Tuesday, December 25, 2012

bigbadwolf -murah Giler

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamu'alaikum wbt
lama bena tak update blog.maaf la.sbb takda idea menarik utk dikongsi bersama anda2 semua
ahaa.hari ni nak cerita sikit pasal Big Bad Wolf Books yang orang duk heboh2 baru ni
BBWB ni adalah pesta buku yang mostly buku2 english tp pada harga yang sangaaatt murah!

sebenaarnya saya mmg minat buku2 omputih, tp disebabkan harga terlalu mahai,maka membantutkan minatku untuk membaca buku2 omputih. zmn sekolah rendah dulu mnat baca Goosebumps, Enid Blyton. tym tu buku goosebump jual rm5 ja kat makro penang. skrg dah besaq2 ni,lama dah tinggal baca buku omputih. English pun berterabuq skrg ni.

memandangnkan inisiatif pihak2 yang caring perihal harga buku omputih mahai gilerr ni, maka wujudlah kedai buku nama BookXcess di mana buku2 ada yang 50% - 70% OFF. memang terbaikkklah. amat mgalakkan rakyat Malaysia membaca buku. jadi, kedai buku ni lah yang menganjurkan Big Bad Wolf bookfair ni. di Mines Exhibition. 9-23 Disember 2012.

Jom tengok buku pa yg telah dibeli.jeng jeng.tapi 5 buah buku ja la. Duit sikit skrg ni.tsktsk



ada satu lagi. tapi letak mane tah.hehe


buku ni rm20. mahai sikit sebab hard cover.tp considered murah gila kot,rasanya harga betul dia dalam rm60 


ni rm10. 

rm8.00

rm8.00


rm3.00

satu lagi novel 'A Lovely Bones' .harga rm8.00 jugak. kat luaq harga dia rm40 rasanya

murah kan???? harap2 tahun depan ada lagi. at least boleh improve English yang tah hape2 dah ni.haha

hope tahun depan ada buku2 Islamic, kat area Religion books. :)



  

Monday, October 1, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum
seriously sekarang ni sibuk bangatt
amali dan assignment.pasal praktikum pun tak sempat update
tp in shaa Allah saya cuba juga update.selewat lewatnya bulan 11 nanti :D sekian
tata.wslm



  

Thursday, September 27, 2012

Kembali Menjadi Pelajar

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum wbt
pehh~baru habis praktikum fasa 2
2Bulan berada di SK Tok Motong.
kenangan yang tak dapat dilupakan.memang banyak belajar dari sekolah ni
nanti saya share cerita dengan hangpaa sumaa

Sekarang busy menjadi pelajar normal kembali
di IPG Kampus Sultan Mizan

Minggu depan sibuk dengan pembentangan jurnal Ekonomi, bentang Nilai dan Etika dan paling susah sekali
amali Keyboard.huwaa T.T untuk amali kali ni, saya pilih lagu Auld Lang Syne. entah la cemano main nanti

yang takleh tahan tu, kena main melody plus chord plus nyanyi sekali!
encik!kami bukan major Muzik,just minor je Muzik T.T

   

Friday, August 3, 2012

SK Tok Motong : Praktikum Fasa 2

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamu'alaikum
alhamdulillah. dah 2 mggu berlalu praktikum di sk tok motong.

1st week di sekolah ni. ada rasa happy,ada rasa sedih
happy sebab cikgu2 dan staff dia baik.pentadbir pun baik2.
boleh dikatakan,ckg2 sini semua ramah2 belako. tak la rasa segan dan kekok sgt.hehe

yang sedih nya, awat tatau rasa sedih sayu bila teringat kat2 bdk2 skbk. waaaa. T.T
1st tym masuk kelas2 kat sini, rasa sedih sebab bdk2 dia nakal skit,pastu suka nyampuk bila kita duk cakap
agak debe skit dr skbk. dapat 6 buah kelas.. paling susah nak kawal ialah 5S.tatau nak wat guanoo
down je rasa minggu 1st tu.sedey...wuwuwuuwuw

tp masuk mggu 2, dapat sesuaikan diri sikit dah. kdg2 rasa suka pulak bdk2 nakal ni. haha.

in shaa Allah, pengalaman di sekolah baru utk 2 bulan ni,saya akan ambil sebaiknya. dan harap2 budak2 sini sayang kat saya.hihihi.in shaa Allah ckg cuba utk syg awak! :D




  

Tuesday, July 10, 2012

Dear My Future Son/Daughter..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t

Dalam dua minggu lepas, saya pulang ke Pasiaq Mas ,rumah saudara saya yg saya mmg rapat
Mcm family angkat jugak la, sbb masa kecik2 dia pengasuh saya. Ok back to topik
Saya pi pasiaq mas tumpang kawan.

Saya tumpang kereta seorang hamba Allah yang manis orangya.asal pasir mas.
kami tak kenal rapat sebelum ni,tp skrg alhamdulillah dpt knal dgn rapat
sblum ni slalu jmpa dia,dan 1st impression sy, dia ni nmpk cm smbong skit dn kurg snyum.
Tapi kata org,tak kenal maka tak cinta. so dah kenal skrg,baru tahu dia seorg yg sgt baik dan bpandangan jauh. err.lebih kurang cam saya la. cewah perasan pulak kan.

Dlm kereta, byk perkara yang kami bincangkan, mostly psl diri masing2, Islam, tarbiyah.
dan byk kata2 dia yg sy igt smpai skrg sbenarnya, dan sy agak tersentuh ialah

" Saya join ni sebab sy nak bantu kawan.kadang2 kita nak sampaikan tntng Islam tapi taktau macam mana nak cakap.
Dan saya nak ada ilmu,supaya saya dpt  tarbiyah anak-anak saya dgn kfahaman Islam sebenar.."

: ( Seriously, rasa sedih sangat hati  ni bila dia cakap pasal anak-anak tu. 
tiba2 pemikiran saya melayang pada masa depan.
note: *tarbiyah=pendidikan,mendidik.didik



Apa akan jadi pada anak-anak saya akan datang?
Sekarang macam2 perkara tak elok, hiburan,pengaruh kawan2, banyak sangat tak elok
jauh dr Islam...Allah..takutnya memikirkan cabaran hidup 

takat diri sendiri ni pun, bila fikir balik waktu zaman2 sblum ditarbiyah
banyak sgt ikut kawan. sms la,kwn2 internet la,cinta,etc2.
semuanya pengaruh kwn,media massa, dan...persekitaran.
tak ada pegangan yg kuat..Islam jauh sekali..
salah siapa?salah ibu bapa?
tak...ustaz zamri kata,jgn salahkan ibu bapa,diorang tak bersalah dlm hal ni.
tp Diri kita sndiri yg brsalah. 

SO, Kita yang sudah TERSEDAR dari Lena yang panjang ni.sepatutnya cuba,bertungkus lumus utk persiapkan diri. mencari Ilmu,utama sekali,,,mcari keredhaan Allah dalam hidup ini..

saya tahu,penting jugak kita sibuk2 mcari jodoh yg baik, bakal suami yang baik,
sbb dlm al-Quran ada tulis, prmpuan baik utk lelaki baik, lelaki baik utk prmpuan baik


TAPI, kita kena ingat, tak semua kita nak,kita akan dpt. mungkin Allah nak uji kita, dan jodohkan kita dgn lelaki kurang baik?okay,saya tak doakan utk diri saya, tapi kita perlu persiapkan diri utk sebarang kemungkinan. sebab ujian Allah kita tak jangka, sbg hamba kita mmg layak diuji.dan perlu redha dan hadapi
dengan Tabah.
terpikiaq jugak kalu kita nak lelaki baik,nak lelaki baik,.contohnya bila dpt kuranngg baik, nanti frust tertonggeng. salahkan tuhan pulak."aku dah baik,tp kenapa jodoh aku lelaki kurg baik??" jeng2.
Nabi Lut a.s. baik.Isteri? Nabi Nuh a.s baik..Isteri?
Asiah baik..Suami?

Allah Yang Menentukan.apa2 pun kita perlu usaha doa tawakal.
Dan sebab tu saya lebih risau memikirkan apalah akan jadi pada anak-anak saya akan datang
berbanding nak risaukan diri fikir siapalah lelaki jodohku unknown itu.mmuahahehe


so, mari kita sibukkan diri mcari ILMU, utk mcari keredhaan Allah s.w.t
kalau taknak komitmen yg tinggi dlm gerakan2 Islam pun,
at least, pergilah ceramah,kuliah agama yang berada berdekatan dgn kita.. tu pun dah sgt baik utk diri sendiri..
drp duduk tgk cite korea,bcinta bagai nak rak..etc...


Sedih...Sedihh... :(
Korang tak sedih ke?Kalau anak-anak korang nanti terlibat dengan maksiat?tak faham ISLAM tu apa?
duk igt hidup ni pasal Lelaki,nak kawin,nak romantik2,sweet2 gitu mcm dlm drama korea/mlayu?
tak faham depa duk kat dunia ni utk apa?pergaulan bebas?Islam liberal?
Zina? na'uzubillah min zalik...



Dear my future daughters and sons (kalau sy hidup lagi lah,mane nak tahu mati sbelum umur 23thn),


Doakan umi spy dpt mendidik hampa semua..tarbiyah ampa semua sebaiknya.
Semoga ampa dpt rasai kemanisan Islam.keindahan Islam.
dan mbesar mjadi rijal dan nisa' yg berbakti demi agama Allah.
bukan lembik,bukan lemah..dpt bdikari..
hampa contohi kawan2 hampa kat palestin, syria.
belajaq rerajin, nak jadi petani berjaya pun boleh.




Monday, July 9, 2012

From Allah and to Allah :')

بسم الله الرحمن الرحيم


assalamu'alaikum wbt
terjumpa satu gambar yg sangat cute!

Life is a journey from Allah to Allah... :)
so sweet kan?

Monday, June 25, 2012

Ukhuwwah Day

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah jumaat lepas, saya gi Ukhuwwah Day di Bkt Kluang.
Ukhuwwah Day ni sebenarnya aktiviti Rehlah+bertemakan Ukhuwwah

alhamdulillah best bangat!dan kenangan manis bersama senior2 sem8 yg dah nak habis tahun ni.
dpt kenal junior2 dan paling best, bergembira di samping ingin mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Bertemu Berpisah kerana Allah..in shaa Allah ^.^

Bagi saya, ukhuwwah ni sangat penting sbb ada org yg sntiasa mengingatkan kita ,menasihati, dan sntiasa berlapand dada antara satu sama lain.dan sama2 bersahabat krn Allah.biar kita memberi,walau tidak menerima. :)

Anda tidak PERLU gewe/pakwe/bf utk cerita masalah, bermesra, bergembira,nasihat. sebab gwe/pakwe/bf tu tak halal pon bg ampa. Kalau nak jugak ,tunggu lah dulu,nanti dah kawin dgn seseorg lelaki, ikut la nak cerita apa2 ka, 24jam tgk muka dia ka.ikut la.sbb dah halal utk ampa.nak tatap wajahnya 24 jam sehari pun dpt pahala. Soooo..sangatttttttt RUGIiiiiIIIiiiIIIIIiiii!

WHY Not sekarang zaman u olss muda2, tak kawin lagi, jalinkan persahabatan dengan kawan2(prmpuann sahajee). dapat kenangan2 manis utk dikenang. janganlah buang masa muda2 tak kawin ni dgn lelaki jahh sokmo. RUgiii bangett tak guna masa muda2 ni utk spend dgn sahabat2. kannn kann??RUGIII..seriously rugi. bila lagi nak jumpa Sahabat2 sekelas ampa,sahabat2 1 blok,sahabat2 satu batch,sahabat2 satu aras. Time sekarang lah U Ollls boleh spend dgn diorang.

Nanti ampa dah kawin,bz dgn anak,family,kerjaya, etc2. tadak masa dah dgn kwn2. itu satu Kerugiannnn yg sangattt BESARRRR...

Jangan jadi perempuan yg lemah dan lembik .jadilah pmpuan yg kuat dan bjiwa kental.
Kalau pasal lelaki je dah mudah menangis,down, nak moody2, tak selera makan?
 Apekahh??Apekahhh?? Jgn lembiikk sangat yek ;'D

Come On Perempuan Perempuan Yang Mulia di sisi Allah, jangan Lembikk. Mudah sungguh diperkotak katikkan, dimanipulasi lelaki,dipermainkan lelaki...aiyoyooo. Kita ada Allah.Allah sayang kita. Kalau nak bahagia dengan lelaki Idaman pun, bahagiaknlah dirimu. Sayang Allah dulu, baru Allah pun syg kita. Jangan utamakan lelaki lebih dari Allah. tapi sedihnya, Lelaki selalu diutamakan berbanding Allah...
Wahai perempuan, Sombong bangett kita dgn Allah... kan? :(

Sayangilah sahabat-sahabat kita..sayangi kerana Allah. biarlah dia marah kita ke, dia jenis bekeng ke,gedik ke ngade ke,sayanglah depa.sebab kita org Islam kan bsaudaraaa.

so, Love your friends,truly muly lovely. for the sake of Allah In shaa Allah!

Yu setill diden wan to beliv mi ah?
Ok, up to yu la :)

Tuesday, June 19, 2012

Amanah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum wbt
Alhamdulillah baru sahaja menempuhi alam semester 6 di sini
Alhamdulillah dapat bertemu lagi dengan sahabat2 yg disayangi kerana Allah

makin bertambah umur, maka makin tualah kita
makin bertambahlah amanah kita,makin bertambah tanggungjawab kita
dan makin.dan makin lah

jadi saya juga ingin jadi semakin makin. makin sabar,makin cekal,makin tabah, makin rajin

saya jugak nak kurangkan merepek dalam blog ni, sbb setiap apa kita tulih dlm blog ni, dpt jadi SAHAM utk kita.saham dosa atau pahala..wallahu'alam. :)

in shaa Allah doakan saya!

Friday, May 25, 2012

Find Solution!

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamu'alaikum w.b.t

alhamdulillah i found some solution to overcome my problems(ok abaikan grammar)

jeng jeng.
inspired by my sister, sepeah(bukan nama sebenar), she introduce some internationl imam/sheikh to me. and her fav are hamza yusuf,yahya abdel ibrahim,suhaib webb and...etc etc.hm.

And I think, reading and listening to their article and video, can help me improve my english.. in shaa Allah

well guys, please make du'a for me!

Wednesday, May 23, 2012

Perkongsian:)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t
Hari ini ada periksa.
In shaa Allah di kesempatan pagi ini, saya nak berkongsi sedikit beberapa ilmu dan pesanan yg diperoleh.
__________________________________
Dalam suatu majlis ilmu, ada sesi soal jawab. Soalannya, apa pendapat ustaz tentang bercinta sebelum kahwin?
 Ustaz ni senyum. lepas tu dia cerita,


" Pada suatu hari, ada seorang pemuda bertanyakan soalan sebegini pada Hassan AL-Banna. dan jawapan Hassan Al-Banna pendek,ringkas tapi bermakna.

Cinta yang Haram, Haram. 
Cinta yang Halal, Halal. 

_______________________________


tapi macam mana orang bercinta bagai nak rak,pegang2 tangan,dating2
akhirnya kahwin juga?bahagia je nampak?

*wallahu'alam.dalam hati dan kehidupan mereka,hanya Allah yang mengetahui.
saya bukan manusia untuk hukum, tapi just nk bg sbg peringatan utk orang lain
nak ikut,ikut.taknak ikut,silakan.:) saya bukan ada power utk nak judge
saya juga manusia hina penuh dosa.

siapa pun tidak sempurna,bukan? :) tapi at least kita cuba utk buat apa yg Allah suruh,tinggalkan apa yg Allah larang. tapi bila kita betul2 nak ikut apa Allah suruh,tinggal Allah larang, ada pula kata
"ekstrimist. Islam yg ekstrim" . =.= erk 
okay..kalau macam tu, korang kena buat mende Allah larang, dan buat juga mende Allah suruh?
supaya seimbang dan tak Ekstrim??

Sama-sama berdoa supaya Allah buka hati kita untuk menerima Islam secara syumullll.
keseluruhan hidup kita.bukan kita pilih pilih.mana yang ringan,kita ambik.mana yg rasa berat nak buat.tinggal. islam tu syumul.bukan islam yg 'patchy2'.

oh,musuh Islam seronok tengok kita berjaya dalam Perang Pemikiran yg mereka lancarkan.

mereka berjaya pisahkan kita dari Al-Quran dan Sunnah..
dan lagi mereka ketawa tengok orang Islam sendiri mengatakan 'Islam Ekstrim' kepada orang Islam yg cuba nak amalkan Islam yg syumul..

jadi apa peranan ampa sekarang? back to BASIC!

Sunday, May 20, 2012

Selamat Hari Guru :')

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum wbt
Alhamdulillah sempat lagi menulis di Ilham Dandelion. *dandelion?ok.sangat lucuu di situ
*maaf.sedang membiasakan diri dengan nama dandelion.walaupun rs mcm nak tergelak.*bhahahh!*
k,stop it.-.-

16 Mei 2012.
Hari Guru yang bermakna pada saya sebab first time anak murid wish Selamat Hari Guru cikgu!
5.50 pagi dah ada sorang mesej.slmt hari guru.
7.00 pagi ada yg call pakai public phone sekolah pulak.selamat hari guru cikgu.

:) alhamdulillah, mereka adalah antara sebab-sebab kenapa saya selalu tersenyum sendirian.hehe.
____________

pada 14mei2012, alhamdulillah saya sempat menjenguk mereka di sekolah. terhibur hati melihat mereka.kadang-kadang fikir gak, adakah aku sorang beria-ia syok sendiri seronok jumpa murid-murid, dan mereka tak rasa apa-apa pun bila jumpa aku?..terfikir sejenak 2 ,3 saat.
tapi selepas tu,ahh,mainan syaitan sahaja ni!benda baik takkan la salah. kita perlu banyak memberi ,memberi ,memberi memberi!tanpa mharapkan balasan diterima. jadi jangan malu untuk memberi dan teruss memberii! (perkataan memberi ni saya igt smpai skrg selepas baca penulisan ustz pahrol juoi.dia kata teruskan memberi walaupun tidak dibalas.yakinlah Allah sahaja yg bls.)

jadi saya nak jadi orang tak malu,gila meroyan,syok sendiri utk memberi kasih sayang pada anak murid2. biarlah orang kata saya meroyan ke,kemaruk ke,duk rajin melayan budak-budak ke.biar bdk pijak kepala ke.well guys, sorry to say,your words didnt make me weak.but make me more semangatness!hehe

:')
_________________



slmt hari guru buat semua pendidik!dan paling agung sekali,Rasulullah s.a.w yang mendidik manusia melalui tingkahlaku,perbuatan ,percakapan baginda. 


dulu rs menyesal keluar uia msuk mktab. tp skrg,rasa bersyukurrr banget!Allah..^.^ terima kasih sbb bg saya peluang utk mjadi guru,dan bkn psychologist. I love to be with kiddies! Seronot nyembang dan mdengar diorang bercerita.bila diorang dah selesa dgn kita,mudah la kita nak tegur n bg nasihat. Sbb kanak2 ni masih lembut hatinya.naik remaja nanti dah payah sikit :D




Rasulullah s.a.w adalah role model pendidik yang terbaik! Saya akan jadikan baginda role model utama saya apabila menjadi guru kelak.in shaa Allah :)

Saturday, May 12, 2012

Niqab, Arab and French woman

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t
Ehem.today i want to share with you guys
 I just read story someone just put up on twitter.someone:Usamah Khan.i dont know who is he, i just follow him.


 let me share with you, yo sisters and brothers! :D


__________________________________________________________________________


In France after picking groceries in the supermarket, a Niqabi sister stood in the line to pay.



After a few minutes, her turn came up at the checkout counter.
The checkout girl was a non-Hijaabi Arab Muslim girl. 
She began to scan the items of the Niqabi sister.
After a while she looked at her with arrogance & said: "We have many problems in this country & your Niqab is one of them!"
"We, immigrants, are here for trade and not to show our Deen or history!"
"If you want to practice your Deen and wear Niqaab then go back to your Arab country and do whatever you want!" . . . .






The Niqaabi sister stopped putting her grocery in the bag and lifted up her Niqaab. 
The checkout Arab girl was in total shock.
The Niqaabi girl who was blonde with blue eyes told her:

          "I am a French girl, not an Arab immigrant. This is my country & THIS IS MY ISLAM"

"You born Muslims sold your Deen and we bought it from you!" 

Allah Hu Akbar!

And Allah says: 
"If you turn away, Allah will replace you by another people, and they will not be like you." (47:38)

Subhannallah I just thought this little story was so moving. 

Allah SWT does not need us, we NEED Allah SWT. 

May Allah SWT give us the true understanding of deen & imaan, 
& may He keep us away from the ways of shaitaan.
 Aameen.
____________________________________________________

thank you brother Usamah Khan for sharing this story with us!

;') 

assalamu'alaikum

Tegas

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t

Maaf kepada semua kalau saya menyakiti hati anda dan perlakuan saya yg agak tegas berbanding dahulu.
Sombong?bukan sombong. tapi saya berusaha utk menjaga. saya berusaha untuk cuba bercakap
dengan kaum adam apabila perlu sahaja dan ingin berusaha nak kurangkan melawak dgn kaum adam

waktu dulu-dulu saya ni jenis peramah dengan semua orang
semua orang saya bantai je ramah,chatting,sembang,melawak
lelaki yg dah ada gewe pn saya rapat. smpai gaduh la dgn gewe dia.
kaum adam,kaum hawa.semua sama ja bagi saya :D


tetapi itu dulu .sekarang...


mari kita jadi perempuan yang tegas dengan pendiriannya!


wahai perempuan yg bermaruah,mari kita jadi wanita bermaruah.


Friday, May 11, 2012

cerita murid.

بسم الله الرحمن الرحيم
assalamu'alaikum w.b.t

seperti biasa,saya teringat pada anak-anak murid yg disayangi T.T

selama sebulan praktikum , dan sebanyak 4 kelas yang saya ngajo
ada dua orang murid yang ejek waktu saya tengah cakap n ngajo.
dua orang murid ni nama Taufik dgn Hafizzan. beritahu nama ni bkn nk burukkan ya, ala biasalah budak budak opp. depa tak matang lagi, nakal nakal tu biasalah.

situasi 1: 5M

Saya: ok ,selepastu ..bla.bla.(Tak ingat cakap apa waktu tu)
Taufik : ok selepastu .bla.bla.bla. (suara perlahan tapi kantoi ckg dengar sbb taufik ni duk depan sekali.)
Saya: (Diam.pandang semua orang. pi dkat taufik). Ye taufik. awak ejek saya ke tadi? kenapa taufik ejek cikgu?taufik jeles dengan cikgu eh?nak jadi macam cikgu?ok esok cikgu bawa tudung besar cikgu camni, cikgu bagi taufik pakai ye. boleh jadi mcm ckg!(senyum )
Taufik: eh eh,dop cikgu.tokse!

(sekelas gelak kat dia. hehe.)

situasi 2:4J

Saya: kita perluuulaah bla bla bla.
Hafizzan: kita perluulaah bla bla bla ( buat suara sengau)
Saya:Siapa yang ejek cikgu cakap tadi?siapa ye? (Sambil mencari-cari.tapi sebenarnya tau dah siapa)
Hafizzan:tersengeh-sengeh.
Saya:Hafizzan, kenapa awak ejek cikgu, siap buat sengau lagi?cikgu ada buat apa-apa salah kat hafizzan ko?
Hafizzan:sengeh sengeh
Saya: oo.hafizzan ejek cikgu sbb teringin nak jadik macam cikgu eh?nak pakai tudung macam cikgu? (sengeh jugak)
hafizzah:sengeh sengeh
saya: (pandang sekelas). OKAY, sekelas!minggu depan ingatkan cikgu, bawa tudung cikgu, bagi hafizzan pakai sebab dia teringinnnn nak jadik macam cikgu. nanti cikgu bagi dia pakai sampai tak nampak tangan dia.kawan-kawan hafizzan tolong ingatkan cikgu deh,takut cikgu lupa nk bawa tudung minggu depan.haa ingat  semua!

(Semua gelak kat dia.)

sebenarnya sama ja style dan ayat yang digunakan.cuma pada 2 orang pelajar berbeza.eheh!

___________________________

bila ingat balik nak tergelak pun ada. budak0budak ni kalau buat nakai pun, atau kalau dia kutuk n mengata kita pun, tak rasa sakit hati pun sbb diorg bdk2 lagi. lain la orang besaq. jadi toksah la marah budak-budak kalau depa kuang hajo.sebenarnya depa tak tahu dan perlukan bimbingan. contohnya kalau depa kuang hajo, ckp elok2 kat depa,personal ka.bagi spiritual talk skit. atau pn, makanan rohani.maybe depa kurang makanan rohani.

seriously saya tak setuju yang cikgu perlu marah-marah budak.boleh tapi tak la keterlaluan smpai keluaq bhs kasaq, tampo,pukui ka. dan apa yg sy lihat,ms smbang dgn bdk lelaki drjh 6 kelas akhir yg normally dicop nakal n agk kurg ajar dgn ckg, tgk diorang ada perangai positif depa. kita hormat depa,depa hormat kita.cuma jgn la tengking2 depa kanak-kanak kelas akhir ni, sian depa. entah la awat, tapi saya suka bdk2 nakai drp bdk pandai.sbb depa lebih mghargai kita. kita dpt lihat sendiri cara depa cakap dgn kita. apa2 pun, jgnlah berat sebelah. sayangi mereka yg nakai-nakai.depa masih bwh 12tahun, mungkin kita boleh mengubah depa skrg sebelum terlmbat kelak?

Ya Allah,rindu betui kat depa :(


Thursday, May 10, 2012

Jom Mumtaz utk Ummah:D

بسم الله الرحمن الرحيم


assalamu'alaikum wbt
ok ni saya copy dari facebook.rasanya berguna utk semua orang ,lebih2 lagi time exam week ni.hehe.



ok jom try!! :D

Monday, May 7, 2012

Syg Ampa Krn Allah..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum..
today i want to introduce my cutie students:)
5m, 4j,4m,4u.
tak dilupa 6U,cikgu tak ajaq ampa tp ampa still antara yg utama ckg igt sbb ada memori dgn ampa.
byk lagi gambaq depa tapi ni adalah antaranya 

cikgu rindu bangeett sama kamu semua.
nasib baik ada gambaq,time rindu2 boleh tengok gambo korang sorang2.:)
ckg doakan spy ampa smua sntiasa berada dlm redha Allah. 
risau tengok dunia zmn sekarang, pikiaq camna ampa suma akan survive dgn dunia yg semakin mencabar
macam-macam dunia sekarang ni.

ampa smua kena kuat hadapi dunia penuh tipu daya ni.
sebab matlamat hidup kita adalah di akhirat kelak. 

sian kat ampa smua,cikgu nak cerita dlm kelas pn ampa tak berapa paham nanti.
maklumlah,ampa kanak-kanak lagi.ckg ceritakan perkara2 asas ja kat ampa dlm kls,yg sesuai dgn tahap ampa yang kognitif tak berkembang penuh lagi. abstrak tak nmpak betui2 lagik.harap-harap apa yg cikgu pesan dalam kelas,ampa smua igt smpai ampa besaq

cikgu doakan ampa smua bila dh capai umoq remaja atau belia,
ampa smua akan mengerti apakah tujuan ampa semua dihidupkan
cikgu doakan supaya ampa dpt cahaya tarbiyah dari insan-insan di sekeliling ampa kelak

ckg tak kisah ampa keja apa pun,petani ka,pemandu lori ka,pesawah ka,
asalkan hampa berakhlak baik ,akhlak Mukmin sebenar. 

cikgu syg ampa smua,ckg lihat ampa ni bkn hanya murid shj
tapi cikgu tgk dlm diri ampa smua, 
ampa smua ni lah yg bakal menggantikan tmpat2 orang yg umoq cam cikgu ni
ampa lah pemimpin,ampalah bakal-bakal insan yg mcorak masa dpn ngara.
ckg harap ampa tak terpdaya dgn cinta dunia,fitnah dunia..wuwuuw.risau kat ampa.

toksah la bergewe2, rosak kan hati dan jiwa sahaja.buang masa buang duit.keberkatan Allah pun tak dapat.tahanlah skit nafsu tu,nak bercinta ja,tp faham Islam takmau. nak sgt cinta,tunggu ampa dah kawin nanti. ni muda muda lagi ampa isi la masa dgn kwn2,family.apala buang masa dgn bergewe2.
ampa perlu semangat utk memberi manfaat kepada org lain, tlg org lain.nasihat org lain.tegur org lain
sama-sama perbaiki diri dan sama2 memahami apakah islam itu sebenarnya.
. . . . . .
ok banyak pulak ckg membebel.cam mak pulak.tp membebel ni sbb risau kat ampa. hahaha.
ok,sayang semua krn Allah! :)


















Sunday, May 6, 2012

Cinta dan Berkat

بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamu'alaikum wbt

lama tak cakap pasal cinta kan.ahah! hari ni saya terbaca satu artikel Ustaz Hasrizal. tapi sebenarnya tak berapa faham apa yg cuba utk disampaikan. maksud saya,point utama. tapi point2 sampingan tu saya faham. ada beberapa saya nak kongsi di sini. yang pertama ialah seorang insan pada zaman Rasulullah s.a.w yang selepas kahwin, dia terlalu mencintai isterinya terlebih DOS. kisah ni penah kak Fatimah Syarha cerita masa dia mai maktab dulu,
"__________
http://saifulislam.com/?p=11224#.T6XGqElqrU0.facebook

KISAH ABDULLAH BIN ABU BAKAR
Teringat saya kepada ujian yang menimpa Abdullah, anak kepada Abu Bakr al-Siddiq radhiyallahu ‘anhu. Abdullah mengahwini seorang gadis perawan yang serba lengkap kelebihan dirinya iaitu Atiqah binti Zaid. Namun perkahwinan mereka berdua teruji apabila Abdullah yang terlalu mencintai Atiqah tercuai daripada pelbagai tanggungjawab hingga mengabaikan solat dan kesemuanya ini mengecewakan Abu Bakar. Sebagai bapa, beliau bertegas memberikan nasihat yang telah menyebabkan Abdullah ‘terpaksa’ menceraikan Atiqah kerana cinta mereka sudah menjadi FITNAH.
Demikianlah ujian cinta seorang pejuang yang membantu proses Hijrah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bernama Abdullah, anak kepada seorang tokoh terhebat bernama Abu Bakr.
Perceraian yang berlaku kerana cinta yang terlebih dos.
Cinta yang membingungkan.
Cinta Abdullah dan Atiqah hanya terjalin semula dalam sebuah perkahwinan selepas diislahkan oleh Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, namun harganya adalah sebuah PENCERAIAN.
Kes ini amat terpencil.
Namun dengan perceraian yang berlaku setiap 15 minit di dalam masyarakat kita, saya kira ‘belajar makna perkahwinan melalui perceraian’ mesti ditangani dengan serius.

________________________________________
- Apa yang sahabat sahabat sekalian faham dengan kisah di atas? apa yg saya faham ialah
  : Kalau kita dah kahwin kelak sekalipun, jangan terlalu sayang sangat pada isteri/suami sampai tak ingat dunia .hingga lupa pd Allah. Allah itu yg utama sebenarnya. bukanlah nak kata kita perlu taksub sgt smpai tak kawin pa suma,maksudnya, Allah sbg matlamat hidup dalam setiap perkara. ok ni kata-kata terakhir Ustaz Hasrizal
_________________________________

PERKAHWINAN DAN MINDA SEDAR
Perkahwinan dan rumahtangga perlu didatangi dengan minda sedar. Minda yang jelas tentang erti sebuah perkahwinan yang lebih daripada sekadar rasa cinta, kemahuan seorang lelaki kepada seorang perempuan, atau perempuan kepada lelaki. Nikah datang dengan tuntutan upaya mengendalikan output perkahwinan, bermula daripada persefahaman dan kerjasama, pengurusan hubungan dua keluarga dalam dimensi mertua dan ipar, anak yang bayi kemudian kanak-kanak, remaja dan seterusnya dewasa, pengurusan kewangan, kesihatan, tekanan kerjaya dan keluarga, yang semua itu perlu didatangi dengan minda sedar, bukan gedik.
Saya bekerja keras untuk menimbulkan minda sedar itu.
Justeru saya perlu menyatakan bahawa, ilustrasi-ilustrasi cinta Islamik ini membinasakannya.
______________________________________________________ 
okay saya ulang ayat-ayat yang tersengeh saya sorang-sorang baca.haha
_______________________________
Minda yang jelas tentang erti sebuah perkahwinan yang lebih daripada sekadar rasa cinta, kemahuan seorang lelaki kepada seorang perempuan, atau perempuan kepada lelaki.
Nikah datang dengan tuntutan upaya mengendalikan output perkahwinan, bermula daripada persefahaman dan kerjasama, pengurusan hubungan dua keluarga dalam dimensi mertua dan ipar, anak yang bayi kemudian kanak-kanak, remaja dan seterusnya dewasa, pengurusan kewangan, kesihatan, tekanan kerjaya dan keluarga, yang semua itu perlu didatangi dengan minda sedar, bukan GEDIK
_________________________________________
alhamdulillah,terima kasih ustaz atas perkongsian di atas
menyedarkan saya tentang perjalanan sebenar seorang hamba Allah atas mukabumi ini
ye betul bila kahwin aja, mesti org kaitkan dengan cinta suami isteri,romantik,penyayang,caring .etc etc
tapi orang tak kaitkan pun kahwin ni dgn tanggungjawab mendididk anak, hubungan dgn mertua ipar, masyarakat,jiran, pengurusan kewangan, kesihatan,kerjaya,nak tangani tekanan hidup, etc2.
dan bila terfikir semula, betapa penting KEBERKATAN ALLAH dalam hidup ini.
antara contoh keberkatan tu, bila dua org pasangan sedang bercinta/berkasih sblm kahwin. diorang dua ni mmg sgt mjaga hati dan jarang la bergaduh atau terasa hati. dalam usaha sama-sama saling memahami dan bertolak ansur, namun akan timbul perkara-perkara kecil yg mnyebabkan bergaduh.dengki,cmburu, dan sedih sokmo hati seorg gadis ni padahal laki tu baik bkn laki bermasalah. hati rasa gembira melihat lelaki itu tapi timbul juga secebis perasaan tidak senang hidup. 
sedih sokmo gini la.haha

berdasarkan kisah di atas, apa yg ampa rasa?
JENG JENG. itulah terjadi bila Allah tidak memberkati sesebuah hubungan itu. kerana tidak halal dan melupakan ALLAH. tengok, depa cuba baik camna pun antara satu sama lain,ada juga sikit-sikit perkara yg rasa tak senang antara satu sama lain.gembira hanya sementara. tapi tidak puas pun perasaan gembira tu sbb bkn didasari ALlah,tp hanya nafsu keinginan semata-mata. secebis perasaan tidak senang itu merupakan kurniaan Allah supaya si gadis tahu bahawa apa yg dilakukannya bukannya baik, tapi DOSA.
DOSA membuatkan seseorang itu rasa serba tidak kena dalam hidup .
rasa resah gelisah. 
(kisah di atas adalah KIsah Benar yg diceritakan kepada penulis.hehe)



alhamdulillah terima kasih Allah kerana mengurniakan cinta dan berkat hubungan kami ini ^.^
perasaan cinta dan sayang kepada family,sahabat2, murid2,jiran2,cikgu2,haiwan2,pokok2,etc etc. cinta yang memberi kebahagiaan hidup,,kerana Allah lah sumber kebahagiaan hidup :)


Friday, May 4, 2012

rindu

بسم الله الرحمن الرحيم 
assalamu'alaikum w.b.t
minggu lepas jumpa anak murid kat jerteh
semalam anto kwn kat stesen bas.jumpa sorg lagi budak 6U hat nakai nama hakim
nakai budak2 biasa la, tapi sebenarnya bagus bdk ni.

waaaa.semakin rindu pd murid2!bila la boleh pi jumpa ampa??



Sunday, April 15, 2012

terima kasih SK Bukit Kenak

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamu'alaikum w.b.t

selesai sudah praktikum fasa pertama di sk bukit kenak jerteh.
praktikum pertama dan takkan dilupakan dalam hidup

sungguh banyak pengalaman diperoleh.

setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah..oopps.silap..semua takkan berlaku tanpa izin Allah..

setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana memberi nikmat dan peluang kepada hambaNya untuk menjalani praktikum dengan bahagia dan gembira selama sebulan. semuanya dengan izin Allah.

terim kasih kepada pihak sekolah,Guru Besar especially sebab beri kami peluang datang sini. walaupun saya sedar kami takdak berinteraksi pun dengan guru besar,tp saya tahu gb skbk ni baik ore nya.igt nak jmpa hari akhir aritu tengok2 beliau takdak. maafkan kami kerana tidak beramah mesra dengan encik. sebenarnya kami cuba membuka mulut tapi tidak ada idea,jadi hanya mampu tersenyum pada encik tiap kali bertemu.

Terima kasih kepada PK1,PK Hem,PK Koko. terutamanya kpd PK HEM, en.Yazid yang sangat mengambil berat kepada kami berlima. rasa seperti seorang bapa mengambil berat tentang anak-anaknya. tidak terasa 'jurang perbezaan' sangat dengan beliau kerana beliau sangat ramah dan kami semua selesa dengan beliau. ye lah, kadang-kadang kita guru praktikum segan/malu dengan cikgu-cikgu lama sebab rasa sangat mentah tak tahu apa-apa.bila ada cikgu yang melayan kami tanpa ada 'gap', seperti rakan sekerja, sangat membantu kami untuk membina keyakinan diri sbg seorang guru. moga

terima kasih juga kepada guru pembimbing saya dan Ina, Kak Yah dan guru pembimbing Sakinah n da geng, Kak Liza. insan berdua ni sangat baik kepada kami. Kak Liza walupun bkn guru pembimbing kami,tapi kami dilayan seperti kami juga anak buahnya. terharu dengan layanan mereka, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa dan kebaikan kalian.

terima kasih juga kepada guru-guru lain. maafkan kami kerana tidak begitu rapat dengan cikgu-cikgu. satu sebab duk pustaka,tak duk bilik guru. kedua, kami agak sibuk dengan persediaan portfolio dan kerja-kerja lain. almaklumlah pertama kali praktikum, kelam kabut huru hara sikit pengurusan kerja dan masa. tak pandai lagi nak bahagi2 masa. masa utk bersosial,masa untuk bekerja.hehe. apa-apa pn,saya nak puji lah cikgu-cikgu sebab semuanya baik baik belake

Time kasih tak terhingga kepada praktikumates yang hebat hebat, sakinah, ina, maisarah dan fatihah. mereka memang praktikumates terbaikkk.sangat bekerjasama, toleransi, tak berkira. memang A+ + + la untuk depa.

yang terakhir sekali. sebenarnya bukan akhir tapi sebenarnya depa-depa ni la yang paling speciallll. hoho..
buat anak-anak muridku yang hanya sebulan saya mengajar. 5M, 4J, 4M dan 4U. terima kasih banyak-banyakkkkk sangat tak terhingga sebab sudi menerima cikgu sebagai cikgu hampa walaupun sebentar sahaja bersama anda semua.especially 4M yang cikgu masuk 2 atau 3 kali ja.sian depa.

tapi tulus dari hati cikgu, cikgu seronok banget mengajar hampa 4 kelas. cikgu rapat lebihh skit dengan 5M berbanding kelas lain sebab cikgu masuk kelas 5M 2 kali seminggu. kelas lain jangan kecik hati noh. lagipun depa ni 3 kali dijadikan kelas pemerhatian masa pensyarah dan guru pembimbing mai tengok. terima kasih sangat-sangat pada 5M sebab tulun cikgu.:)

tapi hat sebenaqnya, cikgu sayang semua anak murid cikgu! :) alhamdulillah setakat ni cikgu dah berjaya hafai nama hampa-hampa 4 kelas. siap la hampa kalu jumpa cikgu tapi tak tegur cikgu.satgi cikgu hat teguq hampa dulu!hohohoohhho.

tak lupa jugak pada beberapa murid dari 6J. yang cikgu kenai sbb depa ni p latihan bola jaring n bola baling. kenai juga sikit-sikit tp syg gak kat ampa. dan
6U. kelas darjah 6 yang hujung tapi sebenarnya ada keistimewaan dia sendiri. sempat spend dengan 6U masa depa wat jamuan time petang aritu. kenangan bersama mereka takkan dilupakan.hanya murid 6 U dan saya sahaja mengetahui apakah kisah-kisah di petang itu :) cikgu doakan semoga awak semua berjaya dunia akhirat..ingat apa yang cikgu pesan deh!

keseluruhannya, saya berasa sangat seronok dan happy mengajar di SK Bukit Kenak.
banyak sangat yang saya belajar dari murid-murid sekolah ni

kalau mereka buat dosa, mereka buat salah, tolong bimbing dan bantu mereka bagaimana cara yang sebetulnya
bukan dengan marah-marah,tengking-tengking dan menghukum.

role model paling baik untuk para cikgu jadikan idola,ialah Rasulullah s.a.w sendiri.
lemah lembut dalam berdakwah, mendidik umat. subhanallah...

cikgu mendoakan semoga semua anak-anak sekalian membesar menjadi hamba Allah yang sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya..
sayang semua anak-anak muridku kerana Allah :)