Part 2 sambungan
keesokannya hari temuduga tu, aku bangun 4 pagi sebab nak check proposal utk last time, then aku print. aku bawa printer ke hotel ok hahaha. sambung study sampai la tak tdoq dah lepas jaga 4 pagi tu .seperti biasa aku kelam kabut. untuk IV kali ni aku plan takmau pakai blaziaqq (blazer) sebab aku rasa bila aku pakai blazer, aku tak selesa dan rasa macam terkurung di dalam blazer. dan aku tengok cermin nampak mcm aku nampak kurang keyakinan bila pakai blazer dan nampak kecik (sebab tenggelam dgn blazer). dan satu lagi aku pakai make up light sikit nak bagi fresh berseri sikit, nampak la keyakinannya takla plain sangat ye dak.tahun lepas tengok balik gambaq aku, nampak macam tak berapa meyakinkan ja hahaha. muka pun macam suram sikit sbb aku mmg xcukup tdoq thn lps pun, so tahun ni, aku just calit sikit CC cream, boh blusher sikit, boh lipstick light2 , pakai baju kebarung then siappp! kelam kabut macam ribut pun alhamdulillah aku checkout hotel 7.30 pg, 7.50 pg dah sampai tempat IV.
Sampai ja tempat pendaftaran aku tengok lengang ja. pasepa tak ramai orang?tahun lepas ramai penuh orang. Urusetia cakap tahun ni memang tak ramai sangat orang banding tahun lepas. Hm aku pun taktau pasepa mungkin tahun ni depa tapis siap2 masa 1st hantar sinopsis proposal online tu agaknya. so jimat masa depa nak interview orang sebab tak ramai kan. ni teori aku ja lahahha.
Aku dapat bilik 2, nama sebelum aku semua geng geng PHD, depa akan masuk sorang sebab PHD mmg sorang ja ditemuduga nanti, kami ja satu group 3 orang yg Master. masa dok menunggu turn dipanggil, kami dok dekat bilik mesyuarat/ ruang menunggu. sembang-sembang la dengan calon yg lain, aku terjumpa sorang calon yg akan sebilik dgn aku nanti. dia pensyarah matriks tangkak. baik gile sempoi ja . aku suka berkawan dan bersembang dgn dia sebab aku rasa vibes tu masukkk sgt. haha. walaupun baru kenai tapi aku selesa berkawan,dia pun simple je orangnya tudung hitam baju hitam.
dia cerita dekat aku, best mengajar Pengajian Am dekat Matriks. mcam2 dia cerita mengajo situ. dia kata gi la apply nanti kalau berjaya sambung master. aku kata menarik jugak tu kak, tapi tunggu la anak2 dah besar masuk IPTA boleh la fikirkan semula lepas tu.
ok nak cerita masa dalam bilik temuduga. kami bertiga, sorang akak yg pensyarah matriks tu, sorang lagi akak guru yg dh 49 thn akak2 jgk dan berpengalaman luas. untuk temuduga kali ni aku rasa lebih tenang dan selesa nak bercakap. tapi introduction dalam English aku still tergagap hahaha.sebenaqnya aku tak praktis introduction ,sama mcm thn lps.aku lebih kpd study perkara lain
3 orang panel temuduga baikk sangatt. sorang lelaki Melayu, sorang lelaki India dan sorang perempuan Melayu. syukur alhamdulillah lega sangat dan happpyyy dapat panel yang tak bashing atau downkan calon. diorang bagi soalan dan bagi idea cadangan penambahbaikan. sorang panel tegur tajuk proposal aku, tapi pada masa sama dia puji, dan dia kata kena ubah tajuk yang lebih fokus kesejahteraan. Dia puji dia kata proposal awak agak bagus dah. aku masa dia sebut tu aku dah berbunga bunga dh hati.dalam hati tersenyum
Aku rasa kalau aku tak dapat pun kali ni, aku tetap gembira dan happy sebab panel tu dah puji proposal aku hahaha. dia taktau yang aku buat semua tu last minit hahaha. dan aku berterima kasih sangat pada kawan sekelas aku zaman belajo dulu yg kitorang anggap Abang Long kelas, dia banyak komen dan bg cadangan penambah baikan utk aku susun proposal tu elok2 semua ikut bab. beliau skrg dah mengajar dekat IPG dan bahagian penyelidikan dan inovasi aku rasa. dari segi penulisan pulak, aku ada ja guna chatgpt tapi bukan 100%, aku ada refer jugak jurnal dan bahan yang aku jumpa dalam internet.maksudnya dr segi penulisan aku buat sendiri sebab nak kembangkan idea dan nampak penulisan tu manusia tulih, chatgpt xboleh buat.
Disebabkan aku rasa selesa masa dalam bilik temuduga tu, aku agak berani nak jawab soalan dari hati aku sendiri. seronok bila panel penemuduga nampak santai dan tenang, kita pun nak jawab soalan rasa lebih tenang dan rileks gitu. nanti aku buat post lain pulak apa soalan dia tanya, rezeki aku soalan dia tanya sangatlah santai dan tak menekan nekan.
so aku pulang dengan happy, tak mengharap apa, asalkan aku tahu kali ni aku seronok menjawab soalan penemuduga dan habih awal 10.45 pagi. kitorang masuk 10.00 pg kalau taksilap, atau 10.15 pagi mcm tu. happy jugak dapat kenal kawan baru akak sempoi. dia macam aku la aku rasa, jenis main redah ja dan bukan jenis cemerlang pun dkt tempat kerja, biasa2 ja hahahah.
odw balik tu kebetulan suami aku ada meeting dekat KL odw balik opis dia, aku ajak lunch sama-sama dah alang-alang dua-dua free. aku tny cadangan tempat lunch, nohh dkt bukit tunku, KL dia bagi cadangan, memang aku kena melencong jauh la. aku mcm nk ckp ja pasepa jauh sgt takdak ka dekat2 sg buloh opis dia,dan odw aku balik rumah,
tapi sebab aku kan sekarang ni nk berubah jd isteri solehah menurut kata, tanpa soal aku pun kata "baik bang" dan terus drive menuju KL dr cyberjaya. hahhaaaku ngantok wey sepanjang drive sbb tak cukup tdoq dan nak tengah hari, nasib baik ada peneman lagu-lagu utk karaoke .hilang sikit ngantok sis. pumpampum pam, aku pun balik rumah, odw balik rmh pun ngntok gagah la buka mata, sampai rumah terus aku fengsaaaannnnnn.
sekian sahaja kisah IV HLP ku. kita tengok result macam mana awal Jun nanti. dapat ke tak belakang kira yang penting IV tahun ni aku suka sangat dan gumbira. satu sebab dok hotel spend sorang best gilak, walaupun tidoq tak berapa lena sebab tak siap proposal, tapi puas hati bila dok sorang ada privacy, tak perlu nak risau dok rumah orang serba salah ye dak. nak tdoq ka, nk jaga ka, nk buka lagu kuat ka, nak mandi ka, takmau mandi ka, nak lari ka,apa2 pun la, bebas buat apa dan ada privacy. yang kedua sebab suasana temuduga dan rakan sama-sama temuduga best best. hihi. sekian wslm
.jpeg)
No comments:
Post a Comment