Assalamuálaikum
As usual aku tiber nak taip sebab secara random terfikir
Seperti biasa, otak aku ni dia sentiasa mcm website yang ada 100 tab sekaligus buka.
Otak aku sentiasa bising dengan monolog dalam diri sendiri . Non stop
Media sosial. aku dari zaman remaja aktif media sosial.
Dan dewasa ini, media sosial jugaklah penyebab aku buat satu kesilapan dalam hidup aku.
Tapi dari kesilapan tu sebenarnya membawa aku ke satu jalan yang aku rasa lebih baik untuk diri aku
Aku rasa lebih tenang sikit pemikiran, emosi pun ada improvement.
Aku dah mula tak aktif FB, satu permulaan yang baik bagi aku
Sebab aku niat slowly nak menyepi dari semua media sosial yang ada selepas ni
Bila aku betul totally menyepi tu aku tak tahu, buat masa ni aku suka sembang dengan blog
Mungkin satu waktu nanti aku dah rasa bosan dengan membebel dalam blog
Time tu mungkin aku akan stop terus blogging. Mungkin tulis jurnal dalam buku ja macam diari tu.
Tapikan tulisan aku tak cantik mana. Tak syok la pulak kan.
Dah 36 tahun dah usia ni pun, kubur kata mari, rumah kata pigiii dah. hahahahhaha
No comments:
Post a Comment