Friday, January 18, 2013

Memori murid2

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum wbt


Minggu depan saya start praktikum , tiba-tiba teringat kisah-kisah di praktikum sebelumnya. Praktikum Fasa1 dan Fasa 2. Namun begitu, masa Fasa 2 (2 bulan), banyak sungguh memori2 yang terpalit dalam jiwa. 
Saya ditempatkan di sekolah yang majoriti muridnya berasal dari kampung sekitar sekolah jugak. kampung ni black area,byk dadah, jenayah dan sbgnya.sebut je nama kampung ni,mmg femes la kat Jerteh ni, sbg kwsn black area.

Memori di sekolah ni sangat special.sebab kat sekolah ni lah saya belajar,mcm mana la nak handle murid-murid kelas last yg ..ya Allah hanya Allah tahu sahaja cemano perasaan.sgt menguji kesabaran... tapi saya terharu dengan murid-murid ni, sebab walaupun nakal tapi diorang sebenarnya bukanlah jahat. beberapa kisah nak kongsi bersama...

Haiqal. 
DI sekolah ni,Haiqal ni FEMES teramatlah di kalangan cikgu2.sebab nakal, taknak buat keje cikgu bagi,buat masalah, gocoh dgn kwn dan sbgnya.ramai cikgu tak suka dia. 1st day mai sekolah pn, guru besar pesan dah, kelas Haiqal tu,saya kena hati2.ramai cikgu tak suka kelas tu. 

1st time masuk kelas ni, mcm biasalah, Haiqal ni buat perangai. kawan2 dia pun mostly dlm kelas tu, adalah bdk2 aktif dan nakal jugak. disebabkan saya ni mmg jenis tak suka marah-marah sangat budak budak ni, jadi bila Haiqal buat nakal,tak marah pun cuma tegur dia baik baik ja. sebab bdk nakal ni kalau kita marah la kan,mcm tu jgk,lagi dia buat perangai. seorang akak ni ada pesan, Haiqal ni susah sgt nk buat keje dlm kelas.kalau kita suruh salin, dia akan buat taktau, tak keluarkan buku. cikgu2 kata,kalau dia bw keluar buku tu,kira beruntunglah cikgu tu. disebabkan byk komen2 negatif thadap Haiqal ni, saya rasa Haiqal ni mesti ada something di sebalik prangai entah hape2 dia. selama 2 bulan kat sana,mmg Haiqal ni nakal tp makin lama makin ok sikit. kadang2 tersenyum sorang sorang pun ada teringat ke budak ni.

Kereta Kenari ku
Haiqal ni tiap kali sy nak balik,dia akan datang kat kereta. masa pertama kali dia datang tu, sy dah dalam kereta dah.buka la tingkap tny, "ye Haiqal,ada ape2 nak ckp dgn cikgu ke?". lepastu dengan muka nakal sengeh2 tu dia huluq tangan masuk kereta,dan tekan hon. "ponn ponnn". lepastu mmg kalau nak masuk dalam kereta time nak balik, mesti usha dari jauh, Haiqal ada tak kat kawasan parking. pernah sekali tu saya dan ina dah masuk kereta tapi tak tutup pintu lagi. bila nmpak je Haiqal dari jauh, dengan muka sengeh2 dia tu.terus cepat-cepat masuk kereta dan kunci. pastu mula la menepek kat tepi tingkap ,"cikgu,cikgu".  =.=

Haiqal ni pakai jacket Pengawas Pustaka. ada besi sikit kat pinggang jaket tu. satu hari kereta saya calar yang panjang. terfikir juga bila lah kena haritu takda.rupanya baru teringat, Haiqal suka menempek kat tingkap dan otomatiknya besi tu terkena kat kereta. T.T terima kasih Haiqal. 

Buat kerja
masa 1st day masuk kelas, mmg Haiqal taknak buat keje. Adoi mlas nak marah. so sy pun pergi kat meja Haiqal,"Haiqal,haiqal baik kan. haiqal tak bawa buku ke?kalau tak bawa, tulis atas kertas dulu balik nanti lekat." . " Kito bawok buku cikgu.tp kito malah cikgu.puahh.kito puahh". adoi la, lepastu sy pn ckp "oooo.malah.takpo takpo mari cikgu ambik kertas,ambik pensel.cikgu tolong haiqal tulih" .pahtu letak pensel kat tangan dia, letak atas kertas,pegang tgn dia suruh tulih."haaa.ok skrg pensel dah ada kat tgn.skrg cikgu tunggu haiqal tulih". kikiki.lepastu tulis la jugak. 

minggu lepas tu mcm tu jugak, tp cuma g kat Haiqal dgn muka kesian. "Haiqall..oo Haiqal.Haiqal tak kesian ke  kat cikgu. cikgu dtg jauh ni nak ajar Haiqal.kesian cikgu. *berlakon buat muka kesian*lepastu dia kesian kot.dia pun tulis la. tp lepas lepas tu alhamdulillah Haiqal dah rajin sikit. boleh la diharap banding dgn 1st day msuk kelas.

Bahagi kmpulan
Haiqal ni dalam kelas dia duduk area budak2 pasif yg pndiam dan kurang pandai. pernah sekali tu saya bahagi kumpulan,dia duk area budak2 yg pasif. dia pun muka masam taknak bg kerjasama. "Cikgu!!bakpo kito duk dale kmpulan bodo bodo.kito tokse kmpulan nge sek yo!!!" ."Hish Haiqalll.tak baik cakap macam tu. macam mana Haiqal tau hazim,syazwan dgn kamarul ni bodo?mungkin sekarang diorang ni kurang pandai dari Haiqal,tapi tengok la nanti dah besarr diorang lagi hebat dari orang lain dalam kelas ni. Dulu cikgu ada kawan,cikgu lagi pandaiii dari dia masa sekolah. tapiii kann,sekarang dia laggiii hebat dari cikgu.dia belajar kat Amerikaa.."  lepastu ternganga jap Haiqal,then terus diam. 

Asyik Haiqal.Asyik Asyik haiqal
Cikgu, bakpo cikgu cikgu  praktikum suko ko Haiqal sokmo?dulu cikgu praktikum wi hadiah kasut ko Haiqal. sep kito dop dapat pun.
kanak-kanak.mesti diorang tak puas hati kan bila budak nakal, orang bagi plak hadiah kat dia. nanti semua jadi nakal. " Alaaa.tu cikgu dulu.cikgu lain.cikgu tak mboh wi hadiah ko Haiqal. kalau nok wi,cikgu wi semua.". lain terus muka Haiqal.haha

sekali tu Haiqal nak kertas warna lebih sekeping, tp bila sy kira kira semula,kertas warna tak cukup untuk bagi semua orang dapat dua. so tak bg la kertas tu kat Haiqal. dia pun mulalah buat perangai memberontak dia. pastu sy pun habaq, "Mana boleh cikgu bagi kat Haiqal.nanti orang lain tak dapat"
"Ala cikgu bagi la snyap2 bukan diorang tahu pun"
"Cikgu tak boleh buat gitu.cikgu kena adil dengan semuaaa anak murid cikgu. sorang x dpt,semua xdpt. mana boleh lebihkan org lain"
lepastu dia senyap, mai pulak sorg ni nak jugak kertas warna satu lagi. lepastu Haiqal cakap kat dia, "Cikgu dokleh wi ke mu!!cikgu keno adil" .kikiki.

Kunci Pintu
Kalau masuk kelas Haiqal, bila nak keluar ja, Haiqal x bg. "cikgu dokleh keluar,cikgu kena duduk sini gok!" bila pi pintu belakang dia lari2 tutup pintu.gi pntu depan plak lari2 tutup pntu. lepastu saja usik Haiqal, "Haiqal ,nanti cikgu dah takdop mesti Haiqal rindu cikgu kan.kan.kan??" "Ho lohs!!. kito lagi wehi kalu cikgu takdop!!"  .."Elehhhh Haiqal.malu lettew.rindu lettew kat cikgu dgn cikgu ina nanti. nangis2 dalam kelas rindu kat cikgu." ."lalalalala" sambil tutup tangan kat telinga. Haiqal ni ada perangai yg kurang beradab di mana masa awal2 dulu,kalau kita marah dia,dia akan tutup telinga.

Berebut nak angkat barang
Haiqal ni masa mula2 tak heran langsung.tp lama2,dia jeles orang lain angkat barang kita.so dia akan berebut dgn kawan2. kdg2 tu taknak kasi bergaduh, "haa,nah sorang satu amik pen cikgu,gi letak atas meja cikgu" .sonang cite.haha.

Tunggu masa hari last
Masa hari last saya di sekolah, saya dan kawan balik agak lewat, nak dekat pukul 2ptg rasanya sebab nak settle byk benda. masa nak keluar dari bilik guru, ada 4 orang murid tunggu. sorang Haiqal,sorg Ashraf,sorg Zulaika,sorg lg Amir. jadi disebab Zulaika tu dtg skolah jln kaki, sy pn tawar la utk hantar dia balik rumah. Haiqal ni selalu nya naik basikal. jadi bila sy nak gi hantar Zulaika, Haiqal pun cepat cepat masuk dalam kereta jugak. "Cikgu,hanto kito balik rumah.kito dop bawa basikal". "Aik,apesal Haiqal tak naik basikal?"
"Basikal kito relai cikgu. nok bekki,cikgu hanto kito balik rumah deh". *krikk kriikk*



 

2 comments:

Cikgu Sarah said...

bestnye..tk sabaq nk poiii praktikum..

maya dandelion said...

hehe.best2 :) sarah dpt area pasir puteh ke?kalau pasir puteh,kwn2 dak laki oyak, bdk2 dia bagus,dia lebih hormat cikgu2 berbanding budak2 kat besut ni.sbb kat pasir puteh jarang sgt2 dpt cikgu praktikum.