Friday, June 3, 2011

Si Dia

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum wbt
Hari ini entah tiba-tiba teringat kisah yang..
..............

pantang nampak al-Quran,mesti timbul perasaan tak suka!
entah kenapa perasaan tu ada.
mungkin sbb jarang baca al-Quran
tak pandai baca dgn lancar
bila orang ajak baca sama2...mmg tak suka!
sebab ..mmg jrang baca .dan.mungkin ego tinggi.
faktor utama baca gagap2,tak lancar.
tapi disebabkan dua faktor tu, jadi tak mau baca.

hanya baca bila baca Yasin.
suka sangat...sebab yang ni ja lancar utk kita baca kan?
buka al-Quran, surah Yasin saja dibaca.surah lain,macammana?
..........
sehinggalah pada suatu hari, sejak saya 'perlu' baca utk seminggu sekali
sampailah terdetik rasa malu sebab baca gagap dan slow depan orang 'itu'.
start dari detik tu, saya cuba turunkan ego yang sangat tinggi.
ego saya ..saya pantang..dan tak boleh orang lain tengok saya baca al-Quran
sebab ego la..
dah la baca teruk.malu orang lain tahu. jadi tak mahu baca...

satu malam, tarawih di surau.gi awal,maghrib di surau
sementara tunggu isya', senior2 dan adik2 di surau tadarus al-Quran.
sorang2 baca!adeh.nak lari kan diri masa tu.balik bilik dulu..
tapi diajak dgn semangat oleh seorang hamba Allah.
berdebar hati hanya Allah yang tahu
ada 10orang waktu tu.semua lancar bacaannya...
turn diri sendiri...tersekat2!mcm bdk darjah 1.
malu hanya Allah yang tahu..
first time dlm hidup, rasa macam ego berjaya direndahkan.
depan adik2 junior, baca sama2.tapi diorang lagi hebat..

tapi start dari tu, cuba untuk membaca al-Quran dengan lebih kerap
tajwid still tak berapa betui.
 waktu tu tak berapa nak menghayati isinya..

tapi lama-kelamaan, hati rasa terpaut padanya.
mula cuba memahami isinya.
subhanallah..indahnya kata-kata Allah..

teringat kisah Umar Al-Khattab
beliau membaca dan memahami Al-Quran
takkan beralih ke muka surat seterusnya selagi tak amalkan apa yang terkandung pada muka surat
yang sudah dibaca.
terfikir...adakah aku mampu utk amalkan apa yg terkandung dlm al-Quran ni?
boleh tak kalau nak ikut macam Umar?

bila sudah baca, kita faham.
bila dah faham, kita perlu amalkan.
tapi itu yang kita tak nak buat kan?

kita just amalkan mana yang sesuai dengan diri kita sahaja.
yang kita rasa mudah, rasa selesa nak buat
tapi yang kita rasa kita malas nak buat, payah nak buat
kita tolak terus.taknak amik apa yang Allah beritahu dalam al-Quran

Allah suka orang yang kawal marah, orang yang menyambungkan silaturrahim , guna harta, masa untuk Allah, berkata baik, baik tutur kata, hormati ibu bapa, bantu orang lain
Allah suruh
tutup aurat,tutup dada, jangan tabarruj mcm org jahiliyah, jgn lmbutkan suara thdp lelaki
jgn kita niat menunjuk2, pakai utk tarik perhatian lelaki.
dan macam macam lagi

kita tahu semua tu, tapi kita tak amalkan.
bukankah Allah tak suka orang yang tahu sesuatu, tapi dia tak amalkan?
Allah tak suka hambaNya yang sampaikan sesuatu kepada orang tetapi diri sendiri tak amalkan?
mari kita..tepuk dada, tanya iman.
tanya diri sendiri, aku ni betoi ka ikut pa Allah suruh?
ka buat ikut suka hati aku ja?

.............................

Si dia.. yang selama ini aku pandang sebelah mata
seperti buku lama yang buruk.tak berguna. lapuk.hanya hiasan untuk menghalau hantu...
sebenarnya terkandung kata-kata yang memberi
panduan, semangat, harapan, kebahagiaan, ketenangan..

Hanya dengan mengingati Allah, jiwa kan tenteram..

-------------------------------------

adakah si dia , akan membantu kita di akhirat kelak?
sudikah si dia menemani kita di akhirat nanti?




wassalam.

  

2 comments:

bloomyheart said...

kalo kita ikhlas, insyaAllah kita boleh. cuba dan terus mencuba.. jgn ingat syaitan di sekeliling, tapi ingat malaikat yg sdg mencatat amalan kita utk akhirat nnty. setiap amalan kita merupakan bekalan kita kat sana. jadi sama2 ya kita cuba untuk beristiqamah untuk sentiasa ingat DIA dan mengamalkan apa yang ada dlm Al-Quran. :)

maya dandelion said...

salam
efi : terima kasih.insyaAllah. ape2 pun, Allah bagi kita Al-Quran dan Sunnah sbg petunjuk.dua2 tu kita kena pegang sampai bila2 :)

pika: pikachan.ehehe