tiba-tiba hati rindu akan keluarga tersayang
ayah,mama, kakak, nana,sofia,adik.
dan semestinya muadz :)
anak sedara first ni,mesti sayang lebih kat dia ni.
alhamdulillah sihat sungguh dia ni, comel dan dah pandai tengok kamera kalau org nk tgkap.
ni beberapa gamba muadz ikhwan yang comel ni.

ada gaya macam nak azan 

bersama grandpa

amboi2 dah pandai buat pergerakan asas bukan lokomotor ye

ini posing comey namanya. harap2 besar nanti jgn posing2 comey gini masuk pesbuk plak.ehe



Mama, mama buat apa sekarang kat rumah?mesti selalu balik sekolah pukul 3, lpastu mesti rehat jap. petang2 gi luar rumah berkebun sampai pukul 7mlm. lepas mgrib masak masak lepastu makan berdua aje dgn ayah. pehtu mesti tengok tv jap atau online kejap . last sekali before tidur, settlekan kerja kerja sekolah. pehtu tido.

Kakak? mesti ada kat rumah bersama suami tersayang, dan muadz ikhwan yg comel. 
nana?busy dengan kelas dan duk kat studio spanjang mase kot
sofia? masih sedang bercuti smpai akhir februari.entah bila mau pulang .iskisk
adik?still dengan muka poyo beliau, sedang menelaah utk subjek2 akaun hat susah.

saya? sedang merindui kalian semua ;(

Semoga Allah memberkati hidup kami sekeluarga dan sentiasa memberi kami petunjuk. Amin.. 



Sibuk

بسم الله الرحمن الرحيم 

Salam
Maaf tak sempat nak post
InsyaAllah weekend ni saya post

Baru baca solusi dan tertarik dengan satu artikel
Bertajuk "Berbaik Sangka Sesama Muslim"
InsyaAllah saya post artikel ni nanti.

Topik ni sesuai dengan apa yang saya cari cari akhir ini
Akhir ni banyak yang saya fikirkan dan kebanyakannya tentang tingkahlaku saya terhadap saudara SeIslam saya, dan perasaan saya terhadap saudara SeIslam saya

Saya mengaku saya juga berburuk sangka, etc etc
Saya mengaku silap saya kerana berbuat begitu
Harap selepas ni hati ni dapat dididik supaya tak timbul satu pun prasaan buruk thadap saudara seIslam sendiri. aminnnnnn

wslm

Saturday, January 8, 2011

SoalCinta

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Masa cuti baru ni, ayah dan mama bertanya beberapa soalan yang berunsur 'cinta'
Rasa agak pelik sebab ayah dan mama bukan jenis yang suka tanya tentang perkara sebegini
Seperti begini 
______________________________________________________

Situasi1: Semasa sarapan, saya merupakan orang terakhir di meja makan, bersama mama.

Mama: "Maya, maya ada boyfren tak?"
Saya  : Boyfren?hm.takdak. dulu ada jugak la berkawan dgn sorang ni. tapi sekarang ni,tak rapat dah, 
            sebab maya rasa kalau ada jodoh dgn dia nati, ada lah kan. kalau maya umur 25 nati tak kawin               
            kawin lagi mama carikkan lah ye.
Mama : (sambil membelek kad kahwin) ni ada kenduri 3 pengantin sekali. Mama rasa nak buat korang 3 
              orang sekali juga lah nanti. jimat duit. 
Saya : Eheh ~ ~ (diam membisu)

Situasi2: Mama masuk ke bilik untuk kejutku bangun dari tidur, kalau-kalau diriku tak terbangun untuk solat subuh

Mama : Maya,solat subuh tak lagi? 
Saya   : dah bangun tadi. tertidur kejap. hehe. 

Hp dan purse ku ada di tepi bantal. memang kalau tidur suka letak menda dua ketui ni kat tepi bantal

Mama  : Amboi, sampai tido pun bawa purse sekali. (sambil melihat lihat hp ku dan membeleknya)
               Haaaaaa...tah tah ada gambar boyfren ape dalam hp ni. (sambil membelek2 hp guwer) 
Saya    : Tersengeh melihat mama . Hehehe. Mesti la bawa purse sekali. sayang purse tu sebab mama 
              ayah yang bagi. tak ada la mama. tak ada menarik pun dalam hp tu. tak caye try tengok dalam 
              hp maya.   sambil berlalu pergi ke bilik air

Situasi3: Sedang bersembang dengan ayah di ruang tamu

Ayah : maya, kat maktab maya ramai dak student yang bercinta cinta berkapel ni?
Saya  : Ramai je yang bercinta. berkapel pun ramai. 
Ayah : Ramai ke yang berdating dating dua orang? keluar dua orang sekali
Saya  : Ramai je. Kenapa?
Ayah : hm.maya jangan ikut orang duk dating dating. tak manis orang pandang.
____________________________________________________________

Begitulah kisahnya.
InsyaAllah berkat doa ayah mama
maya sekarang tak fikir lagi tentang soal cinta

Ya,saya pernah memikirkannya, semasa zaman sekolah hinggalah awal umur 20 yang lalu
Tapi alhamdulillah saya dah sedar, cinta yang utama bukan cinta untuk lelaki yang tidak bergelar suami
Tapi cinta utama yang pertama ialah Allah
Saya perlu cari dahulu cintaNya
Memahami cintaNya kepada kita semua

Bila umur sudah sesuai untuk berkahwin, barulah saya akan fikirkan benda ini kembali
Takperlu cinta sebelum berkahwin, tak ada istilah cinta sebelum kahwin
Cinta selepas kahwin, halal dan tak akan timbulnya dosa dan haram
Ehe,betuii dakk?

Sekarang kita fokus tentang amalan kita tiap hari dulu
itu lebih utama dari mensia-siakan masa kita dengan cinta belum lagi digelar 'halal'
habiskan masa,habiskan kredit, habiskan duit,
better kita telefon ayah mama dan keluarga kita

Sebelum tidur, kita muhasabah diri dahulu,
Hari ini ada tak kita sakitkan hati orang?ada tak kita buat dosa?ada tak kita lalai

:)

wassalam~

Friday, January 7, 2011

Kisah Penjual Sayur

بسم الله الرحمن الرحيم 

Salam

Saya ada terbaca satu artikel dalam satu majalah tentang seorang makcik penjual sayur di Taiwan
Nama beliau ialah Chen Shu Chu
Beliau hanyalah seorang penjual sayur, hidup nya tidak kaya,seperti biasa sahaja

Setiap hari dia bangun 3 pagi, pergi ke pembekal sayur,
 seterusnya ke gerainya untuk menjual sayur sayur, sampai pukul 7 atau 8 malam
rutin beliau hanya seperti penjual sayur yang biasa.

Tapi, siapa sangka walaupun hanya seorang penjual sayur di pasar
Makcik Chen Shu Chu merupakan seorang yang baik hati
Daripada hasil jualan sayur, beliau telah mendermakan kira-kira ($321,550) kepada badan kebajikan, termasuk sekolah yang memerlukan bantuan, anak yatim dan pelajar miskin



Macam mana makcik Chen berkemampuan untuk menderma sejumlah wang yang beso?
Padahal dia hanyalah seorang penjual sayur?
Berbelanja hanya apa yang anda perlukan, dan anda mampu untuk menyimpan duit yang banyak!" kata makcik Chen.  Hidup makcik ni sangat simple dan tidak mewah langsung. Katanya, apa yang dia perlukan hanyalah makanan dan tempat untuk tidur. Dia tak perlukan benda lain
Untuk membaca lebih lanjut kisah makcik yang sangat baik hati ini, baca di web ini http://www.rdasia.com.my/the-generous-vegetable-seller
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
di sini,saya petik beberapa kata-kata makcik Chen yang sangat menyentuh hati saya dan buat saya terfikir sejenak :
“I do not place great importance on money. When I donate to help others, I feel at peace and happy, and I can sleep well at night.”
“My philosophy in life is simple: If doing something makes you worried, then it must be a wrong thing. If it makes you happy, then you must have done the right thing. What others say is not important,” says Chen. She is content with what she has and feels that as long as she “lives a life she wishes for and does the things she wants, that is good enough”.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - --  - - - -
Terima kasih makcik Shen, makcik memberi saya satu pengajaran yang sangat bermakna. Walaupun makcik bukan orang Islam, tapi makcik mengamalkan nilai-nilai Islam yang jarang kita tengok sekarang ni orang kita amalkan.
Bersederhana dan menderma kepada orang yang lebih memerlukan.
Kalau difikirkan semula saya ni, kalau dapat elaun 1 sem (RM3,600 kalau tak silap) , mesti beli benda yang kita inginkan padahal tak adalah sangat memerlukan pun barang tu. bila nampak benda yang cantik dan comel, Beliiii. ada makanan mahal yang sedap, kadang kadang belii jugak. nampak baju cantik,BELI.nampak itu.BELI. Taksedar yang sebenarnya kita boros,membazir! membazir amalan syaitan.


Lagipun, cuba fikir, kalau kita selalu sangat beli makanan mahal mahal, 
Kenny Rogers,McDonald,PizzaHut etc etc
Last last lepas kita makan yang Mahal mahal berpuluh ringgit ni, 
Last Last masuk dalam perut dan dihadam dan akhirnya akan dikeluarkan sebagai najis juga kan
Betul tak? Tak bernilai dah makanan makanan mahal selepas tu
Kadang kadang keinginan kita membuatkan kita tak berfikir secara rasional
Nak beli semua mahal2,branded2. Kalau kita memang perlukan,takpe lah, tapi just untuk collection kita, untuk berlagak depan orang, menunjuk nunjuk, habiskan duit aje ye dak?
Duit kalau kita simpan dalam bank dan dermakan juga kepada orang susah, kan lebih berkat duit tu. mungkin kita kena korbankan keinginan kita, tapi insyaAllah Allah membalas lebih dari itu. mungkin rezeki kita akan datang lebih mendapat keberkatan, kan . 
Saya berharap elaun lepasni, saya tak mau dah belanja untuk memenuhi keinginan saya! Tapi untuk keperluan sahaja. Kawan-kawan kalau nampak saya nak beli benda yang comel comel dan tak perlu, please/tolong/po favor tegur saya dan ingatkan saya yaa! Ingat, membazir tu amalan syaitan. Berjimat dan menderma lah pada yang perlukan wang tersebut lebih dari kita :)

wassalam~

Thursday, January 6, 2011

MakhlukNya

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Kita adalah manusia, salah satu makhluk yang dicipta oleh Allah
Tapi bukan kita sorang sahaja makhluk yang dicipta olehNya
ada lagi makhluk lain selain kita di atas bumi ni

Siapakah mereka? Kita kenai dak depa depa ni?
Haaa, jum kita berkenalan dengan depa
Artikel ini dipetik dari majalah Solusi Isu keberapa tak pasti

 MAKHLUK CIPTAAN ALLAH

MALAIKAT

Dari nur(cahaya)menerangi /mengawasi manusia

IBLIS

> Dari nar(api),sifatnya merosak,merupakan musuh manusia

JIN

> Dari asap yang beracun,sifatnya memabukkan,merupakan pengoda dan juga membantu manusia

TUMBUHAN

> Hanya mempunyai naluri,berfaedah untuk keperluan manusia

HAIWAN

> Syahwat dan marah,berfaedah untuk kepentingan manusia

MANUSIA
> Sebagai pengatur alam,pengurus dunia (khalifah)

______________________________________________________________

Oleh itu, kita sebagai manusia, pengurus dunia, pengatur alam
Perlulah memikirkan makhluk makhluk lain seperti haiwan dan tumbuhan
Jangan terlalu pentingkan diri sendiri sehingga tak jaga tumbuhan dan haiwan
Mereka juga makhluk, mempunyai naluri dan perasaan
Ingin dihormati :)





Sayangilah tumbuhan, haiwan
Kerana mereka bernyawa cuma pokok tak boleh bercakap.
Diorang setiap kali berzikir kepada Allah s.w.t
Memuji kebesaran Allah s.w.t...


Jadi berbuat baiklah kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan jugak ye :)

wslm

Tuesday, January 4, 2011

Diari

بسم الله الرحمن الرحيم 

Salam
Masa tengah kemas buku-buku lama cuti haritu
saya terjumpa satu buku yang comel
gambar Hello Kitty

Eh! ni buku diari saya masa darjah 6!! comel betul buku ni
Bila baca balik diari tu, gelak sorang sorang
Ada kisah tentang hamster mati
Tentang kisah first day . . .
Etc.etc

Kelakar bila baca semula kan
Kisah masa muda muda dulu

Dan start 2011
saya nak tulis diari semula. 
supaya nanti saya boleh baca semula bila dah bekerja :)

wslm

Monday, January 3, 2011

Rewind 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Tiba-tiba teringat tentang peristiwa-peristiwa 2010
Banyak betul terjadi pada tahun 2010

Daripada semua peristiwa-peristiwa tu, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa
Tahun 2010 merupakan tahun dimana transformasi minda,jiwa,perasaan berlaku

Sebelum tahun 2010, yang berlaku hanyalah kecelaruan identiti diri 
Mencari identiti diri yang sebenar
sebab masih muda remaja dan tidak mengerti lagi hidup yang sebenar
Waktu remaja lah kita suka terpengaruh dengan orang lain kan.hehe
Orang buat tu, kita pun nak. Orang ada bcinta, kita pun nak. ehe

Hipotesis yang boleh dibuat setelah menganalisis data-data tahun tahun sebelum 2011 :

Semakin usia meningkat, semakin matang pemikiran, semakin rasional tindakan, semakin terkawal perasaan

Perh, ada gaya macam profesor ni! ;D

Tapi kan, seriously,2010 banyak mengajar ku
Dan banyak dugaan dan masalah yang berlaku,tapi sangat sangat bersyukur
sebab setiap dugaan yang Allah berikan, memang rasa sangat terganggu emosi dan perasaan
Sedih marah benci dendam
Tapi selepas itu, saya belajar sesuatu dan sangat memberi kesan mendalam terhadap diri sendiri

Contohnya, kalau kita bermasalah dengan seseorang itu sangat benci kita
Menyampah, meluat, benci, geram, kat kita, dan label kita yg negatif2
walaupun kita hanya mendiamkan diri dan tak balas pun
dan disebabkan salah kita jugak la dlm lebih kurg 10%, tapi salah orang lain pn ada jugak
sometimes kena turunkan ego kita,walaupun bukan salah kita 100%
jalan yang terbaik, kita meminta maaf pada org tersebut
and everything will be better.
sekarang saya dah pn berbaik dengan insan tersebut walhal sblum ni memang tak kenal langsung.

Hikmah dia, tak nak dah buat kesalahan tu lagi dan sampai sekarang memang saya tak ulang dah kesilapan tu.

Satu lagi, kalau ada insan yang mempunyai perangai agak kurang dan bermasalah
Kita perlu membantu dia walaupun mungkin harapan untuk dia berubah hanya 1%
Kalau benci dan menghukum insan itu, tak dapat memberi apa2 perubahan
dan kena sabar dalam menghadapi insan sebegini
dan paling penting doakan beliau supaya Allah beri petunjuk pada beliau

Hikmah: Jangan sesekali layan orang tu dengan buruk walau sebesar mana pun kesilapan dia pernah buat. but still dalam usaha untuk tidak membenci sesiapa sebab kita manusia tak perfect dan suka membenci orang kan. 


Kesimpulannya, Allah memberi kita dugaan supaya kita dapat belajar daripada dugaan tersebut


" kamu membenci sesuatu,padahal ia baik untuk kamu"


Semoga tahun 2011 memberi sinar kepada semua :)

Sekian wassalam


Sunday, January 2, 2011

Hidup Ini

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Here are some quotes I take from Solusi Issue 23 and I want to share it
with you. I hope you get something from it. InsyaAllah

- - - - - - - - - - -- - - - -- - - - - - -- - - - -- - - - -- - - - - -- -- 

"Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tidak ada ruang untuk menapak walau selangkah. Kita dihimpit ke dinding hingga tidak ada ruang untuk bernafas. Tapi sebenarnya hidup kita masih belum berakhir......


Ingatlah.. penamat hidup anda hanya satu, iaitu ketika malaikat maut memisahkan nyawa dari jasad. ...


Itupun anda masih berharap menunggu untuk diiring ke satu alam lain
Iaitu alam akhirat yang lebih luas dan kekal abadi...


Seringkali penghujung jalan yang dianggap penamat,
Membawa ke jalan baru yang lebih ..luas." :)




========================

Jangan pernah ptus asa dalam mencari keredhaanNya
Jangan pernah putus asa untuk melakukan perubahan
Jangan pernah putus asa untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini
Jangan putus asa untuk . . . . semua perkara yang kita lakukan!

Ganbatte Kudasaiiii!!!!!

Berubahh!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Berubah.Changing
Sapa nak berubah untuk menjadi lebih baik dari sebelu sebelum ni?
Jum jum kita berubah

Jangan MALAS dah
Jangan BENCI2 dan DENGKI orang dah
Jangan MENGATA kat orang dah
Jangan ASYIK TENGOK KESALAHAN orang sahaja tapi diri sendiri perasan BAGUS
Jangan BERGADUH antara satu sama lain
Jaga tingkah laku dan perangai

Sentiasa doakan semua orang.
Sayangi rakan rakan dan semua  saudara seIslam kita

Kawan-kawan!jum kita berubah jadi lebih baik dari sebelum ni!
Biaq la brubah sdikit sdikit, asaikan kita tak berada di takuk lama! :jum2! :D

Tapi satu ja kot saya takleh nak ubah.
Tak boleh nak jadi Skema dan terlalu pendiam
sebab sejak azali seorang yang happy go lucky bersama kawan2
skema dan pendiam itu bukan style saya. wlaupun pernah lah cuba jadi macam tu.hakhak

saya tak mahu jadi terlalu pendiam dan skema
nak jadi seseorang yg orang selesa nak bersahabat
tak terlalu skema, tak terlalu over exposed(mencapub kot dalam bahasa melayu pasaq)

Dan mungkin boleh saling memberi sesuatu yang bermakna antara satu sama lain!
Saling membantu dalam usaha mencari erti kehidupan hidup ini.
InsyaAllah. Dengan izin Allah.aminn ;)

love u all of my friends! :)

1 Jan 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Hari ini 1/1/2011 saya sambung mengecat bilik
Mula mula rajinlah ngecat dari bwh smpai atas
Last last malas terasa, so cat mane yang nampak aje la sebab malas nak alih meja dan katil
Tapi nampak cantik jugak,tak nampak pun yang bawah2 meja tu.kuikui

Mama bagi mesej tanya, 'macammana projek mengecat?"
Pastu reply mesej mama " tgh ngecat ni,tapi mls nak alih2 meja n katil so cat mane yg nmpak aje"
Pehtu dibalas mama, "ayah kata hangat hangat tahi ayam"

Ehe.  oh ya kelas start lusa
Result dah tau, alhamdulillah meningkat dari semester lepas
Smester ni tak nak dah study main main (ayat yang sama seperti tahun2 lepas =,= )
Banyak cita cita ku tahun ni. Byk azam baru.
Entah tercapai ke tidak,ahaa itu kita tidak tahu
Oklah mood mlas nak update
Mula la tulis mende tak berpekdah ye dak

skian wslm

Saturday, January 1, 2011

2011


بسم الله الرحمن الرحيم 


Salam
1.1.2011
Sudah berada di IPGM Kampus Sultan Mizan
Mengemas barang dan mengecat blik.
Semangatness di situ.
Smpai pada pukul 8.30 malam semalam
Dan sekarang, hujan turun tanpa henti
Memandangkan di sini musim tengkujuh

okaylah takdak idea.sekian
wslm