Friday, January 7, 2011

Kisah Penjual Sayur

بسم الله الرحمن الرحيم 

Salam

Saya ada terbaca satu artikel dalam satu majalah tentang seorang makcik penjual sayur di Taiwan
Nama beliau ialah Chen Shu Chu
Beliau hanyalah seorang penjual sayur, hidup nya tidak kaya,seperti biasa sahaja

Setiap hari dia bangun 3 pagi, pergi ke pembekal sayur,
 seterusnya ke gerainya untuk menjual sayur sayur, sampai pukul 7 atau 8 malam
rutin beliau hanya seperti penjual sayur yang biasa.

Tapi, siapa sangka walaupun hanya seorang penjual sayur di pasar
Makcik Chen Shu Chu merupakan seorang yang baik hati
Daripada hasil jualan sayur, beliau telah mendermakan kira-kira ($321,550) kepada badan kebajikan, termasuk sekolah yang memerlukan bantuan, anak yatim dan pelajar miskin



Macam mana makcik Chen berkemampuan untuk menderma sejumlah wang yang beso?
Padahal dia hanyalah seorang penjual sayur?
Berbelanja hanya apa yang anda perlukan, dan anda mampu untuk menyimpan duit yang banyak!" kata makcik Chen.  Hidup makcik ni sangat simple dan tidak mewah langsung. Katanya, apa yang dia perlukan hanyalah makanan dan tempat untuk tidur. Dia tak perlukan benda lain
Untuk membaca lebih lanjut kisah makcik yang sangat baik hati ini, baca di web ini http://www.rdasia.com.my/the-generous-vegetable-seller
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
di sini,saya petik beberapa kata-kata makcik Chen yang sangat menyentuh hati saya dan buat saya terfikir sejenak :
“I do not place great importance on money. When I donate to help others, I feel at peace and happy, and I can sleep well at night.”
“My philosophy in life is simple: If doing something makes you worried, then it must be a wrong thing. If it makes you happy, then you must have done the right thing. What others say is not important,” says Chen. She is content with what she has and feels that as long as she “lives a life she wishes for and does the things she wants, that is good enough”.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - --  - - - -
Terima kasih makcik Shen, makcik memberi saya satu pengajaran yang sangat bermakna. Walaupun makcik bukan orang Islam, tapi makcik mengamalkan nilai-nilai Islam yang jarang kita tengok sekarang ni orang kita amalkan.
Bersederhana dan menderma kepada orang yang lebih memerlukan.
Kalau difikirkan semula saya ni, kalau dapat elaun 1 sem (RM3,600 kalau tak silap) , mesti beli benda yang kita inginkan padahal tak adalah sangat memerlukan pun barang tu. bila nampak benda yang cantik dan comel, Beliiii. ada makanan mahal yang sedap, kadang kadang belii jugak. nampak baju cantik,BELI.nampak itu.BELI. Taksedar yang sebenarnya kita boros,membazir! membazir amalan syaitan.


Lagipun, cuba fikir, kalau kita selalu sangat beli makanan mahal mahal, 
Kenny Rogers,McDonald,PizzaHut etc etc
Last last lepas kita makan yang Mahal mahal berpuluh ringgit ni, 
Last Last masuk dalam perut dan dihadam dan akhirnya akan dikeluarkan sebagai najis juga kan
Betul tak? Tak bernilai dah makanan makanan mahal selepas tu
Kadang kadang keinginan kita membuatkan kita tak berfikir secara rasional
Nak beli semua mahal2,branded2. Kalau kita memang perlukan,takpe lah, tapi just untuk collection kita, untuk berlagak depan orang, menunjuk nunjuk, habiskan duit aje ye dak?
Duit kalau kita simpan dalam bank dan dermakan juga kepada orang susah, kan lebih berkat duit tu. mungkin kita kena korbankan keinginan kita, tapi insyaAllah Allah membalas lebih dari itu. mungkin rezeki kita akan datang lebih mendapat keberkatan, kan . 
Saya berharap elaun lepasni, saya tak mau dah belanja untuk memenuhi keinginan saya! Tapi untuk keperluan sahaja. Kawan-kawan kalau nampak saya nak beli benda yang comel comel dan tak perlu, please/tolong/po favor tegur saya dan ingatkan saya yaa! Ingat, membazir tu amalan syaitan. Berjimat dan menderma lah pada yang perlukan wang tersebut lebih dari kita :)

wassalam~
dari hati

2 comments:

Amirah said...

huhu.
betullah.lagi2 student mcm kite.
dpt ptptn n elaun trus tuka hp baru.

patutnye berbelanje pd bnd yg perlu kan?kehendak tu boleh ditangguh dulu :D

maya dandelion said...

betui2. termasuklah diri ku ini. suka duk blanje tak tentu hala.hehe