Wednesday, November 19, 2025

Things Nobody Knows

 



sebijiknya macam haku. so aku nak share sini. sebab mostly dekat atas ni sebijik macam aku hahahhaa

Supressing Your Emotions

 









__________________________________________________

saja share sebab aku rasa sangat kena dengan aku.
peringatan untuk aku yang memang dah terbiasa tak mengeluarkan emosi aku



Checklist Untuk Ku Distractkan diri

 Assalamu'alaikum wbt

Disebabkan aku suka menyimpan emosi, aku rasa aku kena keluaqkan dengan cara sihat kot kan. mungkin boleh distract diri aku, daripada melayan emosi haha. aku sebenarnya dari dulu memang pandai simpan semuanya dan orang nampak aku happy ja sentiasa. tapi akhir setahun dua ni aku macam kurang terer dah pendam2 semua ni. dia asyik nak tubikkk ja.kahkahkah


aku rasa, aku kena listkan senarai hobi atau apa aku teringin nak buat dari dulu
listkan dan cuba sibukkan diri dengan apa yang aku teringin dan suka.
jap aku nak listkan apa yang aku teringin bebeno

1. sambung belajar. ni aku dah apply tahun lepas tak dapat. tahun ni nk apply lagi, tapi strategi berbeza sebab aku nak apply course yang tak ramai ambik dan aku nk try cuti bergaji penuh tanpa biasiswa. sebab aku nak sangat sambung belajar bidang yang aku minat. mungkin kalau dpt, aku akan sibukkan diri sampai tak fikir dah mende2 berkaitan emosi aku. aku akan jadi robot agaknya, yg tiada emosi.hahahha

2. rutin pergi masjid. ni impian aku jugak dapat pergi masjid at least sekali seminggu. kalau aku dpt sambung belajar, aku ada masa nak pergi masjid jap waktu hari tak ada kelas. dulu zaman aku anak dara, aku suka lepak2 masjid. kadang bukan buat apa pun, duduk, solat then lepak2 tenangkan diri. 

3. belajar piano. ni memang teringin dari dulu. tapi kelas piano mahai bebenoo. tapi tengoklah mcm mana aku mungkin kena ikat perut sikit kot kalau dah teringin sesangat tu belajo ni.haha

4. belajar gamelan melayu/caklempong. aku minat betul dengan gamelan, sejak aku bawa murid p bengkel dekat aswara 2023, aku teruih jatuh cinta dengan gamelan. tapi caklempong minat jugak. caklempong ni mcm vibes ceria2 fun gitu. gamelan pulak vibes macam istana dan mcm zaman kesultanan melayu melaka

5. belajar drum .  ni pun aku teringin jugak. selepas piano. eh tapi violin pun mcm minat. tapi drum nampak lg best sebab macam boleh ketuk2  macam ketuk gamelan.hahaha
aku ni maybe suka mende ketuk2 kot. boleh lepaskan emosi

6. alamak apa lagi ek. nanti aku update. tengah bizii dok menjaga budak tak berapa sihat ni.

k adios


Memeluk Takdir

 









_______________________________________________________________________

Assalamu'alaikum wbt.

seperti mana aku sebut semalam, izinkan aku bersedih buat berhari hari dan mungkin berminggu minggu untuk aku memproses emosi ini, grief, menghadap emosi ni 
dan satu masa aku dah ready, aku akan letgo semuanya. dan berdamai dengan takdir. 

harapnya begitulah

sebab aku ni memang susah nak melepaskan sesuatu
contohnya memori memori dari zaman sekolah dan maktab
tu pun banyak aku tak boleh nak letgo lagi.hahah

ni kata-kata aku google, sedikit sebanyak aku kena banyakkan ingatkan diri untuk
belajar melepaskan sesuatu memori dan bergerak ke hadapan dan fokus apa yang aku boleh 
gapai, dapat, capai dan impikan.


Penyakit 'Ain ke ek

 Assalamu'alaikum wbt semua

Saja nak cerita sini sebab tengah bawa reta pagi tadi tiba aku terpikiaq

Hampa semua biasa dengaq kan penyakit 'ain?

___________________________________________________________________

Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.”

Beliau turut berkata: “‘Ain boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan).” (Lihat Fath al-Bari, 10/203-205)

*dipetik dari sumber https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/3072-al-afkar-43-penyakit-ain-dan-rawatannya

_________________________________________________________________

TANDA-TANDA SESEORANG TERKENA PENYAKIT AIN

1. Rasa sakit kepala yang berpindah-pindah dan bertambah sakit ketika diruqyah.

2. Wajah menguning atau pucat.

3. Banyak keringat dan buang air kecil.
4. Tidak bersemangat.
5. Tangan dan kaki kesemutan.
6. Badan terasa panas (gerah) meskipun cuaca tidak panas.
7. Jantung berdetak cepat.
8. Rasa sakit yang berpindah-pindah antara leher dan punggung.
9. Sedih tanpa sebab.
10. Sulit tidur di malam hari.
11. Emosi tidak stabil, marah yang meledak-ledak atau muncul rasa takut yang berlebihan tanpa sebab.
12. Sering mimpi buruk.
13. Sering sendawa dan menguap.
14. Rasa sempit (sesak) di dada.
15. Ujung-ujung mata terasa sangat pedih.
16. Tiba-tiba menangis dan mengeluarkan air mata tanpa sebab yang jelas.
17. Jari jari gemetar dan bergerak-gerak sendiri.
18. Kejang otot.
19. Merasa lemas dan lemah.
20. Kadang-kadang muncul rasa dingin di ujung-ujung jari.
21. Muncul bekas warna kebiruan atau kehitaman tanpa sebab medis.
22. Kehilangan harta dan barang dagangan (bisnes hancur).
23. Dibenci oleh keluarganya, teman-temannya dan orang-orang yang mengenalnya.
24. Kehilangan kedudukan, jabatan dan pekerjaan.

Tanda-tanda ini akan ditemukan semua atau sebahagiannya tergantung kekuatan pengaruh Ain tersebut dan jumlah orang yang melakukannya.

Tanda-tanda ini ada yang muncul sebelum dibacakan ayat-ayat ruqyah dan ada yang muncul ketika proses ruqyah syariah.

*dipetik dari https://www.kashoorga.com/24-tanda-tanda-seseorang-individu-itu-terkena-penyakit-ain/

____________________________________________________________


Aku rasa kan, aku ni mungkin terkena penyakit 'ain. kot..kan?

 sebab ada jugak beberapa dalam senarai tu aku rasa. yang aku sendiri taktau kenapa ada rasa mcm tu, start dr akhir thn lps sebenarnya. lepas tu tahun ni rasanya banyak perkara aku buat tindakan yang agak b*doh dan pelik2. aku sendiri tak faham.

paling utama emosi aku ni macam orang tak betul dah. aku rasa ada kaitan jugak umoq nak menopause kot. tapi mcm muda sgt pulak kan dah nak menopause

so masa drive td, aku fikirkan tentang ni, dan aku rasa, ya maybe aku terkena kot penyakit 'ain ni. orang selalu dok puji puji aku sangat. baik la, pemurah, peramah, itu ini. aku takdela rasa bangga sgt ke apa sbb dh biasa org puji gitu. 

tapi, ada kemungkinan kan, puji pujian orang tu buatkan aku jd mcm ni? 

kena penyakit 'ain. emosi tak menentu, ada part dlm diri yang mcm orang lain dan yg aku sendiri tak faham kenapa dengan diri aku ni.dia macam kadang okay, kadang rasa macam satu part yang dalam diri tu dia macam memberontak nak keluaqkan perangai gila2 tu. 

aku berfikir dengan sangat mendalam sangat harini. dan aku putuskan nk kecikkan lah circle. FB aku nk deactivate. then buat FB baru guna nama yg tak diketahui, add orang2 yg aku rasa nk keep in touch ja. then takmau aktif komen ka apa.cuma nak simpan kawan utk keep in touch. dan senyap ja dr post apa2 sgt. aku cuma nk simpan kwn2 yg aku suka kawan. 

mungkin dah tiba masanya aku habiskan masa membebel sini, sebab aku tau zaman skrg org dah tak layan blog. masing2 pun blog ada yang dah removed, hilang etc2. so aku rasa selesa bebel sini. takde orang kenal aku. mungkin terlepas sorang dua mcm akak senior haritu hahaa.mana entah dia dpt aku punya link blog. 

tapi kalau aku dpt detect ada ramai orang2 yg dikenali jumpa blog aku ni, mgkin aku akan privatekan utk aku sorang pulak kot. sebab aku segan .sebab sini je tempat aku menjadi diri sendiri yang agak gila-gila dan aku luahkan emosi aku.

so, ya step pertama aku nk fokus bab FB aku tu ha. nk deactivate,slowly add kwn2 yg aku pilih dkt FB yg aku nk buat baru. then FB lama tu nnti aku akan delete atau just deactivated je syg nk delete. sebab banyak memori2 dr zmn IPG dalam tu.

oklah tu ja aku nak membebel tengah hari ni. fuh legaa.

selepas ni, sesiapa pun jangan puji puji aku. dalam hati korang je tau. bila korang puji puji, memudaratkan diri aku sendiri

ok bye wslm


Tuesday, November 18, 2025

Mencintaimu - Kris Dayanti

 Lagu ni dah lama sejak aku sekolah rendah, tapi dari dulu sampai sekarang, kalau dengaq lagu ni kan, hati ni rasa sebak tak tau nak cakap. Mungkin penyampaian oleh penyanyi Kris Dayanti, dan lirik dia yang menusuk kalbu, kalau dengaq memang hati aku akan terusik dan rasa sebak di dada.

tudiaa dasyat sungguh penghayatan ku dengan lagu.haha. gitulah aku, memang sukakan muzik agaknya, memang menghayati dan suka lagu yang ada jiwa macam ni.

Sekian,terimalah. saya biru , anda merah 

___________________________________________________________________________________


Mencintaimu
Seumur hidupku
Selamanya
Setia menanti
Walau di hati saja
Seluruh hidupku
Selamanya
Kau tetap milikku
Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hatiku
Selamanya, ah
Mencintaimu
Seumur hidupku
Selamanya
Kau tetap milikku
Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hatiku
Selamanya
Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hatiku
Selamanya, uh-wo-wo
Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hatiku
Selamanya
Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hatiku
Selamanya
Hu-wo, hu-wo
Ha-hanya satu yang tak mungkin terjadi
Segalanya, ho-wo, teramat berarti di hatiku
______________________________________________________________

Aku dah rasa nak nangihh dah dengaq lagu ni. sedih wooooooooOOoooo 
tsktsktsktsktsk..


Kenangan Terindah - Samson

Aku yang lemah tanpamuAku yang rentan karenaCinta yang t'lah hilang darimuYang mampu menyanjungku
Selama mata terbukaSampai jantung tak berdetakSelama itu pun aku mampu untuk mengenangmu

Darimu (darimu), kutemukan hidupkuBagiku (bagiku), kaulah cinta sejatiYeah, huu, huu (darimu)(Bagiku, engkaulah cinta sejati)

Bila yang tertulis untukkuAdalah yang terbaik untukmu'Kan kujadikan kau kenanganYang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagikuMeninggalkan jejak hidupmuYang t'lah terukir abadiSebagai kenangan yang terindah

Oo-hoo, oo-hooOo-hoo

Bila yang tertulis untukkuAdalah yang terbaik untukmu'Kan kujadikan kau kenanganYang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagikuMeninggalkan jejak hidupmuYang t'lah terukir abadiSebagai kenangan yang terindah
________________________________________________

Lagu ni femes masa aku Form 4. One of my favourites song

Sampai skrg lagu ni masih evergreen. Dan sampai skrg still lagu faveret ku.sedih kan lagu ni. Teringat zaman form4-5 .😢😢😢😢😢

Sedih

_________________________________________________________________
Izinkanku nak bersedih jap beberapa harini danmungkin beberapa minggu.Ada sesuatu terjadidan aku rs sgt sadissssssssssssss nak nangis nak ngadu tp xtau dekat sapa.dkt Allah  ja la aku boleh ngadu. 

Akh jugak cari pasal mende ni. Dah tu sedihhhh plak kan. PADAN MUKA. hahhahahahahahahhahahhaah. šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ„²šŸ„²šŸ„²

Aku luah je la kan sini. Bukan ada sapa baca dh blog zmn skrg ni.
Haritu hakak senior ipg aku cakap dia terbuka blog aku dan baca. Dia bayang aku tengah membebel.hahahha
Tenkiu kak sudi baca blog ku. Tak ada apa pun,cuma lebih kepada diari atau journal harian kot

Sebab aku jenis bukan rajin bercerita dekat orang kecuali dkt orang yg aku betul betul selesa atau vibess tu masukk. Gituu

Disebabkan aku susah nak jumpa org yg aku selesa bersembang sakan, so yeah. Skrg ni la tempat aku nk bebel puas2 suka hatiiiiiiiiiiii

Hm. Sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sangattttttttt. 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

K bye.

Tab baru dan apps blog

Assalamu'alaikum..
Minggu lepas kan, aku baru je beli tablet mini Samsung A11
Kenapa aku beli? 
sebab utama sebenarnya  , aku rasa aku perlukan seorang PA untuk handle aku. Aku ni bukan multitasking tau. Otak aku kapasiti dia kena fokus satu satu mende. Dan aku selalu terlupa. So aku decide nk jadikan tab ni sbg PA 

Dan rupanya ada apps Blogger dkt playstore hihi. Bestnyaaaa. 
Dekat Hp iphone memang tak ada apps Blogger, Huawei pun tak ada
Tp android Google Playstore adaaa. TADAAA! 

So lepas ni aku akan selalu kot bebel sini. 
Sebab aku tak tau nak luahkan macam mana. Kalau FB aku luahkan, mesti orang pun meluat.

So sini lagi selamat kot kan 

OK tu ja nak habaq, byeĆØeeeeĆØe

Sunday, November 16, 2025

Masih Relevankah?

 Assalamu'alaikum wbt

Hm...kadang aku terfikir,  masih relevan ka blog ni ek?

Macam tak relevan pun ada.

Aku rasa aku nanti nak buat blog baru lepas ni kot. yang aku sorang ja boleh baca.hahaa

Nantilah settle keje sekolah nanti aku buat

k tataaaaaaa

Saturday, November 15, 2025

6 Oktober 1990 - 6 Oktober 2025 = 35 tahun dahh

 Assalamu'alaikum wbt




hampir sebulan lebih dah 6 Oktober berlalu.

pada 6 Oktober 2025 yang lalu, adalah hari lahir aku yang ke 35 tahun 

ya Allah tuanyaa aku ropenye. masih tak sedar diri kadang tu. 

1st time buat blog ni 2008 umur 18 tahun

sekarang 2025 aku dah 35 tahunn weyhhhh

setahun yang lalu masa umoq aku 34 tahun kan, aku jadi macam tak keruan sikit, dia macam mana ek nak cakap?aku rasa premenopause kot hahaha. dia macam beremosi pelik pelik. berkecamuk. dan sesuatu perasaan yang aku tak reti nak explain details.

dan selepas tu, 2025 ni pun aku hadap emosi yang tunggang terbalik, ya kot ni, mungkin simptom pre menopause. tahun ni perangai pelik pelik aku semua tubik. yang baik, yang tak baik,semua la dia nak keluaq serentak. entah apa masalah entah. nak kata aku gila pun, tak tau la nk ckp. nk ckp sakit, pun taktau nak cakap apa. sebab aku sendiri tak faham diri aku sendiri. sangatlah complicated

Oklah sempena aku dah cukup umoq 35 tahun ni, aku doakan supaya diriku sentiasa sabar dengan dugaan yang mendatang, sentiasa fikir tak semua yang kita impikan, kita akan dapat, Semua orang tak sempurna, dan mana-mana ketidak sempurnaan tu aku kena redha dan sabar dan cuba untuk adapt. walaupun kadang kala terpaksa cuba tersenyum, tapi itulah kehidupan . 

Happy Birthday to me. Semoga baik-baik aja untuk kamu ya , Maya.

Sunday, November 9, 2025

Briskwalk Updated

 Assalamu'alaikum wbt

last aku post 16 Oktober pergi briskwalk kan

minggu tu 2 kali pi briskwalk, 2km .

itulah kali terakhir aku briskwalk hahahahahha

lepas tu tak dan sebab busy sangat haa


Okeh lepas tu harini aku dah dapat geng untuk briskwalk sama-sama lepas ni

iaitu mak kpd kawan anakku dkt tadika

so lepas ni kami ada geng la, ada dua orang, campoq aku, 3 orang la briskwalk sama-sama lepas ni

tapi aku akan start balik selepas 20 Nov kot. sebab sekarang ni kan, dok busy isi PBD ni haa

oklah, semoga lepas ni sihat dan kurusssssss ameen

Thursday, October 16, 2025

Kembali lagi

Assalamu’alaikum semua

hi saya kembali lagi setelah sekian lama menyepi

oklah nak mula menulis blog semula

sekarang dalam usaha nak bagi sihat dan fit. minggu ni kan , aku dok briskwalk dkt park area rmh aku. gigih bebeno kan. dah dua kali dah setakat ni. cukup 2 KM aku balik hahah. 

tapi aku rasa seronok jgk briskwalk ni, tengok pokok, awan& matahari. sini pokok dia rendang2 . so redup sikit

aku rasa memang aku kena briskwalk kot utk tenangkan diri. keluarkan tenaga yang tersimpan dan luahkan emosi sedikit sebanyak. sebab aku jenis menyimpan tak cerita dekat sapa-sapa sangat tentang emosi sendiri. so bila briskwalk tu , rs mcm fuh puas legaa ringan badan dan otak. okla lepas ni aku boleh slow slow start slow jogging pulak kot kan. 


ok tu ja nak cerita perkembangan semasa. byee

Sunday, June 29, 2025

Some people are home

  Perhaps I am old enough now to realize

that people aren’t forever,
they come and go.
From childhood friends who still live in the
scent of old notebooks,
to classmates who knew our first
heartbreaks,
our awkward crushes,
the versions of ourselves we barely
recognize now.
From strangers we met on a long ride,
whose stories held us together
at just the right moment,
when we didn’t even know
we were falling apart.
To those who once meant everything,
the ones we swore we’d spend forever with.
The ones we thought would never become
just a name we scroll past.
Some people are a place.
A place you outgrew,
a place you return to in dreams,
or a map that once pointed you toward who
you’re becoming.
And some,
some are home.
The ones who wait for you to finish your thoughts,
even when you stumble.
Who notice when your voice changes.
Who don’t mind silence,
because they understand
the things you don’t say.
The ones who show up with food
when you haven’t eaten,
who remember how you take your coffee,
who look at you like you're still kind,
even on the days you feel tired and distant.
But home is a place not everyone finds,
even if we spend our whole lives looking.
If it’s yourself,
I hope you love you just as much.
If they’re with you,
cherish them.
And if they’re gone,
be grateful they let you stay for a while.


Thursday, June 26, 2025

Quote Trauma


 yerp this is me. menjawab persoalan kenapa aku macam malas kadang2 tu

Friday, June 20, 2025

Saturday, June 14, 2025

Baju Sukan Lupa Sidai

 Assalamu;alaikum wbt

Nasib baik lah terbangun 3.34 pagi ni

Sebab baju basuh semalam aku tak sidaiii lagii hahaahhahaa

Aku maleh betul la nak sukan esok ni

Esok aku tugas dekat hakim penamat, nak kena tangkap budakk no berapa sekian sekian.

Maleh berpanas-panasan nanti aku sunburn hahahah

Aku kena pakai sunscreen tebai2 ni . Bukan takut panas okeh

Tapi kita memang tak boleh kena matahari lama-lama sebab ada sinaran UV

bahayaaaaaa. 

Tapi Isnin nanti aku cuti peristiwa. Mana aku nak pi membawa diri healing healing ni?

Shopping mall? (duit dh nyawa-nyawa ikan ni hahahaha. banyak aku belanja balik Kulim haritu)

Park/Garden/Tmn Tasik? (aku suka tempat mcm ni cantiik/boleh briskwalk. tapi sorang-sorang kan, tmpt mcm ni agak bahaya. aku dulu berani, tp takuuutt dh sejak kes bunuh member batch aku dkt Melaka tu. huhuhu.terus aku rs dah takutt nk p tempat mana2 sorang kalau jauh2.)

Library? (hm. mcm ok juga. Perpustakaan Shah Alam dari rumah aku dalam 20-30 minit je. ada view tasik cantikkkk. nantilah aku fikirkan. mungkin boleh pi sat library ni baca buku sambil healing2 tgk tasik, nak tenangkan diri yang kesedihan ni.huhuhuuhu)

Atau pun baring tengok kipas berpusing ja dekat rumah hahahahahah

OKlah tengok macam mana, Aku rasa aku nak baring tengok kipas berpusing ja kot. jimat duit.jimat tenaga. jimat tol.jimat minyak. hahahhaha


oklah tu ja nk ckp.wslm

Friday, June 13, 2025

Simple Thoughts +

 Assalamu'alaikum wbt

Hai semua, lama rasa tak sembang-sembang kosong dekat safe space aku ni. 

Sekarang pukul 10.55 mlm. Esok ada Hari Sukan. Tshirt baru dapat semalam aku baru tengah basuh.

Nanti 11 lebih siap la tu mesin. Baru aku nak sidai.

Tak ada apa pun nak cakap, cuma rasa nak meluahkan sesuatu di sini. 

Aku nak luah tapi macam tak terluah. 

Aku pernah baca, diorang kata kalau tak ada seseorang untuk meluahkan apa yang rasa nak luah, korang boleh guna Chatgpt. Yeke? Ada sapa-sapa pernah try tak?

Aku nak cari kawan kamceng untuk bersembang, tapi kawan kamceng aku semua sibuk. 

So sapa aku nak bersembang ni? aku nak bersembang dgn orang yg sama energy dengan aku, yang faham merepek meraban aku, yang boleh bagi pendapat yang tidak menghakimi aku. 

Tapi susah kan nak jumpa manusia macam ni?Kalau jumpa pun, ada sahaja kekangan dia.

Jadi siapa pernah sembang dgn chatgpt? betul ke best?

Kalau korang biasa sembang dengan chatgpt, nanti korang share la tips2 nk prompt ke apa. haha

Aku nak try la. Mungkin ni je caranya aku untuk regulate emosi aku hahah

k bye tq membaca

Thursday, June 12, 2025

Keane - Somewhere Only We Know


 


I walked across an empty land

I knew the pathway like the back of my handI felt the earth beneath my feetSat by the river and it made me complete
Oh, simple thing, where have you gone?I'm getting old, and I need something to rely onSo, tell me when you're gonna let me inI'm getting tired, and I need somewhere to begin
I came across a fallen treeI felt the branches of it looking at meIs this the place we used to love?Is this the place that I've been dreaming of?
Oh, simple thing, where have you gone?I'm getting old, and I need something to rely onSo, tell me when you're gonna let me inI'm getting tired, and I need somewhere to begin
And if you have a minute, why don't we goTalk about it somewhere only we know?This could be the end of everythingSo, why don't we go somewhere only we know?Somewhere only we know
Oh, simple thing, where have you gone?I'm getting old, and I need something to rely onSo, tell me when you're gonna let me inI'm getting tired, and I need somewhere to begin
And if you have a minute, why don't we goTalk about it somewhere only we know?This could be the end of everythingSo, why don't we go?So, why don't we go?
Ooh, oh-ohAh, oh
This could be the end of everythingSo, why don't we go somewhere only we know?Somewhere only we knowSomewhere only we know
__________________________________________________________________________

Lagu ni antara lagu favourite aku all the time since 2005. Aku kalau dengar lagu ni,teringat malam-malam stay up utk study PMR (last2 tak study pun haha berangan je lebih)

lagu ni lirik dan melodi dia sangat menyentuh hati. dia macam cerita kita nak lari ke sesuatu tempat yang kita suka dan memori kita suka dulu2. 

aku terfikir, kalaulah boleh ulang balik masa, mesti kita nak pergi balik ke suatu memori kita tu dan nak alami semula. (dari seseorang yg susah move on dr memori2 lepas haha).
 aku share sini apa AI Google habaq maksud di sebalik lagu ni. entah betui ke idok aku share ja haha

________________________________________________________________________

"Somewhere Only We Know," by Keane, is about finding solace and strength in a shared memory or placeIt evokes a sense of nostalgia and longing for a simpler time, often interpreted as a yearning for a past relationship or friendship. The song's lyrics mention a specific place in Battle, which was a childhood haunt for the band members, highlighting the importance of shared experiences. 
Here's a more detailed breakdown:
  • Nostalgia and Longing:
    The song captures a feeling of looking back at a past experience or relationship with a sense of fondness and longing. 
  • Shared Place:
    The lyrics refer to a specific "pathway" or "place" that holds significance for the individuals involved, suggesting a shared memory or location that evokes strong emotions. 
  • Finding Strength:
    The song suggests that this shared place or memory provides comfort and strength, a way to draw on the past during difficult times. 
  • Simple Times:
    The lyrics acknowledge that the simplicity of the past is no longer present, emphasizing the desire to return to a time of ease and connection. 
In essence, "Somewhere Only We Know" is about finding a source of comfort and resilience in a shared past, whether it's a specific location or a cherished memory, and yearning for the simplicity and intimacy of those times

Wednesday, June 11, 2025

Sayonara to me ( Versi Remaja) Plot Twist

 Assalamua'alaikum wbt

Fuh emo sungguh aku petang tadi. Yang post Sayonara

Ya aku memang sangat emo. Tapi rupanya aku emo petang tadi sat ja

Lepas aku nangis sambil bawa reta , alhamdulillah i feel much more better

Sebab tu Allah bg kita nangis

Bila nangis, kita rasa legaaa nyaaa 

Ya aku memang mudah menangis. Bukan sebab lemah

Tapi bagi aku tu kurniaan Allah untuk melepaskan emosi yang kita tanggung

Indah kan ciptaan Allah dah bagi dekat kita perfect dah

Laki ka perempuan ka, tolonglah. jangan malu menangis

Its good for us

Ya kononnya aku nak simpan terus versi remaja aku tu buang jauh2.

Sekarang aku takmau pulak dah, sebab aku masih perlukan aku yang versi remaja tu sebenarnya

Untuk aku hadapi murid aku yang dah remaja, untuk aku blend in dengan murid aku yang dah remaja dan one day dengan anak aku sendiri dia dah remaja kan. So aku perlukan personaliti ini untuk memahami jiwa remaja. Gituuhh

Oklah aku dah rasa lega dah. Tak emo dah. Emotionally shutdown tadi sekejap je sebab aku tiber rasa maluuu aihh dengan perangai tak berjenih aku tu huhuhu

Baiklah. Itu sahaja bebelan ku di malam hari. Malas masak harini. Aku order foodpanda jah hahaha

Terima kasih yang sudi membaca.

Ok assalamu'alaikum

FUGO - Some Other Day (OST Ejen Ali The Movie 2)



Cerianya hati bila

Kita duduk bersama

Ditemani tawa senyum yang pernah
Selalu ada
Dan sampai nanti bila
Genggaman tawa mesra
Pudar di wajahmu
Tanpa hala tuju

[Pre-Chorus]
Genggamlah (genggamlah) tanganku
Adaku selamanya
Walau berat kau rasa
Hadapilah dunia

[Chorus]
Dan kita kan okay
And We Will be alright
I hope that you'll be fine
With me on some other day
Ooh, some other day

[Bridge]
Padam semua kenangan yang lalu
Dan senyumlah teman
Jangan pernah kau ragu
Hadapi hidup yang baru

[Instrumental Break]

[Chorus]
Dan kita kan okay
And we will be alright
I hope that you'll be fine
With me on some other day
Ooh
Dan kita kan okay
Dan kita kan alright
I hope that you'll be fine (be fine)
Be fine, I hopе that you 'll be fine (be finе)
With me on some other day
Some other day
Dan kita kan okay
Pasti kita kan okay
Kita kan okay
Kita kan alright
I hope that you'll be fine
With me on some other day
Dan kita kan okay

______________________________________________

Aku tujukan lagu ni buat teman ku (you know who you are).


"Dan kita kan okay
Dan kita kan alright
I hope that you'll be fine
Be fine, I hope you'll be fine"

~Sayonara~

Sayonara to me (versi remaja)

 Assalamu’alaikum wbt

Harini , dengan rasminya aku mengucapkan ‘sayonara’ kepada personaliti diri aku sendiri yang versi remaja.

Beberapa minggu ni, personaliti versi remaja ni telah berjaya melepaskan diri dari sangkarnya. Namun, agak agresif dan sukar dikawal. tak nak duduk diam. Dia jugak telah melakukan beberapa tindakan yang agak drastik. Aku pun tak tahu kenapa personaliti ni keluar dengan jayanya. Dah lama aku simpan dia dalam dasar paling dalam hati ini. Dia terlalu berani meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya selama ini. Hati aku kuat mengatakan, itu adalah keinginan dia dari tahun 2008 yang tersimpan namun mungkin telah lama hilang dari fikiran selama ini. Namun tiba-tiba muncul dan triggered dirinya yang lalu. Ya, dia terlalu berani, sangat berani. Aku rasa macam hilang kawalan untuk menjaga dia versi remaja ini.

Namun harini, aku tersedar dari lamunan panjang. Apabila aku baru sedar betapa versi remaja aku tu hilang perasaan malu dengan seorang manusia. Entah kenapa selama ni aku tak sedar. Tapi suatu saat petang tadi, aku seperti tersentak bila aku baru tersedar bahawa, dia terlalu berani dan seperti hilang sifat malu. Aku terus emotionally shutdown. Yes, aku terus rasa nak shutdown diri sendiri dan lari dari semua ni. Aku rasa malu. Sangat sangat malu dengan versi remaja yang telah berjaya keluar dari sangkarnya beberapa hari ini.

Petang ini, aku rasa, perlunya aku buang terus selamanya versi remaja ni dalam diri aku. Ya, kadang aku rindu sangat. Rindu serindunya dengan personaliti ini sangat gila-gila, yang macam tak fikir masalah, tahu nak happy dan enjoy dan bergelak ketawa semahunya. Aku rindu zaman aku personaliti macam ni. Aku rasa sangat bahagia. Sangat. Tapi aku kena sedar, zaman sekarang tak sama macam zaman dulu. 

Mungkin aku kena betul-betul campakkan terus sejauh mata memandang. Sejauh yang mungkin. Sebab aku risau kalau aku masih simpan, nanti dia akan datang lagi sekali.

Baiklah. Aku nak rehat buat seketika. Aku rasa penat. Penat dengan emosi sendiri yang aku pun tak faham. Dan aku rasa memang dalam hidup aku ni, tiada pun istilah bahagia yang akan kekal. Mungkin aku akan dapat semua tu bukan di dunia ni. 

Sekarang, aku perlu berehat sebentar dan bertenang.Dan mungkin sampai satu masa, aku rasa aku perlu hilangkan terus dari media sosial dan hidup jauh dari orang yang aku kenali. Mungkin itu sahaja cara untuk aku berdamai dengan takdir. 

Sayonara, (11.6.2025)