Assalamu'alaikum
Hari ni khamis, hari faveret sebab esok weekend.
tiba-tiba rasa macam nak cerita kisah telur.
saya dan rakan2 suka sembang tentang kisah kitorang kecik-kecik dulu.
sangat seronok dan menarik. :D
mcm2 gelagat masa waktu kecik2 dulu.
ada sorang kawan masa kat uia dulu, dia cerita
masa kecik2 dulu dia sgt nakal sampaikan mak dia ikat dia kat pokok
pastu satu hari tu dia dan sepupu main kat tepi perigi
org kampung kat situ letak pinggan mangkuk yg dicuci kat tepi perigi tu
batu tumbuk,pinggan,cawan, sudu, garpu semua ada
lepastu dia dan sepupu dia dgn selambanya ambik barang tu satu-satu
pastu campak dalam perigi.ahaha.klaka betul .
________
Kisah saya pulak, masa tu darjah 3
mama suruh beli telur kat kedai depan rumah
seronok tak terkira sebab suka naik basikal kecik2 dulu
gi la kedai depan.
beli telur 10 bijik letak dalam plastik
lepastu letak dalam bakul basikal kat depan tu
masa ondaway pulang tu, banyaklah lalu 'bumper' kat jalan tu
depan rumah mmg byk bumper tu. ditambah lagi dgn bawak basikal yg agak laju
bersemangat nak bagi telur yg telah dibeli
pastu dah sampai rumah bawa la telur tu gi dapur
bila nak ambik telur tu, semua telur dah retak dan pecah sikit
bila pegang ja pecah terus
last-last daripada 10 bijik, 1 bijik ja telur yang tak pecah
waktu tu perasaan sangat hampa..sbb baru je nak bangga sebab gi kdai depan sorang2 gi beli telur.
bila ingat balik, nak gelak rasa
lepastu teringat waktu darjah 6 dulu bela sepasang arnab
Daisy dan Daniel namanya
pastu buli dia letak dalam bakul kat depan basikal,
bawa dia pi jalan2 kat area taman , bawa pi kedai,
diam ja arnab tu,sebab takut.
pstu bawa pulak arnab masuk dalam kereta masa nak ikut mama ambik adik kat sekolah
masa dalam kereta arnab tu buang air..............
masa darjah 6 juga, bela hamster banyak sangat!
dalam 18 ekor. lepastu bawa naik basikal juga,
letak dalam bakul bawa jalan2.
pastu ayah bawa hamster naik motor
letak dalam bakul .
:) comel kisah waktu kecik2 dulu....
mesti hampa suma pn ada kisah kisah comel kan.ahah
No comments:
Post a Comment