Saturday, April 30, 2011

Seorang atau Lebih

بسم الله الرحمن الرحيم

Manusia akan dihisab akan perbuatannya
apa yang dilakukan , itulah yang akan dibalas
kalau kita buat perkara yang Allah larang, 
maka murka Allah yang kita peroleh

balasan pun setimpal dengan larangan Allah yang kita masih lakukan
kita sedar kita buat dosa,kita buat salah. tapi kerana ikutkan nafsu 
kita teruskan dengan dosa walaupun tahu salah
jadi, bersedialah kita utk terima 

manusia akan dihitung amalan nya seorang 

walaupun dihitung amalannya sorang-sorang (secara individu)

tapi semasa hidup di dunia ni, kita perlu hidup dalam satu kelompok,
kerana Allah tahu manusia ni lemah kalau seorang seorang
manusia tidak kuat untuk hidup seorang seorang
sebab itu kita perlu berada dalam ramai2.kelompok.
saling ingat mengingati, nasihat menasihati.

"Eh, buat apaa...aku tak perlulah orang-orang lain utk bg aku semangat.
aku sorang pun aku amalkan agama Islam. baca al-Quran, solat 5 waktu.sedekah. "

oklah, apa kata kita tengok teladan paling baik utk kita

NABI MUHAMMAD S.A.W

adakah nabi sorang-sorang dalam sebarkan agama Islam.?
ataupun ramai2?ahaa..

jadi,jelaslah di sini bahawa kita manusia ni lemah kalau sorang-sorang
kita perlu ada orang yang boleh support kita
support utk sentiasa mengingatkan kita tentang tanggungjawab kita kepada Allah
tentang Islam. tentang apa sebenarnya yang kita perlu buat di bumi Allah ni

bumi yang hanya bersifat sementara. 

sekian.wassalam

*(tadi penulis mdapat bbrapa input tentang ini.jadi diolah sedikit mengikut pemahaman penulis.sebab penulis pernah menyoal diri sendiri tentang ini suatu ketika dahulu. soal tentang "alaa.aku sorang2 pun boleh je. solat,baca al-quran,buat baik,....etc etc."..hehe

now I got the answer.alhamdulillah :)



   

No comments: