Sunday, September 6, 2026

Sejambak Bunga Ros Merah Jambu


Assalamu'alaikum wbt

Kisahnya semalam kami jalan-jalan dan ternampak ada juai bunga dekat depan kedai Abang Strawberry

Aku cakap dekat laki aku, "waaa bestnya ada bunga laa jual depan kedai ni "

Sebenarnya dalam hati aku dengan harapan beliau belikan untuk aku.

Tapi semalam kitorang agak rushing sikit sebab nak kejar solat Jumaat

So pagi tadi waktu cari breakfast lalu lagi depan kedai sama 

Sebab nak bawa anak-anak pengalaman petik strawberry dekat Aidilbadri (depan Abang Strawberry)

Seperti biasa aku cakap lagi "cantiknya bunga tu" selepas lalu depan Abang Strawberry lagi sekali setelah selesai budak-budak ni petik strawberry.

Hm.. tapi masih lagi tak faham rupanya.

Kami pun berjalan ke kedai kopi opposite Abang Strawberry sebab beliau nak order kopi. Beliau kata kopi situ sedap, semalam dia dah try kopi situ.

Selepas order kopi kami pun dudukla dekat meja tunggu kopi siap.

Aku pun terus sebut, "beli la bunga tu untuk saya, dah bagi hint dari semalam. ni nak sebut terus la, biar la macam mengemis pun. " sambil aku pun gelak. hahhahahahaha.

Lepas tu baru la beliau pun pergi beli. beliau kata sorry terlupa, aku cakap ye la terlupa, kopi boleh pulak ingat nak beli. tersengeh sengeh beliau . aku rasa laki aku ni memang suka aku membebel mcm tu agaknya. mungkin menghiburkan bagi beliau. 

begitulah bila dengan non chalant ni. kita kena sebut sebab dia tak akan faham selagi kita tak sebut direct. 

setelah dekat 11 tahun kahwin, banyak aku belajar dan sedar . sebab apa perkahwinan ni satu ibadah?sebab perkahwinan ni seumur hidup. seumur hidup tu bukan sekejap tau. sehidup semati, kena banyak bertolak ansur, sabar dengan perangai masing-masing. ada kelebihan ada kekurangan pasangan. selagi pasangan layan kita baik tak angkat tangan tak dera, tak ambik dadah tak ambik rasuah etc2 yang teruk, bertolak ansur dan sabarlah dengan pasangan masing-masing. kurangkan tengok drama korea, drama romantik yang korang harapkan pasangan nak bagi bunga ka, layan mcm princess ka, semua tu hanyalah khayalan dik . realitinya korang takkan jumpa pun. percayalah cakap aku.

aku ni sebenarnya sejenis yang degil, kalau tak puas hati kadang masam muka,marah, moody. hm banyakla negatifnya, maybe sebab aku kadang rasa pasangan tak faham diri aku . dan aku dah biasa berdikari dan sampai sekarang banyak perkara aku independent. aku tak biasa jadi budak manja sebab dah biasa berdikari sendiri dan berdiri atas kaki sendiri.

tapi kadang aku lupa lihat pada perkara positif yang ada pada beliau. aku kena selalu fikir kelebihan beliau supaya aku sentiasa sabar dan bertolak ansur dengan kekurangan beliau. aku jgk banyak kekurangan kan? tu yg paling utama. banyak kekurangan aku. dan aku pun bukan la bagus sangat.

inshaAllah lepas ni aku akan slow down media sosial, dan aku dah niat one day nak stop dari semua media sosial terus dan fokus pada keluarga kecil ku , keluarga saudara mara dan pada kawan rapatku sahaja. bila aktif media sosial, aku rasa aku akan mula membandingkan life aku dengan orang lain dan terpedaya dengan drama-drama romantik . so mcm jadi berangan je lebih kan.kahkah. 



 so itulah sedikit sebanyak kisah sejambak bunga ros merah jambu. bila dah dapat bunga ni, aku jadi terlebih excited, sat belek sat cium sat snap gambaq. biaqla aku syok sendiri dan aku yang mintak, baru dibeli.kahkah. 

tahun 2026 ni banyak perkara yang aku reset balik tentang diri aku. berkaitan penghayatan agama, muhasabah diri dan struggle aku untuk berusaha mengubah diri aku ke arah lebih baik. lebih sabar, lebih bertolak ansur dan lebih mengingati akhirat. semoga aku dapat mendidik diri aku ke arah menjadi insan lebih baik kepada suami, anak2, ibu bapa, adik beradik dan orang sekeliling aku.

tak lupa juga aku ingin memohon sejuta kemaafan,ikhlas dari hatiku kepada orang yang aku telah buat silap dan kekhilafan aku. aku doakan kalian juga Allah permudahkan segala urusan dan semoga ini adalah titik permulaan untuk kalian jugak mendekatkan diri kepada Allah dan agama. kita semua pendosa dan Allah sahaja yang sudi menerima kita kembali walau sebesar mana pun dosa telah kita lakukan, Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. selagi kita ikhlas niat nak bertaubat dan berubah, Allah akan tolong kita kan?

No comments: