Sunday, April 10, 2011

Di mana Dia di hatiku

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum
Aha, bertemu lagi kita di dalam blog saya yang serba kekurangan ini
yang bersawang dan tiada berpenghuni.....
tiada jejak kaki manusia, tiada istimewa di sini..
hanya coretan insan yang hina lagi lemah.
hanya hamba Allah yang penuh dengan kelemahan diri...
sedih plak ayat :)

oklah hari ni takda apa pun nak cakap.tapi just nak share something yang saya jumpa
Sekarang ni dalam proses merangkak rangkak membaca buku 
Di mana dia di Hatiku oleh saudara Pahrol Mohd Juoi
Buku ni baru ja beli.wangi lagik.ehe.
disebabkan agak bz, maka nak baca buku ni pun agak perlahan sedikit kelajuan dalam menyelak mukasurat
sebelahnya. dalam seminggu entah berapa helai boleh habis.

tapi untuk impression pertama selepas baca sampai mukasurat 29,
saya sangat sukakan buku ini, sebab selepas baca beberapa mukasurat ja
terus buat saya terfikir, saudara penulis ni mempunyai pemikiran lebih kurang saya.maaf perasan jap
Rasa sangat sebati dengan penulisan saudara ni. 
antara yang saya suka ialah ayat berikut:

Dalam hidup ini, manusia akan berhadapan dua perkara. Pertama, perkara yang perlu dilakukan. Kedua, perkara yang suka dilakukan. Dan sudah menjadi sunnatullah, kedua-dua perkara itu saling bertentangan. Biasanya perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan. Dan perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan. 
- - - - - - - - - - - - -

Untuk berjaya dan bahagia, kita perlu melakukan perubahan. Kita perlu keluar dari zon selesa menuju zon mencabar kerana di zon yang mencabar itulah letaknya kemajuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita. Zon selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang, sementara zon mencabar ialah keadaan yang kita inginkan pada masa hadapan.
- - - - - - - - - - - - -
Untuk mencapai apa yang diinginkan, kita mesti berusaha melakukan perubahan. Kita perlu lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Ringkasnya, kita perlu bermujahadah dan berubah. Tetapi perubahan itu awkward-yakni canggung, kekok dan tidak selesa sifatnya.

Oleh sebab itulah ramai yang tidak mahu berubah. Mereka ingin terus selesa di zon selesa walaupun terpaksa menerima nasib atau menanggung keadaan sama. Kesannya? Mereka terus gagal, hina, miskin, lemah atau jahil kerana enggan berubah.
_____________________________________________________

Terima kasih saudara Pahrol Mohd Juoi kerana mencoretkan kata-kata yang memberi saya semangat
Kata-kata yang saudara coretkan, diilhamkan oleh Allah. 
saya kagum dgn cara pnulisan yang simple tapi gaya bahasa yg sgt mberi kesan

skema gile ayat saya. tapi nak buat macam mana,kadang2 suka sikit wat ala2 ayat sastera gitu
tp mmg kata-kata saudara ni dalam buku ni, memberi satu semangat

biasalah kita ni manusia ye dak, kadang2 teringat ms dolu2
keluo ramai2, gi mane2 pn ramai2, happy2, kwn laki pn ramai, xbyk tanggungjawab,ada someone special, pehtu agak materialistik jugak la.hihihiihi.(jgn gelak macam ni,gedik gile nmpak)

susah kan nak tinggal benda yang kita suka nak buat?
manusia akan berhadapan dua perkara. 
Pertama, perkara yang perlu dilakukan. Kedua, perkara yang suka dilakukan"

dan yang perlu kita lakukan itu adalah fitrah kita sndiri. yang perlukan Allah. sukakan kebaikan. 
dan yang kita suka lakukan ialah Hawa Nafsu kita. nafsu kita yg bagi kita suka lakukan yg kita suka.

Sebab tu bila kita ikutkan nafsu kita, mulalah buat benda-benda tak pekdah ye dak
duk melayan sms lelaki yg nk bkenalan. disebabkan ikut nafsu, pn gatai la duk mesej senior laki yg nk bkenalan. bajet femes katekan. pehtu mule la jeles tengok orang lain ada gewe ye dak. 
ala aku nk ada gewe jugak, apesal org lain ade aku takde!
bila da ada someone special, mula lah perasan "oh akulah orang paling bahagia dalam dunia ini"
"aku tak gaduh2 mcm org lain.sikap toleransi sangat aku ni, mesti Allah berkati hubungan ni"
"tgk org lain, gaduh ja. kita tak gaduh, sbb saling memahami."

ahahaha. hebat sangat hawa nafsu  ni mengawal diri kita kan
sampai tak sedar langsung betapa jahilnya diri ini.

walau macam mana kita rasa bahagianya kita dengan seseorang manusia,
walau kita perasan syok sendiri bahawa Allah berkati hubungan kita dgn jejaka yg blum halal bg kita
walau kita syok sendiri yang kita ni pasangan bahagia dunia akhirat hingga ke syurga
walaupun kita rasa kita adalah pasangan paling serasi, gorrgeouss meletop of the year
walaupun kita bangga dengan kebahagiaan kita

percayalah, dalam hati kita masih kosong.
kosong dengan cinta yang hakiki
fitrah kita, betapa bergantungnya kita kepada Allah
betapa perlunya kita pada Allah
walau bahagia mana pn kita dgn cinta manusia
tapi, kita tetap rasa kosong .kosong dgn cinta Allah.

kita terlalu agungkan cinta manusia.sehingga kita terlupa cinta Allah yang paling utama!
kalau dah ada suami pun, kita tak boleh nak cintakan suami lebih dari Allah.
tapi cintakan suami kerana kita cintakan Allah dan taat pada Allah.
itu suami, yg halal bagi kita.
kalau yang tak halal lagi bagi kita, adakah kita mencintai kerana kita cintakan Allah?
sebab Allah tak pernah ajar kita untuk bercinta dgn pasangan yg blum lg halal bg kita.
dalam kisah Rasulullah s.a.w pn, tadak pun baginda bercinta dulu kan?

wah,awat duk cakap pasai cinta ja banyak ni haa?
eheh.maap la noh, bukan gatai. tapi akceli(Actually)
bukan nya mengata orang atau mengutuk orang
tp ngutuk diri sendiri
sebenonye,sume kisah2 dlm blog adalah kisah insan .. ....jeng2.rahsia

kesimpulannya, ayuhla kita sedaqkan diri kita dari berangan sungguh lama
dibuai buai kesenangan, zon selesa, kemewahan, dunia...dunia...duniaa...
moh la kita ketuk2 diri kita supaya sedaq hat kita ni sebenarnya kecik ja
Dunia ni macam kepak nyamuk ja bagi Allah. kita ni plak kecik macam habuk ja.
Allah tak rugi pun kalau kita tak beriman dgn Dia
tapi Kita yang rugiii..aduiii...ketuk2 sikit kepala kita, jgn terlalu berani nk sombong dgn Allah

macam kita ni rekacipta satu anak patung yg boleh gerak.
kecik ja anak patung ni macam biskut teddybear
lepastu patung yang kita cipta ni, sombong gila dgn kita. wat tatau kat kita. tak minta tolong kat kita. 
padahal dia kecik kemetot ja,..eleh kecik kemetot tak sedaq diri
.dah la kecik, nak sombong2 plak kan dgn kita.kita ni hat cipta dia
ada hati nak sombong plak. boleh je kita nak baling dia ka,pijak2 dia ka kan.sebab geram.
kihkihkih
kelakar kan?berani sangat anak patung kemetot tu.
tak rasa macam kelaka ke?

tapi Allah ni Maha Pengasih, kita sombong camna pun, tamau ingat kat DIA
dia tadak nak bagi kita ni cacat ka, nak bagi kita terbakaq ka,apa ka kan.

ayuh kita lakukan perubahan. bergerak dari zon selesa. 
cergaskan diri dari nafsu
sedarkan diri anda yg sebenar, sedarkan diri kita yg sebenar, 
bukan diri yg dikawal hawa nafsu!
satu!! dua!! tiga!! empat! (lompat2 bg cergas sikit)

wassalam~~

2 comments:

Tuah Sujana said...

Assalamualaikum. Sdr. memang minat membaca?

maya dandelion said...

wa'alaikumussalam.
alhamdulillah minat juga