Monday, October 17, 2011

Belajar utk Menghargai

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum w.b.t
Alhamdulillah hari ni last hantar assignment.
terasa mahu mencoretkan beberapa kisah yang berlegar-legar di fikiran ku ini.
_ _ _ _ _ _ _


Sabtu lepas saya diberitahu oleh Kak Nina ..bahawa Farah  ada blog
dan kak Nina promote suruh kitorang baca blog Farah.
Farah ni merupakan seorang muallaf yang sedang belajaq di USM KK
setakat ni saya pernah berjumpa dengan beliau 3 kali sahaja rasanya,itu pun tak sempat sembang lama


tapi saya sangat respek dengan beliau, kerana kesungguhan beliau untuk menghadiri majlis2 ilmu
untuk mendekatkan diri pada Allah. dan untuk memahami Islam dgn lebih dalam.
beliau juga terpaksa menghadapi ujian hidup, berhadapan keluarga,rakan2.etc2..

blog ukhti Farah
http://therockinghijab.blogspot.com/

dan apa yang membuatkan saya malu ialah...
kita yang sudah lahir sebagai orang Islam, tapi kita sendiri tak mahu memahami Islam itu dgn lebih dalam kan?
kita ada segalanya, ayah,mak, adik,kakak, atuk, etcetc..semua nya Islam.
tapi seorg muallaf, kemungkinan hanya dirinya seorang Islam, dan yang lain bukan beragama Islam.

tidakkah kita rasa bersyukur dengan nikmat keluarga fully Islam?yang kemungkinan kita dapat bersama2 ke syurga kalau semua family kita taat pada Allah.

tapi kalau seorang muallaf, mereka tidak dapat menolong ahli keluarga mereka yang bukan Islam.
seperti kisah Rasulullah s.a.w dan ayah saudaranya, Abu Talib.
sebaik mana pun Abu Talib, tapi Rasulullah s.a.w sendiri tak dapat menolong bapa saudaranya drp neraka

mulakan saat ini untuk belajar menghargai nikmat Islam yg Allah beri.
jangan hanya Islam pada nama, tapi tidak pada akhlak dan cara hidup.

No comments: