Wednesday, June 12, 2013

Pengalaman MakeUp

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamu'alaikum wbt. 
sebelum ni sebenarnya selalu jugak fikir apesal mekap sahaja kena bayo rm200 ke atas. haa?mahai dooh. sejujoqnya, sepanjang hidup ni saya pernah mekap beberapa kali sahaja. pertama nasyid time darjah 6. kedua Koir masa Form4. ketiga, minggu lepaih oleh kakak ku. dia nak try buat eyeshadow smokey eyes so dengan rela hati menawarkan diri.

sepanjang beberapa minit tu, barulah saya tahu betapa juru mekap,(Atau omputis cakap MUA -MakeUpArtist) ni perlu nye kesabaran memekapkan pelanggan mereka.especially time kawin. mula2 tenyeh eye primer, pastu pelanggan tutup la mata. kalau dapat pelanggan yang suka gerak2, tak ke comot mata hang? lepas tu time nak taruk warna2 eye shadow tu lagi, nak blend colour eye shadow tu lagi. macam2.

lastly, time nak curl kan bulu mata pakai alat besi yang buh kat mata tu dan lepastu taruk maskara.yangg ni sangatlah seksa ya amat!! mula2 kakak ku nak curl bulu mataku, rasa nak nanges pon hado sebab mata ni asyik gerak2 taknak duk diam. last2 dia give up,suruh try buat sendiri. selepas 20 kali mencuba, dengan terkena isi kat bulu mata,adoii sakit. akhirnya tetap gagal jua boleh la lentik sikit tapi tak sekata. lepastu kakak ku juga meletakkan maskara.yg ni pun nak nanges sbb pedih mata.

Lastly, dia kata, "kalau camni kena charge berapa ribu lah. susah dpt customer mcm ni." huahauhuaaha. nampaknya kena la belajaq make up sendiri yg simple2 aje supaya tidak menyusahkan sesiapa utk memekapkan customer yg perangai tak duk diam. takut kalau jurumekap tu tak dapat mengawal kesabaran dan bertindak di luar jangkaan. siapa tahu.

KESIMPULANNYA.
- padanlah harga make up pengantin selalunya beratus2. susah betul noh nak mekapkan manusia.
- jgn pandang rendah kat juru make up .kerana walaupun mereka jurumekap tapi menguji juga kesabaran mereka dgn krenah manusia
- kalau berminat nak mekap,  perlulah simple simple tak perlu tebal yaaa amat sampai nampak ala ala hantu cina.
-paling senang, kalu minat nak mekap, buh la kaler natural, yang tak terang sangat.biasa2 udah. tak perlu striking .

Sekian pesanan dari saya. Jangan memandang rendah pada orang lain. Pengajaran yg didapati.hehe



No comments: