Saturday, September 5, 2026

Update Tentang Haku

 Assalamu'alaikum wbt

Selama 2 bulan lebih aku menyepi, mai la sat membebel sini.

Taklama kot kali ni, seminggu dua ja then nak menyepi balik.

Sebab aku rasa aku macam dah betul-betul berdamai dengan diri sendiri dah sekarang

Dah tak ada gelora jiwa yang macam dibadai ombak selama setahun lebih ni especially 2025

Pencapaian yang bagi aku agak membanggakan diri aku sepanjang penglibatan aku dalam media sosial dari Form 2, 

Aku berjaya tak aktif FB. aku deactivate. aku cuma activate sat ja time cuti sekolah.

Aku rasa macam sejak tak ada FB, aku rasa, ke'hyper'an dan excited aku untuk keep in touch dengan kawan tu dah berkurang sangat. 

Aku slowly sedar yang aku ni dari dulu ada perangai yang excited lain macam bila contact kawan lama. tak kisah laki ka,perempuan ka, aku excited sebab entah la tapi yg aku tau aku happy gila bila dpt jumpa kawan lama. Tapi lama-lama aku macam rasa, ada beberapa orang yang selama aku excited keep in touch, aku je kadang beria lebih weh. Kita boleh rasa energy orang tu bila kita contact dia. 

So, aku rasa dah tiba masanya, kawan-kawan aku yang kalau betul depa nak keep in touch dengan aku, biaq la depa cari aku. aku dah malas beria. hahah. So yeah, alhamdulillah aku rasa 2026 aku dah menjarakkan diri dari manusia-manusia di media sosial. kawan sekolah, kawan maktab, senior junior etc2. Tenang betul, yang contact aku sekarang ni pun kadang circle yang sama ja. Hok lain? yilek.

Selain tu, aku perasan perubahan diri aku sekarang ni, aku kurang dah nak bercakap dan sembang dengan sesiapa. Ni aku taktau develop time bila, tapi aku rasa maybe masa jiwa aku tengah kacau dan bergelora yang aku sendiri tak faham kenapa aku jadi mcm tu, maybe perubahan ni aku pilih sendiri sebab aku sendiri takut dah dengan diri aku sendiri kalau aku terjadi hyper, over excited dan gila-gila. So aku slowly usaha untuk simpan balik perangai gila aku tu. Sekarang macam 100% dah masuk dalam sangkar dia balik hahaha. aku dah kunci dah dan dah campak ke laut kunci tu. Hope dia dah tak berani nak muncul balik, dia sangat berani dan scaryyyy.

Kesimpulannya, aku sekarang dalam usaha mendidik diri sendiri , dari segi mentally, emotionally and physically untuk sedar diri, berpijak pada dunia nyata, hidup dalam dunia sekarang , fikirkan tentang sekarang, jangan fikir dah apa yang kita tak boleh kawal, jangan fikir dah kalau kalau dan mengapa, fikir setiap Allah susun tu ada hikmahnya yang mungkin kita kalau pilih jalan lain sebelum ni, mungkin lebih memudaratkan kita berbanding memanfaatkan kita. 

Apa-apa pun masalah kita hadapi, penyelesaiannya, berbalik pd Allah swt jugak. tempat kita bergantung. aku mungkin lupa dan alpa kebelakangan tahun ni, dan aku yakin Allah sebenaqnya uji aku gini sebab aku maybe dah lama tak amalkan beberapa perkara yg aku pernah buat dulu dan maybe hati dan jiwa aku pun sebenarnya dh lama jauh dari ingat pd Dia. ya aku solat cukup, wajib semua cukup. tapi jiwa dan hati aku kosong tak ada pengisian.

aku lupa banyak perkara dan sampaikan bersangka buruk pd Allah (na'uzubillahminzalik). dok tertanya2 kenapa Allah tak susun gini gitu pd awal hidup aku, kenapa aku tak perasan itu ini, kenapa aku tak buat itu ini masa lepas SPM.etc2. semua ni aku start fikir pada pertengahan 2024.sampai laa awal tahun 2026.

Alhamdulillah Allah swt tak tarik nyawa aku di saat aku lupa pada dia. sobssssss.

Oklah itu sahaja bebelan utk post ini. Sekian.  


No comments: