Assalamu’alaikum wbt
Hey ya everyone. Blog ni macam chipsmore kan. Kejap ada kejap tak ada. Kadang aku private bila aku rasa macam niat aku menulis blog dah tersasar dari tujuan asal. so aku private dan stop sampai niat asal tu dah elok berada di laluannya.
So yeah aku kembali membebel sebentar. Aku beberapa hari ni banyak terfikir tentang diri sendiri.
Beberapa hari ni aku throwback semula tentang personaliti. Aku tanya diri sendiri, sebenarnya personaliti aku ni macam mana ek? Diri sendiri konfius dengan diri sendiri. Sekarang tengah cuba meneliti personaliti aku yang baru setelah system update personaliti terkini.
Beberapa bulan yang lalu adalah antara titik terendah dalam hidup aku. Aku macam perlu hidup dalam validation orang. Entah kenapa aku macam tu, kan?. Padahal selama aku hidup, aku tak pernah nak mengemis validation dari orang lain, aku tau aku kuat, tak heran apa orang cakap, aku boleh buat semua benda sendiri, aku tak perlukan simpati dan pertolongan dari sesiapa, aku tak berpaut pada manusia untuk lakukan sesuatu, senang cerita aku ni independent woman.
Eh dah kenapa semua tu boleh slowly menghilang tahun lepas? Mana aku yang dulu yang sentiasa independent tak perlukan validation atau simpati daripada manusia lain?
Sekarang baru aku terfikir balik, mungkin aku sememangnya diuji emosi bergolak aku 2-3 tahun kebelakangan ni untuk aku slowly fikir balik part diri aku yang mana yang masih tersisa dalam diri aku dan aku perlu buang jauh jauh.
kalau aku cuba menyelami balik kisah hidup aku, ada part diri aku yang aku perlu validation dari manusia lain, iaitu zaman aku remaja. zaman tu memang aku perlukan manusia lain untuk berpaut dan mengemis validation untuk teruskan hidup. sisa-sisa diri aku tu rupanya masih ada dalam diri aku ni rupanya, sisa diri aku tu hadir balik untuk ganggu sistem emosi dan mental aku. macam orang hilang arah dan gila.
sekarang aku sedar semua tu sebenarnya
‘a natural, protective defense mechanism used by your nervous system to flag an unhealed wound’
sekarang aku rasa apa? aku rasa begitu bodohnya aku bila berada di situasi tersebut. kalau boleh aku nak lempang diri aku 44 kali sebab macam tak sedar masa tu. emosi aku terlalu intense & huru hara dan aku tak boleh kawal.
tapi sekarang aku dah update sistem diri aku, macam cerita kartun superhero dapat kuasa upgrade baru. aku rasa aku yang dah update processor dan sistem terkini ni, lebih kepada reserve diri sendiri.

No comments:
Post a Comment