بسم الله الرحمن الرحيم
Fuh.fuh habuk habes lamaan sesawang ni . nama pun laman sesawang(website)
banyok le sawangnye.ehe
lama tak update, sebab tak sempat, tengok2 camtu ja
akhir-akhir ni saya banyak memikir
memikir banyak mende
bila fikir-fikir,saya rasa sangat pelik dan hairan
kenapa manusia ni kan, berani untuk menyombongkan diri dengan Allah ?
saya pelik kenapa manusia ni sanggup untuk turun petang main di padang bola,tengok bola, tennis, malam kebudayaan, tengok tv,tengok konsert, karaoke,pergi dating di kbmall, pergi shopping.buat assignment, sms, bergayut, bergosip, mengumpat, lepak.etc etc
habiskan berjam2 untuk perkara ni semua. sanggup korbankan waktu kita untuk perkara2 ni..
TAPI....bila ada seminar keagamaan misalnya. kursus fiqh wanita ke, majlis ilmu di surau, solat jemaah di surau, gotong royong di surau, tak terdetik di hati nak hadirkan diri. walaupun hanya 30 minit!
alasan:sebab sakit, demam tak larat, ngantok, letih, ada kerja lain.
YaAllah..bila fikirkan semula...sedih sangat...sayu...
sanggup sangat kita ni manusia kan. sombong gile dengan Pencipta kita.
tergamaknya kita.......tergamaknya kita tak kenang budi.
kita lupa diri,sombong diri. kita hidup hanya untuk berseronok!
Allah bagi kita macam-macam.banyak sangat..sangat banyak..
takpernah ke kita fikir nak menghargai ,bersyukur apa yang Allah bagi kita pinjam ni??
Badan kita yang cantik, rupa paras yang segak sampaikan lelaki puja2 kecantikan pmpuan hat segak2 ni, penglihatan kita, suara kita yang merdu kita manja2 kan utk lelaki,kaki yang kita guna untuk melangkah pergi dating, tangan yang kita taip untuk sms kata2 cinta,..semua tu, Allah yang bagi pinjam kan?
sedih...kita tak langsung nak ingat kat Allah,
tak timbul rasa takutkan Allah..bila buat apa yang Allah larang, takkan sikit pun tak rasa bersalah??
Adaka kita lupa, bila akhirat nanti, mulut kita tak boleh bercakap,tapi kulit, tangan, kaki, hidung, mata.. semua boleh bercakap!
"Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap apa yang telah mereka lakukan.
Dan mereka berkata kepada kulit mereka, "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?"
(Kulit) mereka menjawab, "Yang menjadikan kami dapat berbicara adalah Allah, yang juga menjadikan segala sesuatu dapat berbicara, dan Dialah segala sesuatu dapat berbicara, Dan Dialah yang menciptakan kamu yang pertama kali dan hanya kepadaNya kamu dikembalikan"
(41:20-21)
bersedia ke kita kalau kulit, tangan, kaki, mata..semua berkata-kata kat Allah tentang diri kita..
kalaulah mereka ni beritahu Allah, kita ni tak pernah pun gunakan mereka utk ke jalan Allah. korbankan masa utk Allah. kita tak guna mereka untuk ke majlis ilmu, ke ceramah agama, ke majlis yang mengingatkan kita kpd Allah, tapi kita gunakan mereka untuk keseronokan kita, untuk puasskan nafsu kita yang meronta-ronta kehausan cinta lelaki yg blum halal, hiburan, keseronokan, shopping, nak barang branded, harta,etcetc
Allah dah bagi banyak petanda, kiamat nak dekat. tapi manusia ni,especially beragama ISLAM
masih lagi tak rasa apa-apa. tak rasa langsung nak bertaubat ke, takut ke, nak berubah ke.
at least dalam sehari, pergi surau ke, kejap je tak sampai 1jam kan.
korbankan 1jammm je.please , hanya 1 jam.di surau.
sangat sedikit dan sangat sekejap kalau nak dibandingkan kita bershoppin di KBMall.
Kalau rasa berat, paksa diri, pujuklah diri.nafsu kita yang taknak bagi kita pergi tempat2 baik
kalau hati rasa taknak langsung nak bertaubat...maksudnya, samalah dgn kita ni sombong pada Allah..
Tak rasa takut walau pun sebesar zarah!
Wah, kita lagi hebat dari Allah..mungkin?
*maaflah sukamembebel tentang isi hati. saya suka cerita apa2 yang saya sendiri pernah mengalaminya. maksud saya, saya sendiri pernah berada di situasi sukakan hiburan, berdating, sms, bgosip , mengumpat,suka buang masa,solat entah ke mana,tak suka langsung majlis ilmu.benci sgt bila ada majlis2 ilmu,majlis agama. saya pernah lalui semua ni,sebab itu saya suka tulis tentang isu macam ni.
sebab saya nak orang lain sedar yang semua saya pernah buat,dan mungkin anda juga buat,
ni semua perkara yang sia-sia, sikap orang yang sombong pada Allah, lupa diri, ego, dan mungkin rasa hebat dari Allah. sikap orang yang langsung tak takut kat Allah, dan rasa dunia ni selama-lamanya
kita tak sedar sebenarnya hidup kita kekal di antara dua tempat SAHAJa
U can choose which one do u prefer?
Your choice.
NERAKA.or SYURGA
wassalam~
No comments:
Post a Comment