Wednesday, November 24, 2010

Alhamdulillah - Dawud Wharnsby Ali n Yusuf Islam

ALHAMDULILLAH
Dawud Wharnsby Ali n Yusuf Islam

I'm just a rock, and every day I sit and watch the sky

I sleep here in the sun and rain, and do not question why

I don't want to be a bird, 'cause as rocks we're never meant to fly

But you can sit and rest on me when you pass by



Alhamdulillah (Praise be to Allah) - Alhamdulillah I'm a rock

And that is all Allah asks of me

Alhamdulillah - Alhamdulillah I'm a Muslim

And there's nothing else I'd rather be



I'm just a tree and this is the only life I'll ever know

I'll bow my bows and worship whenever I feel the wind blow

And my purpose in life is to grow and Allah says grow

And be a home for the birds and shade for folks below



Alhamdulillah - Alhamdulillah I'm a tree

And that is all Allah asks of me

Alhamdulillah - Alhamdulillah I'm a Muslim

And there's nothing else I'd rather be



I'm just a person and my life is full of opportunity

I can travel through the world, over land and over sea

But will I choose the path of Truth, or a path to misguide me?

Sometimes I wish I had a simple life, just like a rock or a tree

But Alhamdulillah - Alhamdulillah I'm a person

And Allah has given me a choice that's free

So, Alhamdulillah - I choose to be a Muslim

And there's nothing else I'd rather be



Alhamdulillah - Alhamdulillah I'm a person

And Allah has given me a choice that's free

So, Alhamdulillah - I choose to be a Muslim

And there's nothing else I'd rather be

No, there's nothing else I'd rather be

Mereka


Salam

Berdasarkan gambar di atas, apa dapat anda lihat? Buat rumusan tidak lebih daripada 100 perkataan.

~
Bila duduk saja saja
Mesti teringat dekat depa ni
Yang kiri sekali mesti la selalu ingat
Keluarga saya.
Ayah Mama
Kakak,Nana,Sofia,Adik
Ayah walau segarang mana pn ayah, se'bekeng' mana pun ayah, setegas mana pun ayah
Saya masih sayangkan ayah
Mama, walau pun kadangkala teguran mama buat saya kecik hati, tapi sekarang saya sedar semua itu untuk kebaikan saya. Saya sayangkan mama. Syurga kan bawah tapak kaki mama (Walaupun tak nampak pun setelah lama membelek belek kaki mama)
Adik beradik kesayangan saya.Saya sangat sayangkan kalian.
Kalian tempat saya bersuka ria, bergurau senda, bercerita, bermain ,berjalan2 , semua bersama sama
saya sayang kalian semua!

Yang tengah tu!
Chad,TikahPadel,Aiman,Ayat,TikahPadel.
Sedih bila tengok gambaq ni.huhuhu.sekarang ni masing masing dah busy
cuti tak sama dah..
Depa ni walopun jarang saya contact, tapi diorang antara the first person dalam fikiran
Bila balik rumah....sebab mereka ni telah mengajar saya erti persahabatan..
ketika waktu saya masih lagi mencari erti persahabatan yang sebenar. ..
Love U All!!

Kanan sekali tu gambaq rakan sekelas , satu kos
PISMP Pengajian Sosial 2 Ambilan Jan 2010
Sayang mereka juga.sebab mereka ni yang banyak bagi kerjasama tolong menolong bila ada masalah
especially masa saya jadi ketua unit semester lepas
korang adalah kawan yang sangat baik! :)

Yang takda gamba kat atas tu, yang selalu dalam ingatan saya adalah insan insan seperti berikut
Syaffiqa - kawan dari darjah 1 selalu gaduh2.hakhak
Zafira - baru rapat masa form4 tapi kamceng dgn saya
Efi - kwn baru masa form5 skolah di aloq staq. selalu mhabiskan masa bsama beliau ! :D
Intan - kwn baru juga masa form5 tapi entah kenapa,selalu hati ni teringatkan intan


saya sangat merindui kalian.....bagi saya, persahabatan itu sangat penting.
Penting daripada bercinta! 

Monday, November 22, 2010

Baby Muadz :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Alhamdulillah akhirnya seorang lagi khalifah muka bumi ini dilahirkan pada
21 November 2010


Baby Muadz ni ialah anak saudara saya. comel kan?
Beratnya 3.8 kg dan sangat chubby
Comel. Sekali tengok macam orang Cina.
Mata sepet (Baby baru lahir memang mata sepet kan)
Ni haoo ma.

 ALhamdulillah ibu dan anak dua dua dilahirkan sihat wal'afiat
Selamat datang ke Keluarga kami


Aha begitu lah alkisahnya.
Terasa agak excited sebab anak saudara first kan
Kesianlah dekat bakal anak saya nanti sebab tak ramai yang excited macam ni bila dia lahir
Mak saudara-mak saudara dia pun buat cam biasa biasa ja
Sebab semua nanti dah pakat ada anak kan. ehe
Kepada bakal anak saudara-anak saudara ku lepas ini
Terimalah kenyataan seadanya ye :D ehe


MakTeh harap Muadz membesar menjadi anak yang soleh kpd ibu ayah Muadz
Dan paling penting taat pada Allah. 
Jadi seorang lelaki yang tabah dan tegar memperjuangkan Islam
Jangan jadi seperti kebanyakan lelaki sekarang yang mencari cinta perempuan bukan main lagi
Tapi cinta ALLAH tidak diutamakan.
MakTeh harap Muadz nanti jadikan Allah sebagai cinta utama Muadz ye!

Semangatnya makteh ni nohhh.

wassalam

Saturday, November 20, 2010

No Idea

Salam

Duk menengok sekarang ni kalu menulis di blog ni macam takda idea mana
Pakai duk tulis saja.
Maaf deh.
Tapi jangan risau jangan sedih, insyaAllah rajin nanti akan dipostkan sesuatu yang ilmiah
insyaAllah.amin.

Hari tu saya ada beritahu nak cerita pasal kisah ‘insyaAllah’ tapi tak cerita cerita pun lagi

Tentang anak saudara saya yang haritu saya cerita bakal dilahirkan Ahad lepas pun tak cerita pun lagi
Sebenarnya yang anak sedara tu, tak dilahirkan lagi.
Patutnya due 13 hb hari tu tapi nampaknya
Dia mahu menunggu kepulangan makteh kesayangannya dari Besut
Terima kasih Muadz sebab sayang makteh . Makteh pun sayang Muadz
Semoga Muadz jadi anak yang soleh
Aminnnn.


_wslm_________________________________________________

*seronok la pulak bila taip ayat penuh ni. boleh memperbaiki ejaan dalam bahasa Melayu.

Thursday, November 18, 2010

Saya Guru

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Pejam Celik Pejam Celik
Dah 2 tahun setengah saya belajar di IPG Kampus Sultan Mizan
Tujuan utama saya di sini ialah untuk belajar menjadi bakal guru pada masa akan datang kelak

Kalau teringat semula, mesti saya rasa sangat tak sangka boleh pilih bidang ni
Padahal dulu memang tak mahu pun cikgu ni sebab..
(rasa macam tak famous sebab tak duduk kat U. Mind set dulu-dulu)
Ingat lagi masa baru tahu dapat IPG Kampus Sultan Mizan,
Masa tu ada perjumpaan ape tah kat bangunan Annex.
Masa tu still belajar di CFS UIA.
Masa tahu tu memang tak rasa langsung nak pergi maktab
Tapi entah la pada suatu pagi yang indah,
Masa baru bangun tidur, rasa macam hati ni nak ke maktab
Padahal hati ni memang dari dulu nak sangat kat UIA ni!

 ===============================================================

Itu kisah dulu. Masa dulu rasa sedih sangat sebab pilih nak masuk maktab
Rasa macam, apesal la tak stay dekat UIA dulu dulu.

Tapi sekarang baru dapat rasa sendiri hikmah yang dapat
Sekarang ni memang hati ni rasa nak sangat jadi cikgu
Sebab nak bimbing kanak kanak ni jadi orang yang berguna
Sahsiah , berbudi , beragama. Bukan bijak saja.
Seronok nya kalau kita berjaya bimbing mereka ni kan

Tapi sebelum tu kita kena dulu check diri kita sendiri
Adakah sahsiah saya ni sesuai dicontohi oleh murid murid nanti?
Macam mana cara saya bergaul?macam mana cara saya berpakaian? bercakap ?
Adakah saya menepati ciri ciri Islam? 
Ciri ciri seorang guru yang dapat membimbing murid nanti?
Nanti kalau anak murid kita buat perangai, kita kena fikir semula, ada tak kita buat perangai macam tu dulu dulu?
Kita belajar untuk mengendalikan manusia, bukan mengendalikan mesin.
bukan mudah untuk menjadi guru.  :)

Saya gembira kerana bakal menjadi guru ^_^

oklah kepada semua kawan kawan bakal guru, dan kepada guru guru saya,terimalah video khas buat guru ini. seronoknya kalau anak murid saya yang nyanyi kat saya macam ni. mesti nangis nangis terharu.



sekian wassalam

_________________________________


* lupa nak habaq, dah tukar kata nama 'aku' kepada 'saya'
rasa lebih sesuai sebut saya. sebab nanti kalau anak murid tengok ke, kata cikgu ni kaso ngat eh!
(padahal tak mengajar pun lagi ni.praktikum pn belum.perasan je lebey.eceh!)

Salam AidilAdha

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam

Selamat Hari Raya Aidiladha

Brotherhood arts 

Hayatilah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s
Betapa besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim a.s
Betapa taatnya Nabi Ibrahim a.s pada perintah ALLAH
Bukan daging qurban itu dinilai, tetapi ketaqwaan Nabi Ibrahim a.s pada perintah Allah


 Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketaqwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkanya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira terhadap orang yang berbuat baik”.
( Surah Al-Hajj: 37).


Pengorbanan Kita ?


Bagaimana pula dengan kita? 
Sanggup tak kita nak korbankan masa kita, harta kita, jiwa kita, kesayangan kita
Demi Allah?
Kita sanggup tak korbankan beberapa minit untuk


Menghadiri majlis ilmu. tazkirah ustaz ustaz di Surau Al Firdaus,IPG Sultan Mizan
atau
Baca Al-Quran
atau
Berzikir
atau
Solat-solat Sunat
atau
Tahajjud


daripada 24 jam sehari, berapa jam kita korbankan masa kita untuk Allah?
daripada 24 jam sehari, berapa jam kita gunakan masa untuk kawan-kawan, utk berseronok?


cuba kita tanya diri kita sendiri. 


ayuh kita lakukan pengorbanan untuk Allah
at least 1/2 jam sehari pun sudah ok
biar sedikit sedikit , tapi berhasil


peringatan untuk diri juga yang sering lupa
sama - sama kita lakukan pengorbanan 
Untuk Allah, Pencipta kita




wassalam

Sunday, November 14, 2010

Semester 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Esok saya ada exam PJ tapi masih lagi tak ada mood nak study
Tekad nak study selepas ni.
Apalah kan. nak result bagus. A tapi tak ada usaha.
Macam mana nak berjaya.
"Pemalas"
Entah bila nak ubah perangai pemalas,
Perangai orang Melayu .Genetik Melayu yang mengalir dalam tubuh ni
Tengok, nak salahkan genetik pulak. Salahkan diri sendiri. Pemalas.Pemalas.
Semoga menjadi lebih rajin.rajin.rajin.rajin.dan rajin!Rajin 45 kali

Ah haa.di sini saya nak cerita  sikit apa yang terjadi sepanjang Semester 2 Ijazah Perguruan kat sini
Semester 2 , antara semester yang sangat menguji diri ini. sangat sangat sangat menguji .
Setiap ujian ada hikmah di sebalik nya.
Alhamdulillah terima kasih Ya Allah, banyak sangat pengajaran yang saya dapat daripada ujian ujian ini

Amanah

Semester ini saya memegang jawatan sebagai Ketua Unit (KU). Lebih kurang macam ketua kelas la gitu
Dalam sekelas ada 20 orang. Lelaki 3 orang. Saya merupakan perempuan ketiga dalam kelas menjadi KU
KU akan bertukar ganti setiap semester, untuk orang lain jugak merasa untuk memegang amanah ini.

Waktu mula jadi KU, rasa malu sangat nak cakap depan kawan-kawan.Nak beritahu apa apa ke
Tapi lama-lama dah biasa.
KU. tugas yang agak berat bagi saya.sebab kena jadi ketua untuk kelas, kelas kelas lain ketua semua lelaki. kelas saya sorang aje perempuan. Nak kena cari lecturer, isi borang itu,ini, perjumpaan, hantar buku rekod etc etc. nampak macam mudah tapi tak la semudah yang disangka.

Yang paling susah tu bila nak kena cakap kat depan tentang sesuatu
Tapi yang agak terasa hati bila cakap kat depan, kawan kawan ada yang tak dengar langsung
buat kerja sendiri,sembang sembang. sangat tak ada rasa tanggungjawab dan kesedaran
Nak tegur, tapi memikir juga. Kawan-kawan terasa pula nanti.ah terpulanglah. Kadang-kadang tertinggi jugak suara waktu kat depan kelas tu.

Hikmah
sekarang saya sedar, nak pegang jawatan bukan mudah. Kawan -kawan lain yang di JPP, Rakinah,Asraf. Mesti lagi berat dari saya. Amanah yang dipikul ini juga beri kesedaran kepada saya. Membuatkan saya berfikiran lebih matang. Alhamdulillah bersyukur sebab ada juga manfaat dapat dari jadi KU ni.

Saya juga mula untuk belajar berdikari sendiri, tak bergantung pada orang lain.
Sebelum ni saya sendiri akui, diri ni agak "manja". Bergantung pada kawan-kawan. Dan penah juga dalam family, orang cakap anak manja dalam family. Eheeh.

Buat keputusan sendiri. Saya sangat lemah dalam membuat keputusan sendiri. selalu akan tanya orang
"Em ok tak camni ek?", "Eh macam mana nak buat kalau macam ni?" "Hang rasa aku patut tak ek buat macam ni?ke tak patut."
Semua lah nak tanya orang.Tanya pendapat orang. Takut sungguh nak buat keputusan sendiri.
Sekarang still lagi macam tu, tapi dah berkurang lah. tak teruk sangat mcam dulu. Macam budak budak.

Alhamdulillah. sekarang saya belajar untuk menjadi lebih matang daripada sebelum ini.

Masalah


Masalah.Masalah. perkara biasa bagi setiap kelas. Masalah yang dihadapi kelas agak besar bagi saya.
Tertekan, tak tahu nak buat apa. Menangis. Itu ja yang boleh buat. Menangis!!?
Lemah sungguh diri ini. Menangis dan hanya berkata-kata mulut ni tapi tak ada tindakan pun.

Saya sendiri tak boleh nak selesaikan masalah ini. Tak tahu macam mana nak selesai. Masa yang diambil agak lama.Masa untuk selesaikan dan sembuh dari terluka hati.


Alhamdulillah, makin lama makin banyak aku belajar.
Belajar untuk tegur orang dengan cara berhikmah.Belajar macam mana nak berhadapan orang yang telah membuat salah yang sukar untuk kita terima. Adakah memaafkan dia,dan terima dia?atau adakah sebaliknya?ataupun adakah berdoa kepada Allah supaya Allah berikan dia kekuatan untuk istiqomah?

Hikmah
Semua ni dalam proses pembelajaran. Saya pun buat salah sebab terlalu suka menghukum .Lebih suka menghukum daripada mengubati. Diri ni pun tak bijak untuk membantu orang. Banyak sangat kelemahan dari segi nak membantu orang untuk ubah diri.

Tapi alhamdulillah timbul kesedaran tentang betapa pentingnya kita sebagai sahabat sebagai hamba Allah sebagai khalifah Allah, perlunya kita melayani orang sebaik mungkin walau sejahat mana pun orang itu. walaupun dia pernah membunuh, pernah mencuri,menipu . etc etc. jangan membenci dia, sebab selagi dia tak meninggal dunia, tak mustahil Allah akan berikan dia hidayah.

Selain itu, kalau nak menegur seseorang, tegur  yang kita nampak secara zahir. Yang kita nampak sahaja. Jangan sampai nak selidik dalam dalam, belek hp,diari, etc etc

Learn from our Mistakes

Kita belajar dari kesilapan kita yang lalu. Kesilapan kesalahan kita terhadap orang lain.
Untuk menjadi lebih baik dari diri sendiri. Walau sebaik mana pun kita dari orang lain, jangan sampai tak bergaul dengan orang lain.Nak bergaul dengan orang baik baik sahaja. Tak tegur dah orang lain.
Menegur ada caranya, tegur secara berhikmah

Dan saya sangat tak setuju bila orang kata kita tidak boleh menegur orang lain. Kita tak ada hak untuk tegur orang lain. Selagi kita hidup, kita ada hak ke atas orang lain, hak sebagai saudara seIslam untuk saling ingat mengingati supaya saudara kita tidak hanyut dalam mainan dunia.
Salah ke kalau nak tegur, salah ke ?tak salah,cuma berhikmahlah.

Dan orang yang tidak boleh menerima teguran tu, sepatutnya berlapang dadalah.terimalah sebagai satu medium untuk kita berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri.
Bukan rasa teguran tu untuk berasa orang yang menegur tu perasan baik sangat.perasan bagus sgt. .tidak. bukan. orang yang menegur tu sebenarnya sayang kat kita. itu sebab kita ditegur.

Terima kasih Ya Allah. Jauhkan kami dari kejahatan hawa nafsu kami sendiri.Jauhkan kami dari sifat sifat mazmumah, dengki dendam, riya',ujub, mengumpat, mengata, marah, .Jauhkanlah kami dari godaan Syaitan.Amin Amin..
________________________________________________________________________

Makin lama makin skema ayat dekat blog ni . Mungkin dipengaruhi suasana exam
 Mood exam.Ayat pun dalam buku.


oklah,nak sambung study! ganbatte nehh!


wassalam

Friday, November 12, 2010

Construction

Salam

Sejak Blogger ni bagi kita upload gamba kita sendiri jadi kan background
Rasa macam nak tukar setiap hari aje gamba belakang ni.ehe

Maaflah kalau ada yang pening tengok blog ni.
Sekejap warna tu
Sekejap warna ni

Masih dalam proses nak edit sikit blog ni bagi kemas dan simple. 
Dan paling penting,nak bagi blog ni sentuhan lain sikit
Sentuhan baru untuk umur 20 tahun.
Masih dalam planning. 

Semangat sungguh rasa nak berblogging
Best lagi blogging dari Facebooking
Walaupun rasanya tak ramai yang baca pun 
Tak apa asalkan kita berasa puas :)

Okayh, selamat bercuti kawan-kawan :)

\wassalam

Wednesday, November 10, 2010

Jom!

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam
Tengah bosan-bosan ni, terus buka blog.
memang hobi aku suka membaca blog orang.
Tiba-tiba mata aku tertumpu pada post member yang latest,

"Apabila Meniru DIjadikan Gaya Hidup"

Err.tak sangka beliau juga sedang memikirkan perkara yang sama
Aku pun memang duk fikir perkara ni masa tengah jawab exam tadi
sebab tu mata aku duk perati orang sekeliling aku
Kanan,kiri,depan. belakang tak lah (nanti nampak macam aku pulak meniru kan)

Aku nampak sendiri dengan mata aku.tapi pelik juga kenapa lecturer tak tegur ye.
rasa lecturer nampak tapi dia malas kot nak tegur.
Bertanya soalan antara rakan, macam tak ada rasa bersalah langsung
mungkin bagi mereka, aku tak tiru.aku tanya aje.

Tapi aku rasa sedih dan kasihan apabila beberapa insan
Yang membawa imej Islam lebih baik . pendapat aku,lebih baik dari aku dan orang lain,
Tanpa rasa bersalah memberi rakan tiru dan juga meniru.dengan bertanya soalan.
Sedih..hal ini akan beri persepsi buruk terhadap insan2 tersebut dan sekaligus kepada orang lain juga, mungkin.
"Ala,nmpak je baik tapi meniru juga". maaf ayat mungkin kasar.tapi itulah realitinya.

Mungkin kita akan rasa, "Ala rileks ar. kau pun macam la jujur sangat.meniru je pun. orang lain pun meniru"
Ya, orang lain pun meniru. Tapi kita? mahu juga jadi peniru?penipu?

Kalau kita jadi peniru kepada peribadi Rasulullah s.a.w. Tak salah kann. sangat digalakkan
Tirulah Rasululllah. bukan meniru dengan cara menipu dalam exam.

Tipu diri sendiri, tipu mak ayah, tipu lecturer. Ya kita boleh menipu mereka mereka ini,
tapi kita tak boleh menipu Allah s.w.t. Dia Maha Melihat.
Kita rasa benda ni kecik ,tapi sebenarnya tidak.

Masih,tak percaya?Masih rasa perkara ini perkara remeh dan kecil?

Aku cuma risau kalau kalian terus meniru sampai ke sem 8,sampai dah jadik cikgu nanti.
Waktu exam masih meniru. Anak murid kesayangan kita pula macam mana ye?
Jangan nanti anak murid pelbagai ragam, salahkan mereka 100%. Mungkin jugak effect dari kegiatan dan hobi kita yang suka meniru semasa exam.
What goes around, comes around.Sepatutnya kita bakal guru, tunjukkan contoh baik.
Tetapkan disiplin dalam diri. Mana yang salah,mana yang betul.

Kita beragama Islam, tunjukkan contoh yang baik. Jangan pula sampai non muslim rasa kita ni serupa ja dengan mereka. tak ada beza pun. Kan kan?

Meniru itu sama dengan menipu. Masih tak percaya?
Ada fikiran,ada akal. berfikirlah secara waras dan pilih mana hak,mana yang batil.
wallahu'alam.

Sabtu 13 hb

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam
Sabtu 13 hb November 2010 dijangka seorang bayi lelaki akan dilahirkan di bumi Allah ini
InsyaAllah .dengan izin Allah.

Agak excited lebih sebab first anak saudara.
Lelaki pulak tu. Bestnya, sebab tak ada adik lelaki!
Mesti disayangi oleh mak sdare mak sdare nye ini.

Saya berdoa agak kakak dipermudahkan Allah ketika berjuang melahirkan seorang khalifah
di bumi ini. doa banyak2 neh. Nanti cuti kita jumpaa noooohhh.

Nanti balik cuti guwer ceritakan lagi tentang anak saudara first ni.semangat2!!ahah~

Ahaa. kenapa kita perlu menyebut InsyaAllah ? kenapa ? ahaa.nanti akan ku ceritakan di dalam post yang seterusnya. Selamat menjawab exam semua!! :D

wassalam

2 lagi

Salam
Alhamdulillah dah selesai 2 paper
ada dua lagi paper.
dah lama tak post , posst yang santai santai
oklah hari ni nak post macam diari pulak

Pagi tadi ada exam Perkembangan Sejarah Negara
alhamdulillah sudah ku lalui soalan soalan tadi
alhamdulillah syukur sebab baru ja baca pagi tadi tengok tengok naik kat soalan esei

Tahun ni first time aku malaih nak tengok soalan spot.
Selama ni hanya bergantung pada spot, sekarang malaih dah nak bergantung sangat
sebab pernah sekali tu bergantung sepenuhnya kat spot tengok2 tak masuk
padan muka.sapa suruh takmau baca satu buku.

Mulai sem depan, nak jadi Rajin!rajin.rajin.rajin.rajinlah.rajinlah.
rajin lah rajin. sekian.wslm

Sunday, November 7, 2010

Renungan bersama

بسم الله الرحمن الرحيم



"Kehendak nafsu walaupun sgt mrosakkan tetapi sgt kita sukai.Apabila sesuatu itu sangat kita cintai,kita akan menjadi buta lalu kejahatan dilihat baik. malah, kita akan menjadi hamba kpd apa yg kita cintai"

Saturday, November 6, 2010

a song i dedicated to myself

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
I dedicated this song to myself
This song is really made my heart feel ........
I cannot find suitable word to suit my feeling after I listen n understand this lyrics

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Yes. I was too proud to see the truth..
I was very proud of this world.my family.my friends.everything
For me, they are my life. I have no other except them
My Friends, my priority. They are my life.
I only have them. I tried my best to make them happy.

but I never thinking about you before, Allah.
I was too 'jahil' to see the truth. proud of being myself.
when I was down, you still give me hope
even I never appreciate you.
Your love to your servant.your creations.I never thought about this before.
Your love to your servant..subhanallah.

"Dan sungguh kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan kami angkut mereka di darat dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna "(17:70)

"Allahlah yang menundukkan laut untukmu agar kapal-kapal dapat berlayar di atasnya dengan perintahNya dan agar kamu dapat mencari sebahagian kurniaNya, dan agar kamu bersyukur "(45:12)

You create us, animals, plants.

"Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.."

Subhanallah. You made animals and plants. but you give us more than you give to them (animals and plants). you give us 'aqlu' (akal). to think,to make wise decision .this make us intelligent
But why we still not appreciate your ni'mat to us?why?because we are too proud.

Yes,Allah loves us more than the mother cares about her children. The proof?

He still give us ni'mat; health, eyes to see, ears to hear, nose to smell, foot to walk, hand to touch. he still give us this ni'mat even we never think about him.

He did not make us handicapped even we did not pray 5 times a day. He did not make us deaf, blind, because we did maksiat. He give us food, water, but we loves our boyfriend more than we love Him. He still give us all of those ni'mat eventhough we did not obey to Him. He still borrowed His belonging to us eventhough we did not appreciate all of His ni'mat. everything in this world are belong to him.

No,dont trust Taylor Swift 'You Belong To Me'. You not belong to me. every single thing in this world, is belong to Allah. He create everything. Did you remember?

"Dan Allah menurunkan air (hujan) dari langit dan dengan air itu dihidupkanNya bumi yang tadinya sudah mati. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran) . (16:65)

"Dan sungguh, pada haiwan ternak itu benar-benar terdapat terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari apa yang ada dalam perutnya (berupa) susu murni antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang yang mengerti." (16:66)

"Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap,dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Dia hasilkan dengan (hujan) itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Kerana itu janganlah kamu mengadakan tandingan-tandingan bagi Allah, padahal kamu mengetahui" (2:22)

"Pernahkah kamu perhatikan benih yang ditanam?
Kamukah yang menumbuhkannya ataukah Kami yang menumbuhkan?"
(56:63-64)

"Pernahkah kamu memerhatikan air yang kamu minum?
Kamukah yang menurunkannya dari awan, ataukah Kami yang menurunkannya? "
(56:68:69)

etc etc. there are too many ni'mat to written here. Everything that we see, we touch. Your ni'mat to us are uncountable. too many to count!

Subhanallah .Alhamdulillah.Thank You Allah for loving us. We will try our best to love You too. I am sorry for all my wrongdoing. I am too blind before..I really hope that You will give us chances to be a better servant.

I love my family and my friends too
oh, not forgotten my lecturers, my cousins,my neighbour, my pets etc etc .
I hope You will lead them to Your Guidance, before the time has come.
aminn

* I am sorry for my grammar mistakes. ehe
________________________________________________________________


Thank You Allah Lyrics

By: Maher Zain
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
_________________________________________
wassalam

Friday, November 5, 2010

LearnEnglish, anyone?

Salam

today, I want to share some English sources that can help us improve our English skills
(ehem2.speaking2. bhahhaha. abaikan grammar :p)

I found a very good website which is very helpful
this website is from UK,so you must be able to adapt with it accent.
british accent.something like this =

Harry Potter - Herryy Potttaahh
order - ooorrdahh

etc etc .



You can also download many sources here for free.

So, ape ditunggu tunggu lagi,
You're welcome to visit LearnEnglish.com :)

wslm

Thursday, November 4, 2010

Mujahadah Melawan Nafsu

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam
Alhamdulillah dah jumpa solusi yang ter latest di Galeri Hidayah kat Jerteh
seperti biasa harganya rm9.00 .mahal ke? takpe mahal tapi isi dia sangat padat dengan ilmu ilmu yang aku tak tahu.
Topik isu25 ni, tentang mujahadah menentang nafsu

NAFSU.merupakan sebahagian daripada diri kita. semua orang ada nafsu kita.
Kita sepatutnya mengendalikan nafsu kita sebaiknya, kerana kita lah tuan nafsu tu kan?
Tapi kita seringkali membiarkan nafsu itu yang mengendalikan kita. Memperkotak katikkan diri kita. kita biar sahaja nafsu memijak mijak kepala tuan dia. (kita la tuan dia kan.hehe)

Apa kata, mulai dari hari ini kita cuba untuk mengawal nafsu kita. biar kita yang kendalikan dia. kita tuan dia. suka hati jaa nak pijak pala tuan dia.hamboih,manyak cantik

nafsu ni seperti kuda liar, ada cara untuk jinakkan dia.iaitu dengan cara menyekat sumber yang bagi nafsu ni tenaga. iaitu, berpuasa. itu salah satu cara, ada lagi,nanti akan ku kongsi bersama kawan2 :) kalau kita tak cuba untuk mengawalnya,dia akan menjadi liar dengan lebih liar. tapi apa yang paling utama, sentiasa berdoa pada Allah :)

wslm

Wednesday, November 3, 2010

English oo English

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam
setelah sekian lama hidup
aku masih lagi lemah dalam bahasa Inggeris
comprehension,reading tu ok.
sebab aku memang minat membaca dalam English walaupun tak paham sangat
tapi speaking sangat K.O
jadi,apakah cara-cara untuk memperbaiki English?

Antara pemahaman aku dulu, kalau nak perbaiki English, dengarlah lagu ENglish selalu dan hafal lirik nya. Berkesan ke ehh?
Dari aku Form1 sampai Form5 hafal banyak lagu omputih tapi masih tak improve2 pn?
jadi teori tentang dengaq lagu English tak boleh pakai.
lagu english lagi melalaikan ada la kot.bukan english ja,sama la lagu melayu ka,korea ka.

jadi apakah penyelesaiannya?
1. read read read read read mmoore (the star,nst)
2. love english
3. love english's lecturer (madam Azah! :D )
4. beranikan diri untuk speakingg!biaq org kata kita berlagak ka apa, tp kdg2 nak praktis apa salahnya kan kan? ms kat skolah convent n badlishah dulu2, ramai gak kawan2 Melayu yg berani utk mencuba 'speaking' dgn Chinese dan Indian. berani kan mereka?kagum..nak jadi cam mereka!

ada sorang staff kat British Council kata, kalau nak improve English Skills, tak payah pi kursus bahasa Inggeris pun takpa. Cakap ja sorang-sorang depan cermin. speaking depan cermin.. can improve alsooo whattt.itu teori dia.tapi tak pernah cuba lagi. ada berani mau cuba?

Please improve your English!
(pada pendapat aku. English penting gak.sebab nak ajak orang ke arah kebaikan menggunakan bahasa Inggeris gak. kot nak ajak mat saleh mana ka ,org korea ka,afrika ka,sweden ka bagi berminat dgn Islam. ye dak gituu? )

wslm

Tuesday, November 2, 2010

Too many bebelan

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
just realize
too many babbling in this blog
babbling about myself

bila nak taruk hat ilmiah sikit ha?
nanti,insyaAllah lepas habis exam MAB (Murid Alam Belajar)

Selamat Menghadapi Peperiksaan kawang kawang!

JANGAN MENIRU!!mungkin rasa seronok dapat markah tinggi dgn meniru, tapi ingatlah.. markah itu tidak mendapat keberkatan Allah.mungkin akan effect hidup kalian di kemudian hari.wallahu'alam :)

wslm

Alhamdulillah

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah syukur kerana dikurniakan lagi nikmat untuk bernafas dan hidup pada pagi ini
alhamdulillah.terima kasih Allah ..

Berkenaan masalah aku baru-baru ini, alhamdulillah sejak pulang daripada mengunjungi hamba-hamba Allah weekend hari tu, bila aku sampai aje maktab, aku rasa nak settle terus masalah ini. alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah untuk selesaikan masalah. kami pun berbincang elok-elok dari hati ke hati. dan kami telah menjumpai solusi dan kata sepakat. aku juga telah memberi beberapa pesanan kepadanya,alhamdulillah dia terima dgn hati terbuka.

Melalui kisah dan masalah ini, banyak sangat aku dapat belajar. pertama sekali, tanggungjawab aku sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini, untuk mengajak orang lain berbuat baik dan meninggalkan yang mungkar. amar ma'ruf nahi mungkar. sebenarnya bukan aku sorang ja khalifah Allah di bumi ini dan ditanggungjawabkan utk mengajak orang ke arah kebaikan, tetapi KITA semua manusia di muka bumi ini mempunyai tanggungjawab utk ajak kawan2 kita, sedara kita, pakcik kita dan semua la pelusuk bumi ni, untuk berbuat baik dan tinggalkan perkara mungkar.

er.aku pun masih lagi nak merangkak-rangkak ilmu pun tak cukup mane . tp aku rs sbg kawan/sahabat, aku berhak utk ambil tahu pasal kwn baik aku dan ada hak utk menasihatinya. pertama kali aku diuji dengan dugaan Kawan-Kawan. sebab kelemahan aku ialah kawan-kawan dan family.kalau ada masalah dgn dua2 ni, konpem akan jadik sangat down.kalau mslh duit tak lah down mana kan. jadik, demi sayang dan tanggungjawab aku pada kawan aku, aku nak dia tahu apa dia buat salah.

alhamdulillah aku tengok dia walaupun style yg keras ati, tp dpt terima teguran aku. sangat berbeza dgn dia yg dahulu. walaupun skrg ni aku tau ada lagi perkara yg masih dia tak boleh nk ubah. walaupun setelah kami mencapai kata putus/kata sepakat ini, namun aku akan sentiasa doakan dia. semuga Allah memberi dia hidayah,biarlah secara perlahan perlahan pun. minta maaf jika aku pernah emosional sdikit. aku akui, itu kelemahan dan ksilapan aku. apa-apa pun, aku belajar dr kslapan ini.

kpd sahabat ku yang dinyatakan di atas :walaupun kita pernah bmsalah, tp ingatlah, saya tetap sayangkan awak walaupun seperti kata awak, " kita ni sangat kontra" .ahaha :)
smoga ada hikmah di atas semua kejadian ini. amin :)

wslm